Panggilan As tu adalah kependekan dari Hasyraf. Lahir di Hospital Universiti Malaya semasa saya bekerja di INTAN. Kira anak pertamalah lahir di Semenanjung Malaysia. Anak yang pertama lahir di Kuching, Sarawak dan yang kedua pula lahir di Virginia, USA.
Manakala anak lelaki ke dua dan bongsu pula saya panggil Iqal - kependekan dari Haiqal. Tapi saya selalu tersebut nama As bila memanggil Iqal. Mungkin bila melihat muka Iqal sekarang mengingatkan saya kepada As semasa kecil. Atau itu tanda-tanda saya sudah semakin jauh meninggalkan umur muda.
Sebelum ini saya tak pernah lagi buat entri khas tentang harijadi As kecuali entri hari konvo dia. Kakak dan adik-adiknya sudah pernah. Jadi untuk berlaku adil saya buat entri ini khas untuk As. Kali ini sahajalah. Lepas ni tak ada lagi.
Gambar 1: Gambar ini saya suka sebab walaupun tak ada gigi, tapi nampak comel.
(Gambar kitar semula)
Gambar 2: Walaupun mandi dalam sinki tapi As tetap gembira. Ayahnya masa tu sampai sekarang tak mampu nak buat kolam renang.
Gambar 3: Gambar ini dan gambar 4,5 dan 6 di bawah rasanya pada hari yang sama berdasarkan baju dan seluar yang dia pakai.
Gambar 4: Di belakang dapur pun jadi bergambar.
Gambar 5: Ala la la la .. anak ayah !
Gambar 6: Serius memikirkan masa hadapan ..
Gambar 7: Dah sampai gambar ke-7, masih lagi belum tumbuh gigi.
Gambar 8: Tak pasti masa ni dah tumbuh gigi ke belum.
Gambar 9. Masuk umur 3 tahun, berdasarkan bilangan lilin atas kek.
Gambar 10: Berlakon jadi koboi masa persembahan Tadika yang paling teratur dan terbaik dalam dunia .. Tabika KEMAS !
Gambar 11: Selepas ambil ijazah tadika. As sedih sebab tak dapat Kepujian Kelas Pertama !
Sekarang dia sudah besar dan semakin menjauh dari saya.
Tidak mahu lagi dipangku-pangku atau ditimang-timang oleh ayah dia.
Macam biasalah Iqal mana reti nak senyum !
Selamat ulang tahun kelahiran, As. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ayah bila ayah sudah tiada lagi di dunia ini nanti.
.
Slmt hr lahir. Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat.
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun kelahiran As. Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh buat ayah dan mama yang sentiasa menyayangi dirimu (tak percaya? sampai sekarang pun ayah masih ada keinginan untuk menimang As tau.. hehehe...).
ReplyDeleteNengok gambar2 anak terasa kita menjaga dan membelai mereka dari 2 jari hinggalah sebesar tapak tanggan. Sungguh indah jadi ibubapa...Moga anak yg disayangi akan menyayangi kita dihari tua nanti...
ReplyDeleteberuntungnye AS. Sila jadi anak yg soleh yea.
ReplyDeleteuncle, nanti sampaikan salam dan ucapan selamat hari jadi pada AS yea.
:)
Happy Bornday As..
ReplyDeleteSemoga pjg umur,murah rezeki dan dirahmati ALLAH selalu...Amin.
Bestnyer sambut bday hari cuti..
Boleh celebrate ngn family...
Relax la uncle,cucu dah ade boleh ditimang2 gak..hehehe
Smlm Uncle beraya ade lomang n rondang x?
comel anak uncle :)
ReplyDeletecomelnye yg gambar mandi dalam sink tu..
ReplyDeletebaby memang dimandikan dalam sinki ek?
sweet sgt2..
Selamat ulang tahun kelahiran As...
ReplyDeletemoga terus menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat...
sebenarnya tarikh ini (24 sept)pun adalah ulang tahun anak saya yang sulung...
baru nak buat entri untuknya heh3..
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kelahiran....semuga menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada kedua ibubapa....aaminnn.
Singgah di Temuk ternmpak tuan. Biarlah datang beri salaam. Ternampa pula tentang hari lahir kesayangan. Sama sama lah saya ucapkan selamat hari lahir. Cantik gambar gambar yang tuan simpang buat kenangan.
