Friday, November 11, 2011

BANGSAT SANGATKAH BAHASA MELAYU INI ?


Baru lagi kita bincang di sini  berkenaan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam seperti di bawah.

  
Wajib Bahasa Melayu -
Kerajaan keluar pekeliling urusan rasmi penjawat awam mesti guna bahasa kebangsaan.
 Berita Harian, 14 Oktober, 2011.

BOLEH PERCAYA KE ?
 .............................................................................................

Saya dah mula tak percaya .. keratan-keratan akhbar seperti berikut sebagai puncanya.


Pelaburan RM5b di Terengganu. Projek Kuala Terengganu City Centre bakal sedia 82,000 peluang kerja - Berita Harian 21, Oktober 2011.

Tak ada nama lain ke dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan selain Kuala Terengganu City Centre. Misalnya "Serambi Kuala Terengganu" atau "Anjung Kuala Terengganu" dan sebagainya. Kalau dah Negeri Terengganu pun menggunakan Bahasa Inggeris, adakah boleh diharapkan Pulau Pinang atau Kuala Lumpur akan menggunakan Bahasa Melayu dalam menamakan projek seumpamanya.

Terbaru lihat dua keratan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober seperti di bawah, yang menambah rasa mual saya.


Nampaknya cabaran kepada Bahasa Melayu bertambah Greater ..!

Tidak cukup dengan itu, pengeluar kereta nasional ke dua kita turut menambahkan luka di hati dengan iklan berikut ..


 LAGI POWER, LAGI BEST.

Miskin sangatkah perbendaharaan kata Bahasa Melayu untuk menggantikan  perkataan "power" dan "best" itu ? Atau hina sangatkah kalau syarikat kereta nasional kebanggaan kita tersebut menggunakan Bahasa Melayu dalam iklannya. Sudahlah begitu bercampur aduk pulak antara  Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Dulu heboh dengan perkataan Sure Heboh dan sekarang dah guna Jom Heboh. Tak ada masalah pun. Tetap juga heboh.

Kalau begini caranya, sampai kiamat pun Bahasa Melayu kita tak akan ke mana !

Nota kaki: Produk-produk Korea Selatan seperti Samsung dan Hyundai tetap mendapat sambutan seluruh dunia kerana kualiti bukannya nama.

....................................................................................

Sub-entry: Petang kelmarin rumah saya kena serbu ..


Inilah gambar mereka yang datang menyerbu itu .. kalau berhajat untuk mengetahui
cerita selanjutnya dipersilakan ke  sini.

52 comments:

  1. Setiap kali persoalan mengenai memartabatkan Bahasa Melayu dikeluarkan, tekak saya memang terasa sangat loya! :(

    ReplyDelete
  2. diorang boleh mulakan dari putrajaya~

    precint? bahasa melayu kah? keh keh~~

    ReplyDelete
  3. media massa yang mainkan pernan ... dan banyak memunahkan ... wawasan ..

    hampas ... haprak ...

    Mempersoalkan unuk memertabatkan Bahasa Melayu ... buat hati naik angin .... war war ... gah nak gila ... tapi pemimpin kita cakap campur aduk bm dan bi ....

    ReplyDelete
  4. Dulu, kita dijajah tanah. Sekarang, kita mudah dijajah minda. Bila dah jajah, lembik pula nak melawan. Dah macam lembu kena cucuk hidung. Kita semangat mengarang entri untuk membangkitkan lagi semangat menaikkan bahasa kita. Yelah, bermula dari seorang. Kemudian datang lagi seorang. Dan kemudian dapat berkumpul jadi sekumpulan. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. MALANGNYA, kita tak macam. Kita tak bersatu macam bangsa Cina. Walau ambil masa, tapi Pulau Pinang kini milik mereka! Bukan berdengki! Tapi sedih sebab orang kita tak macam tu! Cpt muak, jelak, menyampah lepas tu putus asa! Takkah ianya menyedihkan? Tak payah pergi jauh, kawan-kawan kita sendiri dah macam tu! Lebih suka bercerita gula-gula tentang kehidupan sendiri dari membangkitkan isu serius macam ini.

    ReplyDelete
  5. Itulah dia tuan "cakap tak serupa bikin". Dia yg mencanang tapi dia juga yg memusnahkan. Lagi ura-ura dwi-bahasa akan dilaksanakan buat mathematic dan science - sekolah boleh pilih nak BM atau BI. Tak ke gila anak-anak macam anak kakak yg baru nak mengenal dunia pendidikan.

