Monday, October 3, 2011

TAK LAWAK PUN !



Saya gemar melawak. Tapi kadang-kadang tu ada juga lawak saya yang orang tak senyum pun, apa lagi nak tertawa. Sebabnya mungkin mereka tak faham atau pun salah faham. Atau pun mungkin kita fikir lain, orang lain fikir lain. Berbeza frekuensi.  Frust betul .. sebab kita gelak bagai nak rak.  

Saya pun pernah juga berjumpa kawan yang cuba nak buat lawak. Tapi dia yang gelak lebih-lebih. Saya pun hairan .. kat mana lawaknya. Mungkin cerita itu lawak bagi dia. Mungkin juga ada  peristiwa tertentu yang berkaitan dengan diri dia. Tapi kita dapat nak relate dengan cerita dia itu. Kesian kat dia.

Agaknya itulah yang dah banyak kali terjadi kepada saya. Bagi saya cerita saya cukup lawak tetapi tidak kepada orang lain. Salah satu lawak yang saya maksudkan ialah tentang Penyusun Kitab (klik) ini. Dari komen-komen yang saya terima, nyatalah ramai yang tak dapat tangkap lawaknya. 

Kensel rancangan saya nak masuk Raja Lawak musim baru !

Atau mungkin juga mereka tertawa. Tetapi bukan ketawa baca lawak itu, tetapi ketawakan saya.

Tetapi saya tak mudah berputus asa.  Saya akan tetap teruskan siri "Sonyum Sokojap" saya yang setakat ini diam tak diam, dah masuk 33 siri . Kalau tak ada orang senyum, tak apalah. Biarlah saya senyum sendirian.

Ada juga saya jumpa orang yang muka dia serius jer ..tapi bila bercerita mesti kita tak kering gusi di buatnya. Dia pun heran dan tertanya-tanya kenapa orang ketawa. Ada tak jumpa orang macam ni ?

.

22 comments:

  1. Pakcik,

    Sbnrnya, sy pun tak dpt tangkap lawaknya tentang penyusun kitab tu. Huhuhuhu...tapi sonyum sekojap yg lain sy suka!

    =D

    ReplyDelete
  2. masalah penghadaman tu~keh keh~~

    ReplyDelete
  3. saya minat lawak yg jenis tak obvious, perlu fikir..kira yg intelligent aje boleh faham. mencabar minda.

    ReplyDelete
  4. saya ada kawan, suka buat lawak, tapi dia tak pernah gelak dengan lawak dia, kami yang senak perut dengar lawak dia.

    leh uncle ngeee.

    ReplyDelete
  5. Lain orang, lain wavelength nya uncle. Orang kebanyakkan, kita tak boleh buat lawak kena fikir2..,mereka lebih gemar lawak direct to the point. Orang yang berilmu tinggi, lebih gemar kepada lawak yang penuh dgn makna tersirat.

    Contoh terbaik, uncle bezakan lawak pelawak Malaysia (eg, Senario, RajaLawak) dgn lawak lawak berkualiti dari siri2 sitcom US. Bukan saya nak mengagung agungkan mereka(US), tapi nyata pelawak kita masih tak berubah bila nak melawak..kena buat lawak SX, lawak pukul2 kepala, kena jerit2......tak boleh bersahaja buat lawak..

    Eh eh...sorry lah uncle..termembebel pulak...ekekekeke

    ReplyDelete
  6. orang jenis serius tapi apa yang diungkapkan membuat orang gelak, itu memang boleh jadi raja lawak. sense of humor tahap tinggi.. pernah jumpa. :D

    ReplyDelete
  7. hihi.. tergelak saya bca entri ni ngan entri penyusun kitab tu.. saya rasa, orang tak paham lawak tu sebab tak baca artikel yang tuan AL tempek tu, depa baca diaalog cik ngok ngan cik wel jer, tu yang tak dapat tangkap maksud lawak itu..agaknya ler..

    apa pun, setuju 101% ngan komen Daddy Ziyad..

    ReplyDelete
  8. Yun blom baca lagi n3 penyusun kitab tu...Best siri sonyum sokojap tu Uncle..Harap teruskan lagi yep..

    Setuju ngn Daddy Ziyyad...

    ReplyDelete
  9. pernah jumpa org mcm yg tu..serius tapi bila die bercakap.. kelakar ajer bunyi nya..
    ;)

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan,

    singah kembali ke blog tuan untuk beritahu yang saya dah bertukar ke URL yang baru


    http://lepaksonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. FARA

    SEBENARNYA PERKATAAN PENYUSUN TU MEMBAWA DUA MAKNA. PERTAMA: MEREKA YANG MENULIS ATAU MENGEDIT KITAB. KEDUA: PEKERJA AM YANG MENYUSUN KITAB2 ITU AGAR IA NAMPAK TERATUR.

    DALAM LAWAK INI .. ADA SALAH FAHAM DI ANTARA MEREKA BERDUA.

    ReplyDelete
  12. BUJAL X

    KALAU BEGITU, KENA MAKAN JULAP LAH ..

    ReplyDelete
  13. NURSALAMAH

    SAYA PUN SERUPA .. TAPI ADA JUGA ORANG MINAP LAWAK SLAPSTICK.

    ReplyDelete
  14. WANITA MUTALIB

    TERIMA KASIH KERANA MASIH INGAT KAT BLOG INI.

    MEMANG ADA ORANG MACAM TU, BUKA MULUT JE ORANG KETAWA ..

    ReplyDelete
  15. DADDY ZIYYAD

    KAT NEGARA BARAT PUN ADA JUGA LAWAK BODOH ATAU SLAPSTICK. CONTOHNYA. THREE STOOGES, JERRY LEWIS DAN TERBARU MR BEAN.

    TAPI UCLE SUKA SITCOM. DULU UNCLE TAK PERNAH MISS SITCOM 'PI MAI PI MAI'

    ReplyDelete
  16. ASADA RYUTARO

    MEMANG ADA ORANG MACAM TU, TAPI JARANG. KALAU DIA JADI BOSS, SUSAH JUGA YA !

    ReplyDelete
  17. ANAA

    SEKURANG-KURANG AWAK TERGELAK BACA ENTRI INI DAN PENYUSUN KITAB TU. JADILAH ..

    ReplyDelete
  18. CIK SHINJU

    ADA JUGA SIRI SONYUM SOKOJAP TU YANG ORANG TAK SENYUM. ITU DIAKUI SENDIRI DALAM KOMEN MEREKA. TAPI UNCLE TAK KISAH.

    ReplyDelete
  19. MENTIBANG LAUT

    MACAM GELAK WELFARE LAH KAN ?

    ReplyDelete
  20. FATIN MRAZ

    ORANG MACAM TU TAK RAMAI .. TAPI TAK TAHULAH MACAM MANA DIA DENGAN ANAK-ANAK DIA.

    ReplyDelete
  21. AIZAT CHIK SULIMAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA BERITAHU.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.