Semalam saya pergi bank buat pelaburan tambahan ASB. Bukan banyak sangat pun. Saya tergamam bila petugas kaunter tanya..
Petugas: "maaf saya tanya .. encik ni Dato' ke ?"
Saya: "tidak .. atuk ada lah .. kenapa ? "
Petugas: "kalau ada Dato' .. saya kena panggil lah"
Ada lagi dialog selepas itu tapi tak payahlah saya masukkan kat sini.
Dari pertanyaan petugas kaunter tu saya membuat kesimpulan bahawa agaknya saya ni memang ada potongan seorang Dato' ! Uwekkk ...!
Di antara ciri-ciri Dato' yang saya ada, ialah (1) pipi tak mancung, perut tersorong-sorong (2) rambut lebih banyak putih dari hitam (3) pada kebiasaanya orangnya yang dah berumur. (Kalau orang tak ada umur, tak layak dapat Dato') Ketiga-tiga ciri itu telah di ketahui oleh Yunus Badawi tapi telah di sembunyikannya dari pengetahuan umum.
Di antara ciri-ciri Dato' yang saya ada, ialah (1) pipi tak mancung, perut tersorong-sorong (2) rambut lebih banyak putih dari hitam (3) pada kebiasaanya orangnya yang dah berumur. (
Lalu saya terfikir, apa perlunya saya ada gelaran Dato' kalau orang dah ingat saya ini ada Dato' walaupun tak ada Dato'. Bahkan ia lebih baik lagi dari orang yang dah ada Dato' tapi orang ingat dia tak ada Dato'. Kan ?
Kemudian saya teringat akan sebuah entri saya ini sedikit masa dulu bertajuk Datuk Oh Dato'. Manalah tahu kok ada yang teringin nak baca, sila klik di sini !
Selain dari itu, sajak kabur yang saya "copy paste" di bawah ini yang juga pernah tersiar di blog ini mungkin berkaitan.
Thursday, October 8, 2009
R.U.M.A.H K.U. M.A.K.I.N. S.E.S.A.K ...!
(sajak kabur ini memang ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang telah mati)dulu kau beri benda tu satu-satu
kini kau beri ribu-ribu
dulu ku junjung atas kepala
ku simpan atas para
sekarang ku letak merata-rata.
rumah ku makin sesak
benda tu sudah menyemak
nak berjalan pun asyik tersepak
bikin susah aku bergerak.
kalau nak beri, silakan beri
tapi biarlah berpada-pada
aku bimbang kau kecil hati
orang tak pandang sebelah mata.
______________________________________________
Perhatian: Saja nak beritahu, walaupun orang tak tanya. Minggu depan cuti sekolah. Saya merancang untuk bercuti bersama keluarga mertua di Perlis. Kalau Shaniza atau Alimaz terserempak dengan saya kat nat mana2, tegur-tegurlah noo ! Maka sehubungan dengan itu, tak dapatlah saya nak buat entri baru selepas ini sehinggalah saya balik dari bercuti nanti. Tolonglah doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.
Tengok gambar profile tu macam ada gaya Dato'..hehehe
ReplyDeleteSelamat bercuti..semoga selamat dalam perjalanan.
p/s terimakasih kerana menjadi follower blog saya juga.
dato' sy nak kirim mangga perlis tau..baik punya dari perlis..klu dari thailand pun ok gak tapi jgn la Dato' bagi sy kunci mangga..dah melambak kat uma sy smpi tak larat nak bukaknya heheheheh.......
ReplyDeleteTahniah...setidak-tidaknya org sangka u dato'...kalau "latuk" lain la jadinya..
ReplyDeleteMungkin "The First Impression" dan ketrampilan serta tingkahlaku yg menonjolkan ciri2 dato' (dan mungkin pelaburan yg luarbiasa jumlahnya) membuat petugas tuh bersikap sopan untuk address pelanggan VIPnya supaya bole mengaut lebih banyak pelaburan dimasukkan ke banknya..
Pelanggan yg dilayan spt VIP sudah tentu terpikat (terikat) untuk kembali ke pangkuan mereka..Thats the trade (trick) of business..
