Saturday, October 24, 2009

APA GUNANYA ALAT P.E.M.B.E.S.A.R SUARA ?

Saya yakin dan percaya bahawa semua orang tahu akan kegunaan alat pembesar suara (loud speaker). Tapi tahu kegunaan tak semestinya tahu menggunakannya. Pembesar suara di cipta supaya orang yang nak bercakap atau nak berucap tidak perlu bercakap atau berucap dengan kuat atau pun menjerit supaya boleh di dengari oleh audien.

Saya perasan dalam satu perjumpaan besar sebuah pertubuhan yang tersohor pada minggu lalu, ramai yang berucap dengan nada suara yang cukup tinggi yang kadang-kadang seperti menjerit, sampai nampak anak tekak masing-masing ... di depan mikrofon. Kalau dah nak menjerit sangat, apa ke ja..hnya bersusah payah menyediakan peralatan pembesar suara super-canggih dalam dewan tersebut. Menjerit sajalah !

Kalaulah pencipta alat pembesar suara tersebut masih hidup dan melihat cara dia orang berucap, dia pasti rasa heran. Agaknya dalam hati dia akan berkata "buat letih aku je mencipta benda tu !"

16 comments:

  1. Salam..
    Agaknya bila masing2 mau menunjuk kelantangan..kewibawaan..ketokohan..
    hinggakan lupa segalanya..!Tu sebab menjerit bagaikan nak terkeluar anak tekak ....kan..:)

    ReplyDelete
  2. tetiba teringat pulak kat segelintir penyanyi2 tanahair bila dapat microphone...
    Patutlah Strepsils laku di pasaran..hahaha

    ReplyDelete
  3. pembesar suara dengan menjeri 2 perkara yg berbeza..

    bila mejerit dapat kepuasan sendiri.

    tapi kalau dah nak menjerit tak payahlah nak guna pembesar suara.. ekekekekeke

    ReplyDelete
  4. Semangat tu gamaknya..
    Lihatlah ketika azan dikumandangkan..walaupun guna speaker/mic tapi tetap kena bersemangat agar yg lena tu terjaga dan yg lupa tersedar ..
    Marilah mengerjakan solat..
    Marilah menuju kejayaan..

    ReplyDelete
  5. pn kartini
    t.kasih kerana pagi2 lagi dah sudi melawat. saya buat entri ni pun sebelum subuh kerana baru balik dari tugas Rukun Tetangga dan mata pun dah tak mahu tidur.

    finaz
    ubat penguat suara tak de jual ke ? utk tinggi suara saya dah tahu ubatnya.

    tedi
    awak setuju ke tak setuju dgn saya ni ?

    lanabulu
    kalau azan memanglah. ada ke tak ada pembesar suara, muazzinnya tetap kena orang yang kuat dan sedap suaranya ... untuk meninggikan syiar.

    ReplyDelete
  6. peralatan yang tak tahu untuk di guna atau sebenarnya membodohkan diri

    ReplyDelete
  7. betol2..haha. kena baca guideline pembesar sore tu dulu baru guna len kali kot ;o)

    ReplyDelete
  8. nak test p0wer suara barangkali...

    ReplyDelete
  9. Hrmm... mungkin dia kena masuk Akademi Fantasia, belajar teknik vokal dan teknik gunakan mikrofon kat Akademi Fantasia...

    ReplyDelete
  10. salam..



    oleh itu, silalah gunakan pembesar suara itu dengan sebaik-baiknya..



    sila jangan berteriak sesuke hati erkk...hakhak..

    ReplyDelete
  11. owh tuan..

    Tajam sungguh amatan dimata tuan
    bagaikan sembilu tertusuk dijiwa
    tertikam di hati..
    hingga merobek akal di minda.

    Bukankah itu gelanggang yang tersohor ?
    Sangat dipandang mulia
    dari sekecik rakyat jelata hingga seantero dunia .

    Takkan mahu berbisik berbicara..
    Takkan sekadar berbasi sahaja..
    Nanti tiada siapa yang mendengarnya
    Bahkan akan ada yang TERTIDUR pula..

    Tiada salahnya si pencipta pembesar suara ..
    Yang salahnya kita..
    Tidak mahu mempergunakannya .


    p/s : akal dimata..bijak di minda

    ReplyDelete
  12. nampaknya alat pembesar suara juga berfungsi sbg alat pembesar tekak..satu kemajuan dalam diam..

    ReplyDelete
  13. mamai
    semangat berkobar2 untuk membela nasib bangsa, agama dan negara !

    fatrina
    ada guideline ke ? ingatkan pakai komensen je !

    sharamli
    boleh, tapi jgn menyakitkan telinga orang !

    aina@azila
    kat mana nak buat akademi tu ? tentu ribu2 pelajarnya. awak saya lantik jadi pengetua, nak?

    mamamin
    saya cukup suka dengar mamamin ketawa !

    cik amy
    salam kembali. terima kasih cikgu atas peringatan itu !

    alvin
    nak besar tekak, buat apa ?

    ReplyDelete
  14. linda
    pandai puan membuat seloka, saya tak tahu nak kata apa, mata saya tak tajam mana, akal pun taklah seberapa, cuma guna komensen saja.

    ReplyDelete
  15. bagus..

    saya suka jawapan tuan ..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.