Friday, March 25, 2011

KELAK AIR MATA SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI.


Kadang-kadang kita merasa amat megah dengan kemajuan ekonomi yang kita capai. Itu tidak baik. Lebih teruk lagi ada yang merasa begitu sombong dengan kemajuan teknologi sehingga kadang-kadang seolah-olah ingin mencabar tuhan. Ada yang begitu yakin dan bongkak dengan mendabik dada mengatakan bangunan yang dibinanya tahan gempa bumi hingga sekian-sekian skala Richter, misalnya.


Bencana yang Allah turunkan selama ini, banyak dalam bentuk yang lembut sifat dan zatnya. Contohnya angin, air dan api. Belum pernah lagi terdengar bencana yang diturunkan dalam bentuk bongkah batu atau logam sebesar Gunung Tahan dari langit.


Sebelum ini kita telah banyak kali melihat angin dan api memusnahkan harta benda dan jiwa di luar negara. Sesekali kita digemparkan dengan bencana gelombang besar (tsunami) dalam bentuk air. Dan yang terbaru dan paling dahsyat adalah tsunami yang melanda negara Jepun. Ternyata bangunan yang dikatakan tahan gegaran pada sekian-sekian skala Richter, telah terbukti tidak berupaya menahan serangan air yang sifat dan zatnya adalah amat lembut itu.


Setakat ini Allah belum lagi menurunkan bencana dalam bentuk bunyi. Saya pernah melihat orang mengebom ikan di sungai. Bom itu tidak pun mengena ikan tetapi bunyinya yang kuat telah membuat ikan-ikan mati terdampar dan berapungan. Begitulah perumpamaannya bunyi dari tiupan sangkakala yang akan mematikan kita bila tiba saatnya nanti. Apakah kita telah bersedia ?



Apabila sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil nanti, air mata sudah tiada berguna lagi .. !
.

39 comments:

  1. kuasaNya tidak sesiapa mampu menghalang

    ReplyDelete
  2. Kalaulah airmata mencurah keluar begitu, akan keringkah air di badan atau akankah daratan menjadi lautan??? :)

    ReplyDelete
  3. Salam pagi Jumaat bang.

    Kalau Allah hendak musnahkan sesuatu itu Gunung Tahan pun tak tahan. Setakat bangunan itu apalah sangat. Sangat mudah.

    ReplyDelete
  4. Salam pagi Jumaat Tn Hj..

    Subhanaullah..... kekauasaan NYA tiada bandingan...
    Terima kasih Tuan en3 yg mengajak berfikir sejenak kekuasaan Allah...supaya lebih dari 4 perkara semalam yg perlu difikirkan dan diatasi....

    p/s: tu airmata air....belum airmata darah lagi....(berkenaan visual akhir en3) .... :)

    ReplyDelete
  5. mak ai..mencurah2 air mata macam air terjun lak..huhu..


    itulah kuasa Allah kan uncle..sebijak mana pun manusia mencipta takkkan mampu lawan ciptaan Allah..sebab ciptaan manusia yg hebat2 tu pun anugerah kebijaksanaan dari Allah..

    ReplyDelete
  6. Pakcik, entri pagi nie menggerunkan saya...=(

    ReplyDelete
  7. salam,

    entri hari jumaat yg penuh makna dan keinsafan.

    ...jarang tuan tulis seserius begini

    ReplyDelete
  8. blog sy masih dalam kesakitan..

    skrg usaha mencari ubatnya

    ReplyDelete
  9. Salam pakcik. Kena slalu beringat pasal kematian kan. Supaya jiwa dekat dgn Allah SWT. Moga diampunkan segala dosa2 kita dan ditetapkan keimanan kepada-Nya..

    tp gambo air mate tu, sy rs ultraman je bole buat pasal die giant..he3

    ReplyDelete
  10. Sesungguh Allah Maha Mengetahui dan dia berkuasa di atas segalanya. Boleh sy letak jawapan untuk game SMS tu kat sini

    J - Jangan
    K - Kita
    K - kurang
    K - Kelebihan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum uncle

    Allah Maha berkuasa pada setiap yang hidup... apalagi yang tidak bernyawa...

    wlpn kejadian itu kat tmpt orang
    tapi kita patut ambil iktibar...

    ReplyDelete
  12. RASA DIRI INI MASIH BELUM CUKUP AMALNYA..

    ReplyDelete
  13. selalu org bercakap dan ingatkan pasal ini tapi masih org lupa dan paling tak boleh blah! buat2 lupa..tsk!

    ReplyDelete
  14. SALAM SEMUA.

    TAK SEMPAT NAK BALAS LAGI .. NANTI MALAM SAYA BALAS.

    ReplyDelete
  15. amboi...lajunya ayaq mata depa turun..macam waterfall aih..huhu.

    tidak ada yang boleh menandingi kekuasaan Allah..seperti yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran..Kun Fayakun.

    ReplyDelete
  16. As salam Uncle..

