Sebenarnya pada masa ini saya sedang giat memilih gambar-gambar lama untuk diimbas dan seterusnya disimpan di dalam komputer. Kalau gambar-gambar tersebut hilang atau rosak dalam simpanan saya, sekurang-kurangnya saya boleh tengok kembali entri-entri saya di sini.
Inilah contoh gambar yang telah rosak !
Lagi pun saya nak cerita apa ? Nak cerita fasal masak-masak saya tak berapa pandai. Nak cerita pasal anak kecil, saya dah tak ada anak kecil. Nak cerita pasal bunga, saya tidak terlibat. Jadi apa salahnya saya cerita kenang-kenangan lama. Kan ?
Gambar 1: Inilah hotel tempat saya menginap. Katanya milik usahawan Malaysia, tapi bayarannya tetap mahal.
Bilik yang paling kecik pun, ribu-ribu.
Bilik yang paling kecik pun, ribu-ribu.
Nak sembahyang pun tak selesa. Nak masak megi pun tak ada cerek.
Gambar 2: Pemandangan sebahagian kotaraya Paris dari bilik tidur saya. Cukup berbeza dengan Kuala Lumpur. Tak nampak pun bangunan pencakar langit ..
Gambar 3: Saya datang seramai 8 orang dari pelbagi Kementerian. Tapi duduk bilik asing-asing. Oleh kerana tak ada siapa nak suruh ambil gambar, saya snap sendiri dengan sebelah tangan. Gambar belakang tu bukan poster tau !
Gambar 4: Pemandu kami yang berasal dari Morocco. Sepatah haram tak tahu cakap Melayu. Cakap orang putih pun tak pandai. Saya pula tak reti Bahasa Perancis. Lalu kita main bahasa isyarat sahaja.
Gambar 5: Di pintu masuk sebuah Kementerian. Saya lupa dah namanya. Nampak ringkas dan tak membazir.
Gambar 6: Belakang tu, salah sebuah muzium. Agaknya ! Saya tak sempat masuk. Gambar ni pun seorang pelancong dari Asia yang tolong ambilkan, selepas saya tolong ambilkan gambar dia.
Gambar 7: Salah sebuah mercu tanda yang popular. Namanya sudah lupa. Siapa tahu namanya ?
Gambar 8: Ybg Dato' Hamidah, Duta kita ke Peranchis yang duduk sebelah kiri saya tu bagi dinner. Kebetulan kita pernah bekerja bersama di USA
pada awal tahun 80an dulu.
Banyak benda yang kami bualkan malam itu. Terima kasih Dato'.
.......................................................................
... selingan !
Gambar Dato' Hamidah yang bertanda anak panah sebelah Duta. Gambar saya tak ada kerana mengambil gambar. Gambar Makngahnya yang berkot hitam dan bertudung di sebelah kiri.
....................................................................................
pada awal tahun 80an dulu.
Banyak benda yang kami bualkan malam itu. Terima kasih Dato'.
.......................................................................
... selingan !
Gambar Dato' Hamidah yang bertanda anak panah sebelah Duta. Gambar saya tak ada kerana mengambil gambar. Gambar Makngahnya yang berkot hitam dan bertudung di sebelah kiri.
....................................................................................
Gambar 9: Malam esoknya sekali lagi kita di jemput untuk makan malam di rumah wakil kita di UNESCO. Orang Nogori. Terima kasih Doktor.
Dua-dua orang kuat kita di sana pada masa itu wanita. Syabas.
Dua-dua orang kuat kita di sana pada masa itu wanita. Syabas.
Gambar 10: Salah sebuh shopping complex yang tersohor yang mesti di lawati. Saya dapati barang yang sama, "Made in France" lebih murah kat Malaysia. Walaupun datang ramai, tapi bila pergi shopping complex semuanya berterabur. Janji jumpa sekian2 masa kat kereta.
Gambar ini di ambil oleh orang yang tidak saya kenali. Terima kasih orang !
Gambar ini di ambil oleh orang yang tidak saya kenali. Terima kasih orang !
Gambar 11: Eiffel Tower dari kejauhan. Satu lagi mercu tanda yang mesti dilawati. Sebenarnya saya pernah buat satu entri khas tentang menara ini dan kisah menarik tentang seorang penjual cendermata di sini.
