Enam kereta peronda polis terpaksa kejar wanita larikan kereta JPM.
Sampai enam kereta terpaksa kejar ! hebat ..hebat wanita Malaysia kita sekarang!
headmaster - headmistress
policeman - policewomen
fireman - firewomen
Atau setidak-tidaknya cuba dineutralkan, untuk menghilangkan, kononnya bayang kelelakiannya. Misalnya panggilan jawatan chairman di tukarkan kepada panggilan chairperson agar sesuai untuk lelaki dan wanita.
Memang bahasa Inggeris sangat tebal sifat kelelakiannya. Lihat sahajalah perkataan seperti mankind, manager,mandrum dan banyak lagi. Nama-nama bandar dia pun berat kepada lelaki. Contoh Manhattan, Manchaster, Manchuria dll. Kan semuanya berat kepada lelaki !
Nasib baik dia orang tak tukar history kepada herstory dan manhole kepada ... !
Memang bahasa Inggeris sangat tebal sifat kelelakiannya. Lihat sahajalah perkataan seperti mankind, manager,
Nasib baik dia orang tak tukar history kepada herstory dan manhole kepada ... !
Penyakit tukar-menukar ni telah berjangkit juga kepada kita. Misalnya gelaran2 yang telah di tukar adalah:
peniaga - peniaganita
posmen - posnita
banduan - banduanita
peneroka - penerokawati
(saya pun konfius ada kadang-kadang guna nita dan kadang-kadang guna wati pula !)
peneroka - penerokawati
(saya pun konfius ada kadang-kadang guna nita dan kadang-kadang guna wati pula !)
Orang Melayu dulu-dulu tidak pun memikirkan hal itu. Mereka lebih maju dalam hal menetapkan gelaran/jawatan ini. Setiap gelaran/jawatan itu bersifat neutral, sesuai untuk lelaki dan wanita.
Misalnya jawatan penghulu boleh dipegang oleh lelaki atau wanita. Misal yang lain pula ialah jawatan pengerusi, panglima, bendahari, guru besar, menteri … sekadar memberi beberapa contoh, adalah bersifat neutral. Panggilan jawatan itu sesuai untuk di pegang samada oleh lelaki mahupun wanita.
Misalnya jawatan penghulu boleh dipegang oleh lelaki atau wanita. Misal yang lain pula ialah jawatan pengerusi, panglima, bendahari, guru besar, menteri … sekadar memberi beberapa contoh, adalah bersifat neutral. Panggilan jawatan itu sesuai untuk di pegang samada oleh lelaki mahupun wanita.
Bahkan perkataan tuan itu juga turut digunakan untuk wanita. Contoh tuan puteri. Saya tidak pula pernah terbaca atau terdengar penggunaan panggilan puan puteri. Kita yang di katakan moden ini sahaja yang sibuk-sibuk dan memandai-mandai nak tukarkan panggilan gelaran/jawatan tersebut. Kononnya supaya lebih liberal dan tiada diskriminasi jantina.
Tapi usaha tukar-menukar itu hanya sekerat jalan sahaja. Kenapa tak ditukar kesemua gelaran/jawatan itu biar semuanya ada perbezaan untuk penyandang lelaki dengan wanita. Kenapa jawatan menteri, doktor, hakim, jurutera, pemandu dan penghulu tidak di tukarkan juga. Misalnya:
Menteri - Menterinita
Doktor - Doktornita
Hakim - Hakiminita
Jurutera - Juruteranita
Pemandu - Pemandunita
Penghulu - Penghulunita .. atau penghuluwati ?
Ada juga sesetengah wanita Melayu kita yang tersasul mengikut budaya barat .. bila kahwin buang nama ayah ganti nama suami. Misalnya sebelum kawin nama Naidah binti Ramli. Bila dah kahwin tukar jadi Naidah Reswel sebab nama suaminya Reswel .. bila bercerai, tukar nama. Kalau kaedah Melayu/Islam, 10 kali cerai pun nama tetap Ani binti Abu, misalnya !
