Wednesday, November 2, 2011

CINTA PUTERI RAJA DAN APAM BALIK.



  
Berita Harian 22 Oktober 2011 antara lain memuatkan secebis kisah hidup kerabat di raja Selangor yang berkahwin dengan warganegara Perancis yang kini menetap di Malaysia. Saya tertarik dengan kenyataan Aubry suami kepada Tengku Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti berikut: 

"Pada pendapat saya kuih apam balik jauh lebih sedap rasanya dari Macaroon. Saya sendiri hairan dan tertanya-tanya kenapa macaroon begitu mendapat sambutan di sini".

Walaupun Aubry mungkin berkata begitu kerana hendak mengambil hati Tengku, namun saya tetap bersetuju dengan beliau bahawa kuih apam balik jauh lebih sedap rasanya daripa macaroon. Namun begitu kalau ada orang gemar makan macaroon atau ingin membuka kedai jual macaroon, teruskanlah. Tapi sekiranya anda bercadang hendak membawa kuih bila datang ke rumah saya, ketahuilah bahawa saya lebih suka kalau anda membawa kuih apam balik sahaja. 

Dulu lagi saya sudah cakap bahawa kuih Melayu ada kekuatan tersendiri kat sini.  Bagaimana pula dengan anda ?


nota kaki: kalau nak tahu apa itu macaroon, sila google.

.......................................................................................................................................................

Sub-Entri: Percubaan Pertama Buat Slideshow.



Musim Luruh di Usa (1982-84) Slideshow: Al-lavendari’s trip from Malaysia to United States was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


42 comments:

  1. Mungkin ada baiknya jika Apam Balik di perkenalkan di Perancis. Manalah tahu ia akan jadi satu fenomena :D

    Pasangan ini mempunyai blog, jika tuan rajin boleh singgah ke blog mereka - Frog + Princess Blog

    Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #16

    ReplyDelete
  2. tak penah berpeluang lagi nak merasa macaron, katanya manis. tapi apam balik kat tempat saya dah dibuat penambahbaikan, yang terkini, apam balik inti pulut hitam, perghhh mmg sedap

    ReplyDelete
  3. ANIF

    TERIMA KASIH KERANA BERITAHU. LEPAS NI SAYA AKAN TERJAH BLOG DIA ORANG.

    ReplyDelete
  4. MAMASYAZA

    KAT MANA JUAL TU ? SAYA BELUM PERNAH RASA LAGI. TERINGIN JUGA NAK MENCUBA.

    ReplyDelete
  5. penangan sambal belacan terus terlupakan macaroon...

    apapun saya suka apam balik kat kampung di arau. apam balik kecil tapi tebal bukan nipis rangup macam jual kat pasal malam di kajang. lebihkan kacang serta jagungnya.

    sekarang apam balik dah di komersialkan dengan pelbagai perisa dan pelbagai hiasan tambahan tetapi saya tetap suka yang original.

    tuan haji macam mana pulak?

    ReplyDelete
  6. ha ha ha...saya org kl yg dibesarkn di kg (kg dato keramat), tak tahu apa itu macaroon...pertama kali dgr. Tiap2 hari isnin beli apam balik sedap di pasar mlm...

    ReplyDelete
  7. saya baru tahu yang macaron dengan macaroon adalah dua makanan yang berbeza~

    ReplyDelete
  8. Kalau kakak pun suruh pilih dua kuih ini lebih suka apam balik. Tekak kakak tekak Melayu tuan...

    ReplyDelete
  9. tahniah tn hj..

    itu bukan percubaan lg nampaknya..itu dah kira hebat hasil tgn tuan haji tue....caiyok tuan haji...

    ReplyDelete
  10. Assalamuaaikum Tn Hj..,

    saya tak pernah makan macaroon...hehehe macaroni adalah..hehehe. tak dpt lah nak bezakan dgn apam balik yg memang antara kegemaran saya... baik yg tebal maupun yg rangup...

    memang kebanyakan masyarakat kat sini masih terjajah walaupun dah merdeka 54 tahun Tuan...

    ReplyDelete
  11. Sy tak suka macaroon sbb manis.

    Tp kan Pakcik, klu sdg dilamun cinta....semua pun jdk sedap. Klu putus cinta?

    Hehehehe~

    ReplyDelete
  12. Salam Pak Ngah..
    Orang kita ni Pak Ngah, kalau "namanya" datang dari luar negara , mesti teruja punya...he..he..saya pun kadang2 teruja jugak..:D

    p/s..Pak Ngah..Pernah tak rasa Apam balik berintikan Coklat....?..sedappp...

    ReplyDelete
  13. pernah dgr nama macaroon tapi tak pernah rasa lagi.

    kalau nama apam balik tu di peranciskan atau diengliskan, tentu ianya mendapat dan popular di malaysia. sebab org kita suka nama makanan yg bukan nama melayu

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Ngah...

    Tak tahu nak komen mana sedap sebab tak pernah makan macaroon tu lagi.. tapi Nida rasa mungkin sebab macaroon tu comel dan berwarna-warni, tu yang menyebabkan ia glamer berbanding apam balik kot...

    ReplyDelete
  15. macaron manis. apam balik pun manis.

    saya lagi suka karipap. heheh~

    ReplyDelete
  16. jujur..sy tk penah makan macaron...nampak macam kampung sgt kan hehehe..apa2pun memang kueh melayu the best

    ReplyDelete
  17. kat depan rumah saya ada org jual apam balik..tpi saya tak pernah beli....

