Saya suka memancing. Saya mula memancing sejak zaman belum sekolah rendah lagi. Sekarang pun masih buat lagi tetapi tidaklah aktif macam dulu-dulu. Maknanya sudah kira-kira 50 tahun saya memancing. Lihatlah sebahagian (kecil) gambar saya dalam aktiviti yang sangat berfaedah ini. Sebelum ini ada juga saya buat beberapa entri tentang aktiviti ini tapi tak banyak gambar.
Susunan gambar ini lintang pukang, tidak mengikut tarikh. Tetapi ia bukanlah menggambarkan peribadi penulis entri ini.
Gambar 1: April 1984 - Gambar paling lama.
Memancing di Sungai Potomac, Virginia, dengan diiringi oleh 4 orang aweks.
Makngahnya tukang ambil gambar. Masa tu saya masih cekeding lagi.
Memancing di Sungai Potomac, Virginia, dengan diiringi oleh 4 orang aweks.
Makngahnya tukang ambil gambar. Masa tu saya masih cekeding lagi.
Gambar 2: Port Dickson: Ini ikan Tetanda. Bila besar orang panggil ikan Jenahak
Gambar 3: Dua ekor Kelah yang berjaya di tawan di Sungai Keniam.
Tapi bukan saya yang tangkap. (Siapa kata pemancing tak jujur ? )
Gambar 4: Ikan Kelisa dan Kaloi tu sebenarnya kena jaring di Tasik Kenyir.
Bukan kami yang menjaring tetapi pemilik bot yang disewa.
Sebenarnya ia satu kesalahan kalau tangkap ikan kelisa tu.
Saya cuma tumpang ambil gambar jer. Jangan tangkap saya.
Gaya jer lebih, ikannya tak berat mana pun !
Gambar 5: Sebelum ikan memakan pancing, kita makan apa yang ada dulu.
Gambar 6: Dalam sebuah bot yang disewa. Kira canggih jugalah.
Ada tandas dalam bot. Kalau tidak tu ...
Ada tandas dalam bot. Kalau tidak tu ...
Gambar 7: Tasik Kenyir. Masa tu suka simpan janggut.
Sekarang ni dah malas sebab tumbuhnya tidak sehitam dulu.
Gambar 8: Selat Melaka. Keselamatan diutamakan. Bukan saya tak pandai berenang,
tapi malas nak berenang. Letih .. !
tapi malas nak berenang. Letih .. !
Gambar 9: Tasik Banding. Mak oi besarnya cermin mata !
Gambar 10: Tasik Banding lagi. Kenangan yang macam ni yang sukar di lupakan.
Yang sebelah kiri sekali adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Dia pandai dan gemar memasak.
Saya tak pandai dan tak suka masak tapi suka makan masakan orang.
Kalau tidak masakan badan jadi begini !
Yang sebelah kiri sekali adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Dia pandai dan gemar memasak.
Saya tak pandai dan tak suka masak tapi suka makan masakan orang.
Kalau tidak masakan badan jadi begini !
Gambar 11: Kat PD - Member sebelah pakai baju batik Jawalah pulak.
Jangan salah anggap .. ini bukan hari Khamis tapi hari Ahad tau !
Gambar 12: Pulau Ketam - Ini dia ikan yang di namakan Gerut-Gerut semasa kecilnya.
Bila dah dewasa orang panggil ikan Tebal Pipi.
Gambar 13: Tasik Kenyir - Ini ikan Kaloi. Masa kecil orang pangil anak ikan Kaloi.
Gambar 14: Sekitar Pulau Ketam - Tengok saya boleh bawa bot
walaupun cermin mata tersangatlah besar !
Gambar 15: Pulau Redang - Budak yang dalam gambar tu sekarang dah beranak pinak.
Gambar 16: Pulau Ketam. Tapi jarang dapat ketam. Banyak dapat ikan Gelama.
Patut tukar nama jadi pulau Gelama.
Gambar 17: Selat Melaka atas kapal besar untuk ke rumah api "One Fathom Bank"
Gambar 18: Perairan Pulau Pangkor pun kita pernah memancing dan tidur dalam bot.
Gambar 19: Sungai Keniam, Pahang. Tempat yang paling seksa untuk sampai.
Banyak tempat kena turun untuk tolak perahu.
Gambar 20: Di Tasik Banding, Perak dengan bot JHEOA.
Sori tak pakai baju .. masa tu tak ingat nak masuk blog lagi !
