Saturday, October 29, 2011

MASALAH BERAT.

Pada dua hari lepas iaitu pada 25 Oktober, surau saya telah dipilih oleh ABIM, WADAH dan PPINS sebagai tempat mengadakan Usrah Perdana bertemakan Mendepani Cabaran Semasa Ummah. Saya telah diminta oleh Pengerusi surau untuk memberikan sepatah dua kata mengalu-alukan ketibaan peserta kerana beliau mempunyai urusan penting yang tidak dapat dielakkan. Sebagai Timbalan Pengerusi yang patuh kepada ketua, saya telah menyempurnakan arahan permintaan itu.



Gambar 1: Surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights, Senawang. Sekarang ini boleh dikatakan   di sini hari-hari hujan di sebelah petang membawa ke malam.


Gambar 2:  Tertera nama penceramah dan juga ahli-ahli forum yang hebat-hebat belaka.


Dalam blog saya ini, saya jarang menulis isu yang berat-berat kerana banyak blog lain yang lebih berwibawa telah membicarakannya. Namun begitu ceramah yang telah disampaikan olah Tuan Haji Azmi bin Abd Hamid, Presiden TERAS Malaysia menarik perhatian saya kerana isu dan cabaran yang diketengahkannya mahu tidak mahu terkena kepada saya juga anda semua.


Gambar 3: Gambar Tuan Haji Azmi yang saya perolehi melalui carian Google. Gambar-gambar semasa majlis tersebut masih belum saya terima dari penganjur.


Tuan Haji Azmi telah menyenaraikan sebanyak 15 cabaran semasa yang dihadapi oleh Umat Islam di mana-mana di dunia ini. Sebenarnya cabaran-cabaran yang dinyatakan mungkin kepada sesetengah orang tidak ada yang baru atau asing. Namun begitu saya perturunkan juga buat renungan agar kita tahu siapa musuh kita dan sentiasa waspada dalam setiap langkah yang diambil supaya  tidaklah kita sudah terantuk baru nak terngadah nanti.

1.  Penguasaan ekonomi. Beliau menyebut IMF, BanK Dunia dll.
2.  Penguasaan  politik. Jatuh menjatuhkan pemimpian yang tidak cocok dengan mereka.
3.  Penguasaan ke atas militari.
4.  Penjajahan budaya.
5.  Penguasaan  ke atas sumber alam. Beliau memberi contoh lombong-lombong tembaga, emas, minyak di negara Islam yang diusahakan dan dimiliki oleh syarikat dari barat.
6.  Meminggirkan undang-undang  syariah.
7.  Mentransformasikan undang-undang sedia ada kepada sekular.
8.  Memperkukuhkan sekularisasi dalam setiap aspek kehidupan
9.  Pengaruh media massa.
10. Perjanjian yang berat sebelah dan menekan umat Islam.
11. Penguasaan ke atas teknologi.
12. Berusaha mempertingkat konflik di dunia Islam
13. Menetapka semula sempadan wilayah negara yang majoriti islam.
14, Mempengaruhi pembuat polisi di negara Islam agar mesra barat.
15. Perkukuhkan individualisma, materialisma, komersialisma yang akan melemahkan semangat juang dan kejituan ummah.

Progam ini tamat kira-kira jam 1 petang diikuti solat Zuhur secara berjemaah.

32 comments:

  1. kita mmg dah lama diserang secara haluskan melalui pelbagai cabangkan, paling ketara yg semua org sedia maklum ialah, sukan, hiburan dan makanan :-)

    (lari drpd tajuk tak?) sorrry lah kalau lari

    ReplyDelete
  2. Ustazah Salbiah dah balik ke Nogori, ya? Sudah lama saya tidak bergurukan beliau.

    ReplyDelete
  3. satu lagi, budaya begitu mengagungkan artis, trend di malaysia yang memang saya x boleh nk terima sampai2 bila-bila..

    ReplyDelete
  4. tuan haji azmi tu kalau ke mana2 memang dia tak pakai seluar kan pakcik?he~~

    (maksud saya dia sentiasa berkain pelikat dengan baju melayu putih )

    ReplyDelete
  5. kebanyakan dalam senarai yg tuan haji tulis tu memang berlaku kat dunia ni. barat sentiasa mencari jalan supaya negara2 islam yg kukuh tunduk kepada mereka...

    2 pemimpin kuat islam yg mereka geruni telah tumpas. walau apa pun kejahatan yg pemimpin ini telah laukan di dalamnya tiadakah kebaikan?

    pandaikan barat cucuk jarum?

    ReplyDelete
  6. Pakcik, tiba masanya nanti...boleh tak bt rumusan berkenaan ceramah tu?

    ReplyDelete
  7. haah, kalu ada masa, nnt rumuslah mengenai perkara ini ye.. ingin juga nak tahu

    ReplyDelete
  8. Benar kata tuan kita semua terlibat sama. Namun pada yg berkuasa rasanya lebih tepat kena batang hidung kerana seperti pembuat polisi, undang-undang kalau rakyat marhaen mana ada kuasa itu semua.