Mungkin juga kita suka (naturally) Judge a Book By Its Cover..
Apapun, jika saya jadi boss petugas tuh, saya harus puji dia kerana pandai berurusan (tackle) dgn pelanggan..
Selamat bercuti..
Semoga selamat pergi dan balik Dato'...(mmg ada ketokohan pun)...
ReplyDeletehehe..ok la tu..ada gaya dato'
ReplyDeleteha..
ReplyDeletelepas ni IE nak pgl 'dato' lak pulak..
...petugas tu sebenarnya nak pancing je..duit byk,duk kat atas bukit, gelaran ada ..blh buat pelaburan ni ..mana tau boleh jd mangsa...kan skrg tgh hot filem 'Pisau Cukur'.....
,...harap2 Dato Hamzah selamat dr si penjaga kuanter tu!!!
selamat bercoti....
ReplyDeleteada gaya sebagai dato tu....semoga di anugerahkan
ReplyDeletedalam ASB tu ada byk sgt kot RM RM nye? :)
ReplyDeleteTeka-teki hari ini:
ReplyDeleteApakah persamaan Datuk K & Datuk H?
(*H for Hamzah)
Jawapan: MISAI dorang sama (hahahaha funnnyyyy nyaaa.... aisey sorry awakk.... saya gurau jer. Jgn amik hati ok)
Oklah, Selamat Bercuti, selamat pergi & pulang, selamat berhappy2 & selamat menjamu mentarang Perlis!
Tirana
ReplyDeleteDato' betul tak bergaya macam saya .. biar pape bior bergaye !
t. kasih kerana sudi singgah dan beri komen kali pertama dan orang pertama pulak tu bagi komen!
sahrommasrudin
ReplyDeleteawak nak kirim ke nak pesan .. !
Sha
ReplyDeleteLama sungguh awak tak menjengah blog ini. t.kasih kerana masih sudi berkunjung dan memberi komen. Saya suka ayat awak yang ini sebab petugas itu perempuan ..
"Pelanggan yg dilayan spt VIP sudah tentu terpikat (terikat) untuk kembali ke pangkuan mereka.."
Untuk makluman awak, hari tu saya tak duduk pun dipangkuan dia ! hehe
Nadiah
ReplyDeleteAwak belum jumpa saya lagi macam mana awak kata saya ada gaya Dato'
DUN Behrang 2020
ReplyDeleteT.kasih kerana sudi berkunjung dan kata2 pujian tu. Betullah saya kata, tak ada dato' pun orang dah panggil dato'.
ikan emas
ReplyDeleteawak nak panggil apa pun panggil lah. sudah tidak memeranjatkan saya lagi. saya tak kata pun petugas kaunter tu perempuan !
One Zaba
ReplyDeleteT.kasih di atas ucapan awak tu !
mamai
ReplyDeleteminta2 tu tak usahlah .. tak terbawak dek badan !
Hidet
ReplyDeleteDalam ASB saya tu tak lah sebanyak mana.. tapi banyaklah dari yang sikit !
Finaz
ReplyDelete1. Kalau saya buang misai, masih juga ada persamaannya .. dua-dua minat kat Siti Norhaliza ! ekekeke
2. terima kasih atas ucapan awak .. kali ini saya akan cuba menikmati mentarang goreng berlada macam dalam gambar awak tu !
hehe. panggil Dato' ASB boleh??hahah
ReplyDelete~ReD~
ReplyDeleteDato' ASB ? Setuju ... Dato' Aku Seorang Boroi !
AL,
ReplyDeleteKalau tunggu, sah dapat Dato'. ( Pendapat me naa ). Salam kepada bani Seman/Othman/Salleh kalau ketemu.
Sena Creek
err so pasni nak panggil dato' pakcik atau pakcik dato'?
ReplyDeletekompius lak
atau boleh panggil seperti yg dimohon sejak dulu..
next birthday Tuanku Munawir dapat lah tu..
ReplyDeletegaya dato dah terserlah sangat.
