.
Salinan tu untuk 'Tuan' aje ker ? Tanya Cik Shinju.
Entri ini dicetuskan oleh soalan dari Cik Shinju dalam kotak komen saya seperti di atas. Tetapi saya ambil kesempatan ini untuk mengomel sedikit. Walaupun ia mungkin melarat-larat tetapi masih lagi berpaksi kepada isu dan persoalan yang dikemukakan oleh Cik Shinju tersebut.
Saya mulakan dengan memberitahu bahawa saya tidak berapa gemar cara pelayan kita memanggil pelanggannya. Mereka memanggil ikut suka dan kerap salah tempo. Orang yang agak muda di panggilnya Pakcik atau Makcik dan orang yang dah tua macam saya dipanggilnya abang. Kalau pelayan orang putih di Amerika atau UK, mereka terbiasa memanggil pelanggan lelaki mereka 'Sir' atau Tuan dan yang perempuannya 'Madam' atau Puan. Bahkan professor kat universiti pun memanggil pelajarnya dengan panggilan 'Sir'. Ini berdasarkan pengalaman saya dahulu. Tak tahulah sekarang ni macam mana. Mungkin dah berubah kot.
Saya rasa tak salah kalau kita mencontohi mereka dengan memanggil 'tuan' kepada semua pelanggan lelaki dan 'puan' untuk semua pelanggan wanita tanpa mengira umur dan pangkat.
Lagi bagus kalau kita panggil semua orang tuan tanpa mengira mereka itu lelaki atau pun perempuna. Saranan ini macam pelik atau terlalu kedepan dan saya rasa mungkin tidak ada yang bersetuju. Akan tetapi ketahuilah bahawa dengan memanggil semua orang "Tuan" sebenarnya kita balik kebelakang mengikut tradisi lama kita orang Melayu. Orang dulu-dulu tidak membezakan panggilan untuk lelaki atau wanita. Buktinya mereka panggil Tuan Puteri untuk anak raja yang perempuan atau Tuan Hamba untuk semua orang tak kira lelaki atau perempuan. Tak pernah pula saya terbaca di mana-mana buku sastera lama, panggilan "Puan Puteri" atau "Puan Hamba" digunakan !
Saya pernah ada pengalaman agak lama dahulu bersama bos saya di sebuah restoran. Selepas kita habis makan, bos saya memanggil pelayan supaya mengira harga makanan kerana dia mahu membayarnya. Pelayan perempuan pun datang sambil bertanya "nak kira sekarang ke Pakcik". Serta merta muka bos saya bertukar kepada muka orang yang tak berapa gembira kerana dipanggil Pakcik. Dia bukanlah tua sangat, cuma rambutnya je yang putih macam rambut saya. Nyaris-nyaris lagi dia tak jadi bayar.
Ini pulak pengalaman terbaru saya. Minggu lepas saya pergi tampal tayar kereta Kelisa Makngahnya yang bocor.
Sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa dia panggil saya Dato'. Adakah kerana rupa saya ada macam Dato' atau adakah Dato'-Dato' sekarang rupanya macam saya ?
Adakah sesiapa terutamanaya Tuan Chik Shinju bersetuju dengan saranan saya supaya semua orang tanpa mengira jantina dipanggil tuan ?
................................................................................
Sub-Entry: Komen Pilihan
Entri saya sebelum ini memberi kerja rumah iaitu:
Sila buat ayat sendiri guna simbol ÷ + - x =
Jawapan dari Tuan Temuk seperti di bawah saya rasa paling "cute" tetapi sedikit mengelat. Tapi saya tak boleh kata apa-apa sebab saya tak menetapkan apa-apa syarat dalam membuat ayat. Salah saya juga.
tuan...saya dekat opis kalau big boss saya panggil tuan.penolong2x pengarah saya panggil encik, cik ataupun puan. tapi penolong2x pengarah ni panggil pengarah boss.tak suka langsung bila mendengarnya.tak sesuai..mcm panggil ketua samseng je gayanya
ReplyDeleteMungkin kita perlu belajar dari tanah seberang bagaimana mereka memuliakan pelanggan...
ReplyDeleteSaya pun sebenarnya dah lama nak tanya, uncle tak dapat Datukship ke dari YDP N.Sembilan? hehehe
ReplyDeleteSebab saya rasakan dgn jawatan terakhir uncle, memang ramai yg dah dpt tittle Datuk.
