... sambungan dari entri sebelum ini !
"Padah mahu pinggul cantik: Bekas Ratu Argentina maut selepas jalani pembedahan untuk padatkan punggung"
Bekas ratu ... Argentina pulak tu ... bukannya dari negeri Isketambola, tentulah cantik. Tapi masih tak puas hati dengan ciptaan Allah, nak modify lagi. Ingat ni motor ke ? Apa dah jadi ?
Yang sorang ni pulak MAUT sebab nak besarkan payudara ...
Mati dua hari selepas besarkan payu dara ..
Jenny McCarthy tak suka payu dara besar ..!
Kesimpulannya bersyukurlah dengan apa telah di berikanNya. Tak payahlah nak ubah2 atau modify lagi. Kalau tidak ... jadi lah macam si Pian di bawah ni .. menyesal tak sudah ! Sekarang ini dia sedang berusaha secara berperingkat untuk mengembalikan wajahnya ke wajah yang asal kerana katanya,
Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan "ubah suai" wajah.
Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan "ubah suai" wajah.
Pian menyesal tak sudah !
Saya rasa malu bila tengok Nick Vujicic, jejaka seperti dalam gambar di bawah, bila memikirkan diri saya yang sempurna ni tak pandai main golf dan tak reti surfing kat laut !
Apa kata Nick tentang kecacatannya: "saya memutuskan untuk bersyukur dengan apa yang saya ada, bukan merasa marah tentang apa yang saya tidak miliki"
Subhanallah !
..............................................................................
nota tambah kemudian..!
petang semalam blogger engineer Yunus Badawi singgah rumah saya dan seperti di jangka dia buat satu entri khas mengenai pertemuan kami (klik di sini). 9 pengomen terawal entri saya ini tak dapat baca nota tambahan ini ... minta-minta lah dia orang masuk balik!
huhuhu..klu juling camno tuan..jadila fatimah juling tue hehehehe
ReplyDeleteYang buat pembedahan itu tidak bersyukur dan tidak dapat menerima kejadian Allah ke atas diri mereka.
ReplyDeleteSaya pun segan dengan Nick tu yang langsung tidak rendah diri dan mampu melakukkan perkara yang orang sempurna anggota pun ada yang tak boleh lakukan...
saya pun malu dgn Nick Vujicic sebab tak reti surfing kat laut.surfing kat tenet reti la.
ReplyDeletetidak akan ada sudahnya rasa puas ini
ReplyDeletewalaupun CP ni x ensem, cuma manis jer (org kata lah) tapi alhamdulillah, bersyukur seadanya..
ReplyDeleteubah sana ubah sini..
ReplyDeleteitu lah dikatakan apa yg ada jarang disyukuri, apa yg tiada sering dirisaukan..
nafsu bagaikan air laut, diminum hanya menambah haus..
(dipetik dari lirik nasyik.. :) )
dahsyat betul!O_O
ReplyDeleteMemang tak pernah puas abg Hamzah..untuk mencantik dan memadatkan bahagian2 badan sanggup mengambil risiko..bedah sana cucuk sini korek sana selebek sini..last2terima padah..
ReplyDeleteSubhanallah. TQVM Tuan Haji cos menyedarkan saya.
ReplyDelete(Lagi 2 mggu apptmt facial. Tak ubah muka, cuba nak buang sel2 kulit mati. Ok kan? )
banyak orang banyak ragam, manusia tak pernah puas
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeletekalau juling pun terima je lah .. saya tengok fatimah juling tu cun juga !
miecyber@sudu
ReplyDeletebenar kata awak .. saya harap orang yang nak ubahsuai tu, fikirkan semula. lebih baik ubah suai rumah !
kat M'sia pun dah ada kes2 maut ketika buat surgery cenggini..
ReplyDeletep/s: nape tutup muka masa YB amik gambar? Aaaa....awak dah buat plastic surgery yaaaaaaa? (hehe.. sori saya gurau jer...)
mamai
ReplyDeleteorang kata ikut kan hati - mati, ikutkan rasa - binasa. dalam kes ini ada betulnya.
Mr PenyuBiru
ReplyDeletesaya hairan .. macamana penyu tak reti surfing ! kalau beruwang tu lain lah.
dpt jumpa gak YB tu kan... seronok dgn dia..orgnye peramah dan sopan santun..hehe
ReplyDeleteche'pit
ReplyDeleteye ke awak manis ? harap2 orang yang cakap itu, ikhlas lah.
Hidet
ReplyDeletesaya tak sanggup nak minum air laut .. masinnn !
red
ReplyDeletememang dahsyat .. tak ada kaki dan tangan pun boleh main golf dan meluncur di laut !
relevan
ReplyDeleteawak memang tak ada niat nak buat gitu kan ?
naizaf
ReplyDeletebenda2 yang dah mati tu memang sepatutnya di buang !
Daun Bidara
ReplyDeleteye ke manusia tak pernah puas ? tapi kalau rasa tak puas tu dalam perkara yang positif, apa salahnya. contohnya - kita tak puas hati dengan ilmu tajwid yang ada.
Finaz
ReplyDeletehuish ..saya tutup muka sebab hari Ahad adalah hari tidak hensem saya. baca jawapan saya di blog YB tu dalam menjawab komen penyubiru.
p/s: awak dah pergi mancing ke ? saya hujung minggu ni nak gi mancing kelong kat lukut.
Mentibang Laut
ReplyDeleteBetul .. YB tu orangnya peramah dah sentiasa tersenyum. tapi pertemuan kami singkat sangat.
kenapa tidak buat entri istimewa berjumpa dengan yunus badawi, supaya 9 pengomen terawal dapat membacanya pula,
ReplyDeletesalamm,
tunbegi
ReplyDeletesaya ingat nak buat juga .. tapi YB dah buat lebih awal. ceritanya benda yang sama juga. jadi saya buat kenduri kat rumah pengantin perempuan je lah. jimat sikit belanja!
Ada orang, dah cantik, nak cantik lagi..ada saje yag tak puas!
ReplyDeletedah. Kat d'muara beach resort sg dorani. Not bad. Ada ikan sembilang & ikan gelama. Tapi yg paling best sekali adlh mentarang. Sedapnya... 1st time saya makan. Konfem saya akan gi lagi kesitu. Yg paling xbest adlh kulit dari teh 'o' dah jadi teh 'o' pekat hehehe...
ReplyDeletep/s: kelong tu cam bahaya jer kan? takecare ok! Oh! and hv fun!
huh... depa ni sanggup buat apa saje nak cantik yea...
ReplyDeleterasanya chik na yg tembam ni tak sanggup buat perkara can gitu..syukur dah dgn ciptaan allah nih
salam ziarah kali pertama, selepas baca en3 YB, klik di sini..
ReplyDeletemanusia memang tidak pernah puas, dapat sedikit salah, dapat banyak pun salah
habis camno?
opss...nak tambah lagi, dulu masa sya duk di Langkawi, setiap kali acara iron man sya begitu terharu melihat kesungguhan peserta OKU, menghabiskan acara tu, yg bermula dgn sessi berenang depan Jetti Kuah tu, lepas tu kayuh basikal keliling Pulau, dan last berlari keliling Pulau..saya yang sempurna nak habiskan 25km pun tercunggap2... tp peserta tu, walaupun beliau mungkin yang terakhir atau ke-2 akhir, tetapi tetap bersemangat untuk menamatkan acara tersebut..memang terharu dan kagum sesangat dengan semangat mereka.
