Saturday, April 9, 2011

INI E.N.T.R.I SAYA YANG KE 400 !


Itu statistik sebelum entri ini. Jumlah pos 399 dan jumlah komen 18,284.
 Ini bermakna entri ini adalah entri yang ke 400. Sila lihat kanan, untuk jumlah komen tebaru !


Diam tak diam saya sudah buat 400 entri termasuk yang ini. Semasa entri saya yang ke 200 dulu, saya ada buat satu entri khas sempenanya. Saya cadang nak buat masa entri ke 300 .. tapi saya lupa !

Berikut adalah di antara beberapa entri yang ada ceritanya tersendiri.


1. Entri yang saya paling lucu kerana saya sendiri pun tertawa semasa membuatnya: 9 SEBAB KENAPA SAYA BENCI PERGI KENDURI KAT HOTEL !

2. Entri yang orang terlupa nak komen:  SONYUM SOKOJAP 23 - PENCARIAN SIAPA PALING PELUPA !

3.  Entri yang paling laju. Entri ini saya pos tak sampai sejam sebelum entri baru menyusul: "KAUNTER PANDU LAJU - TAK BAHAYA KE ?  

4. Entri yang paling banyak mendapat 'pageview' iaitu sebanyak 3,507: MARILAH MASUK CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA !  



5. Entri yang paling susah dan lama nak buat tapi tak ramai orang minat nak komen: KISAH 50 TAHUN PEMANCING TEGAR.

6. Entri yang belum pernah di buat orang: SELAMAT HARI LAHIR AYONG UCAPAN DARI DUA NEGARA.

7. Entri yang paling kreatif: TaDi kitA dimaLukan oleh kerEta Kita.

8. Entri yang kononnya lawak yang paling ramai orang tak faham: KENYIR.


9. Entri yang pertama menang kontes: PERNAH DENGAR "SYOKNYERBLOGGING" TAK ?.




10. Entri yang berbentuk tutorial percuma dan sangat-sangatlah berguna: TIGA CARA ORANG N9 AJAK MAKAN DAN MAKSUDNYA.

11. Entri yang paling menjemukan. Patut pun tak ada orang komen. Ini semua gara-gara KTS. Yang saya pergi buat tu kenapa: A.K.U. K.E.L.I.R.U ... SAMA TAPI BERBEZA ?

12. Entri ini dan pautannya adalah yang sangat berterus terang tentang siapakah saya:  PERKARA YANG KE-27 TENTANG SAYA.


Nota kaki:  Entri yang lain-lain pun bagus juga .. cuma sedozen entri kat atas tu bernasib baik terpilih ke dalam senarai carta kali ini.  Mana-mana follower baru tu, bolehlah baca entri-entri tersebut kalau malas nak baca semua. Memang malas pun kan !



48 comments:

  1. Salam Bang Hamzah. Kat mana Abang semak statistik tu?

    Wahhh kira rajin juga Bang Hamzah buat survey tentang semua entries. Kalu saya memang tak terbuat macam tu.

    Campur dgn malas lagi? hmmmm

    apapun tahniah, entri sudah 400

    ReplyDelete
  2. Salam Tn Hj...

    Tahniah Tuan dah sampai ke en3 ker 400... walaupun saya baru saja terjun dlm dunia blog dan mengikuti blog-blog tuan..

    Tuan ni buat akauntebeliti pada apa yang tuan buat...kira macam muhasabah juga laa...

    byk yg kena saya belajar dan tiru dari apa yg tuan buat...

    semuga terus sampai ke en3 1000 pula ..saya setia mengikut dan menunggu...

    ReplyDelete
  3. Salam bang.

    Dah banyak juga abg buat n3. Tapi saya respeklah abg ni. Kebanyakan n3 abg berjaya menarik komen yg banyak. Tentu menaikkan semangat utk terus menulis n3 baru.

    ReplyDelete
  4. perghh...hebat gile....anyway congrats...