    ReplyDelete
  18. apam balik pun dah macam2 pesen jugak skarang ni... tapi saya tetap suka apam balik yg ori

    ReplyDelete
  19. hehe btol tu apam balik lg sedap.nak buat pun senang tapi nak buat macaroon tu..3 kali gagal:(..buat apam balik sekali cuba dah jadi:)

    ReplyDelete
  20. Nak mencuba resepi baru tak kisah.. tapi jangan sampai mengagongkan kuih orang lain.. sampai lupa kuit kita sendiri...( konon tak ada standard )

    ReplyDelete
  21. Yang nak jual apam balik boleh cuba jual macaroon juga. Tengok, mana yang lebih laku. Bila kita lihat banyaknya makanan yang asal-usulnya bukan kita punya (juga kedai yang menjualnya), ketara sangat citarasa ramai orang kita sudah berubah. Namun, makanan tradisional kita, insya-Allah akan terus ada.

    Apam balik, balik ke mana? Masa dimasak pun tak nampak ia dibalik-balikkan. Selamat hariraya haji. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  22. apam balik dan macaroon.

    dari segi rupa macaroon lebih attractive...
    apam balik pun apa kurangnya kan...

    seperti kecantikan juga.. kesedapan sesuatu makanan itu juga suatu yang subjektif..

    uncle suka apam balikya.. sy suka apam yang kaler pink tuh..nama tak tahu.. hehee

    ReplyDelete
  23. JUNAINA

    SAYA JUGA SUKA SANGAT DENGAN APAM BALIK KECIK YANG JUAL KAT NAT. SAYA SELALU BELI KAT NAT BESERI TIAP KALI BALIK KE PERLIS. RASANYA MEMANG TAK BOLEH LAWAN DENGAN ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  24. UMMI

    MEMANG UMMI PENGGEMAR SETIA KALAU DAH TIAP2 MINGGU BELI .. SAYA TAKLAH SAMPAI GITU SEKALI.

    ReplyDelete
  25. KAKZAKIE

    SAMALAH KITA .. APA2 PUN NAK MAKAN NASI JUGA.

    ReplyDelete
  26. SAHROMNASRUDIN

    RUPANYA TAK SUSAH MANA .. RAHSIANYA JANGAN TAKUT MENCUBA.

    ReplyDelete
  27. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    MASYARAKAT KITA SANGAT TERBUKA DAN 'RECEPTIVE' .. ADA BAIK DAN BANYAK BURUKNYA.

    ReplyDelete
  28. FARA

    KALAU SEDANG DILAMUN CINTA, TAK MAKAN APA-APA PUN TAK MENGAPA.

    ReplyDelete
  29. AZI

    SALAM KEMBALI

    PAKNGAH TAK BERAPA SUKA COKLAT .. LEBIH SUKA YANG ORI LAGI.

    ReplyDelete
  30. MR PENYUBIRU

    MUNGKIN JUGA BEGITU .. KAWIN PUN SUKA DENGAN MAT SALLEH.

    ReplyDelete
  31. NIDA

    SALAM KEMBALI

    GLAMER TAK SEMESTINYA SEDAP KAN !

    ReplyDelete
  32. NYANYISUNYI

    SAYA PUN TAK PASTI PERNAH MAKAN KE BELUM .. !

    ReplyDelete
  33. IKAN EMAS

    KITA MEMANG BEGITU .. SUKA YANG JAUH-JAUH !

    ReplyDelete
  34. IBUINTAN

    SAYA PUN SUKA YANG ORI .. TAPI YG ORI TU MACAM MANA PULAK RUPANYA ?

    ReplyDelete
  35. CIKMANGGIS

    SAYA BELUM PERNAH CUBA BUAT APAM BALIK LAGI. CUBA MAKAN DAH BANYAK KALI .. SEMUANYA MENJADI. HEHE

    ReplyDelete
  36. ROSLAINI SAAD

    TAPI KAT HOTEL TIME BUKA PUASA, SAYA NAMPAK KUEH MELAYU MENGATASI KUEH BUKAN MELAYU.

    ReplyDelete
  37. ABANG TEMUK

    MAKANAN TRADISI MAKIN KURANG PENGGEMAR DAN PEMBUATNYA. SAYA SENDIRI MENGALAMINYA BILA MENCARI KUEH TERTENTU MASA BULAN PUASA DULU. KALAU ADA PUN RASANYA DAH TAK MACAM DULU2.

    YE TAK YE .. MANA DATANGNYA NAMA APAM BALIK TU ?

    SELAMAT HARI RAYA HAJI JUGA UNTUK ABANG SEKELUARGA.

    ReplyDelete
  38. FATIN MRAZ

    APAM BALIK TU SALAH SATU KUEH YG UNCLE SUKA. SEBENARNYA BANYAK LAGI KUEH YANG UNCLE SUKA, TAPI MACAROON BUKAN SALAH SATU DARINYA.

    ReplyDelete
  39. apam balik memang sedap.lagi-lagi di makan bila masih panas.

    ReplyDelete
  40. MONALEA

    SAYA SUKA YG TAK BERAPA PANAS .. SUAM2 KUKU KATA ORANG.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.