Wednesday, March 24, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 6 - EIFFEL TOWER !

Kalau dalam entri lepas saya cerita pergi Perlis, kali ini saya nak cerita pergi Paris pulak. Mula-mula lihatlah dahulu 3 keping gambar saya dekat Menara Eiffel !


Gambar 1. Eiffel Tower, Paris dari kejauhan.



Gambar 2: Lepak-lepak di kaki Eiffel Tower.



Gambar 3: Berehat setelah berjaya menaiki tangga sampai ke tingkat 1 !

Pada gambar 2 ada sesuatu yang ingin saya ceritakan. Nampak tak di sebelah kanan sekali ada macam kereta tolak tempat orang jual cenderamata. Ada seorang Mat Salleh Perancis yang jual cenderamata kat situ boleh cakap Melayu. Tak lah fasih sangat. Tapi lebih baik daripada Ling Kit Siong. Kita pun berkerumun beli cenderamata dari gerai dia. Saya hairan bagaimana dia boleh bercakap Melayu sedangkan dia kata tak pernah datang apa lagi duduk kat Malaysia. Antara perkataannya yang masih saya ingat, bila kita minta turunkan harga adalah lebih kurang begini ...

"tidak boleh .. sudah murah .. saya jual harga ini dengan awak sahaja .. jangan cakap sama orang lain"

Katanya dia hanya belajar Bahasa Melayu dari pelancong-pelancong yang datang dari Malaysia.

Dari cerita saya di atas, ada beberapa pengajaran yang boleh kita difikirkan.

1. Kenapa ada warga Malaysia yang lahir dan membesar di sini masih tak fasih cakap Melayu?

2. Orang Melayu ramai sudah kaya raya dan mampu melawat Eiffel Tower sehinggakan penjual cenderamata di situ pun sudah boleh cakap Melayu?

3. Siapa kata Bahasa Melayu kita lekeh?

4. Siapa kata Bahasa Melayu kita tidak ada nilai komersial?

61 comments:

  1. Copy & paste:

    2. Orang Melayu ramai sudah kaya raya dan mampu melawat Eiffel Tower sehinggakan penjual cenderamata di situ pun sudah boleh cakap Melayu?

    Komen saya:
    ...termasuk Abg HAMZAH sendiri, kan?

    ReplyDelete
  2. azieazah

    saya pergi atas biaya kerajaan dalam rangka menjalankan tugas. lawatan ke menara tersebut dibuat semasa senggang.

    kalau atas biaya sendiri, tak tahulah boleh sampai ke tidak !

    ReplyDelete
  3. Paris
    Perlis

    hmm dekat dah tu, ngeh ngeh ngeh

    Oit, siapa yg kata semua tu?
    baik ngaku..

    CP tak kata mcm tu pakcik, dia tu lah...

    ReplyDelete
  4. che'pit

    siapakah gerangannya si dia itu yang berkata-kata macam tu ?

    ReplyDelete
  5. AL,
    Pencapaian suku sakat melayu dari rumpun melayu sekali pun belum ada yg dinobatkan di dalam apa apa kecemerlangan/pencapaian terhadap masyarakat di peringkat dunia.
    Mungkin Tun M, itu pun bukan famous, tetapi infamous.
    Dari 1ebih 280 juta, non-achievement ini tentu tersirat sesuatu.
    Bermegah berpada pada, buat baik elok sekali.

    Sena Creek.

    ReplyDelete
  6. wah!!! Bahasa Melayu boleh di terima semua sebenarnya.. cuma ada sesetengah org melayu segan nak cakap bahasa melayu dengan orang bangsa lains eperti cina dan India :)

    ReplyDelete
  7. baru sampai perlis, makan laksa perlis, seafood perlis, paris belum

    ReplyDelete
  8. wah..bestnye makan2 angin..
    bila la nak boleh sampai paris tu ye..

    (satu hari nanti aku pasti akan ke sana bersama keluargaku)
    :)

    ReplyDelete
  9. tapi bila ada yang perjuangakan bahasa melayu katany bahasa melayu takleh buat kapal selam dan kapal terbang

    ReplyDelete
  10. huhuhhu..masih mencari mangga perlis..rupanya dah tercicir di hiway PLUS huhuhu..dato', popia kat stadium paroi tue pernah rasa tak??sedap kan..paroi dan paris..lebih kurang gak kan...

    ReplyDelete
  11. saya nak tambah satu lagi,
    4. Ramai orang melayu suka beli cenderamata di kedai tersebut mungkin kerana terpengaruh dgn kata² penjual tersebut.hihi

    ReplyDelete
  12. Abg Sena Creek.

    Ruangan komen ini agak terhad untuk berbincang tentang isu ini. Mungkin saya akan buat satu entri khas tentangnya. Dalam pada itu, dua perkara saya ingin tarik perhatian abang.