    ReplyDelete
  5. salam tuan, entri tu semuanya bagus2 la..tp ada yg tak sempat baca lg....dah tersenarai ni sy amik peluang la...Tahniah sampai ke saat ini. Selamat maju jaya .

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum tuan haji.selamat pagi.tahniah dah sampai entry ke400.
    lea paling suka baca entry ni

    9 SEBAB KENAPA SAYA BENCI PERGI KENDURI KAT HOTEL ! memang betul tuan haji.lea kalau ikut suami pergi majlis kahwin kat hotel resah dan gelisah je nak balik.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    Tahniah kerana blog Kanda tetap bertahan sehingga saat ini dan tetap menjadi tempat kunjungan yang tidak menjemukan. :)

    ReplyDelete
  8. salam Tuan Hajji
    kita nantikan yang ke 1000 pula.

    ReplyDelete
  9. tahniah Pak Ngah,

    teruskan menulis, dah pencen nanti tentu lagi banyak entrinya

    ReplyDelete
  10. bertambah n3 ertinya bertambah usia kita...

    jangan seronok sangat, ye..

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. Bukan senang hendak mencapai angka itu..

    Semoga Tuan diberi kekuatan untuk terus berbolog.

    ReplyDelete
  12. Uncle,n3 yg pasal lupa tu kan,
    bukan org xmau komen,tp mase tu
    kan Uncle x bukak ruangan komen..

    Tahniah,dah 400 n3 blog Uncle..
    Jgn benti berblog..Tegurlah kami2 ni
    walaupun dgn ayat 'bisa'..heheh
    Pengalaman Uncle boleh jadi panduan
    untuk kami..

    ReplyDelete
  13. tahniah pak ngah.....

    nanti buat la entri menarik lagi..huhu

    ReplyDelete
  14. Salam Uncle

    Sorry, lama x tinggalkan jejak kat sini.
    Rajinnya uncle study setiap entry uncle.
    Saya nak mencari balik passion saya pd blog..huhu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum:)

    Tahniah utk n3 ke 400:)
    Moga kan terus bern3 yaaaa:)

    ReplyDelete
  16. dalam sibuk2 ni en AL dah buat beratus entry ye...tak larat nk kejar ni..

    ReplyDelete
  17. oppps dah over entry den nie

    ReplyDelete
  18. Tahniah tn. haji! Saya akui semua entri tn hj best2 belaka. Apa kata buat entri baru berkait dengan "Pengalaman kena saman".

    ReplyDelete
  19. tahniah...dah 400 dah.saya ni br je nak start enjin

    ReplyDelete
  20. tahniah yer pakngah...dah 400 yer..saya nak menyusul lambat lagi..haih..merangkak-rangkak nak sampai tahap 400 ni...

    ReplyDelete
  21. wah..empat ratus sudah....

    tahniah
    en3 sya tak semak pulak, tp ghaso eh jauh lebih sikit dari pakngah

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum : tahniah sudah buat 400 entry.. semoga terus berblog

    ReplyDelete
  23. AZIE

    SALAM KEMBALI

    STATISTIK ITU ADA ENJIN PENYEMAK DIA SENDIRI. SAYA AMBIL DARI BLOG SESEORANG, TAPI SAYA SUDAH LUPO.

    BUKAN SUSAH BUAT SURVEY, SEBAB SEMUA ADA ENJIN DIA SENDIRI. BUKANNYA BUAT SECARA MANUAL.

    ReplyDelete
  24. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH ATAS PENGAKUAN AWAK UNTUK SETIA MENGIKUT DAN MENUNGGU ITU. IA MEMBERI MOTIVASI KEPADA SAYA UNTUK MENCARI MASA MEMBUAT ENTRI.

    ReplyDelete
  25. YB

    SALAM KEMBALI

    BANYAK JUGA ENTRI YANG KURANG MENDAPAT KOMEN, TERUTAMANYA ENTRI YANG DIBUAT PADA HARI JUMAAT.