Ujian: Cuba Google nama Clinton .. maka akan keluarlah gambar Bill Clinton dengan Hillary Clinton sama banyak .. sampaikan saya sendiri tak tahu yang mana satu Clinton. Cuba Google pulak nama Siti Nurhaliza pula .. tengok gambar siapa yang keluar. Tak ada pulak gambar Dato' K keluar .. kalau ada pun, berdua dengan Siti.
.
Ujian: Cuba Google nama Clinton .. maka akan keluarlah gambar Bill Clinton dengan Hillary Clinton sama banyak .. sampaikan saya sendiri tak tahu yang mana satu Clinton. Cuba Google pulak nama Siti Nurhaliza pula .. tengok gambar siapa yang keluar. Tak ada pulak gambar Dato' K keluar .. kalau ada pun, berdua dengan Siti.
.
p/s: headmistress tu ketua kepada mistress ke ?
.
kalau guna wati lawannya mesti wan..contohnya angkasawan dan angkasawati...sebenarnya di malaysia ni ramai yang tak endah tentang bahasa sbb DBP takde penguatkuasaan. menteri pun byk yang salah guna bahasa. kesian kat munsyi2 yang perjuangkan bahasa melayu ni.
ReplyDelete* sepatutnya perdana menteri tu di sebut menteri perdana..tak caya bleh rujuk ke DBP
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSebagai Bloggerwan otai,uncle memang bijaksana dan jauh pemikirannya...
Semestinya istilah Islam/melayu adalah terbaik...DBP pun asik poning..keje pinjam istilah inggeris jek...
Memang sepatutnya menteri Perdana,tapi nak sama sebutan macam Prime Minister kot..dedua PM..negara dah merdeka,tapi akal dan bahasa masih dijajah..
Yang Kesal,
Bloggernitawati..
Adakah perkataan blogger itu khusus untuk lelaki? ;-)
ReplyDeletesalam Pak Ngah...
ReplyDeleteTak pernah terfikir pula mengenai gelaran ni.. tapi bila baca n3 pak Ngah, dari tak fikir tiba2 terfikir pula...
Tapi eloklah kalau dapat dibezakan gelaran untuk wanita atau lelaki.. senang... (sekadar pandangan)
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA JAWAB KOMEN KAKCIK DULU. SAYA PETIK DARI WIKIPEDIA TENTANG ASAL USUL BLOG INI ...
HistoryMain articles: History of blogging and online diary
The term "weblog" was coined by Jorn Barger[4] on 17 December 1997. The short form, "blog," was coined by Peter Merholz, who jokingly broke the word weblog into the phrase we blog in the sidebar of his blog Peterme.com in April or May 1999.[5][6][7] Shortly thereafter, Evan Williams at Pyra Labs used "blog" as both a noun and verb ("to blog," meaning "to edit one's weblog or to post to one's weblog") and devised the term "blogger" in connection with Pyra Labs' Blogger product, leading to the popularization of the terms.[8]
Salam Tn Hj...
ReplyDeleteBagi saya istilah Islam/melayu sedia ada adalah yang terbaik untuk kita guna sebagai org melayu dan tak perlu dibezakan atas perbezaan jantina.... kerana kita org melayu lebih memahami dan mengetahuinya dari orang lain... sebagaimana pepatah melayu mengatakan " Hanya jauhari yang mengenal manikam "...
Itu pandangan saya Tuan...
p/s : kalau Pengubal Bahasa ni nak liberal sgt pasan Tuan Haji tak guna Puan Haji pada makngah guna Hajjah pulak.... waullahualam..
layannnnnnnnnn......
