Saya pernah bahkan banyak kali kena marah kerana memberi jawapan atau membuat kerja main agak-agak sahaja. Tetapi dalam hidup kita ni kadangkala bahkan mungkin hari-hari kita terpaksa buat kerja main agak-agak sahaja. Contohnya semasa kita bersalam atau menggunakan kereta, semuannya main-main agak-agak sahaja. Ketika kita bersalam dengan orang yang ramai dalam satu-satu majlis di mana terdapat ada orang yang tinggi, pertengahan dan rendah, adakah kita tengok tangan orang yang kita nak salam tu ... atau kita sambut sahaja sambil memandang mukanya dengan senyuman. Kalau kita terus bersalam dengannya tanpa melihat di mana tangannya ... kita bersalam itu sebenarnya main agak-agak sahaja. Kalau kita tengok tangannya sahaja tanpa menengok mukanya, kita akan di anggap agak kurang mengerti adab. Tapi oleh kerana kita sudah biasa bersalam, kita dapat bersalam dengan sempurna. Tangan kita boleh selaras secara otomatik dengan tinggi rendahnya orang yang kita nak salam tu. Tapi harus juga di akui bahawa saya kadang-kadang terbabas juga ... terpaksalah bersalam semula untuk memperbaiki salam yang pertama sambil tersenyum2 malu. Tapi tersbabas pun, belum lah sampai tercucuk atau tertonjol perut orang tu!
Bawa kereta pun begitu juga. Kita tengok ke tayar kereta kita betul-betul tepat dalam lorongnya semasa kita memandu? Kalau kita tengok, itu mencari nahas namanya. Bukankan kita bawa kereta itu, main agak-agak sahaja. Begitu juga semasa memakir kereta. Kita juga main agak-agak sahaja ketika mengundurkan kereta. Kita tak tahu dengan pasti jarak kereta kita dengan kereta di belakang atau sebelah menyebelah. Kita pun sebenarnya main agak-agak sahaja.
Bagaimanapun oleh kerana kita sudah bertahun-tahu memandu kereta, agakan kita biasanya tepat, tapi sekali sekala tersasar juga. Itu sebab banyak kita lihat kereta yang kemek bumper depan atau belakang ataupun kiri kanannya.
Jadi main-main agak-agak ini perlu juga, kerana kalau hendak kepastian 100%, banyak kerja tak menjadi atau kalau menjadi pun lambat. Tapi untuk mendapatkan kesempurnaan dalam agak-agak itu, kita kenalah selalu berlatih atau selalu buat praktikal.
Bawa kereta pun begitu juga. Kita tengok ke tayar kereta kita betul-betul tepat dalam lorongnya semasa kita memandu? Kalau kita tengok, itu mencari nahas namanya. Bukankan kita bawa kereta itu, main agak-agak sahaja. Begitu juga semasa memakir kereta. Kita juga main agak-agak sahaja ketika mengundurkan kereta. Kita tak tahu dengan pasti jarak kereta kita dengan kereta di belakang atau sebelah menyebelah. Kita pun sebenarnya main agak-agak sahaja.
Bagaimanapun oleh kerana kita sudah bertahun-tahu memandu kereta, agakan kita biasanya tepat, tapi sekali sekala tersasar juga. Itu sebab banyak kita lihat kereta yang kemek bumper depan atau belakang ataupun kiri kanannya.
Jadi main-main agak-agak ini perlu juga, kerana kalau hendak kepastian 100%, banyak kerja tak menjadi atau kalau menjadi pun lambat. Tapi untuk mendapatkan kesempurnaan dalam agak-agak itu, kita kenalah selalu berlatih atau selalu buat praktikal.
Jadi kalau kita berjumpa orang terbabas dalam bersalam tu, agak-agaknya dia jarang bersalam lah tu!
salam.
ReplyDeleteorg terbabas dlm bersalam? mksdnye ape? he :)
betul tuh... agak2 nih memang di perlu kan agak2 yea bukan agar2 yang nak makan kan pokcik...
