Monday, September 5, 2011

CERITA HARI RAYA PUASA 2011 SAYA.

Secara umumnya tidak berapa seronok kerana saya demam sejak sebelum raya berlanjutan hingga ke hari ini. Dah 4 klinik pergi, tapi tak juga kebah. Tadi pergi ambil darah dan urin untuk membuat pemeriksaan penuh. Doktor mengesyaki denggi. Petang nanti baru tahu keputusan ujian darah.


Hari Raya pertama: Selepas sembahyang kami balik kampung arwah ibu dan berjalan raya di rumah saudara mara.
Hari Raya kedua: Di rumah menerima tetamu. Dan melihat dua anak perempuan saya balik ke rumah mertua mereka.
Hari Raya ke tiga. Bertolak ke Kelantan untuk menghantar anak saudara lelaki saya berkahwin di sana.


Gambar 1: Bergambar selepas sembahyang raya. Bertambah sorang - menantu dan kurang sorang - mertua yang beraya di rumah abang ipar di Manjung.
Menangis dia bila isteri saya telefon di pagi raya.



Gambar 2. Bergambar pada 3 hari raya. Demam-deman pun digagahi juga pergi ke Pengkalan Chepa menghantar anak kakak berkahwin di sana.  Bergambar dengan sebahagian anggota rombongan di rumah saya sebelum bertolak. Sebahagian lagi naik di Ulu Kelang.


Gambar 3: Bas pesiaran yang telah bersedia di hadapan rumah untuk mengambil  penumpang dan barang. Kita singgah kira-kira jam 2 pagi di sebuah kedai makan cekik darah tak jauh dari Pekan Gua Musang.  Mee Sup bodoh RM5, air tin RM2.50 dan buang air 30 sen.


Gambar 4: Oleh kerana perjalanan pergi lancar, kita tiba di Kelantan agak awal. Jadi kita lajak terus ke pekan Rantau Panjang untuk membantu peniaga di sana membuka kedai.


Gambar 5: Akad nikah di lakukan selepas Isyak di Masjid Al-Karomah, Kampung Baung.


Gambar 6: Bergambar dengan pengantin lelaki sebelum bertolak ke masjid untuk majlis akad nikah.


Gambar 7: Kita semua menginap di sini. Bolehlah ..!



Gambar 8: Bergambar dengan pasangan pengantin di rumah pengantin perempuan.


Gambar 9:  Semasa balik jalan sesak giler dari Pengkalan Chepa hingg ke Kuala Kerai kerana Polis buat road-block di Kuala Krai.  Kita bertolak dari Pengkalan Chepa hari Sabtu jam 2.30 petang dan sampai di rumah saya di Senawang jam 5 pagi hari Ahad.  Ini semua gara-gara road-block itu ! 
Mungkin road-block itu perlu di adakan untuk mengelakkan terjadinya perang saudara
di Malaysia, agaknya !  Entahlah ...


36 comments:

  1. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    cadangnya saya hendak singgah ke rumah tuan pada hari raya ke 3 (kalau saya singgah mesti pokok buah2an sahaja yang ada!), disebabkan jalanraya yang sesak, niat itu dibatalkan.

    Semoga segera pulih dari demam yang berlarutan itu.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya pakcik~~kalau ada komen2 saya dalam blog pakcik yang buat pakcik kecik hati,maaf banyak2 saya minta~~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    mudah2an ujian darah tu bukan demam dengi..kalau dengi sy syorkan AL minum air zam2 banyak2..tahun 2007 sy kena demam dengi paras agak teruk,lepas minum air zam2 kadar bacaan terus turun dn sy dibenarkan keluar wad.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Pakcik AL... wiken aritu pun ada sedara kawin kt Kelantan. ingat nk turun KB hari sabtu. parents tun dh turun awal, dieorg tepon ckp xyah pegi sbb jalan sgt2 jam! hehe.. last2 mlm tu parents tun sampai umah aft more than 7jam perjalanan KB-kemaman (biasanya 4 jam setengah je. huhu)

    ReplyDelete
  5. Apasal abg tak pakai baju Melayu warna biru juga mcm anak cucu tu?

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Ngah..
    Selamat Hari raya..
    Semoga Pak Ngah cepat sembuh dari demam ye..dan mudah2an keputusan darah nanti ok aje..Cik Abang saya pun tak sihat dari raya kedua hingga semalam...hari ni dah ok dah...

    ReplyDelete
  7. salam aidilfitri buat pakcik sekeluarga...moga pakcik cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tn Hj..,

    Salam Aidil Fitri semuga cepat sembuh....Insyaallah...aaminnn..

    saya ke Lavender sabtu lepas raya ke 5.., patut lah rumah nampak macam tak der orang jer..tp semua kenderaan ada...rupa-rupanya naik bas.. ada trip ke Kelantan...

    tak per lah ade rezeki lain kali boleh ke Lavender lagi ..Insyaallah...aaminnn

    Didoakan agar cepat sembuh...Insyaallah...aaminnn..

