Tuesday, October 11, 2011

DULU LEMBUT GIGI DARI LIDAH, SEKARANG BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK.


Saya percaya semua orang pernah berhutang (meminjam) dan juga pernah menjadi tempat orang berhutang. Kalau tak banyak .. sikit, rasanya pasti ada. Saya pun tidak terkecuali. Amaunnya bukan menjadi persoalan di sini. 

Jadi orang yang berhutang seronok, tapi jadi tempat orang berhutang kerap memendam rasa. Saya pula jenis orang yang tak reti nak tuntut hutang. Bagi saya, kalau dah berhutang, pandai-pandailah bayar sendiri. Tak perlulah nak di minta. Pandai pinjam, pandailah bayar.

Secara kasarnya ada 4 fesyen orang yang pernah berhutang dengan saya.

1. Dia akan bayar sepenuhnya bila tiba masa atau sebelum masa yang dijanjikan.

2. Dia tak dapat sepenuhnya tapi bayar sebahagian sahaja dan minta tangguh bakinya. Banyak kali juga, si peminjam terus lupa atau buat-buat lupa.

3. Dia tak bayar langsung tapi minta maaf kerana tak dapat bayar. Kalau berjumpa pun, muka dia selamba sahaja. Tak ada nak menyorok-nyorok.

4. Dia tak bayar langsung dan batang hidung pun tak nampak.

Semua fesyen tersebut ada berhutang dengan saya ... ada kawan, ada kakitangan sepejabat dan ramai juga saudara mara. Yang saudara mara tu, saya dah halalkan semuanya .. tapi kalau mereka nak bayar, saya terima juga.

Saya nak cerita dua kisah orang berhutang dengan saya yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada pembaca semua. 

Kisah 1. 

Mula-mula dia nak pinjam RM30 ribu. Katanya nak berniaga jual beli lembu sempena hari Raya Haji beberapa tahun lalu. Tapi saya cuma beri pinjam RM10 ribu sahaja kerana inilah kali pertama dia meminjam. Dia tak ada 'track record' lagi dengan saya. Diberinya geran lorinya untuk saya pegang sebagai cagaran.

Selepas Raya Haji dia datang ke rumah. Ingatkan dia nak bayar hutang. Tetapi sebaliknya dia beritahu tak dapat bayar sebab urusan pembelian lembunya tergendala di sebabkan banjir di Kelantan. Rupanya dia datang nak meminjam geran lorinya untuk memperbaharui insuran dan cukai jalannya. Mulanya saya keberatan nak beri tapi katanya kalau tak beri, dia tak boleh bawa lori. Dan kalau tak boleh bawa lori macam mana dia nak berniaga. Kalau dia tak dapat berniaga, macam mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana dia nak bayar hutang. Akhirnya saya berilah selepas dia berjanji akan memulangkan kepada saya geran itu sebaik selesai urusan memperbaharui cukai jalannya. Itulah kali terakhir saya berjumpa dia. Dia pun tak pernah menalipon saya dan saya pun tak mahu menalipon dia. 

Kisah 2.

Dia ni selalu datang ke taman perumahan saya menjual kueh dari rumah ke rumah. Dia pinjam tak banyak. Katanya cuma tak cukup RM200 sahaja untuk belanja tambang anaknya balik belajar dari seberang laut. Janjinya dalam tempoh dua minggu dia akan bayar. Melihat mukanya yang sayu kita pun naik kesian. Sekarang dah masuk setengah tahun batang hidung dia pun tak nampak. Yang lucunya bila kita bercerita secara tak sengaja tentang hal ini dengan rakan-rakan se taman, rupanya ramai penduduk di sini yang di pinjamnya atas alasan yang sama.

Saya percaya orang yang berhutang dengan saya itu, tidak kaya raya dan hidupnya pasti tak tenang takut saya tagih atau terserempak dengan saya. Sebaliknya pula, saya mendapat gantian  berlipat kali ganda dariNya secara yang tidak di sangka-sangka.

