Damsyik memang asyik !
Berita Minggu Ahad 20 Mac 2011 - Tarikan Bazar Souq
Al-Hamidiyya dan Masjid Umayyah.
Al-Hamidiyya dan Masjid Umayyah.
Membaca Berita Minggu hari Ahad lalu mengenai Damsyik, saya segera teringat ziarah saya ke sana dengan Makngahnya serta rombongan pejabat beberapa tahun lalu. Saya harap pembaca tidak jemu membacanya kerana telah dua entri berturut-turut memaparkan segmen Terkenang Semasa Dulu. Nak buat entri Terkenang Semasa Depan, tak boleh buat pulak.
Gambar 1: Di luar masji Umayyah yang dibIna oleh khalifah Bani Umayyah pada tahun 706 Masihi. Nak tahu lebih lanjut tentang masjid ini, sila ke sini.
Gambar 2: Bergambar di hadapan salah satu pintu masuk yang bertentangan dengan Souq Al-Hamidiyya. Cuaca pada masa itu boleh tahan juga sejuknya.
Gambar 3: Di sisi makam nabi Yahya .. kalau tak silap ingatan saya.
Gambar 4: Dipintu masuk makam Salahuddin Al-Ayoubi atau Saladin kata Mat Salleh.
Terletak bersebelahan dan di dalam kawasan Masjid Umayyah.
Terletak bersebelahan dan di dalam kawasan Masjid Umayyah.
Gambar 5: Bergambar di dalam Masjid. Makngahnya memakai jubah yang disediakan untuk wanita.
Gambar 6: Di salah satu pintu masuk ke Souq Al-Hamidiyya. Nak tahu lebih lanjut sila klik sini. Peniaga-peniaga di sini sangat teruja bila mengetahui kami dari Malaysia. Nama Dr Mahathir akan disebut-sebut mereka. Yang tak tahan tu .. cara mereka menjual sangat agressif. Ada yang mengekor kita hingga ke kenderaan sambil merayu untuk membeli barang dagangan mereka. Tanpa di minta mereka akan menurunkan harga sedikit demi sedikit hinggalah tinggal separuh. Kadang-kadang kita terbeli bukan kerana mahu atau perlu tetapi semata-mata atas dasar kasihan.
Tak sah kalau saya tak beli rantai kunci. Rantai kunci ini amat istimewa dan saya tak gunakannya tetapi hanya disimpan buat kenang-kenangan.
.
wah!!!!bestnya lum sampai lg ni...bilalah nak sampai...
ReplyDeletedamsyik masih aman damai kan uncle?
ReplyDeletePuasnya dapat melihat tempat orang dan mengenali budaya mereka.. Entah bila agaknya dapat merasa! :)
ReplyDeletesallam,
ReplyDeleteSuka tengok pengalaman dan gambar2 orang merantau, bilalah saya dapat merantau agaknya. terima kasih berkongsi.
melihat gambar makam Solahuddin AlAyubi sudah meremang bulu roma saya. Pahlawan agung moga rohnya bersemadi dalam taman syurga.Amin.
ReplyDeleteBaca entri uncle ni, teringat pulak saya restoren arab damsyik dekat dgn taman guru tu..:P
ReplyDeleteKakak suka je tengok tempat-tempat teman blogger berziarah walau cerita lama. Nak tengok tempat tu sebab nak pergi belum tentu dapat....
ReplyDeleteSalam Tn Hj...
ReplyDeleteAlhamdulillah kerana Tuan telah dpt ziarah bumi para nabi.... mudah-mudahan satu masa nanti saya juga dapt ziarahinya.... memang teruja bila membaca artikel dlm berita minggu tu....ditambah lagi dengan entry ni....
Terima kasih Tuan kerana dpt sama-sama berkongsi pengalaman Tuan.
* saya pun selalu beli rantai kunci sebagai kenang-kenangan kalau kemana-mana melancong....
saya suka damsyik.. orangnya yang lebih ramah n bersopan serta berbudi bahasa berbanding orang arab negara lain
ReplyDeleteassalamualaikum uncle...