    ReplyDelete
  9. kalau ada sedikit huraian bagi tiap yg disenaraikan alangkah baiknya utk saya ini...

    ReplyDelete
  10. Salam persahabatan.
    Kita satu Bendera iaitu N9..


    salam perkenalan:
    adando.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. ada manusia ni kalau dia tak dapat apa yg dihajati dia akan kutuk, fitnah dan burukkan orglain termasuk bos lama dia. Dia akan gunakan platform lama dia konon utk tunjuk kebenaran..Namun dia lupa nak tunjuk atau muhasabah diri sendiri kerana org lain dah nampak keburukan dan tahu siapa dia sebenarnya..

    Kadang-kdang kita terfikir kenapa ada org@penceramah yg kononnya ustaz, org agama tapi begini yang keluar mulutnya ??

    Maaf ni bukan ditujukan kpd penceramah Teras tu yg tentu isinya cantik dan elok kupasannya. Patut kita renung-renung dan fikir-fikirkan !

    ReplyDelete
  12. Asalam..
    Memang kita nampak..macam2 telah berlaku..semoga kita selamat. Mohon agar kita di jagainya dari melakukan dosa..

    ReplyDelete
  13. terlalu banyak cabaran yang menyerang umat islam

    ReplyDelete
  14. kesemua 15 cabaran semasa itu boleh dikategorikan sebagai 'serangan halus atau penjajahan halus' ke atas individu dan ummah amnya.

    ..ramai yang tak sedar, tapi ia sedang berlaku.

    ReplyDelete
  15. penjajahan budaya memang dah ternyata dalam masyarakat kita sekarang. Itu baru satu ..... 15 perkara tu semuanya benar ...dan perlu dipedalami oleh kita ....

    ReplyDelete
  16. WANITA BERTUDUNG HIJAU

    TAK LARI, MASIH DALAM TAJUK. BETUL KATA AWAK .. SEKARANG INI ANAK2 LEBIH SUKA MAKAN BURGER DARI BEGEDIL.

    ReplyDelete
  17. KAKCIK

    SAYA PUN TAK TAHU DIA DUDUK MANA SEKARANG INI. MASA FORUM HARI TU, CAKAP NEGERINYA PEKAT SEKALI.

    ReplyDelete
  18. MASZUBER

    ITULAH KEJAYAAN MASS MEDIA MEMPOPULARKAN MEREKA SEHINGGA ADA YANG MENJADI IDOLA REMAJA TERMASUK ANAK SAYA.

    ReplyDelete
  19. BUJAL X

    BEGITULAH KATANYA KEBIASAAN DIA.

    ReplyDelete
  20. JUNAINA

    MEMANG MUSUH KITA AKAN SELAMANYA BEGITU .. CUMANYA KITA KENA ADA KETAHANAN DALAMAN UNTUK MENANGKISNYA. KALAU TIDAK KITA AKAN HANYUT ..

    ReplyDelete
  21. FARA

    PAKCIK TENGAH CUBA DAPATKAN RAKAMAN CERAMAH BELIAU. KALAU DAPAT NANTI PAKCIK AKAN CUBA BUAT RUMUSAN.

    ReplyDelete
  22. NMO2

    INSYAALLAH, AKAN SAYA CUBA. KALAU TAK DAPAT RAKAMANYA, TAK DAPATLAH SAYA BUAT.

    ReplyDelete
  23. KAKZAKIE

    RAKYAT MARHAEN SEBENARNYA LAGI BERKUASA. SECARA KELOMPOK MEREKA BOLEH MENUKAR PEMBUAT POLISI, KALAU MAHU.

    ReplyDelete
  24. ANAA

    MAHU TAK MAHU KITA HARUS MENGHADAPINYA.

    ReplyDelete
  25. DADDY ADANDO

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH DAN FOLLOW SAYA.

    ReplyDelete
  26. IKAN EMAS

    SAYA PUN TIDAK TAHU KEPADA SIAPA YANG AWAK TUJUKAN.

    YANG BENAR TETAP BENAR !

    ReplyDelete
  27. ETUZA

    SALAM KEMBALI.

    SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR NEGARA KITA SELAMAT DARI SEBARANG BENCANA AKIBAT DARI DOSA-DOSA YANG DILAKUKAN.

    ReplyDelete
  28. ABU MUAZ

    CABARAN ITU BUKAN BARU, BAHKAN SEJAK ZAMAN NABI LAGI. JADI WASPADALAH SETIAP MASA.

    ReplyDelete
  29. FATIN MRAZ

    BENAR .. RAMAI YANG TIDAK SEDAR KERANA KEHALUSAN SERANGAN ITU.

    ReplyDelete
  30. CHIK ATT

    SEKARANG INI ADA CUBAAN UNTUK MENGHALALKAN PERKAHWINAN SEJENIS PULAK ..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.