Ini buah coconut .. sikit pun tak ada rasa koko !
Ini kisah seorang Ahli Politik, Seorang Ahli Perniagaan dan seorang Pegawai Kerajaan yang terdampar di sebuah pulau. Di pulau tersebut terdapat banyak buah-buah kelapa yang boleh dimakan. Tetapi sayangnya tiada sebarang alat untuk membukanya.
Lalu masing-masing pun memberi pendapat. Mari kita dengar apa kata mereka.
Ahli Politik: Tuan-tuan semua. Dalam keadaan kita yang terdampar di pulau ini yang mana tiada orang lain melainkan kita bertiga dan juga tiada sebarang kemudahan lain, maka apa yang penting pada saat dan ketika ini ialah kita mesti bersatu padu. Jikalau kita semua bersatu padu, InsyaAllah kita akan berjaya menempuhi apa juga masalah dan dugaan yang mendatang. Ibarat sebatang lidi akan mudah dipatah-patahkan, begitulah akibatnya kalau kita tidak bersatu. Oleh itu marilah kita bersatu padu agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh kita. Tidak begitu tuan-tuan ?
Ahli Perniagaan: Saya setuju. Namun begitu bersatu padu sahaja tidak mencukupi kerana kita mesti mencari jalan bagaimana kita boleh membuka buah-buah kelapa itu dahulu supaya kita dapat memakan isinya dan meminum airnya agar kita tidak mati kebuluran. Selepas itu, kita juga boleh membuka perusahaan memproses air dan isinya untuk di jual ke pulau-pulau yang lain pula.
Pegawai Kerajaan: Saya setuju dengan pandangan tuan-tuan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengesyorkan supaya ditubuhkan dulu sebuah Jawatankuasa Kecil untuk mencari kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuka buah-buah kelapa tersebut. Penemuan Jawatankuasa Kecil itu perlulah dibentangkan terlebih dahulu kepada kita sebagai Jawatankuasa Induk untuk diperhalusi sebelum dilaksanakan.
Kadang-kadang buat kerja sorang-sorang lebih cepat siap daripada buat kerja dalam Jawatankuasa. Betul tak ?
.P
Assalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeletewalaupun ada pepatah yang mengatakan 'dua kepala adalah lebih baik dari satu kepala' namun ada ketikanya keran bergantung kepada kepala yang lagi satu, kita mungkin akan menyuap makanan melalui hidung....
Assalamu'alaikum Tuan,
ReplyDeleteBenar ada waktunya bila satu isu dibawa untuk dibentangkan kepihak umum akibatnya akan memakan masa lebih panjang walhal isu itu kecik je dan boleh diselesaikan dgn lebih segera kalau terus dilaksankan tanpa menggunakan protokol....
Salam Bang,
ReplyDeleteBetul tu terutama kalau dapat AJK yg pandai cakap aje tapi kerja tak nak buat. Hampeh
Biasanya setiap org ada agenda masing2 w/p matlamat utamanya adalah sama.
ReplyDeletePandai2lah nak hidup hahaha
stended lah ..
ReplyDeleteAJK mengabiskan boreh aja ....
meeting rajin, sebab dpt makan free..
bila tang kena, semua lari!
:P
You're sooo true, uncle!
ReplyDeleteWpun kdg2 sakit hati buat keje sorg2 tapi adakalanya lbh baik juga.
Betol...betol...betol....
ReplyDeleteHermmm...tak tau nk cakap apa.
memang betol lah tuuu....(tension)
betoi betoi betoi..
ReplyDeletebila diberi keje pun akhirnya org tu jg yg kena buat.
tapi kalau tak tubuh ajk nanti akan ada yang kata
" tak tau , tak tau..tak ader yg bagitau..kita tak dilibatkan..kita tak diberi tanggungjawab...bla bla bla..
setuju ke kalau dikatakan bos yg cekap ialah yg pandai agihkan kerja yg akhirnya dia sendiri tak ada kerja ????
heheheheheh....
ReplyDeletesbb tu lambat. kumpulan sana-sini. ajk situ sinun, sudahnye.....kerenah birokrasi...
Too many cooks spoil the brooth.
ReplyDeleteMemang betul la..Bang...tapi itulah kenyataan yg perlu kita hadapi sekarang ni...dah berakar umbi bak kata org....hehehe
ReplyDeletepengerusi ada kuasa veto untuk menolak usul... lebih baik takyah buat mesyuarat kluo je arahan senang crita
ReplyDeletehehehe..betul2..ramai2 kang byk pulak ceritanye ..
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
BAHAYA TU .. NANTI TERSEDAK BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA !
KAKZAKIE
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
SAYA SETUJU ..TENGOK KESLAH. KALAU IA BESAR, PERLU JUGA DAPATKAN PANDANGAN ORANG RAMAI JUGA. TAPI KALAU KECIK MACAM KES "NAK BUKA BUAH KELAPA TU", TAK PERLULAH RASANYA NAK TUBUH J/KUASA.
