Print Screen pantun saya yang di siarkan dalam blog Yang Indah Itu Bahasa.
Abaikan ejaan nama saya yang salah itu.
Hari tu saya buat satu entri tentang keghairahan baru saya berforum. Kerana terlalu ghairah, terpaksa saya menutup kotak komen saya buat sementara waktu dan berhenti dari blogwalking. Tapi sekarang dah bukak balik, bila keghairahan berforum tu menurun.
Saya cuba masuk menjadi ahli 6 forum untuk merasa 'denyut nadi' orang berforum. Banyak yang saya pelajari sebenarnya. Ada suka dan banyak kali juga sakit hati.
Pada masa ini saya aktif dalam 3 forum sahaja kerana 3 lagi tu tak berapa mendapat sambutan. Forum-forum itu ialah CariGold, Cari Malay Forum dan Gempak Org. Ikutkan kemampuan masa, saya cuma ingin memilih satu forum sahaja tapi oleh kerana ketiga-tiga forum itu mempunyai orientasi dan segmen yang berbeza, saya layan dulu ketiga-tiganya untuk mencari keserasian.
Di samping itu saya juga turut menyumbang pantun kepada blog Yang Indah Itu Bahasa. Hati siapa yang tak kembang, bila pantun kita disiarkan dan kita di letakkan sebaris dengan Pemantun Terbilang yang lain. ( Rujuk print screen di atas). Walaupun saya rasa taraf itu tinggi sangat buat saya, namun saya ambilnya untuk menjadi pencetus semangat meneruskan blog Puisi Orang Tak Reti saya.
Jadi sekarang ini saya ada 2 blog, ahli 3 forum,1 Fesbok di samping menyumbang karya kepada satu blog. Makanya kalau saya kurang melakukan blogwalk akhir-akhir ini, faham-faham sahajalah puncanya dan untuk itu saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang masih sudi ziarah dan meninggalkan komen.
Saya dah bookmark blog pantun itu dan saya sering menerjah ke sana melihat karya tuan yang disiarkan. :)
ReplyDeleteKalau berkelapangan, jomlah datang ke perhimpunan BERSIH, eh! silap - perhimpunan Blogger pada bulan depan. :)
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA DAN BINCANG DGN MAKNGAH .. DIA PUN TERINGIN NAK IKUT SAMA. BUAT MASA INI SAYA CUMA BERANI JAWAB INSYALLAH JE .. SEBAB SELEPAS BERSARA NI RASA MALAS DAN SEGAN PULAK NAK BERCAMPUR DENGAN ORANG DI ALAM NYATA.
Cemburu juga saya dengan sayap lebar al-lavendari itu. Tahniah! Penerbangan (selalu orang kata pelayaran) di alam maya, singgah dan tengok sana sini, memang banyak manfaatnya. Syukurlah, dalam zaman pencen kita ni, orang tak muda boleh main komputer.
ReplyDeleteblog lagi satu tue blog apa? saya ingat ada blog ne je..
ReplyDeleteCayalah pakngah. Makin hebat di dunia maya nampaknya..:)
ReplyDeletewow~pakcik ada fb? add saya boleh?
ReplyDeletemuhamad firdaus bujal.
ish ish ish..makin bersara, makin sebok, makin popular..
ReplyDeleteorang lama bila melontarkan idea sarat pengalaman, penuh pengetahuan dan paling penting setiap lontaran itu walaupun simple tetapi berisi!
ReplyDeletewahh pak ngah...sy suka la tengok bila org berusia pon tak ketinggalan mengikut perkembangan dunia internet terkini :)
ReplyDeletewalaupun dah pencen, minda jgn dipencenkan :D
ReplyDeletesemoga terus berkarya
ABANG TEMUK
ReplyDeleteKADANG2 ORANG TAK MUDA PUN MENGALAHKAN ORANG MUDA !
MASA KECIK DULU BENDA2 NI SEMUA TAK ADA .. SEKARANG DAH ADA, KITA CUBALAH. SEKARANG NI KALAU TAK INTERNET, LUMPUH SEPARUH BADAN RASANYA.
BABY
ReplyDeleteBLOG LAGI SATU SAYA KHUSUSKAN UNTUK BERPUISI. JEMPUTLAH ZIARAH.
YUS
ReplyDeleteTERKIAL-KIAL JUGA .. SEBAB NAK TANYA SIAPA KAT RUMAH NI.
Kakak selalu masuk tapi tak boleh komen oh... itulah sebabnya. Tapi tuan boleh tahukan siapa yg menjengah blog tuan walau tak dapat berikan komen.
ReplyDeleteHari ini oklah pulak... Blog pantun itu kakak tak tahu. Lepas ini boleh lah melihatnya dan belajar dari org professional kan...
BUJAL X
ReplyDeleteKENAPA AWAK TERPERANJAT PAKCIK ADA FB ? BUKAN SETAKAT FB, FD PUN PAKCIK ADA.
PAKCIK DAH ADD DAH. HARAP JANGAN DIHAMPAKAN.
IKAN EMAS
ReplyDeleteBERSARA DARI MAKAN GAJI JE !
JUNAINA
ReplyDeleteAWAK SUNGGUH BERBUDI BAHASA BILA MENGGUNAKAN ISTILAH "ORANG LAMA" ... HEHE
AKU IBU MUDA
ReplyDeleteDUNIA INTERNET MEMANG BANYAK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ORANG BERUSIA. SEKARANG NI TAK PAYAH NAK BERATUR LAGI KAT BANK DAN TEMPAT2 LAIN UNTUK BAYAR BIL, PINDAH DUIT DSB,
MAKDARA TERDIVA
ReplyDeleteHARAP2 MINDA SAYA BOLEH BERFUNGSI SAMPAI KE AKHIR HAYAT.
