Tuesday, March 8, 2011

MAAF BOLEH .. LUPA TIDAK !


http://news.bbc.co.uk/nol/shared/spl/hi/picture_gallery/04/africa_zimbabwe_street_kids/img/3.jpg

Gambar ihsan Google


Pada suatu hari, ketika saya berumur antara 6 - 7 tahun,  saya telah disuruh oleh kakak sepupu saya ke kedai memberi barang2 dapur di sebuah kedai runcit yang dia bayar bulan.

Dia menuliskan di atas satu kertas barang2 yang hendak di beli.

"Beri kertas ini kat tauke dan lepas tu kalau you nak apa-apa, mintaklah dengan tauke tu ". (Dia tak tuliskan apa barang yang saya inginkan)

Saya pun segeralah pergi berjalan kaki ke kedai tersebut yang jaraknya kira-kira 1 km dari rumah. Dalam hati berbunga-bunga dan berangan-angan hendakkan cekelat kegemaran saya.

Bila selesai semua barang dimasukkan kedalam beg untuk di bawa balik, saya pun mintalah gula-gula kegemaran saya.

"Tak boleh doh sobab akak kau tak ado tulih kek sini".

Kata tauke itu tegas tanpa belas kasihan.

Mendengar kata-kata tauke tu, saya terkedu. Alangkah kecewa dan hiba saya pada masa itu. Rasa nak meraung. Apa nak buat .. saya pun melangkah balik dengan longlai penuh kehampaan.

Pada pandangan anda siapakah yang bersalah dalam hal ini, kakak sepupu saya atau tauke yang lurus itu ?

Walauppun peristiwa itu telah berlalu kira-kira 50 tahun dahulu, ia masih segar dalam ingatan saya dan menjadi satu pengajaran berguna kepada saya supaya tidak mengecewakan permintaan anak-anak kecil terutamanya permintaan terhadap benda-benda yang berbentuk makanan.

Walaupun saya telah lama memaafkan tauke tersebut .. namun saya masih tidak mampu melupakan peristiwa itu.

................................................oo0oo......................................................


Siri Jelajah Maya - Rantai Kunci 3.




Ini adalah rantai kunci yang ke - 3 yang ingin saya perkenalkan. Saya dah lupa saya beli kat mana. Tapi saya suka rantai kunci ini sebab bentuknya unik dan ia ada lampu laser. Nampak tak  cahaya merah kat hujung kasut tu ?  Nanti kalau ada lawan bolasepak lagi, saya cadang nak cuba gunakan !
.

.

62 comments:

  1. he~~berbekas dalam hati.ingat sampai mati.

    ReplyDelete
  2. saya pun sama bang. penah pak sedara suh pegi kedai beli "ubat". cina kedai tu siap balut dgn sokabar. heran saya. rupa2nya dah lama baru tau itu beer. cehhh! tapi nak buat mcm mana...ikut je la. dah upah dia mahal temtu. eskrem conetto. fuyooo!

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak tahu siapa sebenarnya yang bersalah!

    Saya juga ada kenangan tentang 'suruhan ke kedai'. Saya erada di bawah rumah sewaktu dipanggil oleh abang ipar. Dia mengulurkan duit kepada saya dan saya mengucapkan terima kasih. Budak2 dapat duit tentulah seronok.

    Kemudian dia berkata, 'belikan rokok'. Waaaaaa... malunya saya. Sayatak dengar pun dia panggil suruh beli rokok! :(

    ReplyDelete
  4. Wuaaaa cedih nyer bila baca kenangan Bang HAMZAH tu..

    Hari ni, lebih berkilo Bang HAMZAH leh beli coklet tu kan? Tapi mana nak sama dgn perasaan teringin masa kecil dulu...

    ReplyDelete
  5. I can forgive a thousand time but to forget takes extra courage..there r things that i choose not to forget.never!

    ReplyDelete
  6. Salam bang.

    Hiba juga baca kisah abg ni.

    Itulah dulu takde handphone. Kalau tak, boleh suruh tauke tu tepon nak konfomkan boleh tak abg minta cokelat tu.

