Sumber Carian Google: Kata siapa ntah .. tapi saya suka.
Sebelum ini saya ada buat entri tentang diri saya (klik) yang ditugaskan oleh GadisBunga. Dia minta 25 perkara, saya dah beri 26. Kini saya nak tambah satu perkara lagi tentang diri saya untuk mencukupkan 27. Kenapa 27 ? Sebab ada mesej yang saya ingin sampaikan kepada seseorang. Harap-harap dia bacalah entri saya ini.
27. Saya seorang yang pemaaf tapi agak sensitif kalau kena marah atau kena sindir. Lebih-lebih lagi kalau orang yang marah atau menyindir tu, orang yang saya dah suka atau sayang dan kesalahan saya pula tidaklah sebesar mana. Respon saya cuma mendiamkan diri sahaja. Kalau saya jawab atau balas balik, takut orang tu bertambah marah. Saya rasa lebih baik begitu.
Misalnya kalau ada orang cakap macam ni kat saya ...
"baik-baiklah sikit tutup pintu kereta aku tu .. engkau ingat ini kereta bapak engkau ke ? "
Lepas tu tobat saya tak akan tumpang kereta dia. Saya lebih rela menapak untuk balik ke rumah. Saya tahu, saya terkuat sikit menutup pintu kereta dia .. akan tetapi kata-kata dia tu membuat saya amat tersinggung. Walaupun terluka, di dalam hati saya tetap akan memaafkan dia, samada dia meminta maaf atau pun tidak. Lebih-lebih lagi kalau dia dah meraung macam rupa mamat kat bawah ni.
ataupun memujuk rayu sampai ke tahap macam budak kecik ni ...
Gambar carian Google .. anak siapa ntah !
Namun begitu, hati saya sudah "tiada" lagi pada dia untuk suatu tempoh yang agak lama hinggalah luka itu sembuh kembali. Orang yang sensitif ini memerlukan tempoh yang lebih lama dari orang biasa untuk merawat hatinya yang luka. Cewah ! Gambar Carian Google - Siapa dia ntah.
Adakah anda juga serupa dengan saya ? Kalau boleh, jangan la !
Saya juga adalah seorang tua yang sangat sensitif. Mungkin juga saya boleh memaafkan tapi sukar melupakan.....
ReplyDeleteTn haji orangnye delicate....baru sy tau! Heheheh.....
ReplyDeletememaafkan boleh tapi utk melupakan adalah payah..ecewah!
ReplyDeletemari memaafkan:)
ReplyDeleteKadang-kadang memang mulut kata ok dah maafkan, tapi dek kerana hati masih sakit mulut & hati tidak seimbang. Apa-apapun kena berbaik juga tau.... sabarlah.
ReplyDeleteMacam ada sesuatu tersirat je....
teringat satu crita sorang blogger tentang sorang ayah yang suruh anaknya mengetuk paku saban hari... dah siap dia suruh cabut pulak paku tu... moralnya walopon dah kita cabut/mintak maaf tapi kesannya tetap ada pada orang yang terluka tu
ReplyDeletemereka yang lahir pada bulan Feb ni mmg agak sensitif ye pakngah...
ReplyDeleteMerujuk kepada saya juga, tapi mudah memaafkan, tak gitu...:)
assalamualaikum tn hj...
ReplyDeletesaya nak minta maaf jika komen sy menyinggung perasaan tn hj ya...
sekadar coretan di alam maya :-)
ada perkara yang boleh saya maafkan dengan cepat dan ada perkara juga yang memakan masa yang panjang untuk saya maafkan.. bergantung kepada kelukaan hati
ReplyDeleteperkara melupakan juga bergantung kepada kesannya terhadap hati
Setiap orang ada perasaan sensitif itu, cuma beza samada berlarutan menjadi dendam atau sekadar seketika dan membuang terus tanpa prejudis.
ReplyDeleteSaya pun sensitif pada orang2 yang tak kenal saya tapi sesuka hati melukakan hati.
Tapi kematangan membuatkan kita boleh menilai kembali.
Tiada yang sempurna.
Sekali Lagi, Para Doktor: Tolongggg....
ye..saya juga spt uncle..bkn berdendam tp luka lambat sembuh
ReplyDeletedengan orang yang kita sayang...very2 sensetif! jangan cari pasai nanti rajuknya panjang, air mata laju je mengalir...
ReplyDeleteme plak, sekali me terasa dgn seseorg, me akan ingat sampai bila2...cthnya, sepupu me ada tulis sms yg sgt menyakitkan hati..dia send kat me..sampai bila2 me akan ingat..and tak tau bila me akan memaafkan dia...and lately, dia ada ditimba mcm2 musibah...me mls nak amik pot...sbb sms tu sgt2 mengguris hati--dia memang jenis hipokrit..
ReplyDeleteAs salam Uncle..
