Hari ini genap 10 tahun umur anak bongsu saya Muhamad Norhaiqal. Dia lahir menjelang umur saya 50 tahun dan Makngahnya sudah melepasi umur 40 tahun. Terima kasih Allah atas kurniaan ni. Oleh itu tidak hairanlah kalau ada yang terkeliru menyangkakan dia cucu saya. Saya tidak kecil hati dan juga tidak menyalahkan mereka. Memang dah patut pun !
Dia ni kalau ambil gambar mesti buat muka macam-macam. Langsung tak reti nak senyum atau bergaya. Tengoklah gambar-gambar dia di bawah ini. Ikut perangai sapa, ntah !
Dia ingat buat muka macam tu, cantik sangatlah agaknya !
Ni adalah benda yang dia nak tapi tak dapat !
Gambar pegun petikan dari video kat bawah. Macam cencorot !
Macam hero filem Tamil .. !
Tengah seronok bermain di tepi pantai.
Apa lagi yang tak kena ni ?
Dah rupa macam orang cacat pulak !
Masih tak puas hati lagi ..!
Ini kira posing yang paling sopan .. tapi masih tak reti senyum.
Gambar terbaru kitar semula .. nak masuk darjah 4 baru-baru ni !
Video di bawah ni istimewa sikit .. di ambil beberapa tahun lalu.
(kes tak ingat tarikh)
V
V
V
Anaknya yang bongsu menyanyi ke laut, ayahnya kelamkabut,
rumahnya pulak berserabut ...
ada ke patut ?
rumahnya pulak berserabut ...
ada ke patut ?
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Iqal .. semoga menjadi anak yang soleh dan berilmu. Kalau Iqal menjadi anak yang soleh dan berilmu, yang lain-lain semuanya beres. Tak tahulah sempat ke tidak ayah melihat Iqal tamat belajar, bekerja dan berumah tangga nanti.
Nota Kaki: Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 9 tahun lalu saya ada juga buat entri berkaitannya bertajuk "Yang Selalu Buat Saya Terkejut .. kat sini !". Seronok juga bila saya baca semula entri tersebut.
.
Herannya masa dia kecik2 dulu pandai pula dia duduk diam dan ber'posing' bila kita ambil gambar dia !
.
biasanya anak bongsu ni kuat mengikut ragam ayahnya masa kecik-kecik dulu.
ReplyDeleteSelamat menyambut ulang tahun kelahiran Iqal .. semoga menjadi anak yang soleh dan berilmu. Kalau Iqal menjadi anak yang soleh dan berilmu, yang lain-lain semuanya beres.
ReplyDeleteAminnnnnn
Tak tahulah sempat ke tidak ayah melihat Iqal tamat belajar, bekerja dan berumah tangga nanti.
InsyaAllah
selamat hari lahir iqal..
ReplyDeletesemoga doa2 ayah bonda dimakbulkan..
comel iqal ni..dan dah tentu hensem bila besar..
tak tau la ikut sape..
selamat hari lagir iqal!
ReplyDeletehappy birthday iqal... :D
ReplyDeletesemoga jadi anak yang baik.
pakcik.. birthday encek suami saya plak esok. hehehe (ops kene ke gtau.. haha)
Selamat Hari Lahir Iqal..
ReplyDeleteSemoga menjadi anak yg soleh dan berbakti pada agama & bangsa...Amin..
Besar sket lg nt mesti bila bergambar tgn iqal masuk poket plak..hehehe..ikut sape tah..
salam...
ReplyDeleteselamat ulangtahun kelahiran buat si hero kecil, untie aina doakan semoga berjaya dunia dan akhirat...
husband aina pun kalau bawak anak bungsu orang cakap cucu...dia selalu sangat2 hangin dengan ayat itu.(tak dapat menerima kenyataan le tu...hahhaaa...)
amin, pada doa tuan haji
ReplyDeletemacam tak ikhlas je muka nak kena gi sekolah tu, hehe
Kerenah anak2 begitulah.....tapi dalam hatinya tersembunyi...
ReplyDeletecinta dan
cita-cita
cinta pada orang tuanya...
rajin belajar
mengejar
cita-cita....
Kita
memerhati...
Allah memberkati.....
sebijik muka ayahnya..perangai pon sama kot?hehhe
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah sebab kelahiran dari ibu yg cukup matang (kata org putih) anak itu akan lebih bijak. Cuba tuan lihat dan tunggu. Kat tempat kita je takut nak beranak lepas 40 tahun sebab majoriti kahwin usia 20an.
ReplyDeleteSelamt Ulangtahun Kelahiran ke 10 buat Iqal. Untung bila lahir dlm keadaan ekonomi keluarga benar-benar telah kukuh, segalanya diperolehi mudah.
selamat ulangtahun ke 10, semoga menjadi anak yang soleh dan mendapat terbaik dalam hidup
ReplyDeletepsst.. pakngah anak bungsu pakngah sebaya anak sulung sya.
comelnye anak uncle..dah beso nnt mesti encem..hehe..
