Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda-benda yang tak perlu atau tak patut kita fikirkan. Contoh klasiknya, buat apa kita nak pening-pening kepala memikirkan mana dulu, ayam ke telur ?
Juga, buat apa kita nak memeningkan kepala memikirkan benda-benda yang pasti akan berlaku atau pun kita tidak ada daya upaya untuk menghalangnya dari berlaku.
Juga, buat apa kita nak memeningkan kepala memikirkan benda-benda yang pasti akan berlaku atau pun kita tidak ada daya upaya untuk menghalangnya dari berlaku.
Contohnya buat apa kita nak pening-pening kepala memikirkan supaya :
- orang tak membuang sampah merata-rata.
- orang tak berebut-rebut menaiki bas.
- suami tak kawin lagi. Opps !
- muka tak berkedut sampai ke tua.
- orang tak buat kotor dalam tandas awam.
- orang politik tak buat janji.
- tayar kereta tak botak sampai bila-bila.
- pasangan kita tak kawin lain selepas kita mati.
Benda-benda macam tu tak payah fikirlah.
Atau pun kalau dia nak jadi dia akan jadi.
Buat apa nak pening-peningkan kepala.
Setuju tak ?
Kalau tak setuju pun tak apa.
Buat apa saya nak pening-pening kepala memikirkan orang setuju atau pun tidak.
Nanti kejap ..
Tentu anda dah banyak kali dengar .. tapi nak ingatkan kembali. Lagipun saya sangat suka dengan akronim ini. Sangat tepat dan mudah diingat !
Daripada pening kepala memikirkan perkara yang pasti akan berlaku atau di luar kawalan kita, lebih baik kita fikirkan fasal duit dan selalu ingat akan duit.
Ya DUIT !
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal
Oleh itu sebelum kita melaksanakan sebarang program/projek/aktiviti yang diharuskan oleh syarak, kita patut mulainya dengan berdoa diikuti dengan usaha dan seterusnya beristiqamah atau konsisten dalam berusaha. Setelah itu semua dilakukan, bertawakkal atau berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan natijahnya.
Nota kaki: Gambar kat atas saya jumpa kat mana ntah .. malas nak pening-pening kepala memikirkan kat mana saya jumpa !
Salam pagi penghulu hari uncle..
ReplyDeletesetuju sangat2 entry ini....
ayu ada petua...
bila bangun pagi jangan fikir ttg masalah.. isnyallah, moga semuanya dipermudahkan..
setuju bebenor tuan....buat apa pening kepala fikir hal yang bukan hal kita....
ReplyDeletekadang-kadang kita ni memang suka fikir benda yang belom tiba masanya...
contoh... siapalaa yang ganti pengetua sekarang kalau dia bertukar... lagi teruk ke atau lagi kompromi....padahal pengetua sekarang tu ...tak pun tukar lagi...
Saya pun malas nak pening kepala memikirkan kenapa saya tak nampak gambar kat atas tu. Hanya nampak x warna merah je. :)
ReplyDeletetapi saya pantang org yg buang sampah merata2 ni. pening saya!
ReplyDeletetajuk entry saya semalam; pening..
ReplyDeletehe he
Salam Jumaat Tn Hj..,
ReplyDeletesaya setuju sgt-sgt tuan...tak perlu letihkan badan fikirkan benda yg pasti berlaku... yg perlu risau sgt kehidupan selepas mati dan yg berkaitan dgn nya... kalau terlampau fikir masalah ni memang dapat byk lagi masalah...allahuallam..
salam pakcik :)
ReplyDeletesaya pon pening. pening tengok gambar yang pakcik tepek tuh. mula2 ingatkan saya punye rabun da kronik tapi rupenya gambar tu yang merabunkan saya. mwehehehe
Assalamu'alaikum...
ReplyDeletesetuju sangatlah...
banyak fikir banyak kedut...
bagi saya, "lebih senang pakai selipar dari memasang karpet seluruh alam..." - jadi, saya terus pakai selipar jer...- heh heh
saya pun suka memikirkan tentang DUIT tu...
tapi gambar tu membuatkan saya pening sekejap...
As salam Uncle...
ReplyDeletePening mikir mende yg di luar pengetahuan kita boleh membawa kepada sakit hati..huhuhu...
Bab kedut tu,contohilah Tun Siti Rosmah,eh silap..Tun Dr Siti Hasmah..Beliau bangga dgn usia tua yg melambangkan kematangan..Tak payah nak sakitkan muka p bg tegang sokmo...
Nak amalkan DUIT tu..Mekasih :)
Saya mmg malas nak fikir pasal tu semua...........tp saya pening tgk gambr posting yg ini!!!!
ReplyDeleteTp setuju sgt dgn makna DUIT tu!
pening makanlah panadol!
ReplyDeletetapi kalau pening dengan masalah yang tak perlu tak dapek nak nolongnya...
saya juga pening sekarang, pening memikirkan kenapa bila jadi bos kena duduk dalam bilikkk...hahahaa...
Sungguh kakak suka N3 ini. Tanpa sedar kita selalu fikir apa yg tak tentu lagi. Baik fikir DUIT yg memang sungguh segalanya berakhir dgn tawakkal pada Allah... Cantik!!:)
ReplyDeletesaya penin sbb sy x mkn lg..camne nih???
ReplyDeletet.kasih ..kerana dah buka semula kotak untuk para pengomen... tak peninglah kepala saya lagi, he,hee
ReplyDelete...sy mudah sj. Setiap kali ada mslh, sy akan kata...
ReplyDelete"Masalah kecik je nie! Ley setel punye!"
Alhamdulillah Pakcik, seme selesai!
saya antara orang yang selalu fikir masalah remeh dan yang tak patut...hmm...berbuih dah mulut orang menasihat..
ReplyDeleteHarap-harap berkesan lah entri pakngah ni untuk saya ikut...aminn..
saya lagi tak suka peningkan kepala takut darah tinggi
ReplyDeletetak nak pikir tapi terfikir jugak... dapat ke tak tukar tahun depan
..... kan dah pening kepalo....
Dah 'buat' DUIT, penghujungnya... teringat kata ustaz, jangan lupa REDHA. Kot-kotlah, dah penat DUIT, hajat terhalang, amarah pun datang.
ReplyDeleteMalas dah saya nak peningkan kepala fikir apa saya nak komen.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERSINGGAHAN DAN KOMEN ANDA SEMUA.
ReplyDeleteSAYA TERTARIK KEPADA KOMEN ABG TEMUK YANG MENAMBAH REDHA.
LALU SAYA TAMBAH JADI "DUIT RM" = DOA USAHA ISTIQMAH TAWAKAL + REDHA MENERIMA.