Di entri ini dan di blog ini, sekali lagi saya nak marah dengan kemudahan papan tanda yang ada di negara kita. ( Dulu saya pernah tulis di sini ). Lepas bayar tol kat susur keluar Bangi, jumpa satu bulatan. Ada ditunjukkan pelan ke Seksyen 4. Lepas tu jumpa bulatan ke 2, masih ada. Sampai ke bulatan ke 3, dah tak ada pulak petunjuk ke Seksyen 4. Bedebah ! Lalu nak ikut mana. Terpaksalah ikut hati. Akhirnya sesat barat. Betullah kata orang tua-tua, jangan ikut hati.
Gambar 1: Rumah pertama adalah rumah terbuka kenalan lama di Bangi. Nasib baik makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka. Hilanglah sikit rasa marah sebab sesat tadi. Tetapi bila tengok rumah dia, tetiba pulak saya rasa rumah saya macam pondok sahaja.
Gambar 2: Di DBP menghadiri jemputan kenduri kawin anak jiran lama semasa kami duduk di Kampung Sungai Tua di Selayang dulu. Di sini saya makan nasi dan teh tarik sebab belum makan nasi lagi. Kat rumah pertama tadi saya makan selain dari nasi seperti satay, tapai, cendol, sphageti, kueh dll.
Gambar 3: Rumah ke 3, rumah terbuka lagi kenalan kami di Lavender Heights tak jauh dari rumah saya. Di sini saya makan pulut kuning dengan sambal tumis.
Gambar 4: Rumah ke 4 dan terakhir adalah rumah kenalan kami di belakang rumah saya di Lavender Heights. Di sini saya banyak makan angin je sebab perut dah penuh.
Bagaimana pulak dengan aktiviti anda semalam ? Atau berpuasa ?
Bagaimana pulak dengan aktiviti anda semalam ? Atau berpuasa ?
ha,haaa... sesat Barat dan Timur tuan... memang marah dah lah perut lapar ya.
ReplyDeletemakan-makan juga tuan jangan sampai makin membulat nanti marah makngahnya.
Bila pulak tuan nak buat rumah terbuka? :)
ReplyDeleteSalam PakNgah, berani nya makan pulut kuning..dah berumur kata org kurang elok..entahlah, saya pun pantang ada..hehehehe
ReplyDeleteWah, baju warna sedondonlah dgn makngahnya..hehehe
Salam Rindu Pak Ngah..he..he..
ReplyDeletePak Ngah..saya pun semalam penuh perut memenuhi 3 undangan Rumah terbuka...
p/s Tiba-tiba teringin nak pegi beraya banglo Pak Ngah pulak....he..he..
har3..dah lama tak dengar perkataan bedebah...gelihati pulak...
ReplyDeletesemalam saya macam biasa...dalam dapur...
pulut kuning ngan sambal tumis style Nogori tu ker? yg ada banyak bawang...yg selalu terdapat masa kenduri kendara? saya suka...
kalau betul, sambal tu ada rasa special sikit...
burung jelatik dibela Indon
dekat sarang burung tempua
sungguh cantik pasangan sedondon
bagai pinang dibelah dua...
Pernah alami situasi yang sama masa ke KL. Saya rasa marah sangat, dah le tak tau jalan area KL, sesat pulak..! Nak pusing suka-suka hati macam kat kampung, alamat kena hon dengan orang le....
ReplyDeleteempat buah rumah sehari, mau kenyang sampai ke subuh tu PakNgah
ReplyDeleteABU MUAZ
ReplyDeleteDAH BULAT SEMULA .. MACAMMANA NAK BUAT NI ?
TAK APA .. KITA SAMA2 BULAT. HEHE
KAKCIK
ReplyDeleteENTAHLAH .. SAMPAI BILA-BILA KOT !
MARINA MONROE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEKALA SEKALA APA SALAHNYA KAN !
MACAM TU KE YANG DINAMAKAN SEDONDON ?
AZIE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TAK MUSIM RAYA PUN BOLEH DATANG. BULAN SYAWAL PUN DAH NAK HABIS.
QUEENIE
ReplyDeleteYA .. SAMBAL TUMIS STAIL N9. SAMBALNYA ADA BUBUH SANTAN SIKIT DAN BANYAK BAWANG.
BURUNG JELATIK DIBELA INDON
CANTIK KE SEDONDON ?
KUASAI MINDA
ReplyDeleteSAYA RASA SEMUA ORANG PERNAH MENGALAMI SITUASI YANG SERUPA. TAK TAHULAH BILA NAK BERUBAH.
IBUINTAN
ReplyDeleteMEMANG PUN .. DAH DUA HARI TAK MAKAN KAT RUMAH !
Kalau dh ujung minggu asik makan kenduri n open house,hari2 biasa haruslah puasa yer Uncle..Untuk merehatkan perut yg bekerja keras setiap kali ujung minggu..huhuhu
ReplyDeleteCIK SHINJU
ReplyDeleteTERLANJUR AWAK DAH CAKAP TU .. HARI INI UNCLE PUASA. ADA JUGA DUGAANNYA. KEJAP TADI ADA KAWAN DATANG BERAYA. UNCLE TENGOK JELAH DIA ORANG MAKAN KEREPEK.