Gambar 12: Sungai apa entah namanya .. tapi tersangat jernih dan bersih airnya walaupun merentasi kotaraya Paris. Sila jangan komen perut saya.
Gambar 13: Paris adalah sebuah kotaraya yang sangat bersih dan penuh dengan bangunan-bangunan lama yang terjaga rapi.
Gambar 14 Saya tertarik dengan bangunan ini yang terdapat di celah-celah bangunan yang kesemuanya rekabentuk barat. Tetiba ada bangunan yang berbentuk ketimuran. Nampak unik.
Gambar 15: Cantiknya. Bukan .. bukan kat Paris tapi bangunan ini bersetentang dengan Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kalaulah ada bangunan macam ni kat Paris, tentulah ramai orang yang mengambil gambar kat sini.
.
nmpk biasa je Paris zaman tu ye uncle..mmg cantik bangunan dpn pasar payang tu. Dah mula di buka kan?
ReplyDeletemakngah dlm gambar tu mmg takyah diberitahu...sekali imbas saya dah cam.sgt2 cantik...suka tgk.
tempat abg duduk tu cantik sungai dia ek?
ReplyDelete(saya tak komen perut harap maklum)
hehe
bestnye merasa melawat negara org. setakat ne 2 negara je yg saya dapat lawat..
ReplyDeleteEntri yg buat saya banyak tersenyum :)
ReplyDeleteAda juga gambar bunga ya,pakcik!..Kebetulan pula hari ini anak saya ada peperiksaan.Untuk subjek lukisan dia pilih tajuk permandangan di taman bunga dan bunga tulip itu adalah salah satu bunga yg dilukiskannya..
Ya Allah...tergamam ila tengok semua gambar-gambar ne dan sungguh menarik dengan gaya ceritanya....;-)
ReplyDeleteSeronok melihat gambar-gambar begini di blog Tuan.. Nak ke sana tentulah diluar kemapuan buat masa ini.
ReplyDeleteSaya tumpang seronok sahajalah..
Post Terbaharu Saya - Pelari Marathon Tertua Ini Berusia 100 Tahun
Antara entri Abg HAMZAH yang menjadi paberet saya!!
ReplyDeleteGambar lama, dari orang lama la, kan? :)
Elok discan masuk ke blog, sharing is caring, right?
Yang depan Pasar Payang tu Restoran Terapung itu kah?
cantiknya paris..harap2 satu hari nanti ada rezeki saya ke sana uncle. uncle dulu di kementerian mana?
ReplyDeletekalau pi pasar payang tak tangkap gambar hotel tu pokcik...
ReplyDeleteorg tangkap gambar pasar tu sendiri..
Lepas baca entri saya terus google populasi Paris dan KL:
ReplyDeleteParis 2.1 million (2004)*
KL 1.4 million (2010)*
* Maaf data mungkin tak rasmi dan tahun pun berbeza, siapa rajin boleh betulkan.
Jadi persoalan saya, kalau KL lebih sedikit populasinya, mungkinkan KL mampu jadi lebih bersih dan cantik dari Paris?
ye la
ReplyDeletebangunan dia mcm sama rata je
salah persoalan daaa...
ReplyDeleteKalau populasi KL LEBIH RENDAH, mungkinkah KL boleh lebih bersih?
Saya suka tengok blog bergambar dan ada ceritanya sekali. Memang nak sangat komen gambar yang kat tepi sungai tu haha
ReplyDeletewah sronok nya....
ReplyDeleteHiks~
ReplyDeleteGambar paling bwh tu gambar kebanggan sbb kat Msia pun ada bangunan yg ctk.
Pakcik,
Driver Morocco tu mcm model. Posing die, pehh!
hehehhee...gambar last Pasar Payang tu yg paling mahal!
ReplyDeleteEh, duta Malaysia ke sana wanita ya...
Uncle kenal tak Shaharuddin Othman? Dia pakcik wife saya
yg saya perasan dalam banyak2 tu nama dato'hamidah...heheh..sy pulak dah dpt pangkat nenek je:))
ReplyDeletesaya suka baca "caption" di bawah gambar2 itu ;) ...
ReplyDeletePak Ngah..
ReplyDeletesyoknya tengok gambar Pak Ngah kat Paris....lebih2 lagi gambar yg.duduk tu..he..he..(saya tak komen apa-apa tau)
Assalam
ReplyDeleteCantik gambar-gambar tu dan tentulah cantik juga kisah-kisah yang berkaitan dengan semuannya.