Tentu anda juga ada cerita tentang orang yang berhutang dengan anda. Mari kita berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat kita semua agar pisang tidak berbuah dua kali (walaupun saya sebenarnya tak kisah kalau pisang saya nak berbuah berapa banyak kali pun).



53 comments:

  1. wah uncle. top ranking tu! :D

    umm..saya penah jugak la ada org berhutang.... 10 tahun dulu...masa belajo dulu nak jadi citer, sorang member saya ni dah tertinggal wallet dia dalam teksi yg kitorang sama2 naik nak gi subang. pastu mengenangkan dia yang takde se sen pun, saya bagi pinjam rm50. saya cakap, pakai la dulu. nanti ko bayar la balik. ye la sebab sama2 belajar kan, bukannya keje lagi. time tu rm50 tu banyak tau! duit yg ayh saya masukkan pulak tu.

    alih2, sampai ke harini dia tak bayar. tak tau la dia ingat lagi ke tak.... saya citer ni pun sebab uncle yg suruh citer tau. hahaha!!

    ReplyDelete
  2. GADISBUNGA

    SEKARANG PUN DUIT R50 TU UNCLE RASA BANYAK. KALAU BELI AIR ASAM JAWA KAT KEDAI RM2 TU DAPAT 50 BOTOL.

    AWAK TAK SEBUT NAMA SIAPA YANG PINJAM TU TAK APA. KOT ? LAGIPUN UNCLE YANG SURUH CERITA ..

    ReplyDelete
  3. Pakcik,

    Jgnlah cite psl hutang. Sy msh berhutang dgn PTPTN nie.

    ReplyDelete
  4. Biasanya yang memberi hutang tu segan nak minta kembali hutang daripada peminjam..

    Apa pun Saya pernah guna kaedah ini untuk mengutip hutang kecil daripada kawan-kawan yang liat/buat-buat lupa membayar hutang.

    Cara Mengutip Hutang

    ReplyDelete
  5. ayahanda otai,

    dah lama Tijah tak jenguk ke sini...dah berhijrah ke laman baru. tapi, update di FB masih dibaca!

    ReplyDelete
  6. Salam, Saya pulak jenis pandai kutip hutang..kelubang cacing saya tuntut, sebab atas dasar berhutang(pinjam) kalau sedekah/beri atas ihsan lain citerlah..

    Suami pulak jenis tak per memanjang, orang tuh tak bayar, Allah bagi lipat ganda kat lain..

    Ishhhh....tak betulah, macamt..hutang wajib di bayar!

    ReplyDelete
  7. saya takde pengalaman macam tu

    tak pernah pulak orang nak pinjam sebab orang tu tau saya tak banyak duit

    ReplyDelete
  8. walaupun saya tak kaya tp saya juga jenis mudah bagi pinjam duit, tambah pulak kalau org yg nak meminjam tu buat muke kesian. pastu dah bagi pinjam liat nak bayar. saya pulak jenis yang segan nak tuntut hutang...caner nak buat supaya org yg meminjam tu terbuka hati nk byr balik utang kita?????

    ReplyDelete
  9. banyak ayat Quran dan hadis yang melarang kita dari berhutang... tapi bila org dah memang kaki berhutang nie.. susah nak buang tabiat tu.... tabiat buruk memang org suka sanggat tuan haji..... hiduplah dengan apa yang kita mampu.... kalau kita terlebih2 itu kan namanya tamak kalau setakat berutang kereta dan rumah tu zaman sekarang nie lumrah tapi kalau setakat nak pakai baju... hutang nak pakai tudung hutang ... nak pakai beg tangan pun hutang... nak beli perabut penuh rumah pun hutang itu dah kira berlebih lebihan ...... masyaallah...minta dijauhkan...

    ReplyDelete
  10. sabo je lew!
    Adeyh2..
    memg selalu kena..

