Pada hari yang sama dan dalam akhbar yang sama, ada dua kenyataan tentang bahasa Melayu dari dua orang tokoh, yang menyebabkan saya keliru.
Berita Harian: Rabu 14 September 2011.
Bahasa ibunda kubu budaya bangsa: Kaum Melayu perlu menyedari peranan penting bahasa Melayu - Kata Teo Kok Seong, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
Berita Harian: Rabu 14 September 2011.
Wajib lulus BI: Dilaksana apabila guru bahasa Inggeris untuk peringkat SPM mencukupi - Kata Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Apakah makna dan implikasinya kalau sudah diwajibkan ?
Mungkin sampai saya mati nanti, kedudukan bahasa Melayu akan kekal menjadi melukut di tepi gantang. Saya rasa sangat sakit hati bila:
1. Dalam sepanduk atau poster , Bahasa Melayu tidak diletakkan di atas sekali.
2. Dalam majlis-majlis rasmi yang dihadiri rata-ratanya oleh orang Malaysia, ucapan dibuat dalam bahasa selain dari bahasa Melayu.
Setahu saya selain Malaysia, ada dua negara iaitu India dan Filipina, yang majoriti penduduknya pandai berbahasa Inggeris tetapi taraf hidup mereka dan negara mereka tidaklah maju sangat.
Dan terlalu banyak negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris, tetapi negara mereka jauh lebih maju dari negara-negara yang saya sebutkan di atas.
Itu pandangan dan perasaan saya sahaja.
Apa pula pandangan dan perasaan anda ?
Dan jemput lihat pula video di bawah dan apa perasaan anda setalah melihatnya?
Memang ada yang tidak kena ni... Bercelaru sehinggakan orang ramai keliru.
ReplyDeleteBila bertukar pucuk pimpinan baru pasti ada pengubahsuaian, dan ianya takkan berakhir kerana ada kepentingan...
ReplyDeletekena pandai dua2~~sebab pasaran kerja sekarang mendesak penguasaan inggeris~haih~
ReplyDeletePagi ini ketika melalui Jalan Tunku Abdul Rahman saya melihat sekeping kertas dengan tulisan yang besar (malangnya tak boleh nak ambil gambar, kamera dan masuk air dikerjakan oleh BS) - JUALAN KASUT KASI HABIS MURAH HARGA.
ReplyDeleteApo nak dikato?
sangat sokong pendapat pak ngah tentang bahasa
ReplyDeletepak ngah di sini lagi best
ada papan iklan/ tanda atau apa je kain rentang yg di rentang oleh pihak k'jaan negeri di sebabkan disini kebanyankan cina
maka jagan harap nak jumpa bahasa melayu dlm kain rentang / iklan tu,
kalau sya boleh baca pun cuma tarikh je lah sebab menggunakan nombor
habis camno?
kita tidaklah boleh salahkan k'jaan atau pucuk pimpinan semata mata
Setuju 100%...
ReplyDeleteTak perlu 'mengorangputihkan' diri kalau nak maju..Ubah minda bangsa kita yang layu tu supaya ade keinginan untuk majukan diri..bila diri maju baru negara boleh maju...Mcm minda org Jepun...
Byk implikasi buruk terutama kpd pelajar luar bandar yg kebanyakkannya terdedah dgn BI hanya ketika masuk skolah...Cara pengajaran pun x berkesan,blajar 11thn pun masih x mahir bertutur dlm BI.. Kena kaji cara pembelajaran yg berkesan.BM pun org susah nak score inikan pula BI.
Bukan menentang penguasaan BI tp x perlulah smpai wajib lulus.
bahasa jiwa bangsa.... tapi mana perginya jiwa kalau semuanya dicampur adukan.... bahasa penjajah juga yang hendak dibangakan....ehh.... mana pulak malaysia pernah dijajah... org putih dtg mentakbir je.... he...tu pasal lah walau pun dah merdeka.. masih tunduk lagi kat org kafir
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Haji Al,
ReplyDeleteKesian orang muda2 sekarang termasuk anak cucu dan kaum kerabat kita.
Tukar Menteri Pendidikan/Menteri Pengajian Tinggi, tukar apa yang wajib apa yang harus. Kenapa yer.
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteSaya sokong yang no. 2 tu...
hairan..yang berceramah melayu...tetamu pun kebanyakkannya Melayu..tapi ucapan dalam BI.....baru-baru ni dalam TV kalau Pak Ngah perasan...
sekarang ni bukan bahasa inggeris je nk kuasai negara kita...bahasa mandarin pon sama
ReplyDeleterasa sakit hati bila nk memohon kerja, rata2 memerlukan kemahiran berbahasa mandarin
rasa macam bukan duduk kt Malaysia
bahasa melayu pendokong bangsa.