ReplyDeletekita banyak belajar tentang negara orang dari blog2 aje... nak ke sana masih tak berkemampuan =) ~
salam..
ReplyDeleteuncle..
wow..bestnye..teringin nak sampai ke sana..heheh..
kota kegemilangan islam..
salam Tuan Hajji
ReplyDeletebak kata orang jauh perjalanan luas pandangan.
wahh dtg tgk gmbr uncle pun jd lah..cantik
ReplyDeletehii
ReplyDeletebanyak pengalaman uncle
bercuti dengan ziarah yang dituntut, bukan sahaja bercuti tetapi melawat tempat2 yang memberi ilmu dan menginsafkan kita!
ReplyDeletetak boleh nak terkenang semasa depan, eh? baru je nak cuba mengenang masa depan di Damsyik yang asyik. :P
ReplyDelete.
.
.
eh jap. apa yg asyik kat damsyik tu? awak tak ckp pun
Damsyik...Asyik. Juga cantik rantai kunci tu. Saya juga pernah suka kumpul rantai kunci tempat-tempat saya lawati.
ReplyDeleteSalam Tn Hj...
ReplyDeletecantik rantai kunci tu...memang itu yg senang dibeli dan disimpan buat koleksi peribadi...
saya tgk gambar je...pasang angan2 nak pegi sana
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletekeindahan kota damsyik
tidak tergambar oleh gambar
bilalah saya nak ke sana
agaknya..ermmm,berdua memang
nampak sejiwa Pak Ngah dan Mak
Ngah nya..he he
YATIE AWANG
ReplyDeleteKALAU ADA KEAZAMAN NAK ZIARAH BUMI ANBIA INI, INSYAALAH SATU HARI NANTI BOLEH SAMPAI.
GADIS BUNGA
ReplyDeleteSETAKAT INI NAMPAK DARI LUARAN MASIH AMAN .. NAMUN MEREKA SENTIASA DIANCAM DARI LUAR .. BARANGKALI ITU SEBABNYA RAKYAT MEREKA BERADA DIBELAKANG PEMERINTAH !
KAKCIK
ReplyDeleteKADANG2 REZEKI DATANG TIDAK DISANGKA-SANGKA. MACAM SAYA DULU PUN, TAK DISANGKA-SANGKA DAPAT PERGI KE SANA. PADAHAL JAWATAN SAYA PADA MASA ITU TIDAK KENA MENGENA PUN DENGAN SYRIA !
LIPISLADY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TERIMA KASIH KERANA SUKA .. BANYAK LAGI CERITA NAK DIKONGSI. MAKLUMLAH ORANG LAMA ..
ABU MUAZ
ReplyDeleteMEMANG SALAHUDDIN SEORANG PAHLAWAN ISLAM YANG HEBAT .. TIADA TOLONG BANDINGNYA DENGAN PAHLAWAN SEKARANG.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteRESTORAN ITU MEMANG MENJADI FEVRET SAYA SEKELUARGA .. AYAM KUKUSNYA CUKUP ISTIMEWA.
SAYA ADA AMBIL GAMBARNYA .. LUPA PULA NAK SISIPKAN KAT ENTRI INI.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSAYA BUAT ENTRI SEUMPAMA INI SEBAGAI CATATAN PERIBADI. KALAU ADA ORANG SUKA TENGOK .. LAGI BERSEMANGAT SAYA MENYELONGKAR GAMBAR2 LAMA.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SEBENARNYA GAMBAR VIDEONYA LAGI BANYAK DAN MENARIK, TETAPI SAYA TAK TAHU NAK MENYUNTINGNYA LAGI.
*BOLEHLAH KITA BERTUKAR2 RANTAI KUNCI.
syoknya tuan haji dapat gi sana.....saya kalau tak dapat ke damsyik pun tak pe.... tapi nak jugak berkunjung ke mekah. dan madinah....
