Saturday, March 5, 2011

ENTRI SEGERA.

" Bagi aku membuat update di FB atau blog taklah susah banget .. Cabarannya utk membalas komen yg kawan2 berikan .. Kalau boleh aku mmg mahu membalas semua komen2 tersebut kerana kawan2 telah mengambil berat utk memberikannya. Tapi ada masanya, aku mmg tak sempat nak balas. Itu yg membuat aku rasa tak sedap dan bersalah ..

Mungkin dah tiba masanya aku mengurangkan update di FB dan blog"

Itu adalah sedutan tulisan Yunus Badawi a.k.a YB seorang usahawan yang aktif berblog dalam entri terbarunya bertajuk "Nak Update Bukan Susah Tapi ..." Entri penuhnya di sini.

Lalu saya pun mengomen seperti berikut:

al-lavendari said...


banyak sebenarnya yg patut dibuat bila kita sudah pos entri:

1. membaca komen
2. membalas komen,
3. melawat blog pemberi komen,
4. membaca (bukan 'scan') entri pemberi komen,
5. memberi komen yang relevan kepada entri itu.

pernah dulu saya tutup kotak komen beberapa hari, kerana tak berdaya nak buat 5 perkara di atas.

setuju dengan awak .. membuat entri memang mudah dan menyeronokkan .. tetapi tanggungajawab selepas itu memang berat dan meletihkan.

tapi jangan bimbang .. bukan awak sorang jer yang menghadapi masalah itu dan saya rasa sahabat2 semuanya boleh faham kerana mereka pun kadang2 berhadapan dengan masalah yang serupa.

Friday, March 04, 2011 9:25:00 AM


Ini pula balas YB.

Yunus Badawi said...

al-lavendari,

Terima kasih kerana berkongsi ETIKA berblog tu. Rasanya ramai yg tahu tapi tak semua org buat.

Berblog mcm juga kita bersahabat di alam nyata. Kalau kawan kita berkunjung ke rumah kita, takkanlah kita nak biarkan dia duduk sendirian di ruang tamu. Kita kenalah layan sebaik mungkin. Lepas tu kalau dapat, kita pula ziarah mereka.

Tutup kotak komen mungkin satu option tapi ia bukan penyelesaian. Bagi yg dah biasa datang dan beri komen, mereka akan rasa tak puas jika tak dpt komen ngeee

Friday, March 04, 2011 9:36:00 AM


Bagaimanakah pandangan anda mengenai komen saya dan juga jawapan YB itu ?




nota kaki:    saya buat entri ini kurang dari 3 minit .. maka sahlah kata-kata YB itu !

.

39 comments:

  1. betul la bang. hari ni sgt penat outstation. dapat post n3 je. balas komen blm sempat lagi.

    ReplyDelete
  2. Inilah harga yang pelu dibayar apabila telah memilih untuk menjadi seorang blogger :)

    Banyak masa yang perlu dikorbankan untuk membuat entri, membaca & membalas komen (yang relevan).

    Menutup kotak komen merupakan tindakan yang kurang bijak kerana ia pasti akan mengecewakan pengunjung.

    Kalau terlalu banyak komen yang perlu dibalas, saya cadangakan tumpukan usaha untuk menjawab komen-komen tersebut sebelum membuat entri baru :)

    ReplyDelete
  3. As Salam..

    Tertarik dengan perkataan "ETIKA BERBLOG".

    Menyedarkan kita bahawa tetamu perlu dirai namun tuan rumah juga perlu dihormati. Itulah nilai 'insan' yang perlu ada dlm diri setiap dari kita.

    ReplyDelete
  4. TIJAH

    ABANG RASA PANDANGAN ANIF TU PERLU KITA BERI PERHATIAN.

    ReplyDelete
  5. ANIF

    BENAR SEKALI KATA AWAK TU.

    TAPI KADANG2 KITA BUAT ENTRI KERANA NAK LUAHKAN SESUATU YANG TERBUKU DI HATI DENGAN SEGERA. TU SEBAB KADANG2 LAMBAT BALAS KOMEN. TAPI KADANG-KADANG JER !

    ReplyDelete
  6. AZZA_IRAH

    SALAM KEMBALI.

    BETUL KATA AWAK .. KALAU KITA SALING MEMAHAMI, DUNIA BLOGGING AKAN LEBIH MENYERONOKKAN.

    ReplyDelete
  7. setuju! balas komen tu 1 cara kita menghargai si pemberi komen

    ReplyDelete
  8. Salam bang.

