Wednesday, September 21, 2011

SI CANTIK MANIS YANG SAYA TAK TAHU NAK BUAT APA.

Gambar 1.
Gambar 2.
Gambar 3.

............................................................................................................................................


Gambar 4.

Gambar 5.

Gambar 1, 2 dan 3 di atas adalah bekas hantaran semasa perkahwinan anak saya yang ke dua selepas ia tidak di gunakan lagi. Gambar 4 dan 5, rupa bekas itu dengan isi hantaran. Katanya ia dibuat dari campuran gula. Mereka sangat cantik dan manis. Hendak dibuang, sayang. Hendak di simpan, nak buat apa dan nak simpan kat mana. Setelah beberapa lama, dengan berat hati terpaksalah juga dibuang kerana ia menjadi tarikan kepada semut. 

Begitulah kadang-kadang nasib wanita. Ada yang sangat cantik dan manis tapi tak ada orang yang sudi.

.........................................................................................................................

Pengumuman. Saya telah membuka kotak komen saya mulai entri semalam selepas saya mula siuman dari keghairahan berforum.  Mungkin ramai yang tak perasan.  Di laman sebuah forum saya ada mengeposkan sebuah entri  dan saya tertarik dengan komen yang bernas dan lucu dari  seorang 'forumer' yang saya kopipes sepenuhnya seperti dibawah. 

..............................................................................








brownknight brownknight is offline
Active Member

brownknight's Avatar
Trader Rating: (73)
Join Date: Feb 2006
Location: Kuantan
Posts: 1,046
Poster Rank: #1869
Thanked 1 Time
Groaned at 0 Times
Active Level
Default

1) Raja x baca hadis...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah saw : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (Hadith Hasan Riwayat Tirmidzi no 1084).

2) Mak ayah pemuda ada baca hadis...

Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." (Hadis Riwayat Ahmad)


3) Tiada perkara mustahil di dunia ini.

Walaupun sungai dipenuhi buaya ganas,
X bererti ia X boleyh diseberangi,
Yang kita perlukan, sedikit keberanian.

4) Motivasi penting dalam hidup.

Kadang-kadang kita tidak berani menyahut cabaran,
Tapi dengan motivasi,
Kita beranikan diri dan berjaya.
dalam kes ini, tolakan itu motivasi...

5) Manusia akan melakukan apa sahaja untuk selamatkan diri.

Sememangnya fitrah manusia survivalistik.
Maka bila dihadapkan dengan keadaan yang membahayakan nyawa,
Pemuda itu menyeberangi sungai tanpa berfikir panjang.

6) Jangan Mandi

Buaya pun xnak makan pemuda tu sebab dah lama x mandi kot


PS: Maaf, gurauan jer, jgn marah...


24 comments:

  1. Secantik mana atau segagah mana pun manusia/sesuatu benda - ke bumi juga akhirnya nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Ngah..

    Alhamdulillah.... akhirnya boleh juga mengomen..hehe.

    Kalau bukan jodohnya lagi .. cantik macam manapun, tetap belum sampai masanya... Tapi kalau dah ditakdirkan jodohnya sampai.. buruk macam manapun akhirnya berkahwin juga... macam saya ni haaa..... hehe :)

    ReplyDelete
  3. saya cantik tapi takde sapa yang sudi.

    miahahahaha!!!

    ReplyDelete
  4. bila dapat bekas door gift cantik dari majlis perkahwinan ..rasa terkilan sbb saya n suami memang tak suka kumpul benda-benda cam tu..

    ReplyDelete
  5. gula tu tak leh makan ke tuan haji? hahahaaa...

    ReplyDelete
  6. Ermmm..kesian kan wanita ni hehe..

    ReplyDelete
  7. Kenapa abg tak gunakan bekas tu utk hantaran abg aje hehehe

    ReplyDelete
  8. Tuan haji...

    sebenarnya bekas tu boleh dimakan lalu tak lalu je lah...he... tapi kekadang macam pembaziran pulak rasanya mahal tapi tak boleh buat apa2....

    ReplyDelete
  9. cantik tp sayang di makan sayang di buang
    habis camno?
    pakngah bela je semut ;p

    ReplyDelete
  10. diluah mati emak,ditelan mati bapa..disimpan tp takde tempat..nak dimakan takut kena diabetis pulak dek terlalu manis hehe...mmg comei...

    ReplyDelete
  11. KAKCIK

    YA .. SEMUANYA AKAN KE SITU JUGA!

    ReplyDelete
  12. NIDA

    SALAM KEMBALI

    SUNGGUH TAK SOPAN ORANG YANG KATA NIDA TAK CANTIK .. CER CAKAP SIAPA !

    ReplyDelete
  13. MOMMYA FARA

    TERIMA KASIH KERANA AWAK SELALU SINGGAH DAN KOMEN.

    ReplyDelete
  14. GADISBUNGA

    AWAK TAK TAHU LAGI APA PERANCANGAN PENCIPTA. ENTAH2 PUTERA RAJA DARI NEGARA ANTAH BERANTAH AKAN DATANG MEMINANG.

    ReplyDelete
  15. CHIK NA

    SAYA PULA SEBALIKNYA, SAMPAI TERPAKSA BELI LEMARI UTK MENYIMPANNYA. LAIN KALI TOLONG SIMPAN, BILA DAH BANYAK BERITAHU SAYA SUPAYA BOLEH DTG AMBIL.

    ReplyDelete
  16. JUNAINA

    ENTAHLAH .. SAYA PUN TAK PASTI. BOLEH KOT !

    ReplyDelete
  17. YUNUS BADAWI

    NAK HANTAR ABANG KE MANA ? KE RUMAH SRI KENANGAN !

    ReplyDelete
  18. ATIE

    MEMANG SAYA RASA TAK LALU NAK MAKAN SEBAB DAH BANYAK TANGAN MEMEGANGNYA.

    ReplyDelete
  19. IBUINTAN

    A'AH NASIB BAIK. MEMANG BLOG TAKKAN DITINGGALKAN.

    ReplyDelete
  20. KASIHIBU

    BANYAK BENDA LAIN LAGI NAK BELA ! AWAK ADA BELA KE ?

    ReplyDelete
  21. KAMSIAH

    KALAU BENDA TU BOLEH TAHAN LAMA, PASTI SAYA SIMPAN SEBAGAI KOLEKSI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.