Tuesday, January 31, 2012

APA KTS DAH BUAT ?


Nota tangan: Sepatutnya entri ini dibuat lebih awal iaitu semasa pengunjung mencecah 200 ribu tempoh hari, tapi telah terlepas.

...................................................................................... 

1. Sungguh saya tidak sangka dalam tempoh dua tahun saya berblog pelawat boleh melebihi 200 ribu orang.  Kalau nak sebut dalam juta sudah boleh sebut poin 2 juta.  Ada juga perkataan juta di situ. Hebat sikit bunyinya.  Saya tidak membandingkan pencapaian saya dengan blog orang lain tetapi sebaliknya membandingkannya dengan jangkaan saya sendiri.

2. Sebenarnya saya berblog hanya untuk melayan kesukaan saya menulis. Saya akan merasa tenang setelah apa yang ingin diceritakan berjaya diterjemahkan ke dalam  blog walaupun mungkin tak ada orang baca atau komen. Misalnya ada satu entri saya yang sangat panjang lebar, remeh temeh, membosankan dan mengambil masa yang lama menyiapkannya, cuma  mendapat satu komen sahaja iaitu dari KTS. Namun saya tetap gembira kerana ada juga orang yang sanggup baca entri itu (klik kalau tak ada kerja) dan sudi komen.

3. Di sini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga keada semua sahabat follower, pengunjung yang sudi meninggalkan jejak dan juga pembaca senyap yang mengikuti tulisan saya yang nampaknya semakin hari semakin ramai.

4. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat melawat semua blog sahabat follower dan kalau ada melawat pun jarak masa antara satu lawatan dengan lawatan seterusnya makin melebar.

5. Akhirnya saya juga nak minta maaf jika ada tulisan atau komen saya yang menyakitkan hati anda semua. Saya juga manusia biasa. Gading mana yang tak retak.

p/s: Saya tak tahu apakah kegiatan KTS sekarang, sehingga menyebabkan JAKIM dan kerajaan negeri memantaunya. Patutlah senyap jer !


10 comments:

  1. nanti saya tanya bang jamil. ekekeke!!!

    ReplyDelete
  2. Kdg2, sy bt entri panjang tp org tak bape nak komen. Tp bile cite pendek2, selalu dpt respon yg memberangsangkan..

    Err, KTS? Sy tatau nak ckp pe. Sy manusia yg mudah rebel. Susah nak duduk diam dlm tempurung. Bila disuruh berdiri, sy berdiri. Bila di suruh duduk, sy duduk. Sy tau klu sy bt perangai asik nak memberontak (lebih2 dgn suami), sy berdosa. Percayalah, apa saja berkaitan suami....sy usaha utk berubah ke arah yg positif...

    Eh, jauh menyimpang dari alkisah KTS. Hahahahaah!

    Err, JAKIM mgkn pantau sbb takut ade unsur hasut....eh, silap. Takut ade unsur ajaran sesat.

    Heheheheh....

    ReplyDelete
  3. sy baca senyap2 je.... orang pemalu mmg macam ni.....

    ReplyDelete
  4. apa yg saya baca, terkini KTS ada tulis buku pasal "SEKS SUCI'kononnya. Ada org copy & paste 2 muka surat buku tersebut & post kat fesbuk. Aduhai...tk tergamak nk baca bersungguh2, tk tahu mana nk letak muka. Perlukah menulis perkara2 terperinci berkaitan seks spt yg ditulis oleh al kafirun. Pd saya KTS hanya menjatuhkan maruah kaum perempuan yg telah diangkat oleh junjungan besar SAW.

    ReplyDelete
  5. kes kts nie nurul tak tahu ape2pung..huhu nnt google lah baru tau

    ReplyDelete
  6. POK AMAI-AMAI

    DENGAR KHABARNYA RAMAI ORANG PEREMPUAN YANG MALU BACA BUKU TERSEBUT.

    APA SUDAH JADI ? APA NAK JADI ?

    ReplyDelete
  7. ZONAKU

    AWAK DAH BACA ..? SAYA TERINGIN JUGA NAK BACA BUKU TU. BUKAN APA .. CUMA NAK AMBIL TAHU PERKEMBANGAN SEMASA.

    ReplyDelete
  8. UMMI

    SAYA TAK BACA LAGI. TAPI BILA UMMI CAKAP TU, SAYA CUMA MAMPU GELENG KEPALA DAN UCAP ASTGAFIRRULLAH SAHAJA. KENAPA SAMPAI BEGITU SEKALI ?

    ReplyDelete
  9. WAN NURUL HEZRINA

    SAYA DAH GOOGLE TAPI TAK BANYAK SANGAT MAKLUMAT. YANG ADA ITU PUN CERITA YANG SAMA BERULANG2.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.