Wednesday, March 10, 2010

YANG SELALU BUAT SAYA TERKEJUT ..!

Ada dua benda yang selalu buat saya terkejut. Pertama "wiper" kereta dan kedua henfon.

Wiper kereta saya tu jenis yang takut dan sensitif dengan air. Walau pun kena air hanya setitik, dia akan melibas kiri kanan. Kadang-kadang tu tengah dok berkhayal bawa kereta sorang-sorang di rembang petang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena dia melibas. Saya tak buat apa-apa pun. Punyalah terperanjat. Saya pun tak perasan yang ada air kena kat sensor dia. Nasib baik buah pinggang saya ok lagi !


Tengok tak ada hujan pun !

Henfon pula buat saya terkejut bila tengok gambar atau video yang dirakam oleh anak2 saya di luar pengetahuan saya. Contohnya video di bawah. Ia di rakam oleh anak perempuan saya yang berumur 11 tahun tu. Entah bila dia ambil video adiknya (yang hari ini genap umurnya 9 tahun) .. saya pun tak tahu. Bila saya buka telefon nak tengok gambar yang baru saya ambil, tiba-tiba keluar gambar "perompak" ini .. ! kus segamat ..!



Nama: Muhamad Norhaiqal
Lahir: 10hb Mac
Status: Anak bongsu
Pekerjaan: Dulu pencuri hati, sekarang dah naik pangkat jadi "perompak".

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE - 9 IQAL. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN MENJADI KEBANGGAAN EMAK DAN AYAH.

79 comments:

  1. Selamat hari lahir Haiqal. Semoga menjadi kebanggaan ayah ibu dan semoga menjadi anak yg soleh dan berguna.

    ReplyDelete
  2. Kereta mahal mcm tulah wiper dia bang.

    Kereta saya yg tak berapa mahal ni pun kadang2 buat mcm tu. Mula2 dulu terkezut jugak hehehe

    ReplyDelete
  3. kata org,kalu selalu terkejut boleh mengganggu perjalanan darah dalam buah pinggang. sykurlah buah pinggang encik masih ok. sesekali balas dendam lah dgn mengejutkan wiper tu plak.takkan asyik encik jer kena kan.

    ReplyDelete
  4. Sub-topic pertama: Itulah caranya continental cars beramah mesra dgn tuan punya kereta masing2...

    Sub-topic kedua: Happy Birthday Iqal! Good imaginative skills!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Haiqal..
    jangan jadi perompak betul2 tau , kalau pencuri hati mak ayah tu ok ler . he he he
    ummi doakan semoga Haiqal jd anak yg baik , soleh lagi bertaqwa yer .

    ReplyDelete
  6. hahahhaha

    happy bday Iqal ...
    seb baix rakam yg camni jer uncle
    ngahahhahahahha ~~~


    >>____<<


    ((anak bongsu? xder bakal adik lg ke? hikhjikhikhikhik))

    ReplyDelete
  7. tuan, krete mahal mmg la mcm tue..dia mudah terasa la katakan hehehe..cuba tuan langgar dia kat tembok tepi hiway tue..gerenti dh tak gerak wiper tue...heheh

    p/s : don try this at home..only at hiway jerk heheheh....

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir juga buat Muhamad Norhaiqal semoga menjadi anak yang baik,insan yang soleh dan berjaya dalam kehidupan..amin.

    ReplyDelete
  9. ni kisah benar ...
    suatu ketika ketika hujan renyai-renyai,di tengah malam di jalan Jelebu-Kajang ( jalan Titi laaa...) tetiba kejadian yang tak disangka-sangka jadi..kereta yang dipandu ;

    ..memula lagu kat cd tetiba sonyap..
    ...pastu wipernya pula terhenti..
    ...then lampu lak padam ..

    akhirnya enjin pun terhenti !!!

    ( pelik..kereta tu tak pernah buat hal..import lagi!!)

    >>>>>>wawawawa...wawawa...wawawa...

    ...teringat along spoon tuu rindu serindu-rindunya..

    ReplyDelete
  10. happy birthday to Iqal too;)
    yeyyyy~


    salam..thnks for the wish utk saya pcik;)

    ReplyDelete
  11. Hepi besday mohd Haiqal..moge umur panjang dan moge terserlah kehenseman dari bapa anda..

    ReplyDelete
  12. salam uncle,

    jantung ok tak?

    kalau kena kat ain jantung la paling laju mengepammm....dup dap dup dap....

    kadang elok gak wiper tu tetiba gerak tau, takde la uncle saya nie mengelamun jer bawak keter...hahaha....

    boleh segarkan mata yang tengah layu tu jugak....

    anyway, happy birthday untuk iqal. awal sehari jer ngan adik sarah....tapi lain2 tahun la kan...

    moga jadi anak soleh dan bertangungjawab....