    1. Siapa kata jam Rolex terbaik ? Tentulah pengeluarnya .. tak kan orang lain pulak kan !

    2. Jemput baca entri saya bertajuk "Bahasa Melayu di puncak Titlis" di sini:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2009/10/bahasa-melayu-di-puncak-titlis.html

    ReplyDelete
  13. Daun Bidara

    Insyaallah satu hari nanti sampai lah tu .. awak masih muda lagi. Buat azam macam Hidet kat bawah.

    ReplyDelete
  14. sl tEDI

    Itulah masalahnya .. saya tabik orang Kelantan dan Terengganu. Kerananya Orang Cina dan India di sana fasih cakap Melayu.

    ReplyDelete
  15. mamai

    saya sebenarnya tak berapa faham apa yang awak ingin sampaikan. saya takut nak komen, nanti timbul salah faham.

    ReplyDelete
  16. sahromnasrudin

    awak ni tercari2 mangga perlis ni mengalahkan orang mengidam pulak !tentang popia tu ada pernah rasa, bukan saya yang beli tapi kawan yang datang ke rumah pulak yang bawa. (Ini bukan bermaksud kalau awak datang nanti kena bawa popiah pulak. Jangan salah faham )

    ReplyDelete
  17. Mr PenyuBiru

    Betul lah tu, itu reaksi semula jadi. lebih2 lagi orang melayu umumnya tak pandai cakap perancis.

    ReplyDelete
  18. Wahh.. tahniah ! berjaya jugak hingga ke tangga 1. Bukan semua orang bernasib baik dapat menjejaki tangga itu .

    Lucukan bila dia kata .."jangan cakap sama orang lain" ...

    agak2 dia faham tak apa yang dia cakap ?

    ReplyDelete
  19. LiNda

    Terima kasih kerana setakat ini awak sahaja yang mengucapkan tahniah atas kejayaan saya sampai ke tingkat 1 (bukan tangga 1 lah !) Walau pun tingkat 1, tapi ketinggiannya mungkin macam tingkat 3 atau 4 bangunan pejabat kita. Mengah juga di buatnya, tambah2 kena bawa tayar spare !

    Saya rasa dia faham apa yang dia cakapkan. Kalau awak pergi nanti, carilah dia. Kata saya suruh. Minta2 dia ada lagi berniaga kat situ.

    ReplyDelete
  20. Hidet

    Saya bukan pergi makan angin sepenuhnya, tapi dalam rangka menjalankan tugas. Dalam pada tu, terlanjur dah sampai curi2 pergi kat situ.

    ReplyDelete
  21. mungkin kerana orang melayu yg pergi ke sana membawa balik bahasa orang sana. manakala bahasa melayu ditinggalkan di sana.

    ReplyDelete
  22. belum pernah sampai lagi ke Perlis mahupun Paris, tapi ada memasang impian utk kesana.

    ReplyDelete
  23. Bahasa Melayu dimata dunia..adakala kita rasa tidak sangka..betapa bermertabatnya Bahasa Melayu..

    Abang Hamzah pihak pengurusan relevansokmo telah meng Tag anda..

    ReplyDelete
  24. Saya cintakan bahasa Melayu,
    Kalau boleh nak namakan anak dgn nama2 klasik contohnya Melor & Cempaka, tapi apa nak buek, x dpt persetujuan Enche Suami.

    Sudahnya namakan yg maksudnya juga 'Melor'.

    Boleh lah kan.

    Dari Paris ke P**ket!

    ReplyDelete
  25. Nasiblah saya belum pergi ke sana lagi. Kalau tak tentu mamat salleh tu boleh cakap jawa wakakaka

    ReplyDelete
  26. ONE ZABA

    saya tak sda pun bawa balik bahasa orang sana. sepatah haram pun saya tak tahu kecuali RSVP !

    ReplyDelete
  27. julietchun

    impian awak akan segera terlaksana kerana menurut firasat saya orang yang cun memang murah rezekinya !

    ReplyDelete
  28. maiyah

    memang seronok bila segalanya di taja dan boleh claim !

    ReplyDelete
  29. relevan

    awak patut baca entri saya di bawah ini untuk merasa lebih bangga:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2009/10/bahasa-melayu-di-puncak-titlis.html

    p/s insyaallah saya akan cuba sempurnakan menjawab tag awak tu !

    ReplyDelete
  30. naizaf

    ikutlah kata suami awak tu .. mengalah bukan bererti kalah dan menang tak semestinya untung !

    p/s: dari Perlis ke Paris ke P..ket ke Lavender Heights.

    ReplyDelete
  31. YB

    Kalau awak nak pergi nanti, beritahu saya ya. saya nak tumpang kapalterbang awak, boleh ?