Gambar 21: Tasik Kenyir. Rasanya saya sudah pergi ke Tasik Kenyir lebih dari 30 kali. Sudah malas nak kira.
Gambar 22: Port Dickson: Baru nak melepas berlepas. Macam orang takut jer !
Gambar 23: Lagi gambar di Tasik Banding Oklahoma, Perak.
Ikan Kelah di tangan kanan dan ikan Lampam di tangan kiri.
Itu kenu USA mari tau !
Gambar 24: Saya fokus betul-betul kat ikan Kelah panggang tu !
Enak dimakan begitu saja ..
Walau pun saya suka memancing ikan, tetapi saya bukanlah nelayan.
I'm an angler, not a fisherman. Banyak beza tu !
.
.
assalamualaikum
ReplyDeleteseronok tengok gambar-gambar ni.
sekarang masih memancing lagi ke?
seronok memancing nie..dah lame tak memancing.. kena start balik laa macam nie..
ReplyDeletep/s: fokus kat ikan kelah bakar atau saje nak alihkan perhatian sebab Uncle tak pakai baju.. hahahahhaha
Nak pergi makan dululah ya...
ReplyDeleteAL..suka tengok gambar2 ni..tapi yang jadi pertanyaan..kenapa bila ikan tu masa kecil nama lain dan bila dah besar nama lain
ReplyDeletegambar-gambar lama camni sangat cool. mengimbau nostalgia berbadan sasa. hehe :P
ReplyDeletedah sanggup bermalam dalam bot tu, mmg pemancing tegar betul. saya belum pernah buat lagi.
agak pelik jugak nama ikan tu boleh berubah. dahsyat orang kita bagi nama..
boleh nampak perkembangan badan uncle dari gambar ke gambar. heheheh~
ReplyDeletenampaknya uncle ni betul2 pemancing ketegaq. saya setakat memancing sekali je pun dah taruk dalam blog. malunye!!!!
sah kaki pancing..uncle bile lagi nak pergi tasik kenyir...dah dekat dengan kampung saya tu..
ReplyDeletebila first time IM memancing; tunggu punya tunggu ikan tak juga timbu-timbul IM pun berkata; bunag masa je. buat hobi lain lagi bagus.
ReplyDeletelalu IM pun mengadap mesin taip IM.. buat sajak. he..he..
sy suka makan ikan jenahak..kalau dapat pancing sialah hantar ke rumah IE
ReplyDeletebadan dari cekeding sampai dah segar mugar ni sebab dah terlalu banyak makan ikan
As salam Uncle...
ReplyDeleteMemang pemancing tegar btl Uncle nih..Ikan kelah tu x semua org merasa 'melayannya'... Saya cadangkan Uncle 'melayan' Marlin / Layaran kat Rompin pulak pasni...Kalau gi sana nt jgn lufer singgah Pekan yer Uncle.. :)
kenapa lebih ramai org lelaki yg suka memancing berbanding org perempuan?
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
salah. bukan sbb org lelaki lebih sabar. tapi org perempuan lebih byk tugas kat rumah yg nak dibereskan. nak memancing anak. nak memancing suami lagi.
:P
hiksss.. jgn ambil hati. tapi mmg sy tgk dan baca, jrg hobi org perempuan memancing. dlm gmbr2 awak pun takde pemancing perempuan.
mak ngah tak terpengaruh dgn hobi awak ni ke?
Kalau dah minat, orang nak kata apa pun peduli apa, kan? :)
ReplyDeleteAmboi, rajinnya upload gambar2 lama...tp seronok pulak tgk....
ReplyDeleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga tuan haji sihat hendaknya..
Semalam selepas kuliah subuh, ustaz kawan saya tu bercerita bab hobinya dulu seperti tuan haji. Hari ni baca kisah bang haji lak. Saya tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab saya tak pernah pun memancing...:)
Gambar-gambar lama yang tentunya menggembalikan nostalgia :)
ReplyDeletememang kaki pancing sejatikan? kepuasan bila yang di pancing mengena dan dapat dibawa ke darat...
ReplyDeleteAZWEENNOUR
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
MANCING JUGA SIKIT-SEBANYAK !
AUJINZ
ReplyDeleteSECARA JUJURNYA UNCLE MEMANG SEGAN NAK TUNJUK GAMBAR TAK PAKAI BAJU TU !
CKLAH
ReplyDeleteLAMANYA CKLAH PERGI MAKAN !