ReplyDeleteFtyyhahh
ReplyDeleteSalam.
maksudnya salam yang genggamannya tak kemas atau sipi2. kadang2 tu tangan kita kat atas tangan dia kat bawah atau sebaliknya ... jadi tak bertemu ... tambah2 kalau orang tu tingginya tak sama dengan kita dan kita nak cepat pula, sbb orang ramai!
sayu=pilu
ReplyDeleteawak ni ada2 je !
Insya-Allah saya akan perbaiki kedua-dua agak-agak ini.
ReplyDeleteSalam AL...
ReplyDeletecuba kalau agak2 dalam bersalam ala2 Arab tu... berpeluk cium.. mcmna jadi agaknya, ya? :)
zool@tod
ReplyDeletet.kasih. lama tak singgah!
Alah bisa tegal biasa..
ReplyDeletenamun kita manusia ..dah lumrah gitulah..kan
kakcik
ReplyDeletesalam ala2 arab lagi susah kalau tak sama tinggi. salam cara kita, lebih praktikal dan fleksibel.
agak-agaknya pagi i nak bfast kat mana yer..
ReplyDeletelapor giler ni
agak-aaknya sape ikan emas nak paw ari ni
salam...pkenalan..tuan umah ,lawatan mesra...
ReplyDeletebersalanm dgn bukan muhrim ke ap ni?
ReplyDeleteSalam manis dari saya .
ReplyDeleteSaya tak agak-agak mengucapkannya . Saya amat pasti . hehee
Betul. Dalam kehidupan ini tidak semuanya perfect or dlm ertikata lain sempurna .
Kita kena tengok-tengok ... jenguk-jenguk .. pandang-pandang .. toleh kiri kanan .. akhir sekali barulah maju kehadapan . Itupun kena berhati2 gak . kot tersandung kaki . sakit okeh .
Agak-agaklah kalau nak bersalam . Ada juga yg ambik kesempatan . Salam tangan digengam kemas, penuh kasih tanpa mahu melepaskan . Bagaimana tuh ? Boleh tuan jelaskan ?
tq so much !
LanaBulu
ReplyDeletesetuju ... alah bisa tegal biasa !
ikan emas
ReplyDeletepergi paw isa. mesti kena punya !
deeja.
ReplyDeletesalam kenal juga .. t.kasih buat kunjungan kali pertama.
sharamli
ReplyDeletekalau tak tanya balik tak boleh ke? geram saya dgn awak ni.
Linda.
ReplyDeletet.kasih atas pandangan.
tengoklah ... kalau orang tu kawan perempuan kita, itu tandanya mesra dan rindu kat kita.
tapi kalau lelaki bukan mahram hatta mahram sekali pun, salam cam gitu tak eloklah. lain kali usah salam dgn dia lagi. kalau dia hulur tangan pun, beri senyuman shj.
boleh tak salah tapi selalunya yang agak-agakl tu membawa bencana
ReplyDeletemamai
ReplyDeletehabis nak buat macamana. saya setuju dgn komen Linda !
terima kasih.
ReplyDeleteSaya berpuas hati dengan jawapan tuan.
salam alV,
ReplyDeletesaya ketika sambut salam, tak ada masalah kot. sambut tangan dia, dan mata mesti tgk dan mesti senyum dan baca ayat yg sepatutnya kan. kalo sama2 perempuan la..