    ReplyDelete
  32. Paris tempat yg tak mungkin sampai.....kecuali......

    ReplyDelete
  33. Refering to Sena Creek's comment:

    1. rasanya n3 ni bukan isu nak bermegah2 tapi lebih kpd slh satu cara menyedarkan org M'sia khasnya bahawa BM itu adlh suatu bahasa yg tak wajar dipinggirkan..

    2. sejarah sikit - BM sbg lingua franca, bhs perdagangan yg digunakn secara rasmi oleh manusia pd zmn itu. Maksudnya kalau org dr China / Portugal / India dll dtg ke Acheh pun dia bertutur BM..

    3. Satu persepsi yg perlu dikikis. Iaitu org selalu melihat BM kepunyaan org Melayu. Sebab itu anda kata "Pencapaian suku sakat melayu dari rumpun melayu sekali pun belum ada yg dinobatkan di dalam apa apa kecemerlangan / pencapaian terhadap masyarakat di peringkat dunia" - Anda salah. Siapa kata tiada?

    Tak perlu ambil Tun M (dia pun bukan Melayu sangat) kita ambil contoh Anwar Ibrahim since u kata 'belum ada Melayu yg dinobatkan dlm apa2 kcemerlangn".. Anwar pernah dinobatkan Presidential Medal (Ggtwn Uni-USA) 1996 dan pada 1998 dia dilantik sbg Chairman of Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund dan byk lg nobat yg diterima dr pelbagai Universiti Antarabangsa dan juga dr Euromoney & AsiaMoney.. DAN itu baru seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim belum yg lain2 lagi, yg x popular sangat hehe..

    4. Tlg jgn salah faham - jika anda fikir org yg pertahankan BM hanyalah org Melayu sahaja. Saya bukan seorg Melayu tulen. Tapi saya masih merasakan setiap bhs ada keunikannya. Bukankah bagus jika kita semua boleh menguasai pelbagai bahasa? Sungguh memalukan apabila org luar spt peniaga Perancis blh bertutur BM berbanding sebilangan rakyat M'sia sendiri.. bak kata nenek saya
    "il est ainsi embarrassant de ne pas savoir la Langue Malay" Oh! nenek saya cakap French hehehe...

    oklah kalau tersilap kata saya minta maaf. Ini sekadar suatu pandanagan shj..peace...

    ReplyDelete
  34. tak sempat sampai sane lagi...

    ReplyDelete
  35. Negara idaman saya jika diberi peluang untuk melancong... PARIS...

    Pak Ngah, orang Melayu lebih bangga dengan bahasa asing berbanding bahasa ibunda mereka sendri.. pemikiran yg dijajah secara tak langsung

    ReplyDelete
  36. HAMSINI

    jangan kata begitu .. untuk ke sana bukanlah suatu yang mustahil ! kalau air asia terbang ke sana, mungkin semua orang boleh pergi.

    ReplyDelete
  37. Finaz

    tqvm atas ulasan yang bernas, rasanya tak perlu nak ulas, sebab segalanya telah jelas, tak tawar dan tidak juga pedas, syabas dik finaz .. walaupun awak bukan melayu tulin.

    dgn itu tak perlulah lagi saya buat n3 khas ttg isu ini. cuma saya nak beritahu bahawa w/pun mungkin kita belum mencapai taraf dunia dalam bidang ketenteraan, ekonomi, sukan, hiburan, IT, S&T dsb, tapi saya amat berbangga dgn Kesusasteraan dan Bahasa Melayu. Keindahannya tiada tolok bandingnya... kita ada peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, gurindam, seloka, pepatah, syair, pantun (dua kerat, empat kerat dan enam kerat) dan banyak lagi. Saya mengagumi orang Jepun dan Korea w/pun lebih maju dari kita dari segi ekonomi tetapi masih tetap menjunjung tinggi bahasa dan budaya mereka.

    p/s kejap lagi nak bertolak !

    ReplyDelete
  38. Lanun Ranggi

    Nanti kalau ada rezeki, sampai lah tu !

    ReplyDelete
  39. NIDA

    Memang tempatnya cantik untuk di lawati .. tapi kepada saya ia bukanlah tempat untuk di diami. Cantik mana pun tempat tu, biarlah saya disini sahaja.

    ReplyDelete
  40. aik...sampai tingkat satu ja....awat tak sampai puncak....kadang2 saya hairan melayu sendiri malu dengan bahasa ibunda....kenapa ya...

    ReplyDelete
  41. bahasa melayu kini dipelajari hampir di seluruh dunia, cuma kita jerk yang tak tau nak merasa bangga....

    ReplyDelete
  42. paris.. best tu. dulu tak sempat nak pegi, kewangan yg terhad.

