Thursday, April 14, 2011

RAHSIA PIKAT DUA ISTERI - ENTRI CARI GADUH !




 Utusan Malaysia - 9/4/2011


Saya mengambil risiko yang besar membuat entri ini. Tentu ramai pembaca yang tak senang hati atau mungkin marah dengan saya lepas ni. Nak marah marahlah. Lagi pun sesekali gaduh pun seronok juga kan !

Berikut adalah petikan dari rencana yang di tulis oleh Mariatul Qatiah Zakaria dalam ruangan Famili, Utusan Malaysia, Sabtu 9 April 2011. Ia menceritakan kisah bagaimana  Ustaz Hasan Mahmud (saya rasa semua kenal dengan Ustaz ni) memikat  isteri keduanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.

 "Walaupun keluarganya tidak boleh menerima poligami tetapi mereka boleh menerima agama Islam. Bagaimanapun ketika itu isteri saya (Melly) tidak  menerima saya" ceritanya sambila ketawa.

Begitu pun, ujar bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, setelah pulang ke Semenanjung, dia tidak berputus asa menelefon Melly walaupun ia tidak pernah berjawab.

Begitu juga dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mana lima yang dihantar hanya satu yang dibalas.

Di akhir rencana, pengarang menulis begini:

Ternyata kehidupan Hasan hari ini bahagia bersama dua isteri dan tujuh orang cahaya mata di samping kerjaya yang cukup hebat.

Saya tidak tahulah samada tindakan Ustaz itu menelefon dan menghantar SMS kepada Melly itu banyak-banyak kali boleh dianggap sebagai gatal, miang, curang atau bermain kayu tiga seperti yang selalu disebut oleh sesetengah orang dalam kes seumpama ini.

Apakah agaknya pandangan pembaca .. saya berdebar-debar menunggu komen anda semua !


Nota kaki: Untuk makluman tuan/puan, saya ada anjurkan kontes. Silalah ambil bahagian. Setakat ini baru ada 2 orang sahaja yang berani menyahut cabaran. Yunus Badawi siang-siang lagi sudah mengaku kalah !

.

34 comments:

  1. tak tau nak komen apa tapi kalau suami saya mesti saya cakap "gatal!!" ekeke..isteri sendiri ada lagi mau msg org lain.. ini kalau suami saya..suami org lain"suka atila labu..."

    ReplyDelete
  2. tak berani nak komen takut terkena batang hidung sendiri huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  3. Salam Tn Hj,

    Tak tau nak komen apa... hanya Ustaz tu jer yg tau apa yg dia buat nanti kalau tersalah komen kira dah fitnah dia pulak...
    saya anggap baik jer laa dia memang nak bantu isteri keduanya tu atas sebab-sebab yg dia saja tau...allahuallam...

    p/s : silap komen nanti takut terkena batang hidung sendiri macam sahrom cakap...mmmmm

    ReplyDelete
  4. Salam Tn Hj...

    Kalau saya yg buat "gitu' dan isteri saya tau..... mau ada yang kena kerat 48 .....kalau tak saya yg dapat sms tu ...atau kedua-duanya sekali.....huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tuan haji..

    nak komen salah, tak komen pun rasa bersalah..eceh!

    saya pernah mengalami 2 situasi
    1st- laki curang

    2nd - ada laki org yg nak curang..ops!

    tapi 1 jer nak bagitau..kalau takde berok, masakan pokok bergoyang..haha!
    @ bertepuk sebelah tangan tak berbunyi..

    saya tak membenci poligami, tapi biarlah lelaki yg nak berpoligami tu cukup sume syarat2nya..

    jangan berbini jer pandai..eh! tiba2 teremo plaks!

    pst..pst..kepingin nak join contest tuan haji tu..tp tengah cari ilham..tunggggggguuuuu :)

    ReplyDelete
  6. salam Tuan Hajji
    ha ha...tajuk nencabar keperempuanan...

    tapi patutmya sokabar hilight, cara pikat 2 kaum, ke 2 parti ke,dua negara ke...

