Saturday, January 7, 2012

GERHANA.

Balik dari surau selepas sembahyang Isyak dan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan hari tu, saya dapati anak-anak sibuk mengambil gambar bulan menggunakan kamera DSLR yang paling rendah kuasa kudanya.  Saya pun ikut mencuba, tapi tak mahu menjadi. Macam lekat je punat kamera tu bila ditekan.  Nak pergi tanya dia, jauh sangat pulak. Akhirnya saya terpaksa berpuas hati dengan mengambil gambar pokok sahaja.  Rupanya tak mudah juga menggunakan kamera DSLR ni.   Tak macam kamera kompak, hala je ke mana-mana objek, klik, mesti jadi punya. Pasal kualiti tak kisahlah, janji ada gambar. Begitulah dalam hidup ini. Kalau hendakkan kualiti yang baik kenalah bersusah-susah sikit.

Sebelum itu, saya tak malu nak mengaku bahawa inilah kali pertama saya berkesempatan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan dan mendengar khutbah berkaitan dengannya.  Sesalinan teks khutbah tersebut turut dilampirkan bersama-sama ini untuk kemudahan rujukan dan simpanan tuan.

Gambar-gambar bulan seperti di bawah anak saya yang ambil dan gambar-gambar pokok  itu pula, saya yang ambil.



 




..........................................................................................................................................


Lampiran.




44 comments:

  1. Jujurnya - semua gambar itu kelihatan cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Semua keindahan alam dirakam oleh kamera apa pun pasti diterima sebagai cantik. Wah teks tulisan jawi, merangkak saya nak baca.

    ReplyDelete
  3. KAKCIK

    USAHLAH JUJUR SANGAT DALAM HAL INI .. PUJILAH SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  4. NURSALAMAH

    KESIAN KAT AWAK SAMPAI MERANGKAK BACA. TAK BOLEH BACA SAMBIL DUDUK KE ?

    ReplyDelete
  5. selamat pagi uncle
    mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke lauk, secara peribadi..
    nak ambil gambar jauh bukan senang,.
    nak ambil gambar pokok pun kalau tak ada seni tak menjadi.

    uncle dengan anak sama2 kreatif.

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat Uncle..

    uihhh...umang aih...cantiknye gambar pokok tu... (bodek) kikiki.. ;p

    Salinan tu untuk 'Tuan' aje ker?
    Puan2 ngn cik2 xde?

    ReplyDelete
  7. CITARASA RINDUAN

    SELAMAT PAGI.

    SAYA PUN AMBIL GAMBAR POKOK TU SECARA TAK SENGAJA SEBENARNYA. BILA TENGOK HASILNYA CANTIK PULAK.

    ReplyDelete
  8. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG DISENGAJAKAN GUNA PANGGILAN 'TUAN' SAHAJA. KENAPA ? NANTI UNCLE AKAN BUAT SATU ENTRI KHAS MENGENAINYA DAN PERHATIAN YUN AKAN DITARIK BILA ENTRI ITU UNCLE POSKAN NANTI.

    ReplyDelete
  9. My first morning laugh (:
    Saya suka permainan kata, meningkatkan kecintaan pada bahasa.

    ReplyDelete
  10. pokok lagi cantik sebab hijau...hehehe

    ReplyDelete
  11. semua gambar tu cantik-cantik...saya suka...

    bangganya bila ditunjukkan teks jawi...hihi

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. cantik gambar2 pokok tu lagi. Nak bodek jugak mcm Cik SHiNJU hehehe.

    oh ya. CiK SHiNJU panda ke baca jawi? ngeeee

    ReplyDelete
  15. Ikut mata kakak yg buta hal-ehwal camera suka yg ada gambar pokok. Gambar bulan tu gelap je... hihi... org tak pandai nie tuan.

    Bagus text diberi dgn tulisan jawi. Kakak suka....

    ReplyDelete
  16. Khutbah gerhana bulan. Sy nak baca tp panjang sgt.

    Gambar2 Pakcik tgkp mmg ctk.

    =p

    Sy jujur nie Pakcik!

    ReplyDelete
  17. CANTIK DAN TERSERLAH KECANTIKANNYA...