    Subhanallah..betul segala kata2 Uncle tu...Zat yang lembut jer pun kita boleh musnah mcm tu skali..Banyak sangat dah 'teguran' dariNYA tapi kita masih leka dan lalai..Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  17. MONALEA

    BENAR .. IRADATNYA JUGA TIDAK SIAPA DAPAT MENEGAH

    ReplyDelete
  18. KAKCIK

    NASIB BAIK KITA MENANGIS TAK JADI MACAM GITU !

    ReplyDelete
  19. YB

    SALAM KEMBALI

    MEMANG BENAR .. BEGITU JUGA KALAU DIA HENDAK MEMBERI REZEKI. IA DATANG MELALUI JALAN YANG TIDAK DISANGKA2.

    ReplyDelete
  20. AZMNOR

    SALAM KEMBALI. DAH MALAM BARU DAPAT JAWAB

    SEGALA KEJADIAN ADA TANDA2 KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH KEPADA YANG MAHU BERFIKIR.

    ReplyDelete
  21. CIK SHA

    BAHKAN KITA PUN HASIL CIPTAANNYA JUGA !

    ReplyDelete
  22. MOMMYA FARA

    MEMANG PUN TUJUANNYA UNTUK MENGERUNKAN ORANG DAN DIRI SENDIRI.

    ReplyDelete
  23. IKAN EMAS 1

    SALAM KEMBALI

    SELALU JUGA SAYA TULIS SERIUS. AWAK YANG TAK PERASAN.

    IKAN EMAS 2

    SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBATNYA KECUALI MATI.

    ReplyDelete
  24. PAISH

    KALAU KITA SENTIASA INGAT PADANYA, DIA PUN AKAN SENTIASA INGAT PADA KITA.

    ReplyDelete
  25. AIDAH

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SUMBANGAN.

    SETUJU .. JANGAN KITA KURANG KELEBIHAN. MESTI CARI KELEBIHAN MENGIKUT SALURAN YANG BETUL.

    ReplyDelete
  26. MANJE

    WAALAIKUMSALAM

    TAK MUSTAHIL JUGA IA BERLAKU DI TEMPAT KITA, KALAU ALLAH MENGHENDAKINYA. SYUKUR KITA TERSELAMAT DARI BENCANANYA.

    ReplyDelete
  27. MAKDARA

    KALAU LUPA BOLEH TOLONG INGATKAN ..TAPI KALAU BUAT2 LUPA, TAK DAPEK NAK NOLONG EH !

    ReplyDelete
  28. SITI MURNI

    BETUL .. SESIAPA YANG BERANI MENCABARNYA PASTI AKAN BINASA.

    ReplyDelete
  29. SITI MURNI

    BETUL .. SESIAPA YANG BERANI MENCABARNYA PASTI AKAN BINASA.

    ReplyDelete
  30. SITI MURNI

    BETUL .. SESIAPA YANG BERANI MENCABARNYA PASTI AKAN BINASA.

    ReplyDelete
  31. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    SEBUT PASAL LALAI NI .. UNCLE PUN NAK KURANGKAN BLOGGING MACAM JU JUGA!

    ReplyDelete
  32. kita semua ingat mengingatkan..

    ReplyDelete
  33. AUJINZ

    BLOG ADALAH MEDAN YANG BAIK UNTUK TUJUAN ITU !

    ReplyDelete
  34. Jgn gitu Uncle...
    Saya kurangkan blogging sbb hidup baru bermula,belum selesa lagi..byk komitmen lain..Uncle dah ade segalanya..byk mase utk berblog..
    Byk info dan ilmu saya dapat dr penulisan Uncle,at least Uncle boleh menyumbang hasil dr pengalaman Uncle dalam blog nih..

    ReplyDelete
  35. opocot!

    .
    .

    sy mmg anti dgn org yg main mercun. nak main boleh, tp bg tau awal2. boleh sy bersedia. tutup telinga. klu tak, mau luruh jantung. kesian dgn org yg kuat terperanjat kaaan.

    oleh itu, saya faham sangat perasaan ikan2 yg terkena 'bencana bunyi' tu. simpati sy pada ikan2 tu.

    ReplyDelete
  36. KTS

    TETIBA SAYA RASA BERSALAH MEMANCING IKAN SEBAB AWAK KERANA RUPANYA BOLEH MEMAHAMI PERASAAN IKAN !

    ReplyDelete
  37. KTS

    BIASANYA PERKATAAN "SILAKAN" ITU DIGUNAKAN SEBAGAI GESAAN UNTUK MEMBUAT SESUATU YANG MENYENANGKAN. MISALNYA ..

    'SILAKAN MAKAN' ATAU 'SILAKAN AMBIL'

    RASA BERSALAH ITU BUKANLAH SESUATU YANG MENYENANGKAN.

    MUNGKIN SAYA TERSILAP FAHAM SEKALI LAGI DI SINI. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.