Apa apa pun, uncle memang seorang datuk, dan wife uncle seorang nenek, bukan Datin. hehehe
saya ada jiran yg menghadapi masalah mcm ni...dia dh ada cucu...lbh kurang 20 th lbh tua dari saya...tp panggil saya 'kak' dan dia membahasakan dirinya dgn namanya..:)
ReplyDeleteYa... saya rasa kita perlu satu perubahan dalam bahasa sapaan dan panggilan. Kadang2 .... kembang juga lubang telinga ni... bila pekedai yang hampir sebaya malahan lebih tua dari saya ... panggil saya mak cik. Wehhhh aku ni muda lagi laaa..
ReplyDeleteJadi satu bahasa sapaan yang satu perlu diberi dan dinilai kembali. Cuma dapatkah masyarakat kita menerima ....
salam uncle, saya antara beberapa org yg tak panggul uncle TUAN di blog ini kan?hehe, terasa uncle spt bapa buat saya yg sgt rapat di alam blogging sbb tu tak biasa nak panggil TUAN. Saya rasa panggilan TUAN akan mudah kaum lelaki dpt jika mereka bergelar haji. walau kedudukan dlm jawatan mereka tak berapa tinggi org akan panggil TUAN HAJI kan?
ReplyDeletetentang tokey cina tu panggil uncle dato' saya rasa mungkin dia kenal uncle kot?selalu nmpk uncle berjln2 bersama kereta uncle, so dia tau uncle seorang 'datuk' pada mata dia. moga uncle dpt gelaran Dato', mana tau rezeki uncle kan?
kalau tak silap saya ada mengatakan salah satu gambar tuan mmg mcm dato' (dlm facebook) gaya mmg dah ada rasanya tak lama lgi. Aktifla dlm politik. Insyaallah ada rezeki.
ReplyDeletePanggilan tuan untuk semua orang tu berat sikit. celaru budak sekolah rendah.Bayangkan saya masuk kelas murid kata "selamat pagi tuan'.
saya lari keluar.....
Salam Tn.Hj,
ReplyDeleteBagi saya, tak kisah dia org nak panggil saya apa pun.....
kalau kat opis saya panggil (boss) Tuan Hj.
pensyarah En,Pn,cik,Dr,ustaz
Staf tengok pangkat.....
kat luar (org awam) panggil makcik,pakcik,En,Pn,adik
tapi yg satu ni jarang saya guna
'ABANG'
Mungkin dia nak panggil Pak Ngah 'datuk' yakni datuk yang ada cucu bukan dato'. err
ReplyDeleteSaya panggil Bos saya dengan panggilan “sir”!
ReplyDeleteBang Hamzah, tahu tak dah ramai blogger yang panggil Bang Hamzah dengan panggilan DATO’ KOMENSEN?
hahahaha yang baca, dan faham mesti dah senyum simpul tapi taknak mengaku!
lariiiiiiii..!
Maaf mengelat sikit dalam mengayat tu, sebab peluang mengelat memang terbuka!
ReplyDeleteOrang yang memanggil al-lavendari "Dato'" tahu ramai orang yang bergelar Dato' masa ni; peluang panggilannya betul adalah tinggi!
Tak betul pun dia tak rugi, sebab dia percaya bila dah dipanggil Dato' tentu al-lavendari malu nak minta diskaun ke atas caj tampal tayar yang memang telah diganda-gandakannya! Betul tak?
SEMASA DI PEJABAT, WALAUPUN KAMI ANTARA KAKITANGAN RAPAT HUBUNGANNYA, TETAPI KALAU BOS ATAS SAYA, SAYA LEBIH SUKA PANGGIL TUAN @ PUAN. BIAR NAMPAK FORMAL, SUPAYA URUSAN KERJA BERJALAN LANCAR..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya sangat suka topik ini. Di dalam pengamalan Bahasa Melayu Tinggi ataupun BMT, kata panggilan bagi setiap orang yang sebaiknya dan menunjukkan tanda kita menghormati orang itu ialah dengan memanggil Tuan, Puan ataupun Cik Puan.
Dengan memanggil sebegitu, kita tidak risau orang berasa terhina kerana ada kalanya apabila kita menyangka dengan memanggil pakcik ataupun makcik, seseorang itu suka sedangkan boleh jadi individu itu tersinggung. Lainlah cerita sekiranya perkara itu, kedua-dua pihak sudah biasa.
Salam ziarah di laman Tuan.