    ReplyDelete
  7. Baru saya nak cadangkan abg bawa rantai kunci yg ada laser tu ke perlawanan bola abg dah sebut dulu. Tapi bila tengok laser dia warna merah, saya rasa elok abg jangan bawa. Sebabnya laser yg org lain pakai tu warna hijau. Jadi kalau nampak yg merah, FRU terus cari abg hahaha

    ReplyDelete
  8. huh !!

    rindu betul dah lama tak dapat jenguk ke sini..

    nampak rantai kunci teringat dulu IE giler kumpul koleksi kasut kechik temasuk yg macam dlm gambar tuu..tp semuanyaa dah melayang kena sambar

    ReplyDelete
  9. ai..
    PakNgah masa kechik-kechik dah cakap i - u- i -u yer

    ReplyDelete
  10. Kesiannya hati si kecil kerana dikecewakan...

    Saya tak tau siapa yang bersalah, tapi yang pasti taukeh kedai tu memang jujur...aka lurus bendul

    ReplyDelete
  11. assalam..
    hehe :D lupa mmg tidak le tp cite ni akan buat jd tersnyum gak

    ReplyDelete
  12. Laa...pe salahnye tokey tu bg free jek cekelat kat Uncle..xkan muflisnye kalau sedekah kat budak2..Jujur tu bagus tp xkan xde belas kasihan...

    Uncle bawak p rondaan Rukun Tetangga jek keychain laser tuh...toksah wat pangai Indon plak kat stadium..Malu Makngah nt..

    ReplyDelete
  13. salam Tuan
    psert kena suruh beli barang kat kedai memang tugasan ....
    kita yang besar...adikadik kecik lagi..tapi saya tak kisah, sebab suruh beli bahan buat kaswi...my fav.

    ReplyDelete
  14. Makcik saya bagi singgit dua posen suh beli tepung sepeket. Baki saya amik. Wah2...target nak beli gula-gula cincin. Pastu saya pun beli. Masa tu tepung sekilo leh dapat kot singgit. Balik2 saya bagi kat makcik. "aku kata syampu sepeket...tepung watpe?" (kan ade jual syampu peket kecik2 tu).

    Eh ye ke...hehehe...dengar cam tepung. bancuh je la tepung tu lumur kat rambut. Tkpe yg penting gua dh dapat gula-gula cincin. Tambah koleksi.Huhuhuhuh

    ReplyDelete
  15. alahai...tokeh tu hanya menjaga amanah...ish..ish..ish...tp bila berjanji pd anak kalu tidak ditunaikan diri sendiri rasa bersalah...

    ReplyDelete
  16. salam abg : hehehe.. kesian kat budak tuh.

    ReplyDelete
  17. ngan bebudak, elok sedekah jer..... sian. haritu anak sy tetiba kat depan kedai buah ckp nak pisang. sy kata tk usahlah (duit x cukup),tetiba pekedai kasik 3 biji pisang, sedekah kat bebdak katanya, suka banget anak kecik sy, senyum lebar :)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum uncle

    mak selalu cakap, kalau berniaga, jgn berkira sgt dgn budak2... lagi bnyk sedekah lagi byk berkat rezekinya... kita pon tersedu baca... tergamak sungguh pekedai tuh kan...

    cantik, kiut rantai kunci kasut lagun tu... =) ~

    ReplyDelete
  19. AL..betul3..memang kita tak pernah boleh melupakan apa yang berlaku dulu..

    ReplyDelete
  20. BUJALX

    MEMANG BENDA TU INGAT .. SURAH YASIN TAK MAHU PULAK DIA INGAT !

    ReplyDelete
  21. TIJH

    CONETTO TU MAHAL MASA TU .. JANGANKAN BUDAK2, ORANG TUA PUN BOLEH GELAP MATA DIBUATNYA.

    ReplyDelete
  22. KAKCIK

    LUCU PADA ORANG LAIN TAPI MEMALUKAN PADA ORANG YANG TERKENA.

    ADA BAKI TAK DUIT TU ?

    ReplyDelete
  23. AZIE

    MEMANG TAK SAMA PERASAAN TU .. MASA ITU MANA ADA DUIT, ITU YANG BUAT SEDIH TU. KALAU ADA DUIT, SAYA DAH BELI DAH GUNA DUIT SENDIRI.

    ReplyDelete
  24. HANI

    MEMANG NAK MEMAAF NI KERJA HATI, DAN MELUPA KERJA OTAK. KALAU OTAK TAK MAHU NAK LUPA, KITA NAK BUAT MACAM MANA KAN ?