    ReplyDelete
  7. xtau gak nak komen..
    mustahil la kalo org ppuan tak pikir lelaki yg btindak demikian sbg GATAL kan..

    harap2 apa yg ustaz tu buat tidak menganiaya sesiapa pun kan..

    *tuan, saya pun nk join kontes tp tgh cr idea..kalo ada sorg lg tmbh dlm gambar tu mungkin ade la ideanya...hihihi..jgn mare ye mak ngah..

    ReplyDelete
  8. soalan yang susah dan susah nak jawab...jom bahas...

    ReplyDelete
  9. Komen saya:

    Dari 10 wanita, 9.5 tak akan rela/sanggup dimadu, hatta diberi tawaran payung emas di syurga!!!

    :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan Haji.

    Allah mempertemukan jodoh dengan menggerakan hati seseorang supaya tertarik kepada bakal isterinya atau suaminya itu.

    Tertarik bukan kerana nafsu (gatal, miang, atau curang ) tertarik kerana hasrat yang telah digerakan Allah untuk membina rumahtangga. Bukankah membina rumahtangga itu seperti membina masjid.

    Lagi pun Ustaz tersebut telah terlebih dahulu melamar bakal isterinya itu , maka Allah gerakkan hati bakal isterinya pula setelah ustaz tersebut berusaha melalui SMS, walaupun pada mulanya dia menolak.

    Bukankah usaha yang istiqamah itu pasti akan membuahkan kejayaan sama ada baik maupun buruk bergantung pada niat..

    Saya tak setuju kalau ada sesiapa kata ustaz tu gatal.

    Sallam Maaf.

    ReplyDelete
  11. sentap!! hehe

    tu kalau encek suami saya la... hehe

    ReplyDelete
  12. orang lelaki kena sokong.. sila angkat tangan beramai-ramai

    ReplyDelete
  13. ni..

    IE berani komen.
    Masa nk baca cerita tu IE mmg teruja sb igt si pmpuan tu terpikat sb agama ke apa..

    top top bila cara ia buat gitu..calling calling ..ngalahkan org muda..kayu tiga empat lima..

    dh hilang respek..

    PERINGATAN!!!

    PakNgah jangan sesekali teringin nak tiru apa yg ostad tu buek..nahas nanti!!!

    ReplyDelete
  14. SAHROMNASRUDIN

    KENAPA NAK KENA BATANG HIDUNG SENDIRI PULAK .. ADA ANGAN2 KE ?

    ReplyDelete
  15. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    SERAM SEJUK BADAN SAYA BILA AWAK TULIS KERAT 48 TU !

    ReplyDelete
  16. MAKDARA

    WAALAIKUMSALAM

    WALAU AWAK PUNYA PENGALAMAN YANG TIDAK MENYENANGKAN TAPI MASIH LAGI RASIONAL.

    TERIMA KASIH KEANA BERMINAT UNTUK TURUT SERTA.

    ReplyDelete
  17. AZANI

    YANG ITU ADA JUGA SURATKHABAR HIGHLIGHT KAN .. TAPI MUNGKIN PEMBERITA LAIN DAN SEGMEN LAIN.

    ReplyDelete
  18. JEJARI HALUS

    SAYA PUN TAK TAHU NAK KOMEN. KALAU KOMEN MENYEBELANI SATU PIHAK, PASTINYA AKAN DI SANGGAH OLEH PIHAK YANG SATU LAGI. ENTAHLAH ..

    TERIMA KASIH ATAS MINAT UNTUK TURUT SERTA DALAM KONTES ITU.

    ReplyDelete
  19. ANTIMISAILEBAT

    AWAK AJAK BAHAS .. TAPI AWAK TAK MULAKAN !