    Biarlah saya baca komen2 pengunjung abg tentang n3 ni. Tak molek saya ikut mengomen lagi sebab saya telah diberi peluang semasa membalas komen abg tadi.

    psst - saya masih tak sempat nak balas kesemua komen di blog saya hari ni. Kat FB pun dah banyak petang ni sebab gatal update status tadi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Betul tu Bang.
    Asal sahaja kita tidak terasa terbeban dengan komitment itu.

    Saya masa sibuk tempohari, ambil masa berhari hari untuk ulangi jejak yang ditinggalkan pengomen. Itupun ada juga entri mereka yang saya terpaksa lepas, tak baca dan tk komen.

    Saya tambah lagi satu, bang.

    Lepas kita komen kat rumah orang, kadang2 kita kena gak ulang pi tengok apa respons dia lak. kan?

    Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

    ReplyDelete
  10. betul..
    tp ada juga kdg2 tu rajin wat n3 tp malas nak reply komen2
    teruk saya ni,kan?

    ReplyDelete
  11. Tiba-tiba kebelakangna ini saya rasa bagai tak sempat hendak menjawab semua komen dan berkunjung semula ke blog kawan-kawan. Dan saya rasa sangat bersalah. :(

    ReplyDelete
  12. Saya dah baca entri bro YB tu semalam.

    Pendapat saya, ialah saya bersetuju dan amalkan apa yang di tulis oleh YB dan uncle.

    Tapi, lain padang, lain belalang.
    Lain org, lain caranya.

    Saya tak akan terasa/pelik/marah andai komen saya tidak dijawab di blog org lain, sebab itu hak dan style dia. Begitu jugalah saya harap pembaca blog saya amalkan konsep yg sama.

    After all, mcm yg saya dah komen di entri bro YB tu, kita ber blog utk suka suka, release tension, bukan sebagai penambah beban/stress

    ReplyDelete
  13. Salam Tn Hj,

    Saya setuju dengan pandang Tuan dan YB , memang setiap yg dibuat perlu ada ETIKA nya yang tertentu yg perlu dilakukan....
    Bak kata perpatah org melayu " Orang Berbudi kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa "....
    memang saya tak nafikan tanggungjawab berBlog ni sama seperti tanggungjawab berSahabat...
    Nasib saya lah kerana masih kurang "follower" dan tak mendahtar di "FB"...

    ReplyDelete
  14. السلم عليكم ورحمة الله

    Memang benar apa yang dikatakan bang haji. Bagi saya pulak buat N3 pun payah kerana semuanya berpandukan kepada al-quran dan hadith.

    Alhamdulillah setakat ni saya tidak pernah lagi gagal untuk menjawab semua komen yang ditinggalkan pembaca. Cuma terkadang tak mampu nak memenuhi kehendak pembaca, terasa pulak bersalah.

    Kadang bersalah kerana banyak masa terbuang hadapan laptop sahaja. Bila fikirkan apakah ada alasan di padang masyar nanti bila ditanya ke mana usia diperhabiskan?

    ReplyDelete
  15. IM ni bukannya masalah nak balas, masalah nak downloading lambat sangat.

    off course masa tu kekangannya jugalah.

    IM ambil kaedah balas sekadar terdaya. tak mampu, nak buat camna...

    IM berblog untuk diri sendiri sebenarnya. dan untuk iktibar orang lain amnya..

    ReplyDelete
  16. setuju komen pakngah dan setuju jugak komen balas YB.
    kadang-kadang timbul frust..entri dah best, jari gatal je jugak nak taip komen, sayang nya kotak komen ditiadakan pula...huhu..frust..frust..

    ReplyDelete
  17. saya setuju. Kadang kadang saja tak update blog sebab kekurangan masa untuk diluangkan membuat lawatan kembali kepada pengunjung.

    ReplyDelete
  18. NADIAH SIDEK

    MEMANG SAYA SUKA BALAS .. TETAPI RAMAI JUGA PEMBERI KOMEN YANG TAK BACA JAWAPAN KEPADA KOMEN DIA.

    ReplyDelete
  19. YB

    SALAM KEMBALI

    NAMPAKNYA RAMAI YANG TAK SETUJU TINDAKAN MENUTUP KOTAK KOMEN.

    TAK BUAT DAH !

    ReplyDelete
  20. AZIEAZAH

    SAYA SUKA TAMBAHAN AWAK TU .. MASALAHNYA RAMAI JUGA YANG BACA JAWAPAN BALAS KITA.