N3 yg sangat menarik, tak pernah lak terfikir sebelum ni. Bahasa melayu sekarang ni memang banyak berlaku pencemaran
ReplyDeletekkdg terlbh pandai nie susah juga ye...kalu dah terlalu ramai PHD beli...ehehhehe
ReplyDeleteMencari perkataan sesuai diguna-pakai berlainan jantina kian menjadi-jadi sekarang. Konon nak ada perbezaan tapi rasanya janggal kalau semuanya hendak dibuat begitu. Lebih baik satu perkataan boleh diguna-pakai keduanya sekali seperti guru, doktor dsb.
ReplyDeletep/s: Ada peragawan dan peragawati, bangsawan boleh ada bangsawati tak?
Assalammualaikom wtb tuan Haji.
ReplyDeleteSusah nak difikirkan, sebab ia boleh merosakan bahasa. BUkan sekadar satu ayat, malah ia menjadi melarat jika tersilap antara Melayu dan English.
Zaman sekarang ini mereka sudah tidak hiraukan Bahasa.
JazakaAllah
ada ke gelaran2 ni: peniaganita, posnita, banduanita, penerokawati? tak pernah tahu pun..huhu..
ReplyDeleteAs Salam..
ReplyDeletePerkongsian yang baik..membuka minda saya..buat sy kembali berfikir perkara2 yang kita terlepas pandang. Tkasih.
Pertama kali smpi ke sini. Salam perkenalan dari saya..:))
kejap nk gugel maya karin. ada tak gambar saya keluar.
ReplyDeleteeh?
:p
.
itulah bila isu gander di pebesar2kan. semua nak sama sedangkan kita tahu ada juga sesetengah perkara yang perlu dikongsi...
ReplyDeleteKelakar pula baca entri Bang HAMZAH kali ini. Benarlah, kalu diperhalusi, memang semuanya nak di“specific”kan..
ReplyDeletekalu gitu jenuh ler Bangggg....
kalu guna “unisex” kan senang...?
hehehehe...
ReplyDeletepeniaga tu bkn peniagawati ke? adoi! susahlah...sy x kesah sgt psl mende nie...x de isu gender pun mengenai gelaran.....
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteKALAU DERMAWAN BAGI LELAKI ADAKAH DERMAWATI BAGI PEREMPUAN.
KENAPA SENIWATI LAWANNYA BUKAN SENIWAN ?
LAGI KELIRU ... HEHE
CIK SHINJU
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH ATAS PUJIAN JU.. CUMA TTG OTAI TU TAK BERAPA SEDAP DENGAR ! HEHE
SETUJU .. KALAU MENTERI BESAR DI PERINGKAT NEGERI, MAKA DI PERINGKAT PERSEKUTUAN SEPATUTNYA MENTERI PERDANA !
YANG TURUT KESAL,
BLOGGERJANTAN.
KAKCIK
ReplyDeleteTAMBAH KOMEN YANG MULA. ISTILAH BLOGGER TU DAH NEUTRAL ATAU UNISEX KATA AZIZAH. KALAU TIDAK MESTI MEREKA TUKAR MENJADI BLOGGERWOMAN.
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TAK PAYAH BEZA .. LETAK JER LEPAS GELARAN TU PERKATAAN LELAKI ATAU PEREMPUAN.
MISALNYA PENGERUSI PEREMPUAN, POLIS PEREMPUAN, DOKTOR PEREMPUAN DSB .. KALAU MAHU.
AZMNOR
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
HUJJAH AWAK MEMPERKUKUHKAN POINT SAYA.
SEBUT PASAL PANGGILAN TUAN DAN PUAN NI, SAYA NAK BUAT SATU ENTRI BARU PULAK NANTI!
AIDAH
ReplyDeleteSAYA MEMANG SUKA FIKIR DAN TULIS BENDA2 REMEH DAN KECIK MACAM NI.
KAZAZTAN TEAM
ReplyDeletePANDAI TAK APA .. RAMAI PHD LAGI ELOK, TAPI SYARATNYA JANGAN EGO !