    ReplyDelete
  43. Memang benar kata PAKNGAH,,..
    bahasa kita ..warga Malaysia patut berbangga..
    p/s- sapa yg dok tebiang pi keneng BI tu..?

    ReplyDelete
  44. dato' boleh tolong tak? bole tolong buat entri mengenai "tempat makan yg best kat area seremban / senawang"???

    ReplyDelete
  45. terima kasih saya utk tuan...saya dah berjaya kluarkan komen tuan dalam blog saya....

    ReplyDelete
  46. kat istanbul pun ramai peniaga kat bazaar bazar yg selalu dikunjungi pelancong boleh cakap melayu..depa pun belajar dari pelancong malaysia..

    ReplyDelete
  47. to Finaz & Al,
    Kalau tidak orang melayu yg memuji diri sendiri , siapa lagi?
    U Thant pun pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB, tapi itu tak bermakna bangsa di Burma itu hebat. Begitu juga dengan SUA yg seblum sekarang. Dia dari negara mana? lupa dah.

    DSAI pun bukan melayu sangat ( pinjam Finaz punya ungkapan untuk Tun Mahathir. Selain dilantek sebagai itu dan ini, apa jasa dia pada masyarakat dunia sebelum pelantikan itu? Itu maksud saya.

    Apabila AL mengatakan bahasa kita itu hebat tiada bandingannya tu banding dengan bahasa apa ? Apakah AL tahu bahasa lain selain bahasa melayu dan inggeris ? Kala bahasa melayu itu lebih hebat dibandingkan dgn bahasa inggeris.. kenapa dunia tidak gunakan saja BM sebagai lingua franca sekarang ini?
    Kalau dulu tu melayu hebat, negara mana yg melayu dah tawan selain nusantara yg ada ?

    Finaz, takkan org luar portugis mai kat melaka nak cakap bahasa portugis? Nak cakap dengan siapa ? Lain la kalau orang Perancis, mungkin dia akan cakap Perancis di bawah pokok melaka dengan pelanduk yg melintas. ( saya taw sikit jer bab sejarah melayu ni, mohon maaf, maalum la masih muda lagik..ehehe. ).

    Sena Creek - gemar bertekak.
    ABCRL.

    ReplyDelete
  48. Kita saja yang rasa bahasa melayu tu lekeh. Tapi dari bahasa orang mengenal bangsanya

    ReplyDelete
  49. alimaz

    saya kesian kat member yang lain2 tu .. depa dah tak larat nak panjat !

    kepada mereka yang malu dengan bahasa ibundanya .. biarkan luncai terjun dengan labu-labunya !

    ReplyDelete
  50. Ain

    Betul .. bahasa Melayu kian berkembang melalui pekerja asing di malaysia samaada yang halal atau haram yang datang dari semua pelusuk dunia. mereka ini akan membawa balik bm nanti ke negara mereka.

    ReplyDelete
  51. mentibang laut

    esok masih ada .. doa minta panjang umur dan murah rezeki. tapi jangan lupa pergi haji dulu (kalau belum buat haji lagi)

    ReplyDelete
  52. LanaBulu

    Memang benar kata awak tu ..janganlah kita jadi satu bangsa tu, cukup megah dengan kemahiran mereka berbahasa Inggeris tapi negaranya merupakan salah sebuah negara yang termiskin di dunia.

    tapi yang p/s tu saya tak faham, boleh terjemah ?

    ReplyDelete
  53. sahromnasrudin

    tempat makan yang paling best kat area seremban/senawang, bagi saya adalah dekat jalan 22 lavender heights.

    ReplyDelete
  54. hasmadi

    selamat berkarya dan teruskan berkarya ..!

    ReplyDelete
  55. chik na

    betul ke ? hebat bahasa kita .. saya belum pernah sampai lagi. teringin juga nak pergi.

    ReplyDelete
  56. ASC

    Saya ini umpama bercerita tentang keenakan buah durian kepada orang yang tak gemar atau tak pernah makan durian ! sampai bila pun tak ada penamat .. sebab dia kata buah epal lagi sedap ! itulah masalahnya.

    ReplyDelete
  57. Abu muaz

    hari ini saya lebih tua sehari dari semalam dan semakin hampir ke garisan penamat !

    ReplyDelete
  58. Pok Li

    betul tu pokli.. kalaulah orang Inggeris tidak lagi bercakap dalam bahasa Inggeris adakah boleh kita panggil mereka orang Inggeris lagi ?

    ReplyDelete
  59. terkenang semasa dulu juga.

    Seronok pernah sampai sini juga, tapi tak dapat nak naik Eiffel Tower tu, sbb masa tu anak saya yg no 2 belum pun setahun, malas nak angkut dia ke atas sekali + sangat penat berjalan naik turun train bawa dua orang anak kecik dgn suami...huhu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.