    ReplyDelete
  18. ciptaan Allah itu semuanya indah. Lebih indah bila dah dipostkan ke blog. Alhamdulillah dapat di nikmati keindahan nya walau di mana berada.Teruskan berkarya......

    ReplyDelete
  19. Salam Jumaat pak ngah :)

    Sebenanrnya gambar bulan dan pokok sama-sama cantik. Dua-dua ada seni yang tersendiri. Terutama teknik ambil gambar tu cuma pengcahayaan pada pokok je yang kurang hehe.

    ReplyDelete
  20. Aslkm uncle,

    Cantiknye bulan.....
    cantiknye pokok...
    ciptaan Allah semuanya indah2 belaka...(^__^)~

    ReplyDelete
  21. uncle...terer jgk anak uncle amik gmbr bulan. klu pkai kamera sy yg bkn kuasa kuda ni, nmpak mcm 1 titik kecik je bulan tu. hihihi :)

    jujurnya sy nk kata sy pun merangkak2 bila tgk teks dl jawi tu tapi nursalamah dah ckp, sy tak jadi. so sy baca sambil duduk. hehehe :)

    ReplyDelete
  22. opkos la pandai YB...
    Saya pencinta bahasa jawi (ye ker? ;p )

    Sila rujuk entri ini :

    http://fiverobindas.blogspot.com/2011/01/masuk-jawi-atau-tulisan-jawimana-lebih.html

    ReplyDelete
  23. Salam Tn.Hj,

    ciptaan Allah semuanya cantik...

    ReplyDelete
  24. Semua gambar di atas cantik. Lama benar tak membaca teks dalam tulisan jawi.

    ReplyDelete
  25. Bulan bersembunyi di sebalik dedaunan

    ReplyDelete
  26. NURSALAMAH

    APA YANG LUCU SANGAT TU NURSALAMAH ?

    ReplyDelete
  27. QUEENIE

    AWAK BOLEH BACA TANPA MERANGKAK KE ?

    ReplyDelete
  28. YUNUS BADAWI

    KALAU TAK CAKAP PUN, GAMBAR POKOK TU MEMANG CANTIK. KALAU TAK PERCAYA, TANYA SAYA.

    ReplyDelete
  29. KAKZAKIE

    MEMANG TEKS ITU DALAM TULISAN JAWI. SAYA IMBAS DAN MUATNAIK. BOLEHLAH SIMPAN BUAT RUJUKAN.

    ReplyDelete
  30. FARA

    TAK PANJANG MANA .. NOVEL OMBAK RINDU LAGI PANJANG. KATA ORANGLAH.

    ReplyDelete
  31. FAIRUS

    SAYA PERCAYA AWAK MERUJUK KEPADA GAMBAR POKOK TU KAN ?

    ReplyDelete
  32. SKY IS BLUE

    MEMANG CIPTAAN ALLAH TU 'GOES W/O SAYING' INDAH BELAKA. TAPI DI SINI PERSOALANNYA GAMBAR MANA YANG LEBIH CANTIK ? GAMBAR POKOK KAN ?

    ReplyDelete
  33. LAYLIE MDNOOR

    SALAM KEMBALI

    KALAU NAK GAMBAR POKOK NAMPAK TERANG, NANTI SAYA AMBIL WAKTU MATA HARI TEGAK ATAS KEPALA.

    ReplyDelete
  34. CIK SHINJU

    BUKAN BAHASA JAWI TAPI TULISAN JAWI.

    ReplyDelete
  35. NUR-NBA

    SEILAH BERLATIH MEMBACA JAWI DENGAN TEKS TERSEBUT.

    ReplyDelete
  36. MAMA ZHARFAN

    JAWAPAN YANG PALING SELAMAT. HEHE

    ReplyDelete
  37. HAYATUNFADZILA

    MEMANGLAH .. PERSOALANNYA GAMBAR MANA YANG CANTIK. GAMBAR YANG ANAK SAYA AMBIL ATAU GAMBAR YANG SAYA AMBIL ?

    ReplyDelete
  38. Salam,

    gambar pokok cantek jugak...

    ReplyDelete
  39. bulan dan pokok - dua dua juga cantik ye uncle... :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.