Mulai hari ini, saya tak nak panggil Kanda atau Tuan lagi, saya nak panggil Dato' je... tak salah, kan? :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetuju secircle suara..Hujah2 Tuan Empunya Blog sangat logik..Nampak bijak kalau digunakan panggilan Tuan untuk semua.Nak cetak kad undangan pun senang,x payah taip banyak2..Dato',Datin,Tuan,Puan,Encik dan Cik lagi dah...huhuhu
ReplyDelete~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*
Orang dulu2 memanggil Tuan sebagai merujuk status ketuanan seseorang dan bukannya merujuk kepada jantina.. Contohnya, Tuan Puteri,Tuan di situ tdk merujuk kepada jantina sebaliknya Puteri itu sebagai Tuan kepada pemanggilnya...Samalah macam Tuan Tanah yang merujuk kepada status orang itu sebagai tuan/pemilik tanah walaupun dia seorang wanita... (betul tak?)
Tuan Hamba pula menunjukkan orang Melayu terlalu merendah diri dan menghormati orang lain bila berbicara...(x bape nak setuju di sini)
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Lama dah nak tanya pasal title Datuk tu..Adakah Uncle memegang prinsip seperti 'Encik Ghafar Baba' sebelum allahyarham akhirnya mengalah dan menerima gelaran Tun?
Saya setuju dengan tuan haji, kalau kat kelantan ada kerurunan TUAN nih tapi kalau pompuan pun dia letak Tuan jugak kat depan tak ada pulak PUAN.
ReplyDeletepd sy asalkan pggln itu baik dipendengaran, itu dah memadai tp kenalah tgk kedudukan org tu..
ReplyDeleteMmg saya x suka bila ke kedai dipanggil akak/makcik. Bila saya kawin dgn abg/pak sedara dia org? Suka hari dia jer. Masa mula bekerja dulu (masih bujang), staff panggil Cik Puan, mula2 kekok jugak w/pun dlm asakar wataniah biasa di panggil Puan. Skrg dh lebih 20thn kerja, staff panggil boss...alahai mungkin dia org pulak kekoh nk panggil Cik Puan sebab dh tua...
ReplyDeletesaya juga pernah tgk dalam cerita p ramlee. orang perempuan dipanggilnya 'encik'.
ReplyDeletemalah saadiah penah cakap yang p ramlee itu 'cantik' masa tgk gambarnya dalam sarjan hassan.
tapi kalau sekarang orang panggil saya 'encik GB' atau cakap uncle ni 'cantik'...saya akan rasa pelik. :D
kalau saya nak panggil pakngah, takpe kan.. (",)
ReplyDeletekalau masa belajar dulu mmg selalu panggil pensyarah ngan panggilan sir..lagi teruk lau panggilan dalam keluarga mcm adik ipar dapat yang tua di kita..nak panggil adik mcm tak lalu..hahaha
ReplyDeletekalau di + dgn penat saya baru blk dari kelas hari ni mmg malas nak balas komen, ni semua sbb bas masa lawatan td la yg lambat ber - blk. time org blk kerja, atas jalan = mcm tak jalan jer bas tu td. lain x mls nk naik bas dah..tp takpe, sempat ÷ masa dgn tido td. huhu...ok kot, kejadian betul hari ni.
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletesaya dah biasa panggil orang tuan
dan puan ni..tak salah kita hormat mereka..bukan kena duit pun..dah memang terajar dari kecil..
Di NZ ni lain sikit, power distance sangat-sangat rendah kat sini.
ReplyDeleteSaya kena tegur bila panggil lect DR @ Prof. Mereka tak suka. Last2 semua saya panggil dgn nama je.
Mereka pun kalau balas email saya suka guna ayat Thanks Mate, Thanks Pal, cuba buat kat Malaysia, confirm dapat score paling tinggi C.
MONALEA
ReplyDeleteGELARAN BOSS TU MAKIN DI TERIMA RAMAI. ADA JUGA SAYA DENGAR ISTERI MEMANGGIL SUAMINYA BOS ATAU ANAK MEMANGGIL AYAHNYA BOS.
ENCIK ANIF
ReplyDeleteMEMANG BETUL .. KAN MUDAH KALAU PANGIL IBU2 DAN BAPAK2 SEKELIAN.
Walaubagaimana sekalipun..orang yang paling beruntung ialah.....orang yang nama hadapan dia bermula dengan TUAN...memang ada pakngah kan...?