    ReplyDelete
  11. salam
    spesis ke 3 dan 4 tu...yg buat kita naik geram...ishhh...kalau sikit2 boleh la dihalalkan...kalau ribu riban...mau putus silaturrahim

    ReplyDelete
  12. wahhhhhhhhhh pakcik bagi pinjam 10K.. mesti dia tau pakcik kaya..hehe

    ReplyDelete
  13. emm banyak tu pak cik RM 10K..uhuhu

    ReplyDelete
  14. aku plak jenis tak reti nak pinjam duit kat org.
    kot tak ada tu... tak ada la.
    dok la diam2.



    .

    ReplyDelete
  15. kalau nak berhutang buat baik jerk.. tp bab membayar.. asyik buat2 lupe jerk.. kalau si pemiutang tu jenis malu nak mintak.. alamak sampai bila2 lah si penghutang x membayar..

    ReplyDelete
  16. Saya bukan kategori suka berhutang.. sebab saya sangat segan kalau nak berhutang dengan orang.. dan saya takkan cuba berhutang kalau saya takde keperluan untuk berhutang..


    dan saya juga sangat susah nak minta hutang pada orang.. huhuhuhu..

    dan Uncle boleh bagi org tue pinjam RM10k???.. wow..

    ReplyDelete
  17. aina jenis yang lembut hati dan lembik hati jugak. mudah bagi hutang tapi bab nak meminta balik tak adalah...kalau depa buat2 lupa alamat sampai aina sendiri terlupalah hutang tersebut...

    kalau saudara masa bagi niat sedekah sahaja tp kalau mereka rezeki lebih nak bayar aina terima jugak simpan untuk lain kali depa nak pinjam lagi.

    bila ada orang bayar tertanya2 pulak bila le dia berhutang...

    tak banyak pun paling2 10 ringgit sahaja!

    ReplyDelete
  18. Sallam Tuan Haji,

    Saya ada juga meminjam dengan orang, tak mampu bayar, tapi bayar juga ansur-ansur, peminjam tak kisah janji bayar dan langsaikan hutang.

    Yang saya paling suka kalau pisang saya berbuah dua , tiga, atau banyak kali...dapat makan pisang hehe..

    ReplyDelete
  19. oooooo...baru tau,

    boleh IE pinjam duit ???

    ingat nak beli minicooper la...kechik aje, mudah pegi keje,senang parking....

    ReplyDelete
  20. sy pulak selalu kena,
    member ckp nk pinjam
    tapi smpai kesudah x byr


    dan kdg2 sy sendiri lupa sy bg org pinjam (kes-kes nilai kecil la)

    oh GB, awak hutang sy tiket muvi hantu bonceng! HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum uncle..wahh top rank nmpk?sejak bila main SEO ni..heheh

    je tu.ishh hutang tetap hutang.wajib bayar dlm islam!penat taip komen..dah delete la..takut saya nak citer kat sini nnt org google nama saya kluar lak komen saya tu uncle.makan hati jelah klu kenang org yg tak byr hutang kami tu..huhu.

    ReplyDelete
  22. FARA

    HUTANG DENGAN PTPTN TAK APA .. PAKCIK CERITA NI FASAL HUTANG DGN ORANG PERSEORANGAN.

    ReplyDelete
  23. ANIF

    KALAU HUTANG RM10K, CARA AWAK TU TAK BOLEH GUNA. MUNGKIN KENA GUNA KHIDMAT SAMSENG KOT !

    UNTUK HUTANG KECIL, SAYA BIMBANG PUTUS KAWAN PULAK ..

    ReplyDelete
  24. MARINA MONROE

    MEMANG BAGI ORANG YANG TAKUT KEPADA HARI PEMBALASAN, TENTULAH MEREKA AKAN BERMATI-MATIAN UNTUK BAYAR. TAPI KALAU MEREKA SENGAJA TAK MAHU BAYAR WALAUPUN MAMPU, TUNGGULAH NANTI PERHITUNGAN DI SANA.