KAKZAKIE
ReplyDeleteSAYA TERSENYUM MEMBACA CATATAN DI P/S KAKZAKIE. KALAU DERMAWAN BOLEH KE DERMAWATI UNTUK PEREMPUAN ? KE DERMANITA ?
MUSAFIR ISLAM
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM.
SAYA TAK TAHU APA NAK JADI 50 TAHUN AKAN DATANG. TAMBAH2 DENGAN MELUASNYA PENGGUNAAN BAHASA SMS SEKARANG.
NADIAH SIDEK
ReplyDeleteSAYA SUDAH SEMAK DENGAN GOOGLE .. MEMANG ADA. DAN BANYAK. KALAU TAK PERCAYA, CUBA !
BAHKAN ADA LAGU RAHIMAH RAHIM MENGENAI POSNITA .. KALAU TAK SILAP.
AZZA_IRAH
ReplyDeleteWAALAIKUMSALAM
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERTANDANG DAN MENINGGALKAN JEJAK.
SALAM KENAL JUGA DARI SAYA.
TASEKM
ReplyDeleteMINTA MAAFLAH KERANA MENGECEWAKAN AWAK.. SAYA JUGA TURUT MENGUGEL, TAPI TAK KELUAR GAMBAR AWAK.
JUNAINA
ReplyDeleteSETUJU DENGAN AWAK .. BUKAN SEMUA BUDAYA BARAT ITU SESUAI DENGAN KITA .. JANGAN MAIN BORONG JER KAN !
AZIEAZAH
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA DATANG DENGAN PERKATAAN 'UNISEX' ITU .. SAYA TERLUPA PERKATAAN ITU. PATUTNYA GUNA ISTILAH 'UNISEX INSTEAD OF NEUTRAL' KAN !
MOMMY FARA
ReplyDeleteSETUJU DENGAN PANDAGAN AWAK. KENAPA GELARAN "DATUK" YANG DIBERI OLEH SULTAN/YDP NEGERI UNTUK LELAKI TIDAK DITUKAR KEPADA "NENEK" UNTUK PENERIMA PEREMPUAN. HEHE
baca entry pun me jd keliru plak heheh bab2 nita+wati tu...emmmm
ReplyDeletesaya boleh jawab, tapi rasanya tak perlu lah. bahasa melayu ni unik, subjek sastera tu bukan mudah. saya baru je abis subjek BM last week. tu yg byk info pasal tatabasa dsb nya.
ReplyDeleteMAMA ZHARFAN
ReplyDeleteSAYA PUN DAH KELIRU JUGA .. MACAM DAH TAK ADA ARAHTUJU !
MENTIBANG LAUT
ReplyDeleteAWAK BOLEHLAH BUAT SATU DUA ENTRI TENTANG SUBJEK BM TU .. AWAK BELAJAR BM ? CERITALAH SIKIT !
dari buat entry pasal BM, baik saya siapkan paper leadership saya..huhu, byk task lain la tuan..komen sket2 bleh la...huhu
ReplyDeleteentri yang bagus, menyebabkan ramai orang berfikir.
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeleteBUATLAH MANA YANG LEBIH AULA !
ABU MUAZ
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI LAMA SAYA. SEKALI SEKALA SAYA CUBA BUAT ENTRI YANG BERAT SIKIT.
Memang bahasa Inggeris sangat tebal sifat kelelakiannya.
ReplyDeletebetul ke? rasanya taklah tebal sgt sifat kelelakian B.I tu. contohnya:
fatHER bukan fatHIM
motHER bukan motHIM
kaan :D
KTS
ReplyDeleteCARA AWAK MENCERAKIN DUA PERKATAAN ITU TIDAK MENGIKUT SKEMA SAYA.
KALAU IKUT SKEMA SAYA, IA SEPATUTNYA DI BACA BEGINI
FATHER >>> FA/THER
MOTHER >>> MO/THER
JADI HUJJAH AWAK ITU SAYA TOLAK.