    ReplyDelete
  13. uiks.......

    ucapan Relevan paleng bernas setakat nih!

    (semoga beliau tidok membiarkan koi kelaparan semasa berada di Temerloh selepas membaca komen koi nih).

    hehehehe

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Ngah dan anaknya Iqal..

    Buat Pak Ngah, jangan jadi ayah yang garang... senyum selalu walaupun sentiasa terkejut..hehe

    Buat Iqal.. selamat ulang tahun kelahiran, moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat..Insya Allah

    ReplyDelete
  15. dah 2 hari berturut2 saya jadi pelanggan pertama abg ni. Kalau sekali lagi harus dapat hadiah istimewa ni hehehe

    ReplyDelete
  16. wahh...takutnya nak tumpang kereta tuan . Bertambah takut lagi2 tuan yang pandu . Kussss semangat !

    Apapun... henfon tuan adalah yang terbaik setakat ini . 'Blackcurry' kannn...kannn...

    Happy Birthday IQAL .

    Awak bertuah mendapat seorang Ayah yang baik dan penyayang .

    ReplyDelete
  17. epi befday dek..belajar rajin2..


    adek baca kan k0men akan kat sini

    ReplyDelete
  18. YB 1,2 & 3

    setelah disemak memang sah, dah dua hari berturut2 awak jadi pengomen pertama. dan bukan setakat itu sahaja, awak juga orang yang pertama buat tiga komen setakat ini dalam satu entri saya.
    kalau sekali lagi awak jadi pengomen pertama, saya ucapkan tahniah yang tidak terhingga atas kejayaan hattrick itu. itulah hadiahnya .. sebuah ucapan yang tulus ikhlas dari lubuk hati dan jiwa saya.

    ReplyDelete
  19. Mr PenyuBiru

    Saya malas nak kejutkan dia sebab takut saya pulak yang terkejut balik bila tengok bil merepair dia !

    ReplyDelete
  20. naizaf

    1. macam awak tahu2 jer saya pakai contenental car !

    2. jangan puji2 sangat Iqal tu .. ntah apa2 pulak yang dibuatnya nanti.

    ReplyDelete
  21. Ummi Humaira

    Alaikumsalam. Saya turut mengaminkan doa Ummi. T/kasih.

    ReplyDelete
  22. Frodo Baggins

    Dah sampai masanya untuk uncle bermain2 dengan cucu pulak !

    ReplyDelete
  23. sahromnasrudin

    kah kah kah .. pandai juga awak melawak ye ..takut drebar pun ikut tak gerak sama !

    ReplyDelete
  24. sayang2ibu

    terima kasih atas doa awak. amin. harapan semua bapa begitulah !

    ReplyDelete
  25. ikan emas

    cerita awak ni suspension betul .. sambunglah lagi apa terjadi selepas itu !

    ReplyDelete
  26. jane

    t.kasih atas ucapan itu dan pakcik terimanya bagi pihak Iqal !

    ReplyDelete
  27. relevan

    kalau awak nak tahu rupa saya semasa umur saya 9 tahun, macam rupa Iqal tu lah !

    ReplyDelete
  28. Ain

    Setakat ini jantung uncle masih lagi berada di tempatnya .. tapi bunyinya lain sikit kalau terkejut .. dag dig dug ... macama lagu Haiza !

    ReplyDelete
  29. al-mankaraqi

    dah selalu ke Relevan tu membiarkan awak kelaparan ? awak sokong komen dia rupanya ada udang di sebalik batu ..!

    ReplyDelete
  30. Nida

    saya dah tak garang, tak macam dengan anak pertama dan kedua dulu. kadang2 kakak dia komplen kenapa saya berlembut sangat dengan Iqal. Saya jawab senang je " dah perangai dia baik, tak kan nak marah tak tentu fasal pulak "

    ReplyDelete
  31. LiNda

    telefon saya hanya satu sahaja dalam pasaran .. kilang yang buat tu hanya buat satu sahaja untuk saya. lepas tu dia tukar bisnes jual rempah kari pulak !

    kalau takut tumpang kereta saya, tak apa, awak yang bawak .. biar saya duduk belakang !

    ReplyDelete
  32. sharamli

    balik rumah nanti, pakcik tunjukkan komen awak kat dia !

    ReplyDelete
  33. xiiinam

    tuhan itu maha adil, bapa dia tak comel, Dia bagi anak yang comel.

    ReplyDelete
  34. Salam..
    Selamat ulangtahun kelahiran utk Haiqal. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  35. uncle,

    sila join contest aksi cucu bersama opah/atuk kat link bawah nie....

    http://cherishlovetogether.blogspot.com/

    gud luck...