    ReplyDelete
  25. IBUINTAN

    BARANGKALI SAYA KENA BELAJAR ILMU PENDINDING DARI IBUINTAN. BOLEH ?

    ReplyDelete
  26. MATAHARI

    SAYA PUN TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA SEBAB SAYA PUN SALAH SEORANG YANG KERAP JADI MANGSA. CUMA MINTA TUHAN MURAHKAN REZEKI KITA SUPAYA BOLEH MEMINJAMKAN LAGI KEPADA MEREKA YANG PERLU.

    ReplyDelete
  27. ATIE

    SETUJU SANGAT DENGAN PANDANGAN ATIE. JANGANLAH BERHUTANG UNTUK MEMBELI BENDA2 YANG BUKAN KEPERLUAN ..

    ReplyDelete
  28. LELAKI INI

    SETUJU .. SABO JANGAN BAKO !

    ReplyDelete
  29. KAMSIAH

    SALAM KEMBALI

    KALAU ORANG DAH HOBI MEMINJAM TU, BANYAK KE SIKIT KE, MEMANG PASTI TAK AKAN BAYAR.

    NAK PUTUS SILATULRAHIM PUN TAK BERBALOI.

    ReplyDelete
  30. BABY

    MUNGKIN REZEKI DIA SEBAB KEBETULAN MASA TU DUIT SAYA TENGAH ADA SEBAGAI PERSEDIAAN BELANJA KAWIN ANAK.

    ReplyDelete
  31. MAYA MAYANA

    MEMANG BANYAK .. TAPI NAK BUAT MACAM MANA ?

    ReplyDelete
  32. TASEK M

    KALAULAH RAMAI ORANG MACAM AWAK INI .. BANKRAP LAH ALONG ! HEHE

    ReplyDelete
  33. LADYBIRD

    BETULLAH TU .. TAPI SEPERTI SAYA TULIS, MEREKA YANG TAK MAHU BAYAR HUTANG TAKKAN KAYA BAHKAN HIDUP MEREKA SENTIASA RESAH GELISAH.

    ReplyDelete
  34. AUJINZ

    UNCLE BAGI SEBAB PADA MULANYA ADA CAGARAN .. TAK APALAH .. TUHAN DAN GANTI BALIK.

    ReplyDelete
  35. JUNAINA

    KITA SERUPA. ADA ORANG TU HUTANG RM10 CUKUP INGAT, TAPI HUTANG RM10K BOLEH LUPA PULAK.

    ReplyDelete
  36. KAKCIK

    TAPI NAK BUAT MACAMANA .. DIA DOK TERKENANG-KENANG !

    ReplyDelete
  37. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI

    YANG PENTING NIAT DAN AZAM UNTUK MEMBAYAR .. INSYAALLAH AKAN DIPERMUDAHKANNYA.

    ReplyDelete
  38. IKAN EMAS

    SAYA PUN TAK ADA MINICOOPER .. TAPI TAK TERINGIN NAK BELI. MAHAL NAK MAM ...!

    ReplyDelete
  39. BONEKADALAMCERMIN

    SEKARANG SATU DUNIA SUDAH TAHU GB ADA HUTANG KAT AWAK .. HEHE

    ReplyDelete
  40. LYDIA MIZA

    ALAIKUMSALAM

    AWAK PUN KENA ? TAK APA .. NANTI DIBALASNYA BERLIPAT KALI GANDA. DONT YOU WORRY !

    BTW .. SEO TU APA ?

    ReplyDelete
  41. Salam Pak Ngah..
    Alamak!!! Pak Ngah..saya tertinggal"keretapi" le...best tajuk ni...
    Pak Ngah..pengalaman saya lagi best...sepupu suami saya...Dia nak pinjam RM 15 Ribu daripada Suami...tapi kesiankan suami yang nak gunakan duit banyak pada masa itu (beli rumah)...saya pun keluarkanlah ASB saya...janji nak bayar cepat...(dia ni ada bisnes)...mula2 bayar le elok...dalam RM 6,000.00...lepas tu sampai sekarang....senyap aje...nak kata tak ada duit...pakai kereta mewah, berkilat2...banding dengan kereta saya..memang tak boleh menang le...tiap kali balik kampung , jumpa...tapi muka dia selamba saja...geram saya Pak Ngah...saya pun bukannnya banyak duit..itulah saja duit simpanan saya untk hari tua...hu..hu..