ASC
ReplyDeleteInsyaalah .. mai lah balik sama ! meriah sikit.
che'pit
ReplyDeletekalau susah-susah sangat nak panggil, panggil Tuan Haji sahaja sudahlah .. saya tak kecik hati !
Mentibang Laut
ReplyDeleteTuanku Munawir terperanjat di makamnya bila awak sebut nama baginda !
pakcik perlis kt mana?
ReplyDeleted0akan perjalanan selamat pergi dan balik
sharamli
ReplyDeletepakcik jawab pun awak bukan baca komen balas pakcik ni. tapi tak apa pakcik jawab juga. Perlis tu dekat Kg Aloq Sena, jalan nak pi Padang Besaq. terima kasih banyak2 atas doa awak tu !
ramai betul peminat en al, nanti kalau jadi datuk bertambah ramai.
ReplyDeleteDaun Bidara
ReplyDeleteTerus terang saya kata kan, saya sikit pun tak minat kat Dato' .. saya lebih meminati Datin lagi .. larikkk !
hahahaha..silap la..terlontang-lontang den golak.
ReplyDeletemaklum lah..blk kg sethn 2,3 kali je..sbb ari tu ada perasan sign board besar kat gemencheh..yg saya perasan nama tu.
penbetulan..tuanku mukhriz kan..jgn kena saman dah le..
huhuhu.. nak tergelak baca entri nie, memang uncle nia ada tanjak nak jadi Dato', tapi kan uncle, pada pandangan saya bukan nampak macam Dato' dah tapi Y.B !!!
ReplyDeletememang ade gaya seorang "Dato" pun...
ReplyDeleteanyway selamat bercuti dan semoga selamat pergi dan selamat pulang
sah tuan memang ada gaya dan bergaya .. petugas tuuu yang memang sentiasa berurusan dengan orangramai cukup kenal dengan tabiat dan gaya seorang dato'.
ReplyDeleteSelamat pagi Dato'.
selamat bercuti..semoga selamt perjalanan pergi dan balik..dan dapat menulis semula disini..
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT
ReplyDeletemula-mula saya ingat awak nak buat joke .. sebab Tuanku Munawir tu sebelum Tuanku Jaafar lagi ! kesilapan macam ini boleh kena 'court marshall' tak ?
Masterzizoul
ReplyDeleteYB tu saya setuju .. Yang Berharap kan ?
Chik Na
ReplyDeleteGaya kat poket tak ada ! Terima kasih atas ucap selamat tu.
abu muaz
ReplyDeleteSelamat petang. Marah Dato'-Dato' nanti sebab awak kata tabiat mereka macam tabiat saya !
Erna
ReplyDeleteTerima kasih atas ucapan selamat awak itu. Apa kata saya buat entri yang boleh disiarkan secara terjadual ?
kehadapan dato' ayah..
ReplyDeleteblk perlis nnt jgn lupa bli pekasam naaa...
hehehe
kakngah
ReplyDeleteini kirim ke pesan ni ?
off topic..sori
ReplyDeletesince awak nak balik Perlis so awak jadi ke tak gi mancing kat Kelong Lukut tu? Kalo jadi boleh mintak tlg sikit tak.. boleh tak tolong amik gambar dlm kelong tu. Sbb kat gugel image suma gmbr luar kelong jer. Satu lg toilet dia bersih tak? hehe..
Kalo suma ok, maybe saya nak ajak Tyco saya gi situ suatu hari nanti.
Oh! thanx in advance ya!
Biaq pi laa kalau depa nak panggil dato..tapi biarlah depa panggil sampai habis..
ReplyDeleteDato' Pak Ngah..!!!hee amacam?
Memang ada gaya Dato'.
ReplyDeleteSaya yakin masih ramai yg teramat appreciate kurniaan tersebut, walaupun dah jadi ubiquitous. Contoh pertama, isteri Dato'/Datuk2!
Finaz
ReplyDeleteInsyaallah jadi. saya akan cuba ambil gambar dari sudut yang terbaik menggunakan henfon saya jenis blackcurry tu !
court marshall..jgn, gelap masa depan nanti.mmg my mistake..hehe. TYT Sabah saya kenal la.
