Friday, October 14, 2011

KAN KE SENANG !

kalaulah senang, nak hidup senang
kan ke senang.

tapi bukan senang, nak hidup senang
lagilah tak senang
kalau hidup kita dah senang
sebab ramai orang tak senang
tengok kita hidup senang.

padahal kalaulah
semua orang hidup senang
hidup kita yang tak senang pun
boleh jadi senang.

sebaliknya kalaulah
semua orang hidup tak senang
hidup kita yang senang pun
boleh jadi tak senang.

jadi 
kalau kita nak hidup senang
janganlah tak senang
tengok orang hidup senang.

lagipun orang yang tak senang
tengok orang hidup senang
hidup dia pun bukannya senang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhkN_-NJaGsYRuZUdY_FMG_dvwv9EqJ3JeAQr9GqJKMs0RWTNsT9QuDjOrdqXpl5EdG3U6EhBRQUzZEG8F4jGi6abDcWw8jJ3wG8707ZVEyAG1JU3d1cCfQ28Uh9BBBrmlaKA1dAtfkwU/s1600/Isteri+Salih+yaacob.jpg


Saya senang sekali tengok dia orang senang !

.

36 comments:

  1. Saya senang melihat orang senang, tapi kenapa ada orang tak senang melihat saya sedangkan saya bukanlah orang senang pun. :(

    ReplyDelete
  2. Yang senang buat tak tahu saja bila org tak senang melihat kita senang.

    ReplyDelete
  3. Kalau kita hidup tak senang pun buat2 senang aje. Setidak2nya taklah menyusahkan org lain.

    Puas saya dapat gunakan perkataan 'susah' hehehe

    ReplyDelete
  4. saya minat salih yacob.pakcik pun minat?he~~

    *ehem~

    ReplyDelete
  5. pak ngah sya ingat masuk dalam rumah yg satu tu tadi, rupanya memang rumah yg nih
    pak ngah minat salih yacob ye?

    apapun tak ada yang senang dalam dunia ni
    nak makan kena suap jugakan?

    ReplyDelete
  6. gambar keluarga SY ke tu pakngah....

    puisi Kan Ke Senang lah ni ya?..:)

    ReplyDelete
  7. senang tak senang jadikanlah hidup kita senang supaya kita tak ganggu senang org lain...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tn Hj..,

    saya suka tenguk org senang, ada rezeki leh tumpang senang sekali..

    senang atau tak senang ni terpulang kepada diri sendiri tuan...allahualam

    ReplyDelete
  9. Pakcik yg cool!

    SY mmg senang dgn kesenangan yg die dpt dr Allah. Tapi sy perasan yg die sgt tak senang bila org dok cite psl anak2nya pula. Maklum, dah anak dara. Cantik2 pula. Senang je mata si jejantas memandang!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. ayahanda otai,

    senang hati bila dah baca pu.e.c nih.
    senang bila semua yang ditulis tu benar

    tapi tak senang nak cari cara nak ajar sikit orang yang tak senang tengok kita senang!!

    ReplyDelete
  11. Lebih baik lagi bila kita senang, berkongsi dengan orang-orang yang berapa senang... kan?

    ReplyDelete
  12. Tp saya senang bila tgk org senang sbb kita jugak boleh tumpang senang kan.... :)))))

    ReplyDelete
  13. walaupun saya tak senang macam orang lain tapi saya senang hati. :)

    ReplyDelete
  14. senangnya hati Saleh yakob bersenang lenang , dengan senang-senang jadi isteri Saleh Yakob yang memang senang , Kalau saya pun nak jadi bini orang senang.. ..Tapi bukan senang-senang saya nak bagi suami saya senang lenang tambah 4 macam gambar SY di atas...... Hahahha apa aku tulis ni ? tak paham hehehe

    ReplyDelete
  15. saya senang betul baca entri uncle yang banyak senang nih!

    ReplyDelete
  16. saya pulsk terkesima tengok gambar yang pakcik letak tuh.. :)

    ReplyDelete
  17. memang senang... kan susah pun, janji ati senang

    ReplyDelete
  18. KAKCIK

    MUNGKIN KEPADA ORANG ITU, KAKCIK ADALAH ORANG SENANG.

    ReplyDelete
  19. KAKZAKIE

    ITU SAYA SETUJU .. TAPI BUKAN SENANG NAK BUAT TAK TAHU.

    ReplyDelete
  20. YUNUS BADAWI

    SAYA SENANG BILA AWAK DAH PUAS.

    ReplyDelete
  21. BUJAL X

    EHEM AWAK ITU MENGANDUNGI SERIBU MAKNA.

    ReplyDelete
  22. KASIHIBU

    BETUL .. BUKAN SENANG NAK SENANG.

    ReplyDelete
  23. YUS

    YA .. ITU GAMBAR KELUARGA SY SEBELUM PERGI MELANCONG. MUNGKIN RAMAI YANG TAK SENANG DENGAN SY.

    ReplyDelete
  24. JUNAINA

    SETUJU .. JANGAN GANGGU KESENANGAN ORANG LAIN KECUALILAH KALAU TAK NAK SENANG.

    ReplyDelete
  25. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SENANG TAK SENANG BERGANTUNG KEPADA IZIN ALLAH SEBENARNYA. KITA CUMA BERUSAHA SAHAJA.

    ReplyDelete
  26. FARA

    MUNGKIN SY TAK SETUJU KALAU ANAK-ANAK GADIS DIA DIMADUKAN. AGAKNYALAH ..

    ReplyDelete
  27. AZKETOM

    ORANG MACAM TU MEMANG SENTIASA ADA DALAM MANA2 MASYARAKAT DAN MANA2 ZAMAN. HILANG SATU BERGANTI SATU. BIARKAN SAHAJALAH DIA HIDUP MEMENDAM RASA.

    ReplyDelete
  28. AZIEAZAH

    KALAU AWAK NAK KONGSI DENGAN ORANG YANG SENANG PUN TAK SALAH.

    ReplyDelete
  29. IBUHANI

    SETUJU .. ITULAH SEBENARNYA MESEJ YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN.

    ReplyDelete
  30. IEDA79

    SENANG HATI TU BUKAN SENANG NAK DAPAT.

    ReplyDelete
  31. LILYDAMIA

    SAYA FAHAM. BUKAN SENANG AWAK NAK DIMADUKAN. KAN ?

    ReplyDelete
  32. GADISBUNGA

    UNCLE PUN BANYAK SENANG HATI BILA AWAK SENANG.

    ReplyDelete
  33. AJEE

    AWAK TERKESIMA .. PAKCIK TERUJA. HEHE

    ReplyDelete
  34. IBUINTAN

    BETUL .. BUAT APA NAK MENYUSAHKAN HATI !

    ReplyDelete
  35. pak cik, saya sgt2 tertarik dgn entri yang ini, terasa sgt dekat di hati dalam apa sedang saya alami. boleh tak kiranya saya pinjam dan post di blog saya?

    ReplyDelete
  36. FARHANNA

    SILAKANLAH. TENTU FARHANNA AKAN BERI KREDIT KEPADA UNCLE NANTI KAN !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.