Friday, March 11, 2011

KU PERTAMA !

Salam Hari Jumaat !

Antara lain tujuan saya berblog ini adalah untuk  syok sendiri mencari kepuasan. Bila sudah pos satu-satu entri, tabiat saya gemar menyemak dengan Google kedudukan entri berkenaan dengan menaip tajuk entri itu. Hanya sekelip mata atau within split second kata orang putih, keluar resultnya.

Kadang-kadang tu dapat nombor 1, kadang-kadang nombor 2, dan kadang-kadang tak ada kedudukan langsung. Berikut adalah adalah beberapa entri saya yang duduk kat atas melalui carian Google.


Cari Persamaan: No. 1 dari 800,000 


Jangan Garang Sangat: No. 1 dari 340,000





  Rompak Saya: No. 1 dari 1,250,000

Tak Berapa Sedap: No. 1 dari 1,800,000 


Mari Main SMS: No. 1 dari  13,700,000

Apakah maknanya semua angka-angka ini, saya pun tak tahu. Mungkin tiada membawa apa-apa makna pun. Tetapi yang penting saya rasa puas. Itulah yang saya cari. Misalnya tajuk "Mari Main SMS" berada di nombor 1  dari 13.7 juta results.  Saya tak ada niat langsung nak bermegah-megah atau menyombong. Cuma nak berkongsi keseronokan dengan pembaca sekelian.


Namun begitu, saya mendapat pengajaran dari kerja remeh ini. Saya mendapat gambaran, beginilah agaknya di padang Mahsyar nanti. Misalnya bila di taip saja nama al-lavendari, maka akan terpaparlah di skrin segala amal baik dan jahat yang telah saya lakukan selama ini. Tidak ada satu pun yang terlepas, melainkan semuanya direkodkan samada dalam bentuk tulisan, gambar dan video.

Dan kalaulah manusia ciptaan Allah s.w.t,  boleh membina teknologi yang dapat menjejak dan mengumpulkan sebegini banyak tulisan, gambar dan video  dalam masa tidak sampai sesaat .. sudah barang tentulah ciptaan Maha Pencipta tidak dapat dibayangkan kehebatannya.

Subhanallah.



53 comments:

  1. uish. part bawah tu buat saya insaf banyak-banyak. selamat hari jumaat uncle!

    ReplyDelete
  2. kecil kecil selalu terbayang tentang screen besar di padang masyar.. screen macam kat kedai mamak ke..

    ReplyDelete
  3. ingat kan yg pertama gak komen td...


    pak ngah part yg hujung en3 tu, buat sya pun terbayang jugak...

    ReplyDelete
  4. hoih~rajin pakcik mengugel~he~~

    ReplyDelete
  5. tak pernah terfikir pun untuk semak kedudukan carta macam ni. best jugak ya kalau kita tau kedudukan kita, sy pun nak semak balik , hehehe. kalau yg duk kat bawah tu maknanya kena tingkat kan usaha dan lebih kreatif lagi

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    selamat hari Jumaat. Tak salah menggembirakan hati sendiri asal tidak menyusahkan orang lain, kan? :)

    ReplyDelete
  7. a'a kan uncle..kalau atas dunia ni manusia boleh cipta yg hebat2 itu pun kerana kurniaan Allah..masa kat akhirat nanti tak tahu la lagi betapa hebat ciptaan Allah..insaf diri rasa..T_T

    ReplyDelete
  8. Kalau boleh dilihat dosa/pahala macam dipaparkan google mesti ada yg terus mati melihat terlalu banyak dosa telah dilakukan.

    ReplyDelete
  9. entry yg baik :) pengajaran n peringatan sgt berguna..tq uncle

    ReplyDelete
  10. tak naklah panggil tn haji (macam sebelum nie)...tak mesra...nak pgl pakcik (seumur dgn bapa saya)....

    saya takutkan allah....perkara terakhir tu bt sy berdiri bulu roma....

    ReplyDelete
  11. Part akhir tu sgt sungguh benar tersentuh.. huhuhu...

    selalu saya cakap kat anak-anak (serta diri):
    -kalau kita rasa jet tu dh laju.. apatah lagi lajunya 'kenderaan Allah'..
    - kalau kita rasa CCTV tu dpt capture gambar tertentu dan bila ditayangkan semula nampak perilaku, lagi hebat tayangan Allah pada perilaku kita nanti..
    - kalau kita rasa seronok tengok wayang dan pelakonnya berlakon, tunggulah wayang Allah yang mana kita pelakon pentasnya.. setiap perlakuan yang terang dan yang sembunyi, baik atau buruk, semuanya TERHIDANG di depan seluruh umat di padang masyar kelak!!..