ReplyDeleteLanaBulu
ReplyDeleteDatuk Pak Ngah dah lama meninggal ! kalau dia orang nak panggil saya Dato' lagi, panggil lah .. malas nak nafi !
naizaf
ReplyDeletebarangkali betul cakap awak tu .. sebab ia datang dari seorang isteri yang mengikut ramalan saya bakal bergelar Datin suatu hari nanti !
ubiquitous tu boleh rebus ke ?
MENTIBANG LAUT
ReplyDeletetakkan lah kesilapan semacam ini boleh di ambil apa2 tindakan. lain lah kalau curi injin kapal selam ke !
Salam Dato' Hamzah (selalu panggil abg ni kena panggil Dato')
ReplyDeleteMmg abg ada ciri2 seorg Dato'. Tunggu masa aje tu nak dapat bintang tu. Lepas tu makngah mesti cuak takut abg buka cawangan lain sbb itu satu lagi ciri2 Dato' wakaka
Yunus Badawi
ReplyDeleteMacam2 dah orang panggil saya. Sekarang ni ramai pulak yang dah panggil Dato'. Menyesal saya cerita !
hati saya dah tak ada. sudah kena curi .. jadi tak dapatlah saya nak penuhi ciri yang satu itu !
Dato' HAH,
ReplyDeleteWah sempat reply ye. Selamat cuti2 Malaysia! Salam to Datin pencuri hati, kepingin nak rasa air tangan Datin ;-)
Salam...
ReplyDeleteWah..mesti cam betul2 ni, iras2 dato' dengan potongan badan spt tertera...boleh la tegur kalau ternampak.
Cuti ni saya tak kemana sbb anak ada kelas tambahan. Kalau nak lawat sek saya....yg tengah popular dgn pelajar terjun bangunan tu...kesian pelajar tu..tp dh semakin pulih.
saya dah jangka..
ReplyDeleteini blog dato hamzah..
dato...
apa kabar??
Salam Dato' Hamzah,
ReplyDeleteSekamat bercuti ya hehehe
naizaf
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan selamat tu. nanti bila balik kerja nanti saya bawa air tangan datin satu plastik ! silalah collect kat tempat saya ..
shaniza
ReplyDeletetak tahulah dapat melawat ke tidak, sebab banyak sanak sdr isteri saya nak lawat. maklumlah balik hanya sekali sekala. masa balik ke Senawang nanti nak singgah kat Manjong pulak .. kalau ada rezeki nanti terserempak lah kat mana2 tu.
alwin
ReplyDeletet.kasih cu .. awak perasan tak saya eja nama awak tu tak guna huruf V. Win tu manknanya menang !
aidah
ReplyDeletesalam kembali cu .. terima kasih atas ucapan cu itu !
selamat bercuti ...
ReplyDeletewahhh dato'... ke mmg tol2 dato'...hehe.. btw mne taw nnt dpt tol2 ke gelaran tuh... :P
ReplyDeletesemoga selamat perjalanan pergi dan balik Dato'...sya pun nak balik juga ke kuantan jumpa ayahnda sebelah enpakwe ;p
ReplyDeleteSelamat bercuti...
ReplyDeleteSalam singgah :D :D
ReplyDeleteBaca komen banyak-banyak, tetiba saya blank tatau nak komen ape... huhu~~
apepun, terima kasih sudi singgah ke laman saya :D :D
Memang ada tokoh Dato' pun, masin mulut orang tu...
ReplyDeleteSelamat bercuti dato'
ReplyDeletep/s dulu panggil en lavebdari, pastu panggil pakngah, skrg panggil dato', tp rasanya nk kekal panggil pakngah, mesra skit, boleh kan?
salam datuk,
ReplyDeleteheeeeeeee
selamat bercuti bersama2 family tercinta
take care
ade award untuk abang..nanti ambil kat blog chik na yea..
ReplyDeleteada talent jadi 'dato' erti nya tu..:-) selamat bercuti..sy doakan selamat pergi & selamat pulang..
ReplyDeletehahahaha...entri ni buat saya ketawa berdekah.
ReplyDeletepakngah Hamzam memang ada gaya Dato'...:)