    ReplyDelete
  36. salam..
    abg tak perasan ke?
    masa kat hujung rakaman wiper kereta tu ada di sediakan talian yg perlu dihubungi jika bermasalah..saya rasa ang patut call talian tu bila ada masalah..


    epi besday haiqal
    semoga kamu jadi perompak ilmu dunia akhirat yg bijak..

    ReplyDelete
  37. Salam bang,
    Saya datang lagi malam ni kot2 ada n3 baru. Bukan senang nak buat hattrick huhuhu.

    Esok mungkin tak sempat masuk blog abg sbb saya ada kerja outstation. Tak dptlah ucapan tahniah dari lubuk hati abg yg ikhlas tu. Ucapan tak ikhlas kalau dari lubuk hati pun saya terima hehehe

    ReplyDelete
  38. td dah call mak kol 945pm.. igtkan sempat nak wish kat iqal.. tp dia da tdo..

    tapelah.. kakngah letak bukti da wish kat iqal kat sini..

    "HEPI BESDAY IQAL!"

    dpt result bagus br bole bg hadiah.. hehe

    ReplyDelete
  39. shaniza

    terima kasih atas ucapan dan doa tersebut. amin. saya terima bagi pihak Iqal. dia dah pun tidur !

    ReplyDelete
  40. Ain

    t.kasih atas info. kami sedang pertimbangkan.

    ReplyDelete
  41. alwin

    salam kembali. ehh betullah ada talian jika ingin kan bantuan. saya pun tak perasaan. awak pun simpanlah nombor tu untuk kegunaan kemudian hari.

    saya terima ucapan awak b/p Iqal yang telah pun belayar entah ke mana.

    ReplyDelete
  42. kak ngah

    ngapa lambat sangat nak wish dia .. tertidur lagi ke !

    ReplyDelete
  43. YB

    1. mungkin ada satu n3 baru minggu ini sebelum bercuti minggu depan selama seminggu sempena cuti sekolah .. nak balik ke Perlis.

    2. besok nak kerja outstation kat mana ? Kajang ke ? baguslah kerana nampaknya rezeki awak melimpah ruah selepas melawat rumah saya !

    3. tahniah kerana awak berjaya buat pattrick (i.e berjaya buat sesuatu benda sebanyak 4 kali)

    4. saya baru perasan, bila tengok laman shaniza di atas bahawasanya, ikan dilubuk dia masih banyak dan ikan di lubuh awak dah tinggal sikit !

    ReplyDelete
  44. CP pun terkejut.. kenapa tiba2 kuar kus segamat?

    err mmg le CP asal segamat, tapi la ni ada kaat alor star lagi.. esok baru balik balakong, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  45. "awak juga orang yang pertama buat tiga komen setakat ini dalam satu entri saya."

    hmm pakcik merefer kepada komen YB kat entry ni ker?

    kalau yer, sy tak puas hati sbb kat entry "apa salahnya tu", CP komen 3 kali gak.. ini diskriminasi nama nya, huhu..

    ReplyDelete
  46. Che'Pit

    1. minggu depan sempena cuti sekolah saya nak lalu alor star dalam perjalanan ke perlis ke rumah mertua.

    2. setelah saya "replay" entri2 saya, memang benar awak pernah buat komen 3x dalam satu entri saya. taniah dan sepatutnya saya ucapkan lebih awal lagi. bagaimanapun trofi dari YB tak boleh di ambil balik sebab dia menang dari segi blogger pertama sampai ke rumah saya.

    ReplyDelete
  47. Cara untuk elakkan wiper bergerak sendiri : buang wiper..
    pasni for sure takkan jadi masalah wiper bergerak sendiri.

    Happy birthday to anak pakcik.
    Otanjyoubi omedetou gozaimasu.
    (ayahnye kasi hadiah apa kat anaknye?)

    ReplyDelete
  48. Hidet

    Dulu pakcik ada berselisih dgn kereta tak ada wiper .. agaknya kereta awak lah tu ye !

    ayah dia beri hadiah sepanjang tahun kat anaknya .. tak ada musim !

    ReplyDelete
  49. huhu pakcik tak pelawa awal2 dtg umah..

    kalau x, raya cina aritu CP sampai dah..

    ReplyDelete
  50. selamat hari lahir buat iqal...moga jadi anak yang soleh pd ibu bapa...

    ReplyDelete
  51. heheeh..pape pun, selamat hari lahir buat anak pakcik..:D

    ReplyDelete
  52. Selamat bergembira dengan apa yang kita ada harta dan anak-anak.

    ReplyDelete
  53. Che'Pit

    Tak pelawa lagi ke ? rasa dah pelawa. orang lain lah tu, mungkin che'pah kot ! ok sekarang pakcik pelawa, datanglah bila2 masa dengan syarat pakcik ada kat rumah.