ReplyDeleteCHIK NA
ReplyDeleteBENAR .. ORANGNYA LEBIH LEMBUT DARI SESETENGAH ORANG ARAB NEGARA LAIN. MUNGKIN KERANA NEGARA MEREKA MISKIN AGAKNYA.
WANITA2 DISANA JUGA MIRIP MUKA CAUCASIAN KAN ?
MANJE
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
TAK APA .. AWAK MASIH MUDA. MULA MENABUNG DARI SEKARANG.
CIKCERIACORNER
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
MEMANG BANYAK PENINGGALAN ISLAM YANG MENGAGUMKAN, TERMASUK PENINGGALAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM .. MISALNYA STADIUM BOSRA.
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BETUL .. SELAIN LUAS PANDANGAN TERMASUKLAH JUGA SAKIT2 SELURUH BADAN KERANA MENGUSUNG BEG KE HULU KE HILIR !
LM
ReplyDeletewahh dtg tgk gmbr uncle pun jd lah..cantik
KENYATAAN LM TU BOLEH DISALAH TAFSIRKAN OLEH MAKNGAHNYA.
TAK ADALAH .. GURAU JER.
CEMPAKA
ReplyDeletePENGALAMAN YANG MENYEDIHKAN PUN BANYAK JUGA.
TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI BERKUNJUNG.
JUNAINA
ReplyDeleteMEMANG HASIL ZIARAH INI MEMBUATKAN SAYA MERASA SANGAT BERTUAH DILAHIRKAN DI BUMI MALAYSIA.
KTS
ReplyDeletePERTANYAAN AWAK ITU .. NANTI AKAN SAYA BUAT SATU ENTRI KHAS TENTANG APA YANG ASYIK KAT DAMSYIK ITU.
KAK NORA
ReplyDeleteAPA JADI DENGAN RANTAI2 KUNCI YANG KAK NOR PERNAH KUMPUL TU .. KALAU DAH MALAS NAK KUMPUL, SAYA SANGGUP MENGAMBILNYA SEBAGAI ANAK ANGKAT !
AZMNOR
ReplyDeleteSEBENARNYA SAYA NI SEORANG YANG SUKA MENGUMPUL. SAYA PERNAH BUAT ENTRI MENGENAI BENDA2 YANG SAYA SUKA KUMPUL. TAK TAHULAH AWAK ADA BACA KE TIDAK. ENTRINYA DI SINI:
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/11/daku-suka-mengumpul.html
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteANGAN-ANGAN ITU YANG MENGGERAKAN AWAK UNTUK KE SANA SATU HARI NANTI.
ZULKBO
ReplyDeleteKALAU AWAK NAK PERGI KESANA, TERUSKAN PERJALANAN KE JORDAN KERANA IA BERJIRAN DAN AMMAN PUN TAK JAUH DARI DAMSYIK.
ATIE
ReplyDeleteKALAU IKUT PRIORITI BETULLAH PERANCANGAN AWAK TU NAK KE MEKAH DAN MADINAH DAHULU.
Luncat punya luncat sampai kemari. Ya Allah, kata hati saya, hebatnya tuan ini menbaca dan menulis. Bilangan Blogs I Visit beratus, mempunyai dua blog dan menulis setiap hari!
ReplyDeleteTahniah atas keupayaan dan kebulehan tuan. Siri Terkenang Semasa Dulu menarik dibaca - terutama kepada mereka yang yang umurnya sudah lanjut seperti saya dengan banya peristiwa lama yang terkenang.
Pantun pantun tuan juga amat menarik kerana saya tidak berkebolehan langsung - memuji kebolehan orang.
Salaam
AL-MANAR
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN KOMEN. TUAN TERLALU MEMUJI SAYA, HINGGA SAYA MERASA MALU SENDIRI.
SAYA MENULIS KERANA MINAT .. KALAU NAK IKUTKAN, MASA AGAK TERHAD. TETAPI KALAU KITA SUDAH MEMINATI SESUATU, MASA BOLEH DICARI WALAUPUN KADANG2 TERPAKSA MELAYAN BLOG SAMBIL 'BERLARI'.