ReplyDeleteSedih saya rasa bila tuan kata tidak lagi dia suka duduk berdekatan seperti dimasa kecil. Itu lah adat dunia. Tetaapi dalam hati lain pula. Kemunkinan lebih kuat kasih sayang.
Salaam dari saya
IBUHANI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS DOA ITU.
KAKCIK
ReplyDeleteNASIB BAIK DIA TAK MINTA DITIMANG ! HEHE
MARINA MONROE
ReplyDeleteTERPULANGLAH KPD MEREKA NAK SAYANG ATAU TIDAK KITA NANTI. KITA CUMA MENJALANKAN AMANAH ALLAH SAHAJA.
MASZUBER
ReplyDeleteINSYAALLAH AS BACA UCAPAN AWAK INI.
CIK SHINJU
ReplyDeleteTAK ADA LOMANG .. UNCLE CUBA NAK ELAKKAN SEBAB KOMBINASI PULUT DAN SANTAN TU MENGHASILKAN ANGIN DALAM BADAN YANG MENYEKSAKAN.
YAYA FLANELLA
ReplyDeleteIKUT EMAK DIA KOT !
LADYBIRD
ReplyDeleteMEMANG KENANGAN ITU SANGAT MANIS. NASIB BAIK ADA GAMBAR YG BOLEH MENGINGATKANNYA SEMULA.
QUUENIE
ReplyDeleteSAYA DAH BACA ENTRI AWAK TU .. AS DENGAN ALONG BEZA SETAHUN JE !
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
AMIN. SAYA TURUT MENGAMINKAN DOA AWAK.
AL-MANAR
ReplyDeleteMUNGKIN DIA DAH BESAR DAN SEGAN KOT, NAK DUDUK DEKAT2 MACAM DULU. TAK APALAH.
TERIM KASIH SINGGAH BUAT KALI PERTAMA.
selamat hari ulangtahun...
ReplyDeletesaya suka tengok gambar ke-3.. telefon di belakang tu memang antik.. teringat filem lama guna telefon macam tu...
EJA
ReplyDeleteSAYA PUN TAK TAHU KAT MANA TELEFON TU SEKARANG .. TAPI ITU BUKANLAH TELEFON ANTIK, CUMA DI ANTIKKAN.
Hi,
ReplyDeleteHope this email finds you well.
I'm Xiang from Sirens Media Sdn Bhd, a Malaysia Social Media Company.
I'm interested to propose your blog to the client for advertorials.
If you do interested in it, could you kindly send me a screen shot of your blog unique visitor and unique pageview stat ( a week ) for reference and proposal purposes?
Cheers,
XiangCool
Sirens Media Sdn Bhd
Email : xiang208@gmail.com
Email : xiang@sirens.my
Website : http://www.xiangcool.com
Twitter : @xiangcool
ReplyDeleteSalam Pakngah,
Saya antara pembaca baru blog al-lavendari ni. Menarik! Saya terpaut ke sini melalui link dari blog Azieazah dalam tulisan dia, kenduri kahwin anak pak ngah yang berlangsung baru2 ni. (Blog dia pula saya 'ter-ikut' melalui pautan dalam tulisan Mazidul Akmal Sidek "Bersama Mazidul"). Kini saya sedang mengikuti entri lama pakngah dan sedikit terkeliru tentang perenggan2 awal dalam entri ulang tahun kelahiran As. Antaranya "Manakala anak lelaki ke dua dan bongsu pula saya panggil Iqal ..."
Mungkin kerana masih baru, ternyata saya belum begitu mengenal pakngah sekeluarga. Jadi sekadar bertanya
- adakah anak ketiga, empat DAN kelima adalah lelaki?
- adakah Iqal panggilan untuk kedua2 anak ke empat dan lima itu?
Tak balas komen pun tak mengapa, mungkin ada jawapannya dalam entri lain pakngah yang saya belum sempat baca (lagipun ini entri lama....hehehheee...sedang menyelongkar). Apapun, teruskan menulis pakngah! Saya terhibur dengan jenaka, nasihat dan teguran di blog pakngah ini.
saiful
Salam kembali. Terima kasih kerana sudi membaca entri lama saya. Insya-Allah saya buat satu entri khas bagi menjawab soalan ini sedikit masa lagi ..
Delete