Baru sebentar tadi saya membaca tafsir al-Azhar hasil kerja Prof Dr. HAMKA. Saya sampai kepada tafsirannya di dalam surah An-Nisa' ayat 14 seperti di bawah. Ia sangat berkaitan dengan entri saya pagi tadi yang bertajuk "Janganlah Masuk Syurga Sorang-Sorang".
"Di sini kita mendapat kesan, bahawa dengan amal sendiri, masing-masing orang akan dimasukkan ke dalam syurga dan akan menikmati syurga itu bersama-sama. Sehingga ketika di dalam, mengecap nikmat yang kekal bersama-sama. Karena kelezatan suatu nikmat ialah bisa dirasakan bersama. Tetapi bila dimasukkan ke dalam neraka, karena kesalahan sendiri, meskipun di dalamnya akan beramai-ramai juga, namun tidaklah akan ada hubungan kasih mesra dengan orang lain, karena masing-masing menderitakan azab sendiri-sendiri"
Tafsir Al-Azhar oleh Prof Dr. HAMKA, Juzu' 4,5,6 muka surat 291.
Jadi marilah kita saling ingat-mengingat dan berpesan-pesan supaya dapat masuk ke syurga dan menikmati kelazatannya bersama-sama.
Terima kasih atas pesanan ini. Sangat berguna
ReplyDeleteAssalam AL..insyaallah..
ReplyDeleteApa yg saya faham dari kenyataan di atas...jika disyurga kita nikmati keindahan bersama sama tetapi jika di neraka..kita alami kesakitan berseorangan. Maaf jika silap. Wassalam.
ReplyDeleteSalam Pak Ngah,
ReplyDeleteterimakasih di atas perkongsian ilmu ini ...
Nurazzah8
Ada entri baru di blog saya ...
ReplyDeletejom baca...thanks
beberapa hari lepas Pak Ngah tak update blog...mungkin berjalan/bercuti sempena CNY ..?? hehehe
ReplyDeletesaya tahu saya tak layak masuk syurga, tapi saya takut masuk neraka.
ReplyDeleteuncle, jom la kite sama2 masuk syurga.
ya tak ya... ajak lah IM sama...
ReplyDeleteterimakasih kerana saling mengingati pada kebaikan....
ReplyDeleteterima kasih kerana pesanan ini..secara tak langsung AL mengajak sy menuju ke syurga Allah..
ReplyDeleteCIK KAMOO
ReplyDeleteACIK ERNA
QUEENIE
HAZAMI - TEPAT SEKALI KOMEN ITU.
NURAZZAH8 - BERHIBERNASI !
GADISBUNGA - KENA MATI DULU.
INSAN MARHAEN - JOM KITA !
NYANYISUNYI - MOH KITA RAMAI-RAMAI.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN KOMEN ANDA SEMUA.