ReplyDeletebahasa inggeris juga penting terutama bila dah bekerja dalam sektor swasta macam saya. masuk international company yg terdapatnya kakitangan bukan dari malaysia. Apa yang boleh kita harapkan dari mereka yang baru pertama kali jejak kaki ke Malaysia!
Mula-mula kerja saya haru biru kerana Bahasa Inggeris saya hancur. sekarang saya goreng aje semua depa tu....
Selagi saya bercakap dengan orang Malaysia atau Indonesia saya akan tetap gunakan Bahasa Malaysia!
semuanya sentiasa bertukar2 bila pucuk pimpinan bertukar kan uncle?
ReplyDeleteSaya setuju dgn Pak Ngah...jepun cth negara yg tk pndai berbhs inggeris tp fasih...
ReplyDeletePakNgah.. cikgu dan murid sekolah lagi keliru
ReplyDeleteANIF
ReplyDeleteSAYA DAH KELIRU LAMA DAH !
UST ABD RAZAK
ReplyDeleteITULAH MASALAHNYA .. KITA DIBAWAH NI, JADI KELIRU SOKMO.
BUJAL X
ReplyDeleteBETULLAH TU .. LAGI BANYAK LAGI BAGUS. TAPI BM TETAP DIDAHULU DAN DIUTAMAKAN.
MANA BOLEH JADI KALAU BAHASA MELAYU DI DAHULUKAN, BAHASA INGGERIS DI UTAMAKAN.
KAKCIK
ReplyDeleteMACAM BUNYI ORANG BANGLA CAKAP MELAYU JE !
KASIHIBU
ReplyDeleteSAMPAI BILAKAH HENDAK MENANGGUNG RASA ?j
KITA SEMUA BERSALAH .. TAPI SIAPA YANG LEBIH BERSALAH ?
CIK SHINJU
ReplyDeleteUNCLE PUN SETUJU DENGAN KOMEN AWAK 100%.
KALAU DAH WAJIB LULUS, SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI MANGSA ?
RAIDATUL AUNA
ReplyDeleteMEMANG KITA TAK PERNAH DIJAJAH .. YANG RBEROMBONGAN KE ENGLAND MENUNTUT KEMERDEKAAN TU SAJA-SAJA NAK PERGI MAKAN ANGIN JER ! HEHE
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
KENAPA ? SEBAB MASING-MASING INGIN MENINGGALKAN LEGASI !
AZI
ReplyDeleteMEMANG PERASAN .. ITULAH YANG MENDORONG PAKNGAH BUAT ENTRI INI.
AKU IBU MUDA
ReplyDeleteMEMANG BETUL .. KADANG2 SAYA PUN RASA BUKAN DUDUK DI MALAYSIA. PERNAH SAYA PERGI SEMBAHYANG KAT MASJID TANMING JAYA, SAYA RASA MACAM KAT BANGLADESH PULAK.
JUNAINA
ReplyDeleteSAYA SOKONG KITA MENGUASAI BI DAN JUGA BAHASA2 LAIN. LAGI BANYAK LAGI BAGUS. TETAPI BIARLAH BM DIDAULAT DAN DILETAKKAN DITEMPAT YANG SEWAJARNYA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteA'AH .. NASIB BAIK TAK BERTUKAR SELALU MACAM KAT JEPUN.
MAYA MAYANA
ReplyDeleteBANYAK LAGI CONTOH SEBENARNYA. KOREA ADALAH CONTOH TERBAIK KERANA SAIZ NEGARA, BILANGAN PENDUDUK DAN TARAF KEMAJUAN EKONOMINYA SATU MASA DULU TAK BANYAK BEZA DENGAN KITA.
IBUINTAN
ReplyDeleteSAYA SIMPATI. APA JADI DENGAN PENGAJARAN SAIN DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ?
Hampir menitis air mata, bila mendengar kata-kata makcik dalam video youtube tu...
ReplyDelete"Segala kebaikan saya harapkan kepada negara ini" .... "Kecintaan saya".
Adakah kita semua benar-benar cintakan negara dan bahasa ibunda kita?
HANAFIAH
ReplyDeleteENTAHLAH .. NAMPAKNYA ORANG LUAR LEBIH PANDAI MENGHARGAI BAHASA DAN BUDAYA KITA.
SEKARANG PUN KALAU KITA MISALNYA NAK BELAJAR ASAL USUL KERIS, KENA PERGI KE UNIVERSITI2 DI BARAT !