yang mana angan, yang mana angau
yang mana tebu, yang mana tebrau
yang mana serak, yang mana sengau
yang mana pahit, yang mana payau
yang mana lembut, yang mana lemau
yang mana pikat, yang mana pukau
yang mana sihir, yang mana santau
yang mana sihir, yang mana santau
yang mana kocak, yang mana kacau
yang mana herdik, yang mana halau
yang mana perhati, yang mana pantau
yang mana langkah, yang mana langkau
yang mana sakit, yang mana seriau
yang mana bukit, yang mana bukau
yang mana lalu, yang mana lampau
yang mana degup, yang mana derau
yang mana gagap, yang mana gagau
yang mana pipit, yang mana pikau
yang mana parang, yang mana pisau
yang mana pisah, yang mana pulau
yang mana gempar, yang mana gurau
yang mana garap, yang mana garau
yang mana jengkal, yang mana jengkau
yang mana lari, yang mana larau
yang mana rayap, yang mana rayau.
yang mana lari, yang mana larau
yang mana rayap, yang mana rayau.
apa komen anda tentang entri ini ?
yang mana merapu, yang mana meracau ?
yang mana melalut, yang mana melilau ?
yang mana melalut, yang mana melilau ?
selamat pagi Pak... yang mana Nabi, yang mana Anbia'..?
ReplyDeleteyang mana satu, pilihan hati,
ReplyDeletebanyak sangat ni tak tahu nak pilih
Assalamualaikum pak ngah...
ReplyDeleteYang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa...
Assalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeleteyang mana janji yang mana pasti
yang mana betul yang mana benar
saya pun tak tahu!
terus pening..kepala asyik ingat 'yang mana' je..hehe..
ReplyDeleteSalam Tn Hj...
ReplyDeleteTuan ini bukan en3 merapu tapi yg pastinya ramai org tak dapat bezakan... macam sama tapi tak sama.. saya pun tak tau nak terangkan camna... apa-apa pun...
Bahasa menunjukkan bangsa...
salam pakcik. ya hari ini saya akan cuba menggunakan bahasa yang betul. at least ejaan yang betul. hehe
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM TN HJ...
ReplyDeletekomen saya BUDI BAHASA BUDAYA KITA hehehehehe.....
saya konpius.. :)
ReplyDeletesukalaa...
ReplyDeleteBUDI RIJALI
ReplyDeleteYANG BERTANYA TENTUNYA LEBIH TAHU DARI SAYA AKAN JAWAPANNYA.
ABU MUAZ
ReplyDeleteKALAU SATU SAHAJA, TAK PERLULAH BUAT PILIHAN.
ARYGENIUS
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
INGAT DAN PEGANGLAH BAIK2 MAKSUD PANTUN ITU.
KAKCIK
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
BETUL JANJI PASTI BENAR !
CIK SHA
ReplyDeleteHAHAHA .. SAYA TIDAK BERMAKSUD BEGITU. TAPI PENING TU BUKANKAH SEPARUH DARI PENINGKATAN ?
AZMNOR
ReplyDeleteKADANG2 MEMANG ADA BEZA DAN KADANG2 TAK ADA BEZA. MACAM PARANG DENGAN PISAU TENTULAH JAUH BEZANYA. TETAPI ANTARA RAYAP DAN RAYAU MUNGKIN TAK JAUH BEZANYA.
ITULAH TANDA KEKAYAAN DAN KEUNIKAN BAHASA MELAYU.
AJEE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
RASANYA "AT LEAST" TU BUKAN PERKATAAN MELAYU. HEHE
ROM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
JADILAH ..!
MAKDARA TERDIVA
ReplyDeleteITU SATU PERMULAAN YANG BAIK.
ROSLAINI SAAD
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENYUKAINYA.
yang mana dengki yang mana iri,
ReplyDeleteyang mana suka yang mana cinta.
.
.
Yaaaaaang! Mana??
:D
KTS
ReplyDeleteYANG MANA TENGGELAM, YANG MANA TIMBUL,
YANG MANA HILANG, YANG MANA MUNCUL,
YANG MANA SEKEJAP ADA, YANG MANA SEKEJAP TAK ADA.
semlm saya dah hampir nak buat entry bahasa melayu tu tapi tak berjaya.. baru tulis tajuk kawan dah call ajak makan...huhu, tunggu lepas habis submit paperwork nti..Insyaallah..
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteREZEKI JANGAN DI TOLAK,
MUSUH JANGAN DI CARI,
KAWAN AJAK MAKAN,
ELOK SEGERA PERGI.
nak kena jawab ke pantun ni?
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteTAK PERLU .. CUMA KALAU BOLEH BELANJA MAKAN !