Di antara banyak-banyak tempat yang saya pernah lawati (macamlah banyak sangat), saya harus akui bahawa Switzerland memang cantik. Tapi itu tidak bermakna Malaysia tidak cantik. Serupalah kalau saya kata Siti Norhaliza cantik, itu tidak bermakna Fasha Sanda tidak cantik.
Selain dari cantik, ia juga bersih dan segar. Tak hairanlah banyak produser filem Hindustan memilih Switzerland sebagai tempat penggambaran. Berikut adalah gambar yang sempat saya ambil. Ada juga sebahagiannya gambar kitar semula.
Gambar 1: Anggota rombongan dari pelbagai agensi Kerajaan dari Malaysia.
Gambar 2: Saya tinggal di hotel ini. Mereka masak khas untuk kami. Ada nasi !
Gambar 3: Luzern. Salah sebuah bandar yang cantik dengar air tasiknya yang jernih mengalir dari banjaran Alps seperti gambar-gambar di bawah nanti. Saya di hantar ke sini oleh tempat saya bekerja atas urusan rasmi.
Gambar 4: Depan kedai Rolex .. jenama jamtangan keluaran negara Swiss yang terkenal di seluruh dunia.
Gambar 5: Lihatlah Banjaran Alps yang diliputi salji nun dikejauhan di belakang saya.
Video 1: Di Kaki Titlis (video kitar semula)
Gambar 6: Terbayang saya Aiswarya Rai sedang menari-menari di kawasan ini.
Gambar 7: Kenderaan darat yang kita naiki untuk membawa ke mana-mana. Drebar dia berbangsa Tamil dan pembantu dia juga berbangsa Tamil dan
dia orang berborak dengan kuatnya dalam Bahasa Tamil. Nasib baik saya tak faham.
Kalau saya faham, mungkin saya pun ikut berborak sama.
dia orang berborak dengan kuatnya dalam Bahasa Tamil. Nasib baik saya tak faham.
Kalau saya faham, mungkin saya pun ikut berborak sama.
Gambar 8: Air yang mengalir dari gunung ditakung oleh tasik-tasik di bawahnya.
Lihatlah itik berenang-renang sambil berkawan di dalam tasik di belakang saya.
Ia membuatkan saya segera teringat kepada Makngahnya.
Gambar 9: Bergambar depan kedai kopi.Bergambar jer !
Video 1: Di Kaki Titlis (video kitar semula)
Gaya bergambar yang sama, walaupun latar belakang berbeza! :)
ReplyDeleteLuas pemandangan pakcik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila la tempat kerja saya nak menghantar saya bekerja di Switzerland ..... ishhhh ....
ReplyDeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteSeronok tengok gambar Pak Ngah...sudah jauh Pak Ngah berjalan..berbagai kenangan yang dirakam....saya ni bila le boleh sampai kat situ....:)
P/S..Banyak ke Pak Ngah borong Jam Rolex...he..he..?
kesian mak ngah tak ikut..kalau tak boleh posing ala2 bollywood...heheheh!
ReplyDeletecantik dan menarik...
ReplyDeletejauh perjalanan luas pengalaman,
KAKCIK
ReplyDeleteNANTI DI BAHAGIAN 2, SAYA TUKAR GAYA BERGAMBAR.
IEDA79
ReplyDeleteITU SEMUA KINI HANYA KENANGAN BELAKA.
CIK ATT
ReplyDeleteSUSAH2 BUAT ROMBONGAN SENDIRI.
AZI
ReplyDeletePAK NGAH PERGI NAIK K,TERBANG. KALAU BERJALN BILA NK SAMPAI .. HEHE
KAK LONG
ReplyDeleteDAH NASIB DIA KENA JAGA ANAK. KALAU MUSIM CUTI SEK, MUNGKIN SAYA BAWAK:
ABU MUAZ
ReplyDeleteMELIHAT DAN MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ILAHI.
Pakcik,
ReplyDeleteKenapalah kita lambat saling mengenali. Kalau tak, sebelum Pakcik berlepas ke Switzerland, sudah pasti sy akan kirim Pakcik barang sekarung dua cokelat Toggi!
Hiks!
best nye...
ReplyDeleteseronoknya..
ReplyDeletepakngah keje ape ye?? (",)
masa ni tak bawa makngah ye uncle?mmg sgt2 cantik.tenang je tgk gmbr tu
ReplyDeleteThn depan yun nak gi...
ReplyDeleteTgh kumpul duit dalam tabung
ayam nih...
Assalamualaikum...
ReplyDeletesememangnya sejuk kan ! Saya di Austria ketika ini. Sakit tulang belakang saya sebab tidur meringkuk, jalan-jalan diluar pun menahan kesejukan.....! Yang bab Aishwarya Rai menari tu yang tak tahan nak gelak....heheheh
FARA
ReplyDeleteTAK YAH PERGI JAUH .. RASANYA KAT LANGKAWI PUN BANYAK COKELAT TU.
IWANSKI
ReplyDeleteTERIMA KASIH SINGGAH KALI PERTAMA.
FUAD ANSARI
ReplyDeleteDULU KERJA DENGAN KERAJAAN DI PELBAGAI AGENSI DAN KEMENTERIAN .. SEKARANG DAH BERSARA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteSUSAH NAK BAWA .. ANAK SEKOLAH TAK ADA SIAPA NAK JAGA. LAGIPUN PERGI AGAK LAMA JUGA. HAMPIR DUA MINGGU.
CIK SHINJU
ReplyDeleteKALAU TIAP-TIAP HARI MASUKKAN RM100 DALAM TABUNG TU .. HUJUNG TAHUN NI PUN DAH BOLEH PERGI.
jauh pakcik berjalan... huhuhu
ReplyDeleteAUJINZ
ReplyDeletePAKCIK TAK BERJALAN .. PAKCIK NAIK KAPALTERBANG !