ReplyDeleteKadang-kadang budaya luar ni ada baiknya...as a sense of appreciation terhadap pelanggan..they addressed everyone as SIR and MADAM..
yang baik kita contohilah...:)
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteUNCLE TIDAK TAHU NAK JAWAB SAMADA DAPAT DATUK INI SATU REZEKI ATAU SATU BEBAN.
KAMSIAH
ReplyDeleteADA JUGA ORANG LELAKI SUKA PANGGIL ORANG PEREMPUAN KAKAK SEBAB SEGAN NAK PANGGIL ADIK WALAUPUN DIA TAHU DIA LEBIH TUA, SEBAGAI TANDA HORMAT.
KALAU PEREMPUAN BUAT CENGGITU, ITU MASALAH.
CHIK ATT
ReplyDeleteBAGUSNYA DI INDONESIA, MEREKA PANGGIL IBU DAN BAPAK SEBAGAI BAHASA SAPAAN. SAYA TIADA MASALAH JIKA KITA MAHU MENIRUNYA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SAYA SUKA LYDIA PANGGIL SAYA UNCLE. TENTANG TAUKEH TU, DIA TAK KENAL UNCLE DAN TAK SELALU PERGI KEDAI DIA. TAK SILAP BARU 2 KALI PERGI SEBELUM INI.
TENTANG GELARAN DATO INI, SAMALAH JAWAPAN UNCLE KEPADA DADDY ZIYYAD.
SKY IS BLUE
ReplyDeleteSEKALI LAGI SAYA KATA, MENDAPAT GELARAN DATO' BUKANLAH REZEKI KEPADA SAYA TETAPI SATU BEBANAN. TAK TERBAWA RASANYA.
MULA2 SEMUANYA MESTI BERCELARU, LAMA2 NANTI BIASALAH MACAM ISI MINYAK SENDIRI DULU PUN TAK BIASA.
ROZILA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BANYAK SUNGGUH GELARAN YANG AWAK KENA INGAT, KAN KE SENANG KALAU CUMA TUAN ATAU PUAN SAHAJA KAN !
LAYLIE MDNOOR.
ReplyDeleteBARANGKALI HARUS BOLEH JADI MUNGKIN JUGA AGAKNYA DIA NAK PANGGIL PAKNGAH DATUK YANG DAH ADA CUCU.
AZIEAZAH
ReplyDeleteLEBIH ELOK PANGGIL SIR DARI BOS SEBAB BOS INI DIGUNAKAN DALAM KONGSI GELAP. DULULAH .. SEKARANG DAH BERUBAH DAN BOLEH DITERIMA RAMAI.
TUAN TEMUK
ReplyDeleteCAJ TAMPAL TAYAR TU CUMA RM6 SAHAJA. TAK SAMPAI HATI NAK MINTA DISKAUN. LAGIPUN KALAU BUAT SENDIRI LAGI BANYAK KERJA DAN BELANJANYA.
FAIRUS
ReplyDeleteMEMANG ELOK BEGITU WALAUPUN BOS KITA BAIK MACAMANA SEKALIPUN.
ASHRAFI
ReplyDeleteALAIKUMSLAM
SAYA SETUJU KALAU PANGGILAN TUAN DAN PUAN ITU DIGUNAKAN TANPA MENGIRA UMUR SEBAB MEMANG RAMAI ORANG YANG TAK SUKA DIPANGGIL PAKCIK ATAU MAKCIK WALAPUN MEREKA MEMANG LAYAK DIPANGGIL BEGITU.
KAKCIK
ReplyDeleteMEMANG SATU KESALAHAN BESAR KALAU KAKCIK PANGGIL SAYA DATO'. PLEASE DON'T.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSOALAN TENTANG DATO' ITU SUSAH NAK JAWAB. SEBENARNYA UNCLE NI LEBIH CONDONG KEPADA SOSIALIS. SEKADAR ITU YANG BOLEH UNCLE JAWAB. RASANYA YUN BOLEH FAHAM.
JUNAINA
ReplyDeleteITULAH SEBAB SAYA KATA PERKATAAN TUAN TU TERPAKAI UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.
KHAIRIN-ANIES
ReplyDeleteITULAH MASALAHNYA SEBAB KITA BUKAN TAHU KEDUDUKAN, UMUR DAN KESUKAAN SESEROANG.
UMMI
ReplyDeleteSEBENARNYHA SAYA TIDAK BERAPA GEMAR MENGGUNAKAN GELARAN BOSