1. Alhamdulillah saya telah selamat dalam perjalanan pergi dan balik dari bercuti di kampung mertua di Paris Perlis. Terima kasih di atas doa kawan2. Rumah yang ditinggalkan pun masih ada lagi dan selamat dari dicerobohi. Terima kasih khusus dan penghargaan saya kepada tetuan aklcitizen, nani3@intan, sayangsayangibu, xiiinam, syah shah, aida ali, rosnanie, bluecity, cik na, siti murni ishak, annie, alimaz, finaz, sonata anak kancil, relevan, che'pit, yunus badawi, naizaf, sot, hajarus, lipislady, abang sena creek, hidet, frodo baggins, jane, kak nora, mamawana yang sudi meninggalkan komen walaupun saya tak ada entri baru. Saya minta maaf kerana tidak memberi komen satu persatu macam selalu kerana cerita yang di komen telah pun berlalu. Melalui entri ini saya harap dapat menjawab semua komen yang telah di berikan.
2. Hari Sabtu 13 Mac sebelum balik kampung, saya sempat mancing kat kelong di Lukut. Pergi pagi dan balik malam. Kelong ini hanya sesuai untuk pemancing super tegar. Orang2 yang ayu macam Finaz tak dinasihatkan berkunjung. Tempatnya daif sangat walaupun bayaranya mahal. Ikan2 yang dapat pun semua di bawah umur bahkan ada yang masih pakai "pampers". Tengok gambar2 dibawah. Maaf video tak berjaya di upload.
2. Hari Sabtu 13 Mac sebelum balik kampung, saya sempat mancing kat kelong di Lukut. Pergi pagi dan balik malam. Kelong ini hanya sesuai untuk pemancing super tegar. Orang2 yang ayu macam Finaz tak dinasihatkan berkunjung. Tempatnya daif sangat walaupun bayaranya mahal. Ikan2 yang dapat pun semua di bawah umur bahkan ada yang masih pakai "pampers". Tengok gambar2 dibawah. Maaf video tak berjaya di upload.
3. Isnin 15 Mac balik ke Perlis. Perjalanan balik cukup lancar. Dari Senawang pukul 8.30 pagi dan kira2 pukul 3.30 petang dah sampai. (Dari mana asal usul perkataan 'pukul' ni ?) Cuaca di Perlis memang cukup hangat. Walau pun angin bertiup kuat tapi udara yang di bawa tetap panas. Ini baru panas di dunia ..! Tetapi pokok-pokok di Perlis ni nampaknya tidaklah merana seteruk pokok di Jalan Jitra, Kedah seperti gambar di bawah.
Kenapalah di biarkan pokok2 tu sampai jadi macam ini. Tak kesian ke ? Dia bukan boleh berjalan sendiri mencari air. Harap2 pokok-pokok tu pengsan je ! Lepas hujan nanti mungkin dia segar balik.
4. Di Perlis saya sempat pergi pekan sehari (nat) Rabu di Balai Baru, Beseri. Semua barang murah berbanding di KL atau Negeri Sembilan. Ikan laut masih belum kena air batu lagi. Segar. Beli tak pakai timbang tapi kira longgok je. Saya juga beli otak lembu ... baru RM3 satu kepala. Saya terbeli dua. Kalau di Senawang tak pernah jumpa orang jual. Pada sebelah petangnya saya beli goreng pisang sebanyak RM2 dari sebuah gerai dekat rumah mertua. Terkejut saya (bukan terkejut beruk macam cerita Che'Pit tu) ... punyalah banyaknya. Saya kira ada 25 keping kesemuanya. Nasib baik saya tak beli RM10 ! Esoknya Pak Mertua saya beli lagi dari gerai yang sama dengan harga yang sama, lagi banyak di berinya. Tengok gambar di bawah ..
4. Di Perlis saya sempat pergi pekan sehari (nat) Rabu di Balai Baru, Beseri. Semua barang murah berbanding di KL atau Negeri Sembilan. Ikan laut masih belum kena air batu lagi. Segar. Beli tak pakai timbang tapi kira longgok je. Saya juga beli otak lembu ... baru RM3 satu kepala. Saya terbeli dua. Kalau di Senawang tak pernah jumpa orang jual. Pada sebelah petangnya saya beli goreng pisang sebanyak RM2 dari sebuah gerai dekat rumah mertua. Terkejut saya (bukan terkejut beruk macam cerita Che'Pit tu) ... punyalah banyaknya. Saya kira ada 25 keping kesemuanya. Nasib baik saya tak beli RM10 ! Esoknya Pak Mertua saya beli lagi dari gerai yang sama dengan harga yang sama, lagi banyak di berinya. Tengok gambar di bawah ..
5. Balik dari Perlis, perjalanan juga amat lancar. Sesampai di rumah, saya baca komen2 dalam blog. Ada seorang blogger dari Perlis, Alimaz namanya yang mengusahakan blog secara usahasama suami isteri beri nombor telefon suruh kontek dia. Tapi sayang saya dapat nombor tu selepas balik ke sini. Kalau saya dapat nombor tu sebelum balik ke Perlis, pasti saya akan cari dan tak payahlah saya beli goreng pisang ! Terima kasihlah Alimaz. Kali ni tak ada rezeki. Lain kalilah noo!
p/s 1: Hari Sabtu 20hb, Che' Pit singgah kat rumah saya di Senawang. Dia adalah Blogger kedua selepas YB yang sudi mampir ! Ceritanya boleh lihat kat entri dia di sini.
p/s 2: Dalam entri saya sebelum ini ada saya beritahu yang saya ni tidak ada gelaran Dato'. Tapi peliknya ramai pulak yang mengusik saya dengan memanggil Dato'. Di sini saya nak beritahu satu perkara lagi yang saya ni juga adalah tidak hensem !
ada macam tak kena je seminggu ni sebab en al tak up date....entry lama semua daun dah baca malas nak komen...
ReplyDeleteteruk betul panas kat sana, kl ni boleh kira ok lagi
salam manis tuan..
ReplyDeleteWahh... ada banyak cerita !
ermm... selamat kembali selepas bercuti .
ngeh ngeh ngeh nasib baik pakcik tak melompat mcm terkejut beruk tu..
ReplyDeleteterima kasih sudi terima kunjungan CP.. insyaAllah ada rezeki berjumpa lagi
da lama xdgr pekataan nat..
ReplyDeletesian si ikan emas,
ReplyDeleteorg lain seronok cuti -cuti ,jalan-jalan ...tapi kiter ???( sampai nama kiter pun tak mask senarai En Lavendari...( tapi jgn tak tau..hari-hari kiter nampak bumbung rumah tuan !!
ni pun curi-curi lepak jap kat sini, boleh kan?
datuk,mana mangga dari perlis..ke dah selamat dalam perjalanan huhuhuhu
ReplyDeletewah..bestnye jalan2 ke utara no..
ReplyDeletepakcik asai perlis ka?
wah...dah ada blogger singgah kat umah pakcik ye..nnt kot saya singgah kat sana..
saya selalu isi NGV kat senawang tu klu ke KL. :)
yihaaa!! dah balik dah dia:D neway, alhamdulillah sebab selamat pulang ;)
ReplyDeleteSama sama abang dato` Hamzah.. jauh perjalanan luas pemandangan..tentu banyak idea untuk entri entri yang akan datang..
ReplyDelete1. Oh! Thanks ya awak tunjukkan gambar kelong tu..saya appreciate sangat!
ReplyDelete2. saya sukalah pisang goreng tu.. mcm sedap jer..kat rumah saya ada pisang goreng crispy with bijan sedap sangat..
3. Awak tak hensem? OH! jarang2 nak dgr org lelaki ngaku tak hensem.. anak saya yg umur 4thn tu pun hari2 ngaku diri dia hensem hehe perasan betul Imran tu..
salam....emmmm nak buat gena dah tak dak rezeki nak berjumpa..... sini mmg panaih.... kalau petang2 naik moto pi kerja... tebakaq kulit..... nanti balik perlis jangan lupa no talipon kami.... bulih makan ikan bakaq kola....
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah selamat sampai balik di rumah..
ReplyDeleteDi KL ni..kalau beli goreng pisang dua ringgit, anak 4 orang, campur mak ayah..makan lekat celah gigi aje..hahaha..
salam ...
ReplyDeletenaper tak ckp nk balik utara.. ummi pun balik Kedah pagi Isnin juga , kalu tak boleh jumpa di sana...
wah! CP dah ke al lavendary rupanya.. tak aci ler tak ajak pun...
Daun Bidara
ReplyDeleteTak ada n3 semasa di Perlis kerana rumah mertua tak ada internet. nak pergi cc, penuh dengan bebudak !
benar .. kat sini, kalau panas tu masih juga boleh tahan kalau kita pasang kipas !
LiNda
ReplyDeleteItulah saja cerita yang ada.. lepas ni kena cari ceritalah pulak !
Che'Pit
ReplyDeleteawak balik hari tu sesat atau tersalah jalan ?
sharamli
ReplyDeletememang orang kat KL & NS tak pakai nat !
ikan emas
ReplyDeletekalau nak lepak .. kat belakang rumah saya lagi best. tambah2 kalau sebelah petang sambil makan goreng pisang sampai tak sedar ada orang kat belakang.
sahromnasrudin
ReplyDeletemangga dari perlis dan bersemadi didalam perut saya dan anak2. masa ni tak musim harum manis. buah2 yang ada di jual di sana, kat pasar malam sini pun banyak !
Hidet
ReplyDeletePakcik asal orang N9. Makciknya orang Peghelih ! Bila nak datang nanti, beri emel boleh pakcik beri alamat rumah !
~ReD~
ReplyDeletemacam bunyi koboi ! memang dah selamat balik tapi backlog kerja banyak.
relevan
ReplyDeletejauh perjalanan luas pamandangan serta banyak kena bayar tol !
Finaz
ReplyDelete1. kalau datang rumah saya nanti, jangan lupa bawa goreng pisang yang ada bijan tu ye, boleh ngunyah2 kat pondok belakang rumah saya.
2.trick saya tak menjadi. bila saya kata saya tak ada Dato' orang panggil Dato' .. ingatkan bila saya kata tak hensem, orang akan panggil hensem pulak !
Alomaz
ReplyDeletesalam kembali. terima kasih atas jemputan terbuka awak tu. insyaallah satu hari nanti kita akan ketemu juga.
Tirana
ReplyDeleteBetul .. kat sini kalau beli RM2 tu, sorang makan pun tak berapa nak cukup !
Ummi Humaira.
ReplyDeleteSalam kembali. CP singgah semasa balik dari Segamat. Kalau Ummi nak datang, sorang2 pun boleh sampai. Dokek je !
Sebelum balik ke Perlis dulu, memang saya ada warwarkan dalam entri saya disini. Ummi miss lah tu !
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/03/maaf-saya-tanya-encik-ni-dato-ke.html
selamat kembali dato hensem hehehe mana gambar ikan kat kelong tu
ReplyDeletetrick hensem?! ahahaha that was so funny!
ReplyDeletelenkali awak kena buat mcm crite kat bank tu jugak baru sumaorg termasuk saya TERpikir nak call u hensem hehe...
oklah, saya nak sambung kerja.. "Byeeee Hensem!..." hehe.. :D
mamai
ReplyDeletesusah betul nak ambil gambar ikan kat kelong tu .. dia asyik berenang ke hulu ke hilir !
finaz
ReplyDeletekena explain pulak, baru dapat joke nya !
goreng pisang kek senawang dopan esso tu rm1 7 koping yo bang kan, bukan 7 biji, sebiji tu dibolah 4, haru....apo tak boli banyak2, bagi saya gak sepiring duo, hahahaha..
ReplyDeleteic, baru abis cuti...selamat bekerja semula AL.
ReplyDeleteannie
ReplyDeletekalau bawak balik dari perlis nak sampai senawang tu jauh .. nanti habis lomau atau pun terpaksa di selamatkan dalam perjalanan.
mentibang laut
ReplyDeletememang malas betul nak kerja semula selepas cuti panjang ni ! rasanya nak ambil cuti merehatkan badan selepas cuti rehat.