    ReplyDelete
  42. Alamak! cerita ni hampir sama dengan saya. Kebanyakkan yang berhutang ngan saya, boleh dikatakan semuanya tak bayar. Org sekarang kata, 'kena kencing'. Memang selalu kena kencing. Sakit betul hati. MAsa mintak tu, memang lembut gigi dari lidah. Agaknya kalau Rosyam Noor amik dia berlakun, mesti boxoffice lah. Dengan penuh emosi dan air matanya, sampai kita pun cair. Bila dah dapat duit tu, mmg kita cair terus... Geram betul ngan manusia yang macam ni..

    ReplyDelete
  43. RIZ ARDY

    TAK APA .. AWAK TERGOLONG BAWAH KATEGORI ORANG YANG TERANIAYA. MENURUT ULAMAK, DOA ORANG YANG TERANIYA ADALAH MAKBUL.

    ReplyDelete
  44. Pak NGah...
    Komen saya masuk kotak "SPAM" lagi...

    ReplyDelete
  45. AZI

    KESIAN PAKNGAH DENGAR .. MEMANG SUSAH KALAU KITA PINJAMKAN TANPA CAGARAN ATAU SANDARAN. BILA DIA TAK BOLEH ATAU TAK MAHU BAYAR, KITA TAK BOLEH BUAT APA-APA.

    LAGI SAKIT HATI KALAU YANG MEMINJAM TU NAMPAK LEBIH MEWAH DARI KITA.

    ALIM ULAMAK KATA, ORANG YANG SENGAJA TAK MAHU BAYAR HUTANG WALAUPUN MAMPU, DOA DIA TERGANTUNG SEHINGGA HUTANGNYA DIJELASKAN ATAU PUN DI HALALKAN. HARAP2 MEREKAN YANG BERHUTANG INI, INGAT2LAH HARI PEMBALASAN.

    TTG KOMEN MASUK SPAM TU, DAH BANYAK TERJADI. PAKNGAH PUN TAK TAHU NAK BUAT APA.

    ReplyDelete
  46. ye ler mmg lembut gigi dr lidah, org yg pinjam tu buat x reti jer.. sy pun ada gak alami kes yg sama tp x sbyk pak ngah, tp RM1k pd sy byk ler.. ada gak 2, 3 kali jumpa tp mcm kita ni musuh dia lak nak masam muka pe hal?? sy sll berdoa mohon dilembutkan hati agar byr hutang sy tp mgkn belum rezeki kot

    ReplyDelete
  47. AZZA

    MEMANG RM1K ITU BANYAK. PAKNGAH DULU ADA RM10K DALAM TANGAN SEBAB NAK BUAT BELANJA KENDURI KAWIN ANAK PERTAMA.

    YANG PINJAM TU TAK TENGOK MUKA SAMPAI SEKARANG DAN TAK PERNAH JUGA TELEFON. AGAKNYA DAH LUPA ALAMAT RUMAH PAKNGAH DAN NOMBOR TELEFON PUN DAH HILANG.

    ReplyDelete
  48. Rozie dah serik bg pinjam duit kat org. Biar lah ape pun nak kate... Tak mau dah....

    ReplyDelete
  49. sy tak pernah bagi pinjam duit kat orang lain (kecuali family sendiri). tapi saya pernah pinjam duit dengan orang. alhamdulillah saya dah bayar semua.

    ada yang ratus2 ada yang ribu2.
    tak dapat bayar sekaligus saya bayar ansuran. tuan dia terima je. last2 abes juga.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.