( pernah juga terpaksa sambut salam lelaki, semua kerana urusan kerja kot, pernah dulu dgn org puteh, cina dan ada juga melayu)
saya pelik bila ada yg bersalam dgn saya tapi mata tak pandang, apa lagi senyum kan?
entah.... apa yg difikirkan.
tapi saya juga pernah berasalam hanya ujung2 jari jer? erkkk... kenapa ya erk?
ketika drive, saya jadikan lane putih sebagai kayu ukur, apa lagi waktu malam kerana silau, huhuhu...
saya juga rasa agak2 jerk kalo lalu dilorong2 yg kiri kanan ada kereta. main agak2 tapi lepas. begitu juga lalu lorong sempit di shoping kompleks, main2 agak2 jerk, biasanya lepas. tapi pernah juga bergesel ketika lorong terlalu sempit. saya anggap saya masih tak terer or saya cuai jerk. nyesal gak lepas tuh, huhu
tq singgah blog saya, dan komen yg panjang lebar
yup! salam tangan kena kejap dan mata kena memandang org yg di salam...
ReplyDeletememandu kena berhemah.. aku jadikan line putih di tengah sebagai panduan ketika memandu..
cik blue
ReplyDeletesaya cukup bengang kalau orang salam tak tengok muka.
pasal bawa kereta ... entah berapa kali dah kereta saya tergesel ... di gesel dan menggesel !
sl tEDI
ReplyDeletebagus dan terus amalkan. tapi kalau x ada line putih, cam ner?
susah hati kalau masa raya ada sedara mara lelaki yg bukan muhrim hulur tangan nak bersalam..
ReplyDeleteaku agak2 jugak nak baca entri ni...mmg perlu agak2 ni setiap hari...supaya kita tak teragak2 nak buat silap..
ReplyDeleteKalau memasak pun kena agak-agak.
ReplyDeleteContoh, dalam resepi kata, potong seinci halia... tak kan nak ambik ruler ukur halia tu kan?
Tapi kan, ada kawan saya dulu potong kacang panjang pakai ruler sebab nak pastikan sama panjang..
Agak2nya Puan Al-Lavendari masak apa malam ni?
ReplyDeleteAl-Lavender,
ReplyDeleteEntry ni, cam ada kena mengena dgn pengalaman saya petang tadi... nak makan panadol, main agak2 jer capai sebab tak bukak lampu. Sekali tengok, salah ubat...aduhaiiii... zzzzzzzzzzz
Salam..
ReplyDeleteBila ada yg bersalam tanpa bertentang mata..terasa tiada makna..dan tidak berkesan di hati..
fadzilah
ReplyDeletehabis tu, puan buat macam mana?
"supaya kita tak teragak2 nak buat silap.."
ReplyDeletetak payah nak agak-agak lagi, awak punya komen mesti lain dari orang lain!
aina@azila
ReplyDelete1. nama ni dua kali bagi komen. agak-agaknya orang yg sama kot.
2. x nak kawanlah dgn kawan awak yng potong kacang pakai ruler tu, perfect sangat ... rimas.
3. ubat apa? ubat kutu ke?
Pn Kartini
ReplyDeletesaya pun sama ! rasa kecik hati, menyampah dsb. kadang2 heran pun ada. agak-agaknya penyakit apa orang macam tu?
salam..
ReplyDeleteKomenSen...
Salam,kiter nnak kene belanje...je
he3....
ermm, terbabas dlm bersalam, apa yerk maksudnya :)
ReplyDeletedamaiinx
ReplyDeletesaya tak kisah ... bila awak nak belanja saya.
maiyah.
ReplyDeletesaya dah jawab soalan tu pada komen AbcdeFtyyahh spt di atas.
salahnya bila kita salah mengagak..betol x?
ReplyDeleteAssalamualaikum, Al-
ReplyDeleteagak-agak masa nak undur kereta tu tak ada hal, tapi jangan teragak agak, silap silap kemek bumper kereta di dilangar orang.
Agak-agak masa nak bersalam tu pun boleh juga, tapi jangan plak teragak-agak nak jawab salam.
Salam ceria selalu...
sha
ReplyDeletebila agak2, boleh jadi salah boleh jadi betul.
asma.
ReplyDeletebetulll ... tak jawab salam, berdosa!
naizaf
ReplyDeletesemalam saya makan nasi putih, lauk ikan parang masak lomak cili api dan sayur sawi jer !