KAK ERNA
ReplyDeleteIKAN TU MACAM ORANG JUGA .. ADA TU MASA KECIL DIPANGGIL BABY BILA DAH BESAR DI PANGGIL MUHAMMAD .. MISALNYA.
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteMEMANG SENGAJA GAMBAR2 TU DI ABADIKAN DALAM BLOG NI .. KALAU SIMPAN DALAM ALBUM KAT RUMAH, LAMA2 BOLEH ROSAK ATAU MUSNAH.
GADISBUNGA
ReplyDeleteLELAKI SEJATI MEMANG MINAT MANCING ..HEHE
BADAN NAIK NI AGAKNYA SEBAB DAH KURANG MANCING KOT !
MIMIE
ReplyDeleteNANTI BILA NAK PERGI UNCLE BERITAHU .. BOLEH SINGGAH PEKENA KEPOK GETE !
IM
ReplyDeleteMASA IKAN TAK MAKAN TULAH SEPATUTNYA AWAK GUNAKAN MENCARI ILHAM MEMBUAT SAJAK.
BAGI KAKI PANCING, LAGI SUSAH DAPAT IKAN LAGI SERONOK. KALAU LETAK JE KAIL TERUS IKAN MAKAN, MANA ADA THRILL !
IKAN EMAS
ReplyDeleteSEJAK SAYA MANCING KIRA2 50 TAHUN DULU, SEKALIPUN TAK PERNAH SAYA DAPAT IKAN EMAS LAGI.
IKAN JENAHAK SAYA TAK HANTAR KAT RUMAH ORANG .. NAK MAKAN SENDIRI. HEHE
CIK SHINJU
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
UNCLE TAK SUKA PERGI MANCING KAT LAUT LUAS SEBAB MABUK .. MABUK ADALAH SATU PENGALAMAN YANG AMAT TIDAK MENYERONOKKAN.
KTS
ReplyDeleteNASIB MAKNGAHNYA TAK MINAT MANCING. KALAU TIDAK TERABAILAH URUSAN DALAMAN RUMAH TANGGA.
TAPI APA YANG PASTI DIA MINAT KAT ORANG YANG MINAT MANCING.
KAKCIK
ReplyDeleteTENGOK MINAT JUGALAH .. KALAU MINAT YANG TAK SENONOH TU, KENA JUGALAH PEDULI APA ORANG KATA, KAN ?
MOMMY FARA
ReplyDeleteTAK JUGALAH RAJIN SANGAT, TAPI SAYA BUAT TU AGAR GAMBAR2 TU TIDAK BERSEPAH ATAU ROSAK.
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
MINAT MEMANCING TU ALLAH TAK BERI KEPADA SEMUA ORANG. KALAULAH DITAKDIRKAN SEPARUH PENDUDUK MALAYSIA NI MINAT MEMANCING, SAYA RASA, CUCU IKAN PUN DAH TAK ADA. ITULAH HIKMAHNYA.
ANIF
ReplyDeleteMEMANG TERSENYUM DAN KADANG2 SEDIH MELIHAT GAMBAR2 TU SEBAB ADA CERITA LUCU DAN SEDIH DI SEBALIKNYA.
JUNAINA
ReplyDeleteMEMANCING NI MACAM ORANG MINAT MAIN GOLF JUGA .. CUMA ORANG YANG SAMA-SAMA BERMINAT YANG DAPAT MERASAKAN KESERONOKKANNYA.
sy dibesarkan dalam keluarga pemancing tegar..tp sayangnye saya kureng minat nak folo2 org g mancing ni..letih nak tggu ikan..
ReplyDeleteKakak yg rasa seronoknya. Habis periuk-belanga dibawa sama. Kalau gitu habis agaknya rempah-ratus dapur dibawa sama ya tuan.
ReplyDeleteSekarang mesti dah tak sehebat dulu sebab nak cari teman satu hati susah ditambah ada anak-anak...
MAKDARA
ReplyDeleteSAYA PUN TAK SUKA BAWA ORANG TAK MINAT MANCING IKUT SAYA .. KEJAP KEJAP CAKAP "MOH LAH BALIK".
MACAM TULAH YANG TERJADI KALAU SAYA BAWAK MAKNGAHNYA.
KAKZAKIE
ReplyDeleteSAYA KURANG AKTIF SEKARANG BUKAN SEBAB TIADA TEMAN ATAU MASALAH ANAK-ANAK. CUMA BADAN DAH TAHAN LAGI. SEKALI PERGI MEMANCING .. DUA MINGGU MASIH TERASA LETIHNYA.
