Saturday, September 17, 2011

K.E.N.A.P.A. K.O.T.A.K. K.O.M.E.N. K.U. KATUP ?

Saya baru menyertai dua laman forum iaitu CariGold dan Gempak.Org.  Puncanya kerana saya dapati dari masa ke semasa, ada entri dari blog saya telah diposkan semula dalam laman-laman tersebut tanpa pengetahuan saya. Tapi saya tidaklah marah kerana mereka yang mengeposkan itu ada memberi kredit dan linkkan ke blog saya.

Kemudian saya terfikir .. "kalau begitu, lebih baik aku yang poskan sendiri".  Lalu saya pun menjadi ahli laman-laman forum tersebut dan mula menghantar entri yang di copy dari blog saya. Saya gembira dan berpuashati hati dengan sambutan ahli-ahli forum. Ia membuatkan saya  tak menang tangan melayannya.   Sungguh seronok bila pos kita mendapat sambutan (bukanlah semua). Ada juga yang terkejut kerana  tak sangka orang seusia saya turut menjadi ahli forum. Akibatnya saya sudah sangat kekurangan masa untuk menjawab komen dan juga mengunjungi blog terutamanya yang telah memberi komen. Bagaimanapun saya tetap juga membuat entri baru, kerana  saya takut kena 'sembelit' kalau tidak membuat entri baru !

Mahu tidak mahu, untuk berlaku adil kepada pemberi komen  macamlah banyak sangat dan juga untuk mententeramkan perasaan sendiri,  saya dengan amat berat hati mengambil keputusan menutup kotak komen saya buat sementara waktu. Begitulah kisahnya.

Berikut adalah beberapa 'print screen' yang menunujukkan hasil penyertaan saya di dalam laman-laman forum tersebut.


Pos bertajuk "Ciri-Ciri Bakal Isteri Mat Rempit" yang pernah tersiar dalam bloga saya misalnya telah mendapat 3,469 Views dan 115 Replies setakat ini di CariGold Forum.


Pos bertajuk "Ciri-Ciri Bakal Isteri Mat Rempit" itu juga telah mendapat 2,214 Views dan 19 Replies setakat ini di Gempak Org.



Begitu juga kedatangan sumber rujukan. Sebanyak 589 dari Gempak.org dan 293 + 289 dari CariGold Forum.


Penghargaan: Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi singgah dan membaca entri ini.