ReplyDeletesalam en alV,
ReplyDeleteishhhhhh
saya takut la nak buat yg bukan2
nak cantikkan gigi pun rasa ngilu2
ni kan nak bedah2 segala
heeeeeee...
bersykur dgn apa yg ada
cuma, berusaha secara normal utk lebihkan lagi,
contoh, jgn makan lemak2 ke, hehehe..
nak lebih putih,
jgn keluar rumah? hahhahah
tengah dok fikir la ni.. guano dia main golf tanpa tangan???? kalau pakai kaki pun.. mcm mana nak hayun tuh?ish..
ReplyDeleteisteri pilot tempat hubby saya kerja mengalami nasib yang sama...
ReplyDeletemeninggal dunia sewaktu proses menyedut lemak....
kadang bila hidup dilimpahi kemewahan kita seakan alpa mengejar keduniaan, ubah sana ubah sini, nak yang itu nak yang ini....
alangkah beruntungnya kalau kemewahan itu kita gunakan untuk mengejar kesenangan di akhirat, sedekah situ sedekah sini, bantu orang itu, bantu orang ini....
Salam Tuan Hamzah,
ReplyDeleteBersyukurlah ngan apa yg kita ada. Org yg takde kaki tangan pun boleh bersyukur. hehehe sy ni pun pandai cakap je, ada masa macam tak bersyukur je dengan apa yg dah ada hehehe
nafsu mmg tak pernah puas..
ReplyDeleteKak Nora
ReplyDeleteSaya kena panggil Kak Nora lah walau pun saya lebih tua sebab dah nicknya Kak Nora. Terima kasih kerana sudi singgah dan komen buat kali pertama. betul tu .. kalau ikutkan hati tak kan puas !
Finaz
ReplyDeleteTeh "o" + susu jadi teh tarik ! teringin juga nak try Sg Dorani tu !
p/s: bila nak start shooting ?
tetiba teringat satu cerita..
ReplyDeletekononnya fasal sehari seorang perempuan...asyik dengan cermin ,cermin, cermin...tak puas-puas !!
....alaa jangan dok kata orang pompuan aje, lelaki pun sama,tak pernah puas asyik nak tengok perempuan lain !
Chik Na
ReplyDeleteSaya pun sama. Walaupun tayar spare semakin menebal .. lantak dialah asalkan makngahnya tak komplen !
sayang2ibu
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi ziarah kali pertama. ada juga saya terfikir yang istilah OKU tu mungkin tak sesuai kerana kadang2 kita2 yang dikatakan sempurna ni yang sebenarnya "kurang upaya". Kan ?
blueCITY
ReplyDeleteHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Sungguh pun hitam ku pandang manis,
Putih kuning apa gunanya.
ReD
ReplyDeletesaya pernah baca interbiu dengan isteri yang cacat penglihatan tentang masalah yang besar dihadapinya. saya fikir tentulah masalah seperti nak naik bas, menjaga anak dsbnya. tapi katanya dia bermasalah bila buat cok kodok sebab tak tahu dah masak ke belum dan mana yang masak dulu. kesimpulannya masalah kita dengan masalah mereka tak sama !
Ain
ReplyDeleteBenar sekali kata awak tu .. tu sebab saya tak nak sedut lemak kat perut saya ni .. biarlah !
aidah
ReplyDeletekalau dah sedar tak apa ! itu gangguan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan kita. kasi lawan sama dia. jangan bagi can !
LanaBulu
ReplyDeleteBetul .. kalau puas pun sekejap sahaja !
ikan emas
ReplyDeletekalau orang lelaki tak tengok perempuan nanti perempuan pula kecik hati ..
" buat penat je aku bersolek, tak ada pun orang tengok "
kalau tak nak orang lelaki tengok, pakai jubah yang nampak biji mata je tu !
manusia mana pernah rasa puas dgn apa yang ada.....melainkan yang tahu bersyukur....
ReplyDeletebersyukurlah.. itulah yg terbaik buat kita
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKalau dah tak tahu bersyukur dgn anugerah Allah, beginilah jadinya. Semoga kita semua termasuk dlm org2 yg bersyukur dan menghargai diri.
erm erm..
