Thursday, October 8, 2009

R.U.M.A.H K.U. M.A.K.I.N. S.E.S.A.K ...!


 Gambar Hiasan - Ihsan Google



(sajak kabur ini memang ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang telah mati)

dulu kau beri benda tu satu-satu
kini kau beri ribu-ribu
dulu ku junjung atas kepala
ku simpan atas para
sekarang ku letak merata-rata.

rumah ku makin sesak
benda tu sudah menyemak
nak berjalan pun asyik tersepak
bikin susah aku mahu bergerak.

kalau nak beri, silakan beri
tapi biarlah berpada-pada
aku bimbang kau kecil hati
orang tak pandang sebelah mata.
.
.

36 comments:

  1. apakah benda itu kitab suci al Quran? Surah Yaasin atau yang seumpama dengannya?

    Songkok, tudung malah sejadah juga bersepah-sepah. Tiada lagi yang begitu peduli! Dikais-kais dihujung kaki, bagaikan kain buruk yang tak berguna lg?

    ReplyDelete
  2. kakcik
    ia merujuk kpd apa saja benda yg pada asalnya berharga tapi kalau diberikan secara berleluasa, akhirnya orang tak menghargainya dan mungkin menyusahkan pula. surah Yaasin mungkin salah satu darinya. tapi saya merujuk kepada ... nantilah bila dah tak ada lagi orang nak komen nanti, sebelum saya buat en3 baru, saya akan beri apa benda yang saya maksudkan.

    ReplyDelete
  3. Encik Al-Lavendari,

    I understand your sentiments. I too, feels that some notions are not properly 'championed' by a certain quarter.

    Ideologi dah berubah. Mungkin disebabkan globalisasi?

    Asal jangan di masa hadapan, baru nak terngadah.... By then it's a tad too late...

    ReplyDelete
  4. beri apa ya? kasih sayang yg belebih2?

    ReplyDelete
  5. kalau dah sesak dah tak guna sedekahkan ajer la pada yang memerlukan

    ReplyDelete
  6. adakah menda itu byk sgt kat umah encek??boleh la pos kpd sy kiranya sudi...

    ReplyDelete
  7. salam tuan..

    fuhh... mencabar sungguh sajak kabur ini . Tapi saya suka, sebab ia mencabar dan menjana minda saya untuk berfikir ..

    hermm.. saya akan cuba mencari jawapannya .

    ReplyDelete
  8. hehe..

    saya malas nak teka..biarlah dia rahsia sementara menunggu yang empunya diri mengatakan nye..

    Kalau dah beribu-ribu.. dah bersepah-sepah dan kengkadang sampai tersepak, hantar jerk sini separuh...

    kekekekek

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Al, munkin juga kasih sayang yang terlalu sangat yang membawa kepada rasa cemburu...

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Macam tulah..
    Dari pada tidak ada
    Jadi ada..
    Dari pada sikit
    Jadi byk
    Dari pada lapang ruangnya
    Jadi sempit

    ***Saban hari ke saban tahun..rmh ni makin byk lak kertas2nya..majalah2nya..tupperware2nya..
    main2annya...etc...jawabnya..memang makin sesak!

    ReplyDelete
  11. naizaf
    tq 4 ur comment. n i hope u understand me correctly!

    ReplyDelete
  12. mamai
    kalaulah boleh saya cakap macam tu kepada yg memberi.

    ReplyDelete
  13. alvin
    rumah tu cuma metafora sahaja.

    ReplyDelete
  14. linda
    jgn sampai x tidur lak nak cari jawapannya.

    ReplyDelete
  15. asma
    salam. semua tekaan tepat sekiranya ianya melibatkan sesuatu yg dulunya berharga tapi dek terlampau banyak, orang dah tak heran lagi.

    ReplyDelete
  16. Pn Kartini
    puan bermetafora juga ke ?

    ReplyDelete
  17. kalo dah buat semak kepala hotak, mmg patut rejek jer :)

    ReplyDelete
  18. salam..
    KomenSen..
    mcm...surah yasin jer
    he3...

    yelah...skarag..
    bukan org yg baca...
    tpi,anai2 yg baca..

    sian...ye

    ReplyDelete
  19. sharamli
    perabot rumah saya, semua saya beli sendiri ... tak ada orang beri !

    ReplyDelete
  20. maiyah
    nanti ada orang murka ... opps!

    ReplyDelete
  21. damaiinx
    surah yaasin mana boleh sepak2 !

    ReplyDelete
  22. Nak kena cari jawapan ni..
    Tahniah tuan..
    Sajak yg bersahaja tapi sangat tersirat..

    ReplyDelete
  23. lanabulu
    boleh terpakai kepada sesiapa sahaja. semua tafsiran adalah betul mengikut situasi sendiri.

    ReplyDelete
  24. salam, wah wah..
    aku rs mcm mengerti mksdnye :)
    syabas!
    :)

    new link :)

    ReplyDelete
  25. kalau duit yg bersepah2 tu hulur2 lah kat anaklaut ni..

    :)
    tq singgah anaklaut

    ReplyDelete
  26. ftyyhahh
    baguslah ... ada kisah peribadi kot?

    ReplyDelete
  27. AL
    kalau duit lah ... tak sempat nak tulis sajak, dah selesai.

    ReplyDelete
  28. salam tuan..

    tq bertanyakan khabar saya . Now saya masih dlm ward.

    Begitu besar makna utk dihuraikan
    bagaikan manik tersusun satu
    terhimpun beribu dari sejuta
    benda yang satu menjadi beribu
    terlalu agung tinggi dijunjung

    terlalu kabur, menyesak dada
    memikirkan apakah benda yang ada
    hanya tuan yang tahu apakah ia
    sila jelaskan agar saya tidak tertanya ..

    ReplyDelete
  29. linda
    mungkin saya sadis sikit. seronok tengok orang tertanya-tanya. sebenarnya saya dah beri "hint" yg jelas dalam jawapan saya kepada komen maiyah di atas.

    semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  30. ada suku bahagian dalam otak saya ini ynag masih kosong untuk berfikir apakah yg Al_L mahu sampaikan..
    namun masih tetap blurr dan tak dapat meneka dengan tepat..

    akhirnya saya menyerah kalah..dah tak mmapu berfikir kerana otak ini telah terlalu padat dgn berbagai persoalan..

    ReplyDelete
  31. idalara
    maafkan saya kerana menambahkan lagi persoalan dalam fikiran yang telah sedia padat.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.