    ReplyDelete
  9. Assalam AL..selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    kakak anak beranak cepat sikit sampai ke n9..dari sana kul 10.30 pagi..sampai n9 kul 10.30 malam..kalau tak raya..7 jam boleh sampai katanya..

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya, minta maaf atas segala kesilapan saya.

    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. Bilalah saya nak sampai ke Lavender Height tu ye..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri ye Uncle
    & semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  12. IM beraya di rumah sahaja dan tak terfikir pun nak bergambar dengan sapa-sapa!

    ReplyDelete
  13. denggi? dah makan sup ketam? try la Bang Ngah...mana tau serasi....

    ReplyDelete
  14. nmpk meriah sgt... slamat hari rayer, maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  15. Salam


    selamat hari raya
    mohon maaf ...



    semoga tidak serik untuk menjejakkan lagi kaki ke Negeri Cik Siti Wan Kembang

    ReplyDelete
  16. demam berpanjangan? ahad lepas sorang senior saya yang demam berpanjangan dah...

    ReplyDelete
  17. KAKCIK

    ALAIKUMSALAM

    TERIMA KASIH ATAS NIAT NAK SINGGAH TU. KALAU TAK RAYA PUN BOLEH SINGGAH.

    DEMAM SAYA MASIH BELUM PULIH SEPENUHNYA.

    ReplyDelete
  18. BUJAL X

    SEMUA KOMEN AWAK MENCUIT HATI. JADI TAK ADA YG PERLU DIMAAFKAN.

    ReplyDelete
  19. NYANYISUNYI

    ALAIKUMSALAM.

    UJIAN DARAH CONFORM BUKAN DENGI. TAPI HASIL UJIAN PENUH BELUM DAPAT LAGI.
    WALAUBAGAIMANA PUN SAYA SUDAH MINUM AIR ZAMZAM SEPERTI DISARANKAN. DEMAM MASIH BELUM KEBAH SEPENUHNYA.

    ReplyDelete
  20. TUN_TELANI.

    SELAMAT HARI RAYA. ADA JUGA PAKCIK CADANG NAK IKUT PANTAI HARI TU NAK CUBA LPT DARI KT. TAPI RUPANYA JEM JUGA YA.

    ReplyDelete
  21. YB

    KEPALA KERETAPI MESTILAH BERBEZA DENGAN GERABAKNYA.

    ReplyDelete
  22. AZI

    SALAM KEMBALI.

    RESULT AWAL - CONFIRM BUKAN DENGGI. TAPI RESULT PENUH BELUM TERIMA DARI LAB LAGI. HARAP2 TAK ADALAH PENYAKIT YANG SERIUS.

    ReplyDelete
  23. IEDA79.

    SALAM AIDILFITRI JUGA. TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. SEKARANG DAH BERANSUR2 SEMBUH WALAPUN BELUM SEPENUHNYA.

    ReplyDelete
  24. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM.

    TRERIMA KASIH ATAS DOA ITU. LAIN KALI DATANGLAH LAGI. INSYAALLAH KITA AKAN BERJUMPA.

    ReplyDelete
  25. ACIK ERNA

    ALAIKUMSALAM.

    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN JUGA DARI SAYA.

    OH .. KAK ERNA PUN PERGI KELANTAN JUGA YE.

    BILALAH LEBUHRAYA KE KELANTAN AKAN SIAP ?

    ReplyDelete
  26. AKLCITIZEN

    SELAMAT HARI RAYA JUGA DARI SAYA DAN TERIMA KASIH ATAS DOA ITU.

    ReplyDelete
  27. SUFIA MAHZAN

    KALAU NAK SAMPAI, AWAK KENA DATANG.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN JUGA TERIMA KASIH ATAS DOA ITU.

    ReplyDelete
  28. INSAN MARHAEN

    ANAK SAYA JURUGAMBAR PROFESIONAL, TAPI HARI TU DIA MALAS NAK BAWA BALIK KAMERA DIA. PAKAILAH KAMERA CAP KAPAK SAYA.

    ReplyDelete
  29. QUEENIE

    BUKAN DENGGI, TAPI TERINGIN JUGA NAK MAKAN SUP KETAM.

    ReplyDelete
  30. EB EZRIN

    KEPADA BUDAK2 MEMANG MERIAH. ORANG TUA MACAM SAYA NI TUMPANG GEMBIRA JE.

    ReplyDelete
  31. PB

    SALAM KEMBALI

    TAK SERIK, TAPI KALAU ADA LEBUHRAYA KAN KE BAGUS !

    ReplyDelete
  32. MENTIBANG LAUT

    RAMAI JUGA YANG TAK DEMAM YANG DAH ...

    ReplyDelete
  33. RELEVAN

    DAH SELAMAT TAPI PUASA 6 BELUM MULA.

    ReplyDelete
  34. haha...dah baik demam ke? dah dengar jawapan komen ni kira sihat la tu...

    ReplyDelete
  35. MENTIBANG LAUT

    BELUM PULIH SEPERTI SEDIA KALA. TAPI BATUK DAH TAK ADA.

    ReplyDelete