ReplyDeleteOrang kata,sesiapa yg berjiwa sensitif ni seni orangnya... :)
betul la uncle..sy pun kdg2 teremo walopon benda2 kecik cmtu..bgus ke tak ye sbnarnya?? :)
ReplyDelete. saya juga mudah terasa. tapi saya lebih banyak pendam. lama lama perasaan itu hilang
ReplyDeleteSalam Tn Hj..
ReplyDeletesaya ni tak kisah sgt...memang terasa kalau terkena macam cth Tn beri dlm entri tu....sbb saya cepat memaafkan...
saya layannn...jer
rasa macam ceramah motivasi pulak..
ReplyDeletethanks..boleh share ni
Assalammulaikom wtb tuan. Khaifahaluka?
ReplyDeleteAna tak suka memarahi org, tak pandai nak marah org dan tak tahu nak marah org.
Itu pasal ana jarang dimarah org, ana tak disindir org dan ana tak dikaitkan dengan sifat kemarahan org.
Allhamdullah...Semoga kita semua yang bergelar manusia adalah hamba Allah S.W.T. ummat Nabi S.A.W. mestilah meniru sifat Nabi S.A.W. yang mana sifat Nabi pasti membawa kejayaan. Kaum arab quraish ketika di zaman Nabi amat terkesan dengan sifat Nabi yang begitu baik dan lemah lembut.
JazakaAllah
musafirislam@groups.facebook.com
owh pakngah..hakikatnya..kita sama lah..cepat terasa, cepat jugak melentingnya..tapi cepat memaafkan..cuma susah nak melupakan kalau dah ter'kuciwa' sangat-sangat..
ReplyDeletemudah kecik hati dengan rakan yang teramat baik, tapi saya akan memaafkannya walaupun dia tak mintak maaf
ReplyDeleteAL..nak buat cemana..kalau dah serupa..
ReplyDeletewalau dikata jangan la..tapi tak boleh nak elak..
sam[pai hatinya dia mengeluarkan kata2 tu kan..
arwah bapak saya pun sama..pernah anak sedara dia..mengeluarkan kata2 kesat..sampai akhir hayat,..dia tak mau lagi menumpang kereta itu..
anak2 buah...kwn2...ada gak buat mcm AL ni...tp sya tak sound la...tak sampai hati. lg pun bukan rosak kan pintu tu...
ReplyDeleteuncle merajuk la ni...olololo~
ReplyDeletenampaknya ayah saya pun cemtu jugak la kot perasannya sebab dia sebaya dgn uncel. hu~
a'ah la pak ngah.. sy pn sm.. kesan tu susah sangat nak hilang, memaafkan insyaAllah bole, tp nak lupakan mungkin tak, hati kering sungguh sy nie.. hehe
ReplyDeleteOrang kata, semakin kita berusia, kita semakin sensitif..mudah marah, mudah tersinggung, mudah rasa sedih, mudah mengasihani, mudah memaafkan..
ReplyDeleteBetul ke uncle?
Orang yang sensitif ini memerlukan tempoh yang lebih lama dari orang biasa untuk merawat hatinya yang luka.
ReplyDeletekat mana awak rawat hati awak tu?
eh. awak tak sensitif dgn soalan sy tu kaaan?
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteJANGANLAH KAKCIK KATA KAKCIK SEORANG TUA SEBAB SAYA PULAK TERASA TERSANGAT TUA. HEHE
MOMMY FARA
ReplyDeleteDELICATE TAK APA, JANGAN DELICACY !
KAN ?
MAKDARA
ReplyDeleteSAMALAH KITA .. DAN MUNGKIN JUGA KEPADA SEMUA ORANG YANG KUAT INGATAN. KIRA BAGUS JUGALAH DARIPADA HILANG INGATAN. KAN ?
CGG
ReplyDeleteMAAFKAN KAMI 3X .. IKUT CARA P RAMLEE MENYANYI.
KAKZAKIE
ReplyDeleteMEMANG ADA SESUATU YANG TERSIRAT DAN BERSELIRAT SEJAK SEKIAN LAMA .. TERASA LEGA BILA DAPAT DILUAHKAN.
CEMOMOI
ReplyDeleteCERITA AWAK TU BARU PERTAMA KALI DENGAR DAN AMAT TEPAT SEKALI DENGAN JALAN ENTRI SAYA INI.
TERIMA KASIH. DAN PASTINYA CERITA ITU AKAN SAYA QUOTE BANYAK KALI NANTI.
YUS
ReplyDeleteBARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN JUGALAH AGAKNYA YUS.
ROM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
ENTRI INI TIADA LANGSUNG KAITAN DENGAN AWAK .. JADI TAK ADA APA YANG SAYA NAK MAAFKAN.
IBUINTAN
ReplyDeleteBETULLAH KATA ORANG TUA-TUA, RAMBUT SAMA HITAM (WALAPUN RAMBUT SAYA TIDAK LAGI HITAM) HATI LAIN-LAIN.