    TAK APALAH. T/JAWAB KITA BALAS. DIA BACA KE TAK BACA, ITU HAL DIA LAH KAN !

    ReplyDelete
  21. HAMIZAH

    SAYA TAK PERNAH LAGI TAK BALAS SECARA SENGAJA KECUALI TERLEPAS PANDANG. PALING TIDAK PUN SAYA BALAS SECARA PUKAL.

    ReplyDelete
  22. KAKCIK

    ITULAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN SAYA PERNAH TUTUP KOTAK KOMEN SAYA SUATU MASA DULU UNTUK MENGELAKKAN RASA BERSALAH ITU. RUPANYA TINDAKAN ITU TIDAK BIJAK.

    ReplyDelete
  23. DADDY ZIYYAD

    PENDIRIAN AWAK ITU BETUL .. TETAPI TAK SEMUA ORANG RASA BEGITU. ADA JUGA YANG BILA KITA TAK BALAS DAN TAK JENGOK BLOG DIA, DIA PUN TAK DATANG JENGOK KITA.

    ReplyDelete
  24. INTAN.MAISARAH

    MEMANG BERAT TAPI SEPATAH KATA ANIF, ITULAH " HARGA YANG PERLU DIBAYAR APABILA TELAH MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER"

    ReplyDelete
  25. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    SUATU HARI NANTI AWAK AKAN MERASA APA YANG DIRASAKAN OLEH YB ITU.

    SAYA JUGA BIMBANG DIKATAKAN, "BAJET DIVA" SEPERTI KATA BUDAK2 SEKARANG JIKA TIDAK SEMPAT MENJENGUK BLOG PEMBERI KOMEN.

    SAMPAIKAN ADA MASANYA SAYA PERNAH TERFIKIR NAK BERHENTI SAJA BERBLOG!

    ReplyDelete
  26. UST ABD RAZAK

    UST TIDAK PERLU BIMBANG TENTANG SOALAN MASA DIHABISKAN KERANA SEMUA ENTRI USTAZ ADALAH BERBENTUK MENGAJAK PEMBACA BERBUAT BAIK DAN MENJAUHI KEMUNGKARAN.

    TERUSKAN BERBLOG.

    ReplyDelete
  27. ABU MUAZ

    SELAMAT BERTEMU KEMBALI DI ALAM MAYA PADA.

    ReplyDelete
  28. IM


    IM berblog untuk diri sendiri sebenarnya. dan untuk iktibar orang lain amnya..

    SAYA JUGA DAN SAYA PERCAYA ORANG LAIN PUN BEGITU JUGA.

    ReplyDelete
  29. MAMA ZHARFAN

    ITULAH YANG KURANG PADA SAYA .. WALAUPUN MODAL BANYAK !

    ReplyDelete
  30. SITI MURNI

    KOMEN AWAK MENGESANKAN SAYA .. LEPAS NI JANJI TAK BUAT DAH !

    ReplyDelete
  31. AUJINZ

    KADANG2 ADA JUGA PERASAAN MACAM AWAK TU DATANG .. SENGAJA TAK UPDATE UNTUK BERI MASA MELAWAT. TAPI TAK BOLEH, SEBAB ORANG TUA SIFATNYA SUKA BERCERITA ! HEHE

    ReplyDelete
  32. sy rasa sy adalah 'tuan rumah' yg kurang menghormati 'tetamu' kebelakangan ini.

    kurang melayan tetamu.

    haissshhhh.


    .
    .

    maafkan saya sbb tak pandai menguruskan masa

    ReplyDelete
  33. KTS

    MAAF AWAK SAYA TERIMA BILA MELIHAT AWAK TELAH MENGQADA BACA ENTRI2 SAYA. ADAKAH DENGAN ENTRI ORANG LAIN AWAK BUAT BEGITU ?

    ReplyDelete
  34. TAK.

    tak tau kenapa sy baca dan komen entri2 awak yg sy tertinggal

    .
    .
    .


    tiba2 rasa malu

    *lari2 tutup muka*

    bai!

    ReplyDelete
  35. eh. jap! ada jugak yg blog org lain yg sy qada' baca entri mereka. tp sy jrg tinggalkan komen.


    awak jgn rasa tertekan smpi awk rasa terpaksa qada' baca entri2 sy dan tinggalkan komen pd semua entri. kesian kat awak nanti

    ReplyDelete
  36. KTS

    SAYA MEMANG RASA TERTEKAN KALAU AWAK TAK BUAT ENTRI BARU.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.