Saya baru balik dari stesyen keretapi Rembau. Jemput isteri dari Singapura. Dia pergi Singapura menemankan anak perempuan yang kedua kami yang bertukar kerja ke sana. Saya tinggal di rumah menguruskan dua orang anak lagi yang masih bersekolah rendah. Hari ni kena lah ambil cuti rehat.
Sepatutnya ambil dia kat stesyen keretapi Seremban je, tapi katanya kerana ada kerosakan landasan di antara Rembau dengan Seremban, jadi keretapi berhenti kat Stesyen Rembau. Ikut jadualnya memang tak berhenti pun kat Rembau. Nasib baik juga keretapi tu berhenti kat stesyen Rembau, bolehlah pergi ambil. Buatnya terberhenti kat tengah2 hutan, lagi susah. Beberapa hari lalu, saya ada cerita kepayahan naik komuter, rupanya naik keretapi pun tak banyak beza.
Kesian juga kat penumpang2 lain yang nak pergi ke utara. Bilakah agaknya mereka dapat bertolak semula. Habislah rosak semua jadual mereka.
Saya belum pernah pergi ke stesyen keretapi Rembau. Dari rumah ke Rembau saya kira tentulah ada papan penunjuk arah (sign board) ke stesyen keretapi tersebut, tapi satu pun tak nampak. Agaknya saya yang dah buta kot! Selepas terlajak kira-kira 3 kilometer melepasi pekan Rembau, hati saya berkata ini tentu sudah tak betul. Akhirnya saya berhenti bertanya orang di tepi jalan. Memang sah dah terlepas. Selepas mendapat penerangan dari orang yang ditanya, saya patah balik. Sampai di pekan Rembau masih juga tak ada juga sign board menunjukkan arah ke stesyen keretapi. Berhenti lagi bertanya ... rupanya dah dekat sangat dah. Alahai pihak2 yang tertentu, mahal sangat ke nak buat sign board tu ? Kalau mahal sangat, sembur dengan cat kat papan buruk atau kadbod pun tak pe. Atau agaknya dia orang fikir, semua orang mesti tahu steseyen keretapi Rembau !
Sekarang saya tak tahu samada nak marah ke nak gelak. Nak marah, marah kat sapa ? Dan ada ke apa-apa kesan? Kalau begitu lebih baik saya gelak. Gelak kepada negaraku tanah tumpahnya darahku yang aman sentosa yang tersohor dengan kemajuannya di seluruh dunia dengan kekayaannya yang melimpah ruah sehingga menjadi tarikan untuk segenap bangsa dari seluruh dunia datang beduyun-duyun mencari rezeki di sini!
marah tak rugi..gelak nampak gusi lagi tak rugi...
ReplyDeletemasalah orang kita juga ada singbord di conteng hahahaha dah susah kita yang susah
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKita gelak jeklahh...
Sekurang2nya release jugak tensen dek signboard yg tak nampak di mata tuu..
hehe.. sabor je lah :D
ReplyDeleteSallam, Al...KTMB yang tersohor perkhidmatannya pun ada buat kesilapan, patutnya mereka perihatin dengan menda macam tu,
ReplyDeleteGelak-gelak juga tapi sepatutnya perkara seperti ini tak payahlah nak diadukan pada perdana menteri juga.
ReplyDeleteitula Negeri Sembilan..bukan nak kutuk tp hakikatnya kemajuan setiap daerah di Negeri Sembilan amat ketinggalan jauh sekali berbanding Melaka dan Selangor (walhal jiran sebelah je). Dahla jalan banyak yang bengkang bengkok (kalah ular kne palu yop). Pemimpin ada yang bertaraf menteri tapi mulut je lebih kerja tak nampak pun.. Kalau tak caye, tanye org Negeri Sembilan sendiri..betul tak den kato?
ReplyDeleteowh tuan..
ReplyDeleteApakah yang mengusik dihati
hingga marah berganti ketawa
senyum sendiri mengukir dibibir
mengenangkan negeri sendiri
Bukankah kita telah tersohor
hingga ke serata dunia
masakkan itupun tuan tercari-cari
oh malang sungguh nasib diri ..
Dari Rembau hingga ke Tampin
dari Batu Kikir ke Jelebu
dari Simpag Pertang ke Simpang Durian,
menghala ke Manchis
hingga tembus ke Sempadan Pahang
Tidakkah tiada sesiapa yang memandang ?
gelak-gelak la juga.. tapi hati mesti ada sikit bengkak, kan..kan..kan.... :)
ReplyDeleteSepatutnya pihak berkuasa tempatan buat papan tanda tu...
ReplyDeleteTeringat masa dok berulang-alik antara Seromban dgn Alor Setar dulu masa sekolah kat STJ..
N9 mmg ada problem lah Tuan Rumah dlm bab2 signboard nih..
ReplyDeleteMmg betul sign board ada tp tak cukup dan ada juga yg salah especially dalam bab Kilometer. Paling susah kita yg dari luar N9 nilah..
p/s:PD je ok
nk marah kat sape ek???
ReplyDelete*bpk sambil sengih*
heee... provoke ke sindir tu al-lavendari?? sabar jer laa..
ReplyDeletealvin
ReplyDeletekalau marah rugi ke?
mamai
jgn tuduh2 ... saya conteng sekali je!
pn kartini
signboard di mesia ni hanya utk orang2 yg tahu jalan sahaja.
maiyah
ni dah cukup sabor lah ni !
TM
barangkali monopoli punya kesan.
abu muaz
saya nak tulis surat kat Obama.
sahrom
betul ... nasib baik dapat limpahan dari Lembah Kelang.
linda
awak banyak sangat tahu pasal n9, ngahlahkan orang n9 sendiri.
dari rembau ke sempadan pahang
hati di dalam sudah berbahang.
kakcikseroja
dah bongkak-bongkek kak oi !
LanaBulu
nak buat macamana, dia berkuasa. Jauhnya tuan berulang alik.
finaz
oh ye ke ? saya boleh bayangkan kesusahan orang luar N9. minta maaflah bagi pihak orang n9.
fatrina
jgn marah ... gelak je, tambah2 orang tengah bertunang.
mamamin.
provindir! betul, sabar itu separuh dari sabariah.