    ReplyDelete
  6. Entahlah entah. Kata jer Bahasa jiwa bangsa. Di Indonesia, mereka bertutur bahasa Indonesia, tak kira bangsa.

    Papantanda, iklan tv ... sume 1 bahasa. Di tempat kita? Hurmmm ..

    Setuju dgn komen bujal X. Kalau Putrajaya sndiri dah .... yg lain-lain?

    ReplyDelete
  7. Salam Tn Hj...,

    Isu bahasa ini sejak dulu lagi dah jadi isu kebangsaan....org melayu ni yg terlalu bertolak ansur tapi bangsa lain tak mau sedikit pun berganjak dgn agenda mereka...ada kala nya org melayu yg sendiri jijik nak gunakan bahasa melayu itu sendiri....allahua`lam..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Tn Hj, isunya bukan bhs yg 'bangsat' tp yg empunya bahasa...(termasuklah saya). bhs adalah identiti bangsa tp klu dah bangsa tak reti dan tak mahu guna bhs tu maka hilanglah identiti bangsa tsb. Jepun antara kuasa besar industri berteknologi tinggi tp guna bhs diorng...tak kisah pun! yg letih bila si politikus cuba nak jd pakar bhs maka jdlah cam kita ni. jd akhirnya siapa yg 'bangsat'?...politikus tu lah kan? dan bila diorng dah jd 'bangsat' maka kita pun diajak bersama mereka...adusss...letiihhh!!

    ReplyDelete
  9. Memartabatkan Bahasa Melayu..bukan sekarang dicanangkan rasanya dah lama dahulu....hanya ianya seringkali tewas dan kandas..kali ni boleh kah berjaya?...Rasanya tak akan juga..Sbb yang mencadangkan juga seringkali kekok menggunakan bahasa kebangsaan dengan sempurna...

    ReplyDelete
  10. salam tuan haji....

    saya setuju btul ngan tuan haji... perancangan bukan main pelaksanaan tah mana gi ... duit je keluar tak tau ke mana..

    ReplyDelete
  11. " I tak kisah. As we know that kita mmg nmpk bodoh if guna bahasa sendiri. no class, you!!"

    ReplyDelete
  12. bila tujuan sama tapi tak sekepala macam2 boleh jadi...

    Engku Aziz. Memperjuangkan Bahasa Melayu, cuba tengok Zeti (anaknya) bila keluar TV sepatah haram tak pernah cakap Melayu!

    ReplyDelete
  13. Pemimpin perlu tunjukkan tauladan. Itu sahaja komen saya.

    ReplyDelete
  14. Susulan entri Rendang atau Rendang... kebanyakan tanda tiada di papan kekunci, namun ada di: Start > All Programs > Accessories > System Tools > Character Map... macam-macam ada, cuma pilih, salin dan tampal.

    ReplyDelete
  15. ini cerita yg tak berkesudahan....!

    ReplyDelete
  16. SEBENARNYA.. KALAU BETUL2 NAK GUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM SEMUA PERKARA MEMANG BOLEH.. TAPI KENALAH BETUL2 DAN BERSUNGGUH2.. BUKAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA..

    CONTOHNYA MYVI BARU TU, BUKAN KE LEBIH ELOK DISEBUT "LAGI HEBAT, LAGI BAIK". APELAH SALAHNYA KAN...

    ReplyDelete
  17. JADINYA.. KALAU "MEREKA-MEREKA" TIDAK MAHU MULAKAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, BIARLAH KITA-KITA SAJA YANG MEMARTABATKANNYA..

    JOM LAYAN NI ---> http://fairusmamat.blogspot.com/2011/08/mari-kita-ajar-cina-dan-india.html

    ReplyDelete
  18. nak dpt sokongan pencinta bahasa je kot...

    klu mereka berhasrat untuk memartabatkan kembali bahasa melayu, itu dianggap satu permulaan yang baik, ada niat...

    tapi tindakan seharusnya seiring dengan niat, barulah semua orang tak pandang sinis dengan cadangan kerajaan.

    ReplyDelete
  19. dek kerana kurangnya penggunaan b.melayu, kadang2 sampai terpaksa fikir panjang utk menterjemahkan bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu.. aduyai..