ReplyDeletesituasi uncle macam paksu saye..tahun ni ank bongsu die baru 11 tahun..die dah 50-an..kawan2 anak die selalu panggil paksu saye atuk kepada adik sedara saye tu..-_-"
hepi befday to befday boy.. :)
ReplyDeletebiasanya anak lelaki kurang nak berfoto2gediks ni..dia nak simpan senyum yg mahal tu..
selamat hari lahir utk iqal...semoga jadi anak yang soleh....
ReplyDeletepakngah...sama la dgn perangai anak lelaki sy, bila ambik gambar jer, macam2 pesen muka dia tunjuk, kdg2 rasa cam nk kena hempuk jer sbb 'rosakkan' gambar. Org lain posing elok2, cantik2 dia buat muka sememeh...gerammmmmm....jer....hehehe..
selamat hari lahir iQal c0mel.
ReplyDeletebelajar rajin2
jadik anak yg s0leh :)
happy birthday iqal...........gayanya macam orang manja..........bongsu lah namanya... ataupun dia rasa tak de kawan kat rumah coz yang lain dah besar2.....tu yang dia tak berapa pandai senyum
ReplyDeletehheehheh macam2 gaya ada.... semua comel2 blaka..... hepi besday ya iqbal....
ReplyDeleteselamat hari lahir Iqbal....menten cool okeh~
ReplyDeletemak saya masa umur 30 dulu, umur saya pun dah 10 tahun. heheh~ sekarang ni saya dah 30 tapi masih huha macam budak umur 25. adeh!
mst loyar buruk nie...heheheh, yg bongsu nielah bt peneman nanti...
ReplyDeleteSalam Tn Hj..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Iqal...
Tn Hj ..mudah-mudahan harapan dan impian menjadi kenyataan.....Insyaallah....aaminnn....
p/s ; Iqal yg baik jadi tauladan, yg tak baik jadikan sempadan...
haiqal kena pandai pilih pesen rambut tau. klu tersilap pesen, nampak 'jambu'.
ReplyDelete.
.
eh. jgn slh paham.
org hensem mmg akan nmpk 'jambu' klu tersilap pesen. tp klu org tak hensem, akan nampak 'bambu'
ikut pesen rambut ayah dulu2 pun ok gak :D
selamat hari lahir haiqal. mintak hadiah besar2 dan mahal2. klu mintak adik, belum tentu ayah ngan mak tunaikan
:D
Hapi besday Iqal.
ReplyDeleteAnak bongsu saya pun di kahirkan sewaktu usia saya dah mencecah 40. Syukur dgn kelahiran dia kerana sekarang ni dia sorang lah yg ada kat rumah menemani..yg lain dah bawa hal masing2..
ABU MUAZ
ReplyDeleteSEINGAT SAYA RAGAM SAYA TIDAK PULAK BEGITU ! TEORI AWAK TU TAK BETUL. HEHE
KAKCIK
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENGAMINKAN.
KAKERNA
ReplyDeleteTUHAN TU MAHA ADIL .. KALAU AYAH DIA TAK HENSEM, DIA BERI ANAK YANG HENSEM.
NADIAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH UNTIE .. SAYA TULIS B/P IQAL.
AJEE
ReplyDeleteSELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN ENCIK SUAMI. KIRIM SALAM KAT DIA.
ADA BUAT APA YG SEPESEL ESOK ?
CIK SHINJU
ReplyDeleteLEPAS NI UNCLE TAK NAK BELI SELUAR YANG ADA POKET UTK DIA ! HEHE
JUNAINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SEPATUTNYA SUAMI AWAK MEGAH ADA ANAK KECIK .. MACAM SAYA. SEBAB CUMA ORANG LUAR BIASA SAJA ADA ANAK KECIK BILA BERUMUR 50AN.
KUCINORENGEMOK
ReplyDeleteDIA MEMANG TERUJA NAK PERGI SEKOLAH .. YANG DIA BUAT MUKA MACAM TU SEBAB TAK SUKA BILA KITA AMBIL GAMBAR DIA.
ZUL PERMATAN BADAK
ReplyDeleteMEMANG ANAK2 JADI PENGHIBUR HATI DIKALA SUNYI. KALAU KITA INGIN BERSUNYI2 DIA ORANG MEMEKAK PULAK ! HEHE
HAMIZAH
ReplyDeleteORANG KATA LANGSUNG TAK ADA RUPA AYAH DIA .. TETAPI IKUT RUPA EMAK DIA. ENTAHLAH .
KAKZAKIE
ReplyDeleteWALAUPUN DIA DILAHIRKAN DI KALA EKONOMI SAYA TELAH AGAK KUKUH, TETAPI DIA TIDAK PULA MEMINTA YANG BUKAN2, MUNGKIN DIA BELUM KENAL JENAMA LAGI KOT !
SSI
ReplyDeleteBILA AWAK CAKAP MACAM TU, TERASA SANGAT SAYA NI SUDAH LANJUT USIA. LAIN KALI JANGANLAH CAKAP CENGGITU. HEHE
CIK SHA
ReplyDeleteBAGUSLAH .. BUKAN SENANG NAK DAPAT TITLE DATUK. HEHE
MAKDARA
ReplyDeleteBETULLAH AGAKNYA .. TAPI SENYUM SIKIT APA SALAHNYA. TAK LUNTUR PUN KEMACHOANNYA.