AZIE
ReplyDeleteMEMANG ALLAH SUDAH MENJADIKAN TABIAAT HATI DAN FIKIRAN BEGITU.
HABIS KALAU DAH TAK BOLEH LUPA .. TAKKAN NAK PAKSA-PAKSA PULA.
LM
ReplyDeleteRASANYA TAK APA KOT, KALAU SUDAH DI MAAFKAN TAPI TAK DAPAT LUPAKAN. BAGUS JUGA AGAR KITA TIDAK TERKENA SEKALI LAGI.
JUNAINA
ReplyDeleteKALAU ORANG YANG KITA TAK BERAPA KENAL, TAK KISAH SANGATLAH KAN !
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteTAK BAIK BEGITU .. MAAFKANLAH DIA, WALAUPUN AWAK TAK BOLEH LUPA. KALAU AWAK MAAFKAN DIA, AWAK TIDAK LAGI MENANGGUNG APA-APA BEBAN PERASAAN.
CIK SHINJU
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
TAK TAHULAH .. UNCLE SEBENARNYA TAKUT KAT ORANG SENI NI. SEBAB SENI ADALAH HALUS DAN UNCLE SANGAT TAKUT KAT ORANG HALUS.
NANIEINTAN
ReplyDeleteTAK BAGUS .. TAPI SEBAGAI MANUSIA KITA ADA PERASAAN. KALAU BOLEH KAWAL AGAR TIDAK HILANG KEWARASAN, RASANYA OK LAGI KOT.
INTAN MAISARAH
ReplyDeleteKALAU INGATAN ITU BOLEH HILANG BAGUSLAH .. ITU SATU KEISTIMEWAAN.
BUKAN HILANG INGATAN ! HEHE
SAYA TIDAK MAMPU SEBAB INGATAN SAYA KUAT. MAAF BOLEH .. LUPA TIDAK.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
INI BUKAN SOAL MEMAAFKAN TAPI SOAL MELUPAKAN. SAYA JUGA CEPAT MEMAAFKAN TAPI MELUPAKAN ADA SIKIT SUSAH.
IKAN EMAS
ReplyDeleteINGAT LEPAS PENCEN NI NAK BERI CERAMAH MOTIVASI .. BOLEHLAH AWAK UNDANG SAYA NANTI.
MUSAFIR ISLAM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
KALAU TAK SILAP SAYA, ADA JUGA ULAMAK BERKATA "ORANG MUKMIN ITU TIDAK DIPATUK ULAR DUA KALI DARI LUBANG YANG SAMA"
INI MENUNJUKKAN SUPAYA KITA BERINGAT2.
INI BUKAN SOAL MARAH, MEMAAF TAPI SOAL INGATAN.
SITI MURNI
ReplyDeleteAPA YANG AWAK TULIS TU EXACTLY APA YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN DALAM ENTRI INI. NAMPAKNYA ADA JUGA ORANG SALAH FAHAM.
CHIK NA
ReplyDeleteSERUPALAH KITA DALAM HAL INI.
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteBAGUSLAH BERSIFAT BEGITU.
AMAN BAHAGIALAH ANAK-ANAK BUAH AWAK DAPAT BOSS MACAM AWAK.
GADISBUNGA
ReplyDeleteKALAU SAYA BERKAWAN DENGAN AYAH AWAK, MESTI SERASHI !
JUE
ReplyDeleteKITA BERBEZA SIKIT SEBAB HATI SAYA BASAH. HEHE
DADDY ZIYYAD
ReplyDelete100 %. CORRECT CORRECT CORRECT !
KTS 1
ReplyDeleteAWAK TANYA KAT MANA SAYA RAWAT HATI SAYA.
.
.
.
.
KAT R&R TAPAH !
KTS 2
ReplyDeleteSOALAN APA ?
KAKERNA
ReplyDeleteKALAU SERUPA NAK BUAT MACAM MANA.
KERAS HATI JUGA ARWAH AYAH KAKERNA YA. SIFAT TU MENURUN TAK KAT ANAK DIA ?
gua jenis tak ambik pot.. sangat
ReplyDeleteBRUTALSOLO
ReplyDeleteMEMANG SERASILAH DENGAN NAMA LU .. HEHE
anak2 buah saya tgh bergembira sbb bos mereka kursus 3 bulan di semenanjung...
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteDULU2 ANAK BUAH SAYA RISAU KALAU SAYA BERCUTI PANJANG.
yg ganti sementara tempat saya yg risau...yg lain tak tau la.
ReplyDeleteuncle,
ReplyDeleteforgiveness is a virtue kan?
saya sentiasa cuba untuk memaafkan sesuatu perkara, tapi utk melupakannya terus, satu benda yang mustahil..
MASZUBER
ReplyDeleteUNCLE PUN SAMA. ITULAH YANG INGIN DISAMPAIKAN MELALUI ENTRI INI. MUDAH MEMAAF TAPI TIDAK MAMPU NAK MELUPA.