    ReplyDelete
  20. DADDY ZIYYAD

    SAYA TAK MAHU PEREMPUAN YANG 0.5 % ITU. MESTI CACAT !

    ReplyDelete
  21. MOMMY FARA

    BOLEH CAKAP KUAT SIKIT TAK ?

    ReplyDelete
  22. LIPISLADY

    WAALAIKUMSALAM

    AWAK TAK PERLU LANGSUNG MINTA MAAF.
    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN YANG TULUS DARI HATI TANPA EMOSI. MEMANG ITU ADALAH DALAM PERANCANGAN DAN KEPUTUSAN ALLAH. KALAU ALLAH TIDAK MENJADIKAN PERISTIWA ITU BERLAKU, MAKA TIDAK JADILAH IA.

    ReplyDelete
  23. CEMOMOI

    AWAK DAH KIRA BERAPA RAMAI ANGKAT TANGAN ? HEHE

    ReplyDelete
  24. IKAN EMAS

    PANDANGAN AWAK NI BERLAWANAN BETUL DENGAN PANDANGAN LIPISLADY.

    TIDAK MENGAPA .. MASING2 ADA PANDANGAN DAN HUJJAH SENDIRI.

    TENTANG PERINGATAN AWAK ITU, SAYA AMBIL PERHATIAN. KALAU SAYA NAK BUAT, SAYA TAK AKAN IKUT CARA USTAZ ITU BUAT. SAYA AKAN BUAT CARA LAIN. HEHE

    ReplyDelete
  25. Mungkin Melly ada masalah peribadi dan ingin di selesaikan oleh Ustaz Hassan, siapa tahu? Hanya mereka berdua dan ALLAH SWT sj yg tahu..besar tanggungjawab dan pahala bila kita membimbing saudara baru kejalan yang benar. Cuba lihat, Melly bukan kategori wanita menggoda (pandangan No la ni) yang seksi meksi..

    sapa la yang sanggup dimadu kan tapi jika sekiranya sudah suratan ilahi kita tak boleh nak halang..redha dengan ketentuan Ilahi..insyALLAH ALLAH akan memberi petunjuk..

    ReplyDelete
  26. NORHAIFIZA

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PANDANGAN YANG 'COOL'

    PANDANGAN NOR SAMA DENGAN LIPISLADY TAPI BERBEZA DENGAN IKAN EMAS. TIDAK MENGAPA .. SAYA TERIMA PANDANGAN SEMUA ORANG.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,
    Tak pandai nak beri pendapat dalam hal2 macam ni...

    kalau suami orang pikat kita pulak, macam mana? nak kena buat entri jugak ke ni?

    ReplyDelete
  28. ANYSS

    BAGUS JUGA KALAU AWAK BUAT ENTRI BERTAJUK "KALAU SUAMI ORANG PIKAT KITA". SAYA PUN MINAT NAK BACA.

    ReplyDelete
  29. komen saya :

    ustaz ini sgt berani.
    saya suka lelaki yang berani.



    hihihi :D

    ReplyDelete
  30. KTS

    SAYA JUGA LELAKI YANG BERANI. DENGAN ITU TENTULAH AWAK SUKA DENGAN SAYA.

    ReplyDelete
  31. Apa yg terjadi pada Melly sama dgn saya wpun suami sudah punyai isteri & 9 org anak yg berjaya (hampir ksemua ambil jurusan medic)di luar negara...

    Suami berusaha & berani utk ambil saya sbg isteri kerana katanya "MAHU BIMBING AKHIRAT". Saya terima suami krn ilmu agamanya.

    Alhamdllh, setelah 8 thn berlalu telah dikurniakan kembar perempuan 6 thn lps (penghuni syurga) & ada skrg anak perempuan berumur 5 thn.

    Kebahagian saya sering bejemaah bersama keluarga 1 & hidup saya dihiasi dgn pengajian agama & al-quran...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.