    ReplyDelete
  26. TIKUZZA

    TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG BUAT KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  27. PAKCIKLIE

    SALAM KEMBALI

    TERIMA KASIH .. TAPI SAYA TAK ADALAH SAMPAI MASUK KOSMO !

    ReplyDelete
  28. MONALEA

    WAALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN MINAT MEMBACA ENTRI ITU. ITU ADALAH PERASAAN YANG SEBENAR SAYA.

    ReplyDelete
  29. KAKCIK

    WAALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH KERANA KAKCIK SUDI MENJADI PENGUNJUNG DAN PENGOMEN TETAP SAYA.

    ReplyDelete
  30. AZANI

    LEPAS PENCEN NI, MUNGKIN LAJU LAGI KOT !

    ReplyDelete
  31. IBUINTAN

    TERIMA KASIH. INSYAALLAH KALAU TIDAK DIKERAH DEK MAKNGAHNYA KEHULU KEHILIR NANTI. HEHE

    ReplyDelete
  32. INSAN MARHAEN

    SAYA BUKAN SERONOK TETAPI PUAS. SERONOK SIKIT2 TU ADA LAH !

    ReplyDelete
  33. ANIF

    MUNGKIN SAYA AKAN TERUSKAN WALAUPUN SUDAH TIDAK ADA PENGUNJUNG KERANA IA SUDAH JADI MACAM DIARY PERIBADI.

    ReplyDelete
  34. CIK SHINJU

    SAYA DAH TAK BERANI NAK TEGUR SEMBARANGAN. DAH BEBERAPA KALI SAYA KENA 'SMASH' BALIK.

    MUNGKIN DENGAN AWAK SORANG BOLEHLAH.

    ReplyDelete
  35. FAIZAL HASHIM

    TERIMA KASIH. TERUSAKAN BERKUNJUNG.

    ReplyDelete
  36. SUFIA MAHZAN

    SALAM KEMBALI.

    SEKARANG SUDAH GUNA NAMA SEBENAR YA !

    SENANG JER NAK CARI, SEBAB SEMUANYA DI TULIS DARI HATI. CEWAH !

    ReplyDelete
  37. PN KARTINI

    WAALAIKUMSALAM.

    TERIMA KASIH, TAPI BLOG PUAN LAGI HEBAT .. KREATIF DAN CANTIK.

    ReplyDelete
  38. NYANYISUNYI

    KEJARLAH SETAKAT MANA YANG LARAT. KALAU DAH TAK LARAT, BEREHAT KEJAP. LEPAS TU KEJAR BALIK !.

    ReplyDelete
  39. MAMAI

    AWAK PUN SEKARANG NI JARANG2 BUAT ENTRI BARU .. KENAPA ?

    ReplyDelete
  40. AIDA ALI

    TERIMA KASIH. PENGALAMAN SAYA KENA SAMAN, TAK ADA YANG MENARIK UNTUK DIBUAT ENTRI. MINTA2 JANGANLAH LEPAS NI KENA SAMAN PULAK.

    ReplyDelete
  41. LM

    TAK APA ENJIN AWAK CC BESAR, BOLEH KEJAR UNCLE !

    ReplyDelete
  42. SITI MURNI

    BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT. TETAPI KALAU SELAMAT WALAUPUN LAJU, LAGI BAGUS !

    ReplyDelete
  43. SAYANG2IBU

    AWAK KENA PASANG ENJIN PENYEMAK .. DIA AKAN BUAT KERJA SENDIRI TANPA DISURUH2.

    ReplyDelete
  44. AFEEZZ

    TERIMA KASIH DAN SAYA AKAN TERUSKAN BERBLOG KERANA MENULIS ADALAH MINAT SAYA SEJAK SEKIAN LAMA.

    ReplyDelete
  45. alamak. komen sy tak smpi 400 lagi pun kat sini. 100 pun entah smpi ke tak.

    kena kerja kuat ni.

    :D

    ReplyDelete
  46. KTS

    JANGAN RASA TERTEKAN ! TAPI KALAU AWAK NAK KERJA KUAT, SAYA TAK BOLEH HALANG.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.