    ReplyDelete
  25. YB 1

    SALAM KEMBALI

    KALAU ADA HENFON, MUNGKIN KAKAK SAYA ORDER JER BARANG2 TU DAN MINTA 'HOME DELIVERY'

    YB 2

    KALAU BEGITU BAGILAH ABANG PINJAM LASER AWAK YANG WARNA HIJAU TU !

    ReplyDelete
  26. IKAN EMAS

    APA SEBENARNYA YANG MENGHALANG AWAK DTG KE SINI ? KALAU TUGAS, IA PATUT DI DAHULUKAN. KLAU SAKIT, ELOK PERGI BERUBAT.

    LAIN KALI JAGA BETUL2 BARANG KESAYANGAN SENDIRI SUPAYA TIDAK KENA SAMBAR LAGI !

    ReplyDelete
  27. KUASAI MINDA

    TAUKEH KEDAI TU SELAIN LURUS BENDUL, BERHATI BATU !

    ReplyDelete
  28. MAIYAH

    SALAM KEMBALI

    SEKARANG BOLEHLAH SENYUM .. MASA TU SAYU YG AMAT SANGAT.

    ReplyDelete
  29. IKAN EMAS

    SORI TAK PERASAN AWAK ADA DUA KOMEN.

    TERIMA KASIH ATAS SOALAN ITU .. MEMANG AWAK BACA 'WORD BY WORD' ENTRI SAYA NI.

    SEBENARNYA KAKAK SAYA PANGGIL GUNA NAMA MANJA. SEGAN NAK TULIS. ORANG KG TAK KAN NAK CAKAP I YOU PULAK. HEHE

    ReplyDelete
  30. CIK SHINJU

    MUNGKIN MASA TU ZAMAN SUSAH .. SEPOSEN PUN MUNGKIN MACAM SEPULUH RINGGIT PD MASA SEKARANG.

    UNCLE AMBIL PERHATIAN NASIHAT JU TTG KEYCHAIN LASER TU !

    ReplyDelete
  31. AZANI

    SALAM KEMBALI

    BUKAN PERGI KEDAI SAHAJA .. BANYAK LAGI TUGASAN LAIN SEBENARNYA. UNTUNG BUDAK2 SEKARANG TAK PERLU BUAT ITU SEMUA.

    ReplyDelete
  32. BUNGACAHAYA

    JAUHNYA LARI PENDENGARAN AWAK .. TEPUNG DENGAN SYAMPU. TAPI BILA HATI DAH INGAT LAIN, ORANG CAKAP LAIN KITA DENGAR LAIN.

    TAK KENA PIAT TELINGA KE ?

    ReplyDelete
  33. KAZAZTAN TEAM

    SERUPALAH PERASAAN KITA .. BILA DAH JANJI TU, MESTI NAK KENA TUNAIKAN. LAGIPUN ANAK2, PASTI AKAN TAGIH JANJI KITA.

    ReplyDelete
  34. AFEEZZ

    SAYA PUN KESIAN KAT DIA ! HEHE

    ReplyDelete
  35. MAKSU

    LAIN KALI SAYA NAK SURUH ANAK SAYA CAKAP KUAT-KUAT MINTA ANGGUR DEPAN KEDAI BUAH PULAK !

    ReplyDelete
  36. MANJE

    WAALAIKUMSALAM

    MEMANG BETUL .. TAPI HATI DAN PERASAAN ORANG TAK SAMA.

    KASUT LAGUN ? PERTAMA KALI DENGAR.

    ReplyDelete
  37. KAK ERNA

    TAPI KALAU MATA PELAJARAN SEJARAH, SENANG PULAK NAK LUPA. HERAN SUNGGUH !

    ReplyDelete
  38. penah lalui pengalaman tu.
    wow.
    mmg takkan lupa.
    bekas masih ada.

    laser oo laser.
    boleh jadi ultraman!

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Macam mana nak jadi macam tuan ni...mampu jawab satu persatu komen. Tampalan saya yg tak banyak dikomen pun malas nk jawab komen.

    Telinga tak kena piat. Dah dapat gula-gula cincin lari aje lah...nk tunjuk kat kawan2 lain.

    (sila kira berapa perkataan "komen" dalam komen)

    ReplyDelete
  41. memori zmn kanak2 mcm memahat atas batu..

    ReplyDelete
  42. Bertabahlah Uncle, bebudak memang selalu kena macam tue.. hahahahha


    Canggih manggih Uncle punye kushen..(..muahahhahaha..)