ReplyDeletebersyukur dengan apa yang kita ada..
ubah macam mana pun..kita tetap tak akan sempurna..
klu dah nama manusia...sikit sebnyak tetap ada rasa tak cukup..mesti nak kena tambah, reduce dsb nya...
ReplyDeleteSaya ada seorang kenalan yang meninggal selepas proses membuang lemak di perut...tumpah darah. Isteri wakil rakyat...
ReplyDeletepara pakar dan penasihat kecantikan yang kaya raya.
ReplyDeleteyang kena bedah sana sini tuuu...dipanggil kubur juga .
hanya sedikit saja orang yang bersyukur bang.
syukor alhamdulillah..dengan kurniaan tuhan pada hambanya..tak perlu dibuah suai..terima lah ciptaan illahi
ReplyDeleteAlimaz
ReplyDeletebanyak juga saya jumpa orang yang berpuashati dengan apa yang mereka ada .. agaknya itu lah orang2 yg awak kata tahu bersyukur tu !
maiyah
ReplyDeletesaya kagum dengan awak walaupun dgn keadaan begini tetap bersyukur. semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada awak.
shaniza
ReplyDeletealhamdulillah saya sangat bersyukur dengan segala nikmat yang di berikan Allah kepada saya baik dari segi kesihatan, zuriat, kesenangan dan juga rakan2 yang baik.
Aujinz
ReplyDeleteNak ubah buat apa lagi kerana kita telah sempurna diciptakanNya.
siti murni
ReplyDeletetak semua manusia begitu .. ramai yang tahu bersyukur !
xiiinam
ReplyDeletesaya rasa kes itu masuk suratkhabar .. kalau tak silap isteri wakil rakyat dari Labuan kan ?
abu muaz
ReplyDeletemudah2an kita tergolong di dalam orang2 yang tahu bersyukur. mereka yang tahu bersyukur di janjikan Allah untuk digandakan nikmatnya !
Erna
ReplyDeleteKalau teringin sangat nak buat kerja ubahsuai .. ubahsuai je rumah sendiri ! jangan ubahsuai rumah orang pulak !
terkesima melihat ketabahan Nick...........
ReplyDeleteSalam. banyaknya peminat blog ni. Patutlah, entrinya bagus-bagus. Bagi saya kecantikan wajah akan terserlah jika hati dan budi pekerti kita juga cantik.
ReplyDeleteal-mankaraqi
ReplyDeletekita sepatutnya lebih baik lagi dari Nick tu .. tapi saya sendiri tak tahu main golf !
Aida Ali
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat awak. Wajah yang cantik dan berseri datang dari hati yang jernih.
Terima kasih kerana sudi singgah buat kali pertama.
Bukan kurang upaya atau OKU
ReplyDeletedah tukar dah
orang kelainan upaya..
hehehe
cikgu Pendidikan Khas aka ayongcute
ayong
ReplyDeletekomen ayong ketinggalan LRT !
wajah pian sebelum diubah tampak lebih tampan....
ReplyDeletesaya ni kalau nak diikutkan, kena buat plastik surgery dari hujung rambut ke hujung kaki baru lah cantik menawan.tu pun belum tentu..tapi biarlah, rela tidak secantik, tak sesempurna org lain pun sbb mcm ni pun saya dah rasa cukup bahagia...Tak ada yg kekal, mati nnti bawak kain putih dan amalan jer..
ReplyDeleteHANI
ReplyDeleteITU ADALAH PENDIRIAN YANG BETUL. RASA SELESA DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH SEMPURNA DICIPTA ALLAH.
errr... tak jadi la nak ubah! kensel!
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
.
.
.
sbnrnya tak tau nak ubah apa. dah cantik dah apa yg Allah kurniakan. Syukur.
KTS
ReplyDeleteBILAKAH AGAKNYA DAPAT MELIHAT KECANTIKAN KURNIAAN TUHAN ITU.