KAKZAKIE
ReplyDeleteMEMANG SAYA TAHU SIAPA YANG KERAP MENJENGAH MELALUI PENGESAN JEJAK. JIWA SAYA SEBENARNYA MERONTA2 HENDAK MEMBUKA KEMBALI KOTAK KOMEN ITU, TAPI MASA TU SAYA TAK BERSEDIA LAGI. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KAKZAKIE SELAMA INI.
saya pun teringin nak join itu ini kononnya lah tapi kekangan waktu amat membataskan...sedangkan followers yang ada pun tidak terjejak, tak beranilah saya nak pasang angan-angan kepada yang lain-lain...
ReplyDeletenak jengah blog kengkawan pun seolah-olah terpaksa memilih satu antara dua : layan atau terbengkalai. Selalunya sebab memenuhi adat orang berbudi kita berbahasa...memang nangis jugak sesekali layan yang terbengkalai, tapi itu jer pilihan yang ada. Nak buat diam terus, nanti....payah jugak nak cakap kan?
itulah...sekali fikir barangkali saya termasuk dalam kategori blogger jembalang...cuma mata saya tak sepet dan hidung saya tak belang. Tu jer heh3...
As salam...
ReplyDeleteWah...aktif Uncle berforum..
Mencanak la trafik masuk neh..
Selamat beraya sok yer Uncle..
Yun dh raya mggu kedua aritu..
hehehe...mesti MakNgah masak rondang sok neh...syiokkk...
Hahahhaa...memang banyak betul link yang uncle berikan dalam entri ni..:)
ReplyDeleteTakpa..uncle punya banyakkkkkkkkkkkkk masa sekarang...boleh join pelbagai forum online..create 2-3 blog...
Kalau saya jadi uncle, saya akan create Travel Blog. Saya akan travel satu dunia, ambik gambar2...explore culture masayarakat setempat..dan kongsikan bersama pembaca...Sebab travel blog memang antara ciri2 blog yang paling mendapat sambutan, selain food blog. Tapi mungkin juga uncle dah puas melancong satu dunia sebelum ini!! (ikut kepada entri-entri Mengimbau Kenangan Silam uncle) Hahaha
dah makin bertambah le skill pertukangan uncle!
ReplyDeleteSalam.....wah sgt aktif tu! Saya jer yg 1 blog pun Susah nak update.....
ReplyDeleteJika Bang Hamzah ada blog Puisi Orang Tak Reti, saya pula rasa Orang Tak Puas Hati.!
ReplyDeleteSebab,
banyak kali masuk tak boleh komen!
Tahniah Pakngah... makin aktif di alam maya, memang hati Pakngah layak untuk kembang dan mekar
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi highlight blog pantun saya, dan sekali lagi minta maaf atas terkurang abjad masa tulis nama tu (dah diperbaiki). Saya pengunjung silent pu.e.c.org.x.re.t.
ReplyDeleteKata bicara & bait pantun Saudara al-lavendari kebanyakkanya lembut, halus, padat & sinis (tembak mengena) buat saya tertarik & terhibur hati. Terima kasih.
uncle, sy nk join jugaklah!:}
ReplyDeleteQUEENIE
ReplyDeleteSUSUNLAH MASA SEBAIKNYA DAN LAKSANAKAN TUGASAN IKUT KEUTAMAAN. YANG MANA PATUT DIDAHULU, DI DAHULUKAN DAN SEBALIKNYA.
HEHE .. AWAK INGAT BETUL SPESIS JEMBALANG TU YE !
CIK SHINJU
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
MAKNGAHNYA TAK ADA MASAK APA-APA YANG SPESIAL HARI INI SEBAB MEMANG HARI-HARI MASAKAN DIA SPESIAL.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSEKARANG BADAN DAH TAK LARAT NAK TRAVEL SANA SINI. BUAT MASA INI, UNCLE NAK TUMPUKAN KEPADA DUA BLOG YANG ADA.
GADISBUNGA.
ReplyDeleteNAMPAKNYA SEMUANYA NAK DICUBA. TAPI OMPUTIH KATA "JACK OF ALL TRADES, MASTER OF NONE"
IBUHANI
ReplyDeleteAKTIF SEJAK LEPAS PENCEN NI ..
IBARAT GASING - " KALAU IA BERHENTI BERPUSING, NANTI REBAH "
AZIEAZAH
ReplyDeleteSAYA JUGA ORANG TAK PUAS HATI SEBAB TAK DAPAT NAK BW KEPADA SEMUA BLOG VVIP SAYA.
IBUINTAN
ReplyDeleteBUAT MASA INI MASIH KEMBANG LAGILAH, TAPI LUMRAHNYA, SATU HARI NANTI DIA AKAN LAYU DAN GUGUR JUA.
MUAR HARUHA
ReplyDeleteKESALAHAN EJAAN TU PERKARA KECIK JE. SAYA PUN BANYAK KALI BUAT SILAP.
TERIMA KASIH KERANA MEMINATI BLOK 'PUISI ORANG TAK RETI' SAYA. ENTAH BERAPA KALI SAYA CADANG NAK TUTUP .. BLOG SDR MEMBUATKAN SAYA BERTEKAD NAK TERUSKAN.
FATIN MRAZ
ReplyDeleteSILAKAN JOIN KALAU BERKESEMPATAN DAN TIDAK BERTEMBUNG DGN TUGASAN YANG LEBIH AFDAL.