    ReplyDelete
  20. KAKCIK

    SAMALAH KITA .. SAYA MAKAN ASAM BOI UTK HILANGKANNYA !

    ReplyDelete
  21. BUJALX

    PRECINT TU BAHASA ORANG ALOQ STAQ KOT !

    ReplyDelete
  22. CHIK ATT

    ITULAH FASAL .. BIKIN TAK SERUPA CAKAP.

    ReplyDelete
  23. FARA

    SETUJU DENGAN APA YG FARA NYATAKAN ITU. KEMANA LAGI HENDAK KITA SANDARKAN HARAPAN ?

    ReplyDelete
  24. KAKZAKIE

    MEMANG BOLEH GILA DIBUATNYA. SEJAK TAHUN 60AN LAGI PERKARA INI TAK BOLEH SELESAI. ENTAHLAH ..

    ReplyDelete
  25. KAKCHIK@ELLA

    BUKAN SAHAJA DI INDONESIA .. BAHKAN MAJORITINYA BEGITU KECUALI NEGARA KITA.

    ReplyDelete
  26. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    SAYA TIDAK MAHU MENYALAHKAN ORANG LAIN. SAYA MENYALAHKAN BANGSA KITA SENDIRI. MEREKA MENARI MENGIKUT GENDANG YANG KITA PUKUL.

    ReplyDelete
  27. NAHMY

    ALAIKUMSALAM.

    SAYA SETUJU SANGAT DENGAN APA YANG AWAK NYATAKAN ITU. SAYA BUKAN ANTI MANA-MANA BAHASA, TETAPI JANGAN SAMPAI MENGAGUNGKANNYA HINGGA SAMPAI MENJATUHKAN MARUAH BM KITA.

    ReplyDelete
  28. EYE_NEE

    GERAKAN MEMARTABATKAN BM INI SAYA PERHATIKAN BERMUSIM. DEKAT DENGAN PRU AKAN GEGAK GEMPITA SEKEJAP DAN LEPAS ITU BALIK ASAL.

    ReplyDelete
  29. ATIE

    SALAM KEMBALI

    PELAKSANAANNYA SEKADAR MELEPAS BATUK DI TANGGA ATAU HANGAT2 TAHI AYAM.

    ReplyDelete
  30. AKUZLE AYU

    PANAS DAN PEDAS KOMEN AWAK ! HARAP SIAPA YG MAKAN LADA TERASA PEDAS.

    ReplyDelete
  31. JUNAINA

    SETUJU. CONTOH ENGKU AZIZ DENGAN AZAH AZIZ ADALAH SATU CONTOH YANG SANGAT KLASIK.

    ReplyDelete
  32. DADDY ZIYYAD

    YANG DIPIMPIN PERLU TUNJUKKAN JALAN. KALAU TAK JALAN MASUK .. JALAN KELUAR.

    ReplyDelete
  33. BUDI RIJALI.

    TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS TUNJUK AJAR ITU. SAYA AMAT MENGHARGAINYA. SEKARANG SAYA SUDAH TAHU KE MANA HENDAK DI TUJU.

    ReplyDelete
  34. GEDEK

    PASTI ADA KESUDAHANNYA .. KIAMAT !

    ReplyDelete
  35. FAIRUS 1 & 2

    BETUL. KITA BOLEH MULAKAN. KATA ORANG "TIADA SIAPA YANG BOLEH BUAT SEMUA, TAPI SETIAP ORANG BOLEH BUAT SESUATU"

    ReplyDelete
  36. MUHAMMAD SYAHMI

    SAYA AMAT BERHARAP GERAKAN KALI INI BERJAYA DAN BERTERUSAN SAMPAI BILA-BILA.

    ReplyDelete
  37. FUAD ANSARI

    KITA KENA MULAKAN, WALAUPUN TERASA GANJIL PADA MULANYA. DALAM ICT BANYAK ISTILAH YANG GANJIL PADA MULANYA TAPI LAMA KELAMAAN DAH JADI BIASA. CONTOHNYA .. PERISIAN, LAMAN SESAWANG, PERKAKASAN, PAPAN KEKUNCI, MUKABUKU DSB.

    ReplyDelete
  38. Tuan,

    Di tompek tuan pun guna nama 'mantan tuan kita', Taman Lavender.He..he.., maaf.