ROSNANIE
ReplyDeleteENTAHLAH .. ABANG DIA DULU TAK PULAK GITU.
SHARAMLI
ReplyDeleteTERIMA KASIH. SELAMAT KEMBALI MENGOMEN. STUDI AWAK MACAM MANA ?
ATIE
ReplyDeleteKENGKAWAN DIA KAT KAWASAN PERUMAHAN NI RAMAI .. KADANG2 SIAP BERMALAM SEKALI KAT RUMAH SAYA.
MEMANG DAH TABIAT DIA GITU AGAKNYA.
Happy birthday Iqal! comel gayanya walaupun tak senyum, hehe
ReplyDeleteALIMAZ
ReplyDeleteBUDAK2 KALAU MASA KECIK SEMUA AKSI MEREKA COMEL .. KECUALI MASA BE.. K!
GADISBUNGA
ReplyDeleteKETIKA ISTERI SAYA BERUMUR 30TAHUN, ANAK SULUNG SAYA SUDAH MASUK DARJAH TIGA.
MOMMY FARA
ReplyDeleteMEMANG .. TAPI DIA DAH MULA MALU2 TAK MAHU LAGI DI PANGKU !
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SAYA BERDOA SEMOGA DI PANJANG UMUR SAYA (DAN DIA JUGA) AGAR DAPAT MELIHAT DIA MELANGKAH KE ALAM DEWASA NANTI.
KTS
ReplyDeleteDIA SUKA PESEN TAK BERSIKAT ! CUKUP SUSAH NAK SURUH DIA SIKAT RAMBUT.
KALAU ORANG TAK HENSEM SALAH PESEN, BUKAN MACAM HANTU KE ?
DIA BELUM PANDAI NAK MEMINTA2 LAGI. SYUKUR.
HANI
ReplyDeleteBERTULLAH CAKAP AWAK. TIGA ANAK SAYA YANG DAH DEWASA SUDAH BUAT HALUAN MASING2. NASIB BAIK ADA IQAL DAN KAKAKNYA YANG DI TINGKATAN 1 YANG JADI TEMAN 'BERGADUH'
DINAL ALDI
ReplyDeleteTAK TAHULAH RUPA DIA BILA DAH BESAR NANTI. KALAU IKUT RUPA AYAH DIA, NASIBLAH !
tak plan lagi ni, pakcik. huhu ada idea? hehe
ReplyDeleteselamat hari lahir utk haikal...dah tgk video tu, dgr suara ayah dia yg konfius...ahaks
ReplyDeleteAssalammualikom wtb tuan Hj. Apa kabar?
ReplyDeleteSelamat Ulang Tahun buat anak yang di kasihi iqal. Semoga besar nanti jadi seorang yang soleh. Dapat membantu keluarga nun disana nanti.
Semoga Allah merahmati perjalanan usia anak tuan dan keluarga tuan keseluruhanya.
JazakaAllah
anak bapakkkk
ReplyDeleteada gak peneman di kala yang bujang-bujang mula bawak diri
AJEE
ReplyDeleteSAMPAI SEKARANG MASIH TAK PLAN LAGI .. DAH LEWAT DAH NI. MAKAN BENDA2 SEGERA JER LAH !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteMEMANG AYAH DIA YANG KELAMKABUT SEBAB GUNA KAMERA ANAK YANG BARU SAJA BELI ..TAK TAHU MACAM MAN NAK STOP. HEHE
MUSAFIR ISLAM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM.
TERIMA KASIH ATAS DOA DAN HARAPAN ITU. SAYA HANTAR DIA SEKOLAH AGAMA. BETUL KATA AWAK TU .. HARAP2 DOA DIA DAPAT MEMBANTU EMAKAYAHNYA NUN DI SANA NANTI.
TERIMA KASIH.
CEMOMOI
ReplyDeleteBEGITULAH HAJAT DI HATI .. SETAKAT INI DIALAH JADI KAWAN MENEMAN KESUNYIAN. SERONOK DAPAT MELIHAT DIA MEMBESAR DI DEPAN MATA.
salam....selamat hari lahir Iqal.....;-)
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke-10 buat Iqal..:)
ReplyDeletehmm..tak reti senyum ea...pada hemah saya, orang yang serius je mukanya..kalau sekali senyum memang sweet...nasib baik baru 10tahun..hehe...
selamat ulngtahun ke 10 iqal..
ReplyDeletesemoga jd anak yg soleh dan menyenangkan hati ibu bapanya nanti
Iqal simpan senyum dulu, dah bujang nanti baru guna
HONEYBUNNY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. TERIMA KASIH
MACAMANA STUDI ?
SITI MURNI
ReplyDeleteADA ORANG TU KALAU TAK SENYUM LAGI SWEET DARI BILA DIA SENYUM !
IBUINTAN
ReplyDeleteTERIMA KASIH .. TAKUT BILA DAN BESAR NANTI LUPA LAK MACAMANA NAK SENYUM !