Kebetulan baru sebentar my room-mate balik dari gathering kat rumah kawan & bercerita jumpa Dato' Hamidah dgn bondanya. Saya pun terus bukakan entri al-lavendari & tunjukkan gambar di Paris tu. Dan saya pun action pada room-mate & kata, "Mana-mana saja gang awak yg awak sebut, saya tahu ceritanya dalam internet.....!" Hihihi. Bukan cerita tak elok!
LYDIA MIZA
ReplyDeletePARIS TU BAGI PAKNGAH "NICE TO VISIT BUT NOT TO STAY".
TIJAH
ReplyDeleteDARI KETAWA AWAK TU, ABANG TAHU APA SEBERNARNYA YANG AWAK NAK CAKAP.
BABY
ReplyDeleteTAK APA .. AWAK MASIH MUDA. ADA REZEKI SAMPAILAH NANTI.
IEDA79
ReplyDeleteMEMANG NAK LUKIS BUNGA TULIP LEBIH SENANG DARI BUNGAN MAMAN. AWAK TAHU MAMAN TAK ?
ILA
ReplyDeletePEMANDANGAN YANG MENARIK TETAPI DICACATKAN OLEH PELAKON UTAMANYA. HEHE
ANIF
ReplyDeleteKALAU AWAK BERTEKAD UNTUK PERGI, INSYAALLAH BOLEH SAMPAI. MULA MENABUNG DARI SEKARANG.
AZIEAZAH
ReplyDeleteAKAN BANYAK LAGI SIRI 'TERKENANG' INI.
YE .. DEPAN PASAR PAYANG TULAH TEMPATNYA.
MASZUBER
ReplyDeleteUNCLE KERJA DIPELBAGAI KEMENTERIAN KERANA UNCLE BERKHIDMATA SEBAGAI PEGAWAI GUNASAMA (COMMON USER SERVICE)
AHKAKBATIK
ReplyDeletePASAR PAYANG TU DAH LAMA, ELOK DIGANTI BARU.
HANAFIAH 1 @ 2
ReplyDeleteRASANYA KEBERSIHAN INI BUKAN SANGAT BERGANTUNG KEPADA POPULASI TAPI LEBIH KEPADA BUDAYA MASYARAKAT SETEMPAT.
EMPAYARUTAMA
ReplyDeleteAWAK TAK KOMEN PUN, SAYA BOLEH AGAK APA AWAK NAK CAKAP. HEHE
SAYA MASIH ADA BERTIMBUN GAMBAR2 LAMA DAN BARU.
JEDI
ReplyDeleteMMG SERONOK JIKA TAK PAYAH KELUAR DARI KOCEK SENDIRI.
FARA
ReplyDeleteMUNGKIN JUGA DIA MODEL SAMBILAN. MAKLUMLAH GAJI DREBAR TAK SEBANYAK MANA.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteMUNGKIN KENAL KALAU BANYAK LAGI KETERANGAN TENTANG DIA DIBERIKAN.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteDATO' TU TERAKHIR SAYA JUMPA DIA TINGGAL DI PUTRAJAYA. MUNGKIN JUGA TELAH BERPINDAH SEKARANG INI.
SZ
ReplyDeleteSAYA JUGA SUKA KALAU ADA ORANG SUKA BACA.
AZI
ReplyDeleteMAKIN ORANG TAK BERI KOMEN, MAKIN RAMAI YANG NAK KOMEN. HEHE
ABG TEMUK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
DULU KALI TERAKHIR SAYA JUMPA DIA, DIA TINGGAL DI PUTRAJYA. SEKARANG SAYA TIDAK TAHU ADAKAH DIA MASIH LAGI TINGGAL DI SITU.
bunga maman?oh!ada spesis bunga bernama maman ye?! kalau pakcik tak cakap saya tak tahu..tapi saya dah tengok kat en.google..cantik! agaknya kalau saya yg lukis tentu boleh kot! hehehe...
ReplyDeleteIEDA79
ReplyDeleteMAMAN KALAU MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR IKAN SUNGAI .. MEMANG BERPELUH MAKAN NASI DUBUATNYA.
JERUKNYA PUN SEDAP.