YB 1 DAN 2
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KADANG2 MELALUI J/K NI SUSAH NAK KENALPASTI SIAPA SALAH .. DGN ITU IA ELOK BAGI MEREKA YANG TIDAK MAHU BERTANGGUNJAWAB SECARA PERSEORANGAN. KALAU BEGITU SEPATUTNYA KALAU SORANG BUAT SILAP, SEMUA KENA LETAK JAWATAN .. TAPI REALITINYA BERBEZA !
DADDY ZIYYAD
ReplyDeletePENGALAMAN SAYA, KALAU ADA 12 AJK, YANG BENAR2 BOLEH BUAT KERJA 2-3 ORANG JER !
MISZ SEPHIA
ReplyDeleteKALAU KERJA YANG BERAT2, ELOK BUAT RAMAI2 .. KALAU SORANG2 NANTI PATAH PINGGANG PULAK !
BUNGACAHAYA
ReplyDeleteTERIMA KASIH UPIN ! HEHE
IE
ReplyDeleteSETUJU .. BOS YANG BERKESAN ADALAH YANG PANDAI MEMBAHAGI2KAN KERJA UNTU MENCAPAI OBJEKTIF ORGANISASI. LAGI PUN MENGIKUT KATA ORANG BIJAK PANDAI:
"MANAGEMENT IS GETTING THINGS DONE THROUGH OTHER PEOPLE"
MOMMY FARA
ReplyDeleteBIROKRASI ATAU RED TAPE NI KATA ORANG2 BIJAK PANDAI ADALAH ..
"NECESSARY EVIL"
HANI
ReplyDeleteTEPAT SEKALI PEPATAH INGGERIS TU !
PENYELARASAN ADALAH PENTING.
FADZLI AMIR
ReplyDeleteTAK TAHULAH .. MUNGKIN JUGA PENUBUHAN BANYAK J/K ITU SEBAGAI SATU STRATEGI UNTUK MELIBATKAN SEMUA ORANG. TETAPI KALAU SESUATU YANG PERLU DISEGERAKAN, MEMANG MELAMBATKAN.
CEMOMOI
ReplyDeleteKADANG2 PENGERUSI PUN TAK TAHU NAK ARAH APA .. PERLU JUGA MENDAPAT INPUT DARI ORANG LAIN. KALAU TIDAK ORANG TUDUH DIA DIKTATOR PULAK NANTI.
MIMIE
ReplyDeleteBETUL .. KALAU SEMUA NAK BERCERITA, SAPA PULAK NAK BUAT KERJA !
Kadang² ikut banyak kepala ni jadi pusing kepala..hehe
ReplyDeletesinisnya entri ini ;)
buat kerja berkumpulan pun ok, sorang pun ok...tak buat kerja lg ok...
ReplyDeleteakhirnya dapat tak minum air kelapa tu?
ReplyDeleteeheeee
AL..klau macam tu punya panjang dan amcam2 yang dibuat..siap jawatan kuasa bagai..
ReplyDeletesah2 le kelaparang mereke bertiga tu..
heheh cakap2 tak sampai ke mana jugak--nak kena bukak kelapa tu, kalau tak maunya mati kehausan heheh
ReplyDeleteLagi byk yang memberi pendapat sudah buah kelapa tu tak terbuka juge :)
ReplyDeleteNAMAN
ReplyDeleteTERLALU BANYAK KEPALA, LANGSUNG TAK DAPAT MAKAN KELAPA !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteTAK BUAT KERJA .. TAK DAPAT MAKAN PUN OK !
SZ
ReplyDeleteCERITA TU HABIS SAMPAI KAT SITU JER .. MUNGKIN AWAK BOLEH SAMBUNGKAN !
KAKERNA
ReplyDeleteKADANG2 KITA PERLUKAN ORANG2 KECIL UNTUK MENYELESAIKAN ISU ATAU MASALAH YANG KECIL.
berat sama dipikul, ringan jinjing sendiri-sendiri laaaaa
ReplyDelete;D
MAMA ZHARFAN
ReplyDeleteITULAH PASAL .. CAKAP JER LEBIH. KADANG2 ORANG2 BESAR TAK MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH YANG KECIL2.
KTS
ReplyDeleteBERBAKAT SUNGGUH AWAK MENGUBAHSUAI PERIBAHASA YA !
BETUL TU PAK.. BUAT KEJE SORANG2 LEBIH PANTAS.. TAPI ADA KALANYA KITA PERLU MEMBUAT KERJA DENGAN BANYAK KEPALA..
ReplyDeleteFAIRUS
ReplyDeleteSETUJU ADAKALANYA PERLU JUGA BANYAK KEPALA. TAPI KALAU TUGASAN TU KECIL SAHAJA, TAK PERLULAH BUAT RAMAI-RAMAI.
BETUL saya setuju!
ReplyDeleteYAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG. SAYA INGATKAN YAN DAH MULA BERBLOG. BILA KLIK NAMA, TAK ADA ..!