    Astaghfirullahal 'azhiim.

    La hau la wala quwata illah billah..

    ReplyDelete
  12. As salam Uncle...

    Wahhh...carian 'jgn garang sangat tu' saya dapat no-2 yer.. hehehe..
    bangga2.. :P


    Insaf n gerun baca tulisan merah tu..

    ReplyDelete
  13. mula-mula saya baca entry pakcik, tergelak-gelak tumpang bangga..sampai kat 2 para terakhir, terkedu sendiri..masyaAllah kagum saya dengan cara penulisan pakcik..berhikmah kena dengan cara..terima kasih atas ingatan

    ReplyDelete
  14. WOW.. HEBAT.. TERUSKAN USAHA MENULIS..

    ReplyDelete
  15. muhasabah hari jumaat... nanti digugel juga kita kelak

    ReplyDelete
  16. salam Tuan..
    betul dah caranya tu..
    ermm blog ni pun dah PR-3
    (page rank-3) pasti mendapat
    tempat di carian hadapan google..
    selalulah buat entri yang orang
    suka cari di google..pasti dapat trafik free dari carian google

    ReplyDelete
  17. begitulah juga dalam mengejar akhirat, kepuasan beribadat...

    ReplyDelete
  18. salam rindu,

    nampaknya nama IKan Emas dah terkeluar dari senarai penjejak teratas...huhuhuhu.


    Sy suker tulisan yang kaler merah tuu...penuh makna!!

    ReplyDelete
  19. menginsafkan. dan takut juga, nanti di tempat yang tidak dapat bersembunyi dan memberi alasan pun

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum..

    terima kasih atas peringatan ini..part bawah tue yg buat sy touching cikit ..:-)

    ReplyDelete
  21. Salam Tn Hj..

    berfikir sesuatu yg baik itu tonik terbaik buat otak manusia...

    jika difikirkan dan direnungkan memang siapa laa kita disisi NYA...

    sungguh buat saya insaf..

    syukran Tuan..

    ReplyDelete
  22. SALAM SEMUA

    SAYA BELUM SEMPAT JAWAB KOMEN KALIAN. NANTI LEWAT SIKIT SAYA JAWAB.

    PETANG TADI KE HOSPITAL PUTRAJAYA ZIARAH ANAK STAF MENIGGAL DUNIA. BARU 3 BULAN, MUNGKIN TERCEKIK SUSU. TUNGGU POST MORTEM.

    NANTI LEPAS MAGHRIB NAK GI MANCING KAT LUKUT.

    ReplyDelete
  23. terbaik la pakcik. hehe

    kecil nya saya nak banding dengan pakcik.. huhu

    ReplyDelete
  24. GADISBUNGA

    BAGUSLAH AWAK DAH INSAF .. AKHIRNYA AWAK INSAF JUGA. HEHE

    ReplyDelete
  25. INTA.MAISARAH

    MASA KECIL2 DULU SAYA TAK BAYANG APA-APA SEBAB MASA TU BELUM ADA SCREEN BESAR MACAM KAT KEDAI MAMAK LAGI.

    ReplyDelete
  26. SSI

    MAKIN KERAP KITA BAYANGKAN .. LEBIH BAIK LAGI.

    ReplyDelete
  27. BUJALX

    YE PAKCIK MEMANG RAJIN ORANGNYA .. TAK MACAM AWAK ! HEHE .. JGN MARAH, PAKCIK GURAU JER.

    ReplyDelete
  28. AIDAH

    DAH SEMAK BELUM ? KALAU DAH SEMAK, KONGSILAH SIKIT HASILNYA!

    ReplyDelete
  29. KAKCIK

    WAALAIKUMSALAM

    KALAU ADA ORANG LAIN YANG TERSUSAH, SAYA TAK DAPAT NAK BUAT APA-APA !

    ReplyDelete
  30. CIK SHA

    BAGI ORANG YANG BERFIKIR MACAM AWAK, IA BOLEH MENGINSAFKAN. TAPI BAGI MEREKA YANG MALAS ATAU TAK MAHU BERFIKIR .. TAK ADA APA2 KESAN PUN.