    Agaknya, sindrom mengagumi BI adalah fenomena yang makamnya setaraf dengan kegilaan Orang Malaysia terutamanya Orang Melayu yang ketagihan teh tarik Mamak.

    Malangnya, kecuali dua tiga kerat, tidak ramai pejuang bahasa yang 'sanggup menjadi lilin' sekarang.Orang biasa juga kurang memberi sokongan.

    Kita sibuk berpolitik dan berkelahi sesama sendiri.

    Usahkan bahasa, bangsa juga akan 'lunyai'!

    ReplyDelete
  39. UJANG KUTIK

    AGAKNYA NAMA LAVENDER TAK ADA DALAM BAHASA MELAYU. ENTAHLAH .. KAT SINI ORANG SUKA SANGAT BUBUH NAMA MAT SALLEH .. CONTOH TAMAN EXORA, MARGOSA, FOREST HEIGHTS DAN BERSEPAH LAGI.

    SALAH SAPO ?

    TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DAN MENINGGALKAN KOMEN.

    ReplyDelete
  40. BUAT KALI INI SUDAH 3 KALI SAYA TINGGALKAN KOMEN. SEBENARNYA SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBUAT PENULISAN YANG SAMA. SUDILAH JENGOK2 BLOG SAYA KALAU NAK BACA APA YANG SAYA TULISKAN PERIHAL BAHASA MELAYU INI..

    ReplyDelete
  41. FAIRUS

    SAYA TELAH BACA ENTRI AWAK, TAPI TAK JUMPA RUANG NAK KOMEN. JADI SAYA DAH KOMEN DI FB AWAK. DI SINI SAYA SEKALI LAGI NAK UCAPKAN TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  42. KALAU NAK KOMEN DI BLOG SAYA, SILA KLIK DI TAJUK "ENTRY". NANTI BARU KELUAR RUANGAN KOMEN..

    ReplyDelete
  43. FAIRUS

    MACAM TU KE ? TAK TERFIKIRLAH PULAK. LAIN KALI SAYA AKAN BUAT BEGITU.

    ReplyDelete
  44. saya ketinggalan tp msh tk terlewat kan..
    dah komen kat entry terbaru tadi..cuba tanya menteri2 Melayu kita..dia guna bahasa apa ckp dgn anak bini diaorg..mesti laha bahasa mat saleh..tak mainlah bahasa melayu..

    lagi parah bila tenguk drama kt tv,...samapi bising2..ni xcerita melayu ke citer org putih?bnyak org putih dari Melayunya..

    ReplyDelete
  45. saya sokong entry ni...bahasa melayu memang semakin terpinggir :(

    ReplyDelete
  46. "bapak2" nun kat atas sana kalau bercakap di TV dah macam rojak....siapa yang perlu dipersalahkan????

    ReplyDelete
  47. NYANYISUNYI

    SAYA PUN GITU .. BILA TENGOK DRAMA MELAYU MACAM TENGOK CERITA TAMIL/HINDI .. BANYAK SANGAT BI DISELITKAN.

    ReplyDelete
  48. MAMA ZHARFAN

    YANG SEDIHNYA .. IA DIPINGGIRKAN OLEH ORANG MELAYU SENDIRI.

    ReplyDelete
  49. NZA

    MEMANG MEREKA YANG SALAH. MARI KITA MEPERSALAHKAN MEREKA.

    ReplyDelete
  50. nampaknya penulisan saya pon sudah dipengaruhi dengan bahasa rojak...grerrrr

    akan cuba memperbaiki

    (dtg dr blog munnafendy ;))

    ReplyDelete
  51. BITT

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN KOMEN. SAYA PUN KADANG-KADANG MACAM ITU JUGA.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Harini saya sudah membaca
    Butiran dan komen kalian diatas,mungkin ada yang kalian sudah dijemput tetapi jangan lengah dengan dunia akhirat pun jangan dibuai lena oleh keduniaan,
    Sama-sama kita memperkasakan beka Melayu aka Bahasa Malaysia .
    bagaimanapun saya berada di pulau Pinang berharap anda semua menggunakan banyak bahasa dalam hidup tapi cakna akan penggunaan satu bahasa sahaja dalam satu masa bukan rojak[2-4] bahasa serentak.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.