SEKARANG NI SAYA SUKA PERGI MANCING KOLAM BERBAYAR .. KALAU YANG FREE TU, SUSAH BETUL NAK DAPAT IKAN SEKARANG INI.
Salam THJ, semoga sihat selalu...
ReplyDeleteWahhh... hebat la THJ... Sebenarnya minat kita sama cuma saya dah lama gantung joran... insyaALLAH nanti saya buat entry pasal pengalaman memancing saya yang dah lama saya tinggalkan... bukan nak berlawan cuma nak berkongsi... kalau berlawan memang saya surrender awal-awal bila tengok gambar2 THJ nie...
Mmmm... bila agaknya kita nak test kolam kat bawah tu ye...
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
AWAK LEPASKANLAH IKAN BANYAK2 DALAM KOLAM TU .. LEPAS TU KITA MINTA RT BUAT PERTANDINGAN. SEDIAKAN HADIAH YANG LUMAYAN .. KOMPRESSOR KE, TV LCD 80 INCI KE, PASTI SELURUH PENDUDUK TAMAN AKAN AMBIL BAHAGIAN.
waahh..beshnya ada koleksi gambar dolu2.. dah klik hb..
ReplyDeleteJom skodeng :Notre Belle Histoire
Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
CIKPUANHADY
ReplyDeleteSEMUA ORANG ADA GAMBAR DULU-DULU .. CUMA USIANYA MUNGKIN TIDAKLAH SELAMA GAMBAR2 SAYA TU.
TERIMA KASIH KERANA KLIK HB TU ! TAK LAMA LAGI JADI JUTAWANLAH SAYA. HEHE
Salam Tn Hj..
ReplyDeleteTerlewat menjenguk disini....
memang seronok tengok gambar dlm entri ni..... memang Tn pemancing tegar sampai obersee lagi ...hehehe...
boleh laa saya dptkan khidmat nasihat bila nak keluar memancing lagi....
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BOLEHLAH KITA PERGI MEMANCING SAMA NANTI .. KITA TINGGAL PUN DEKAT2.
BOLEHLAH SAYA TUNJUKKAN CARA PRAKTIKALNYA.
wa memng otai mncing la.. respek kt otai..hehe nnti bleh mancing sme2 kn :)
ReplyDeleteAMYCOZZO
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SELONGKAR ENTRI LAMA SAYA.
TAK ADA HAL .. TAPI DEKAT2 BOLEHLAH.
SAYA MINAT MEMANCING JUGAK.. NAK KATA TEGAR TU TAKLAH JUGA.. TAPI HUJUNG MINGGU PASTI MERASA NAK MANCING.. TAPI SAYA MANCING KAT PANTAI JE.. TAK PERNAH MANCING LAUT ATAU DARAT (TASIK / KOLAM). PERNAH JUGA MANCING UDANG KAT KOLAM.. TU PUN BEST JUGAK..
ReplyDeleteFAIRUS
ReplyDeleteDULU SAYA MEMANG TEGAR. SEIRING DENGAN PENINGKATAN USIA, KETEGARAN TU BERANSUR SURUT. SAYA MANCING TAK KIRA TEMPAT .. LAUT, PANTAI, TASIK, KOLAM, TALIAIR, SAWAH .. SEMUA JADI.
salam Tuan
ReplyDeletekomen lambat lagi
saya suka tengok pemancing,tapi tak sabar nak memancing
lubik saya adalah di pasar.
AZANI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH KERANA BACA ENTRI LAMA SAYA. KADANG2 BILA TAK DAPAT IKAN, SAYA KE LUBUK YANG SAMA JUGA.
Assalammualaikum
ReplyDeleteDari :
rajabersiong02 www.utaraanglers.com.my
Jemputan untuk sama2 bertukar2 pendapat dan belajar, bergurau ngan rakan2 tuan muda yang mempunyai hobi memancing....
HEHE.. ENTRY NI SAYA DAH KOMEN JUGA DULU.. KIRA DAH LAMA SAYA FOLLOW TUAN. BARU2 NI RAJIN SEMULA BERTANDANG..
ReplyDeleteTuan, mai2 lah melawat mersing
ReplyDeleteInsyaallah Nasir .. sedang merancang ni. Kebetulan kawan saya berbesan dengan orang sana. Cadang nak pergi dengan bot besannya itu.
Delete