    ReplyDelete
  54. ~0~

    T.kasih bagi pihak Iqal. nanti balik rumah saya suruh Iqal baca.

    ReplyDelete
  55. ~ReD~

    T.kasih akak Red .. hati2 di jalan raya !

    ReplyDelete
  56. Pok Li

    T.kasih .. tapi ada maso eh goram jugo kek budak2 ni. nasib baiklah abah eh dah tuo !

    ReplyDelete
  57. 1. Happy Belated Birthday Haiqal!
    2. Al-lavendari, awak kecik2 dulu pun mesti cenggitu gak kan hehe..
    3. Haiqal nih ker yg awak kata left hander tu?

    ReplyDelete
  58. Finaz

    Berikut komen awak dan jawapan saya:

    1. Happy Belated Birthday Haiqal! -

    t.kasih bagi pihak Iqal. Balik rumah nanti saya maklumkan kat dia.

    2. Al-lavendari, awak kecik2 dulu pun mesti cenggitu gak kan hehe..

    masa saya kecik mana ada henfon !

    3. Haiqal nih ker yg awak kata left hander tu?

    ye .. tak salah lagi, ini lah dia budaknya !

    ReplyDelete
  59. nasib baik wiper kereta buruk saya tak gitu, kalo tidak asyik menjerit sajalah bila tetiba dia bergerak, bukan sekadar menjerit tapi mungkin akan lepaskan stereng :P

    ReplyDelete
  60. julietchun

    kereta saya buruk juga, tu sebab dia sensitif sangat... agaknya orang buruk ni cepat sensitif !

    p/s: terima kasih kerana sudi berkunjung dan memberi komen kali pertama.

    ReplyDelete
  61. Bang, utk yg pertama tu: HIHIHIHIHIHI.....mesti ado apo2 tu!!!

    Yang keduo tu;
    Elok garang eh, agak eh ayah eh maso kocik camtu tak....

    ReplyDelete
  62. selamat hari lahir buat Haiqal..moga jadi anak yg soleh..dan riang gembira selalu

    ReplyDelete
  63. annie

    kes pertama: awak boleh tolong tengok2an sikit tak .. mana lah tahu kok ado yang mencolek eh !

    kes kedua: ikut kata uwan anak saya tu, ayah dialah sebaik2 manusia sampai ke tuo .. kata uwan dio lah !

    ReplyDelete
  64. Chik Na

    Saya terimalah ucapan tu bagi pihak Iqal .. dia dah tidur dah. pasal riang gembira tu, tak payah suruh .. sepanjang masa kecuali tidur dia tu riang gembira !

    ReplyDelete
  65. ok sekarang baru lah pakcik pelawa

    insyaAllah ada rezeki, singgahle ke rumah pakcik.. tapi of courselah masa pakcik ada.. pakcik x de, CP nak jumpa sape lak..

    err CP pun dah buat pattrick kat enrty ni ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  66. che'pit

    ok bila nak singgah beritahulah .. boleh pakcik beri no telefon dan alamat melalui emel nanti ! dan tahniah buat pattrick.. tak nak buat matrick ke ?

    ReplyDelete
  67. err matrick tu 5 kali ker?
    kalau betul, maka CP dah pecah rekod pattrick YB ler, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  68. che'pit

    ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada awak kerana mencipta rekod matrick (hancur lebur bahasa Inggeris .. lantaklah).

    "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

    ReplyDelete
  69. err pakcik, kalau enam kali?

    namtrick ker?

    ReplyDelete
  70. Che'Pit

    kalau dah enam kali dia tukar jadi "namaste" pulak !

    ReplyDelete
  71. ooo

    enam, namaste..
    tujuh?

    ok2, CP stop lah, kang silap2 kena bambu lak dgn pakcik..

    tapi mcm lawa le pulak tgk komen tu sbb berselang seli 2 jejaka berbaju melayu bersongkok.. cuma warna baju je lain, ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  72. haha..terkojut saya tengok muka perompak tu..hihi


    Henfon saya pun selalu sgt penuh dengan2 video2 muka anak2 yang di ambil mereka sendiri...:::funny:::

    ReplyDelete
  73. hehehe...saya tgh mikir ni..
    n3 mane plak saya nk pecahkan rekod CP nih.. :P

    ReplyDelete
  74. CIK SHINJU

    TERIMA KASIH .. TAK SANGKA JU SUDI BACA DAN KOMEN N3 LAMA UNCLE.

    KALAU NAK LAWAN CP, JOM KITA BERPANTUN !

    ReplyDelete
  75. ohpocot! perompak!

    nasib buah pinggang sy pun ok. :D





    p/s : kenapa takde komen sy kat entri ni eh??

    ReplyDelete
  76. KTS

    SAYA RASA MASA TU AWAK BELUM LAGI KERJA DENGAN MAYBANK !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.