    ReplyDelete
  31. KAKZAKIE

    BETUL .. DAN PASTINYA TIADA LAGI ORANG YANG BERANI BUAT DOSA. HIKMAH IA DISEMBUNYIKAN ADALAH UNTUK MENGUJI KEIMANAN DAN KEIKHLASAN KITA.

    ReplyDelete
  32. NANIEINTAN

    SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR.

    ReplyDelete
  33. MOMMY FARA

    KALAU BEGITU ELOKLAH PANGGIL PAKCIK.

    BAGUS KALAU BULU ROMA AWAK BERDIRI .. SEBAB ADA JUGA ORANG TAK RASA APA-APA !

    ReplyDelete
  34. KAKTINY

    KALAU SETIAP KALI KITA MELIHAT SEBARANG KEJADIAN DAN PERISTIWA .. LANTAS KITA MENGAITKAN DENGAN KEBESARAN, KEBIJAKSANAAN DAN KEADILAN ALLAH, ITU MAKNANYA KITA HAMPIR DENGAN ALLAH DAN INSYALLAH ALLAH JUGA HAMPIR DENGAN KITA.

    ReplyDelete
  35. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    UNCLE JUGA BANGGA KERANA AWAK BENAR2 BACA ENTRI INI SAMPAIKAN NAMA AWAK PUN BOLEH BACA.

    TENTU ADA ENTRI AWAK YANG NO 1, TAPI AWAK TAK JUMPA KOT ATAU SENGAJA MALU NAK CERITA.

    p/s: tak tahu kenapa selalu sangat uncle tertaip nama awak shinjug !

    ReplyDelete
  36. ADMIN JOB SENTRAL

    PAKCIK GEMBIRA KERANA AWAK DAPAT MESEJ YANG INGIN PAKCIK SAMPAIKAN.

    ReplyDelete
  37. FAIRUS BIN MAMAT

    INSYAALLAH SELAGI ADA IDEA DAN PEMBACA SETIA SEPERTI AWAK.

    ReplyDelete
  38. CEMOMOI

    WAH .. AWAK DAH HANDAL CAKAP SERAWAK ! ADA CAWANGAN KAT SANA KE ?

    ReplyDelete
  39. ZULKBO

    KOMEN AWAK SAYA JADIKAN ASAS BUAT ENTRI BARU. TERIMA KASIH.

    TAPI SAYA MACAM TAK PERCAYA .. BLOG SAYA DENGAN BLOG DR MAHATHIR, SAMA2 LEVEL 3. MACAM TAK MUNASABAHLAH PULAK !

    ReplyDelete
  40. JUNAINA

    KOMEN AWAK TEPAT SEKALI .. JANGAN SERONOK SANGAT DENGAN DUNIAWI !

    ReplyDelete
  41. IKAN EMAS

    MAAF BEBANYAK .. TETAPI BUKAN SAYA YANG KELUARKAN NAMA AWAK TU .. HARAP JANGAN BELASAH SAYA.

    ReplyDelete
  42. A KL CITIZEN

    KALAU SEMUA ORANG BERFIKIR DAN TERFIKIR MACAM ITU .. AMAN DUNIA INI !

    ReplyDelete
  43. SHARAMLI

    TERUSKAN DAN SILA DATANG BALIK BERITAHU HASILNYA.

    ReplyDelete
  44. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    ALHAMDULILLAH .. JIKA SAYA BUAT AWAK TERSENTUH.

    ReplyDelete
  45. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    TERLALU BANYAK KEJADIAN YANG BOLEH DIFIKIRKAN .. BAHKAN AIR TERJUN DARI ATAS GUNUNG PUN BOLEH MENAKJUBKAN KITA .. MISALNYA MACAM MANA AIR ITU DIBAWA KE ATAS.

    ReplyDelete
  46. ALIMAZ

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SINGGAH.

    ReplyDelete
  47. BUNGACAHAYA

    SEKALI SEKALA SERONOK JUGA !

    ReplyDelete
  48. AJEE

    MEMANG PAKCIK SANGAT BESAR BERBANDING AWAK .. LILITAN PINGGANG JER DEKAT 40 INCI .. HEHE

    ReplyDelete
  49. saya google komenGsen, keluar blog awak gak.

    no.1, 2, 3, 4

    hebat! salah eja pun still kedudukan pertama :D

    ReplyDelete
  50. KTS

    NAK BUAT MACAM MANA .. SUDAH NASIB SAYA, TERIMA SAHAJALAH SEADANYA ! KAN ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.