    ReplyDelete
  43. INTAN MAISARAH

    INGATILAH IA UNTUK DIJADIKAN TAULADAN.

    ReplyDelete
  44. BUNGACAHAYA

    ADA LIMA PERKATAAN KOMEN !

    ReplyDelete
  45. MAMA ZHARFAN

    MASA ITU CPU KITA MASIH BARU DAN KOSONG LAGI KOT !

    ReplyDelete
  46. AUJINZ

    KUSHEN YANG MANA SATU PULAK NI ? KE KEYCHAIN ?

    ReplyDelete
  47. tauke tu nak mengajar tuan haji jadi amanah gaknya, betul la jugak... semua orang tak salah, cuma miscommunication

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum tn hj...

    entri tn hj sudah berubah sedikit demi sedikit..selalu lebih kpd ringan dan santai kini lebih terarah situasi...

    walau apepun, blog tn hj nie mmg best..harus sy akui

    ReplyDelete
  49. hmmmm ..
    tak tau nak cakap apa
    sayu hati saya ..

    tapi, kalo tokei tu ada
    hatiperutlimpaparupedal
    apalah salahnya bagi sekeping
    cekelat.. takkan boleh benkrap pon!

    .

    ReplyDelete
  50. KUCINGORENGEMO

    SAYA PUN TIDAK MENYALAHKAN SESIAPA .. DAH BUKAN REZEKI SAYA !

    ReplyDelete
  51. ROM

    WAALAIKUMSALAM

    ENTAHLAH .. SAYA PUN TAK PERASAN.

    APA-APA PUN TERIMA KASIH KERANA MINAT YANG DITUNJUKKAN DAN PUJIAN YANG DIBERIKAN.

    ReplyDelete
  52. UJI6JUNE

    TAPI KAN .. KALAU TAUKEH TU BERI COKELAT YANG SAYA MINTA TU DULU, TAK ADALAH ENTRI INI ! HEHE

    SEMUANYA MENJADI PENGAJARAN BUAT KITA.

    ReplyDelete
  53. salam pakcik.

    tak ke orang yang bersalah (konon la) akan kata yang kita tak maafkan dia pun sebenarnya bila dia tau yang kita ni tak lupa? sebab ada la juga saya alami perkara macam ni. saya da maafkan tapi saya tak lupa. hehe

    ReplyDelete
  54. AJEE

    SALAM KEMBALI

    TAK BOLEH LUPA NI DALAM INGATAN KITA. KALAU KITA TAK BERITAHU KAT ORANG, TAK ADA SIAPA BOLEH TAHU. MACAMANA PULAK DIA BOLEH TAHU YANG AJEE TAK BOLEH LUPA KALAU AJEE SENDIRI TAK CERITA KAT DIA ATAU KAT ORANG LAIN.

    JADI .. LAIN KALI JANGAN CERITA KAT SESIAPA YANG KITA TAK BOLEH LUPA.

    ReplyDelete
  55. betul jugak pakcik tapi kadang2 mulut ni tergatal nak tercerita. isk nak kene tepuk mulut ni. hehe

    ReplyDelete
  56. kanak-kanak dan cekelat tak dapat dipisahkan.....sedih saya..
    ia menjadi pengajaran pada kita yg dewasa.....walaupun cekelat itu perkara remeh tapi dihati anak2 ia tetap berbekas..........

    ReplyDelete
  57. ZUL PERMATANG BADAK

    BETUL KATA AWAK TU .. KEPADA KITA, CEKELAT MUNGKIN KECIK TETAPI BAGI BUDAK2 IA PERKARA BESAR SEBAB DUNIANYA MASIH KECIL. AKALNYA BELUM MEMIKIRKAN FERRARI DSBNYA.

    ReplyDelete
  58. segarnya ingatan awak.
    apa nama gula2 kegemaran awak tu??



    .
    .
    .

    sy rasa, gula2 kegemaran awak tu ada kaitan dgn ingatan awak yg segar. nak cuba jugalah.

    :D

    ReplyDelete
  59. terima kasih link ini.. dan ingatan untuk tidak kecewakan budak2..
    kalau dah maafkan tapi tak boleh lupa tu kira camne ye?..

    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  60. NUR

    KALAU TAK BOLEH LUPA, NAK BUAT MACAM MANA. BIARKANLAH KERANA IA DI LUAR KUASA KITA.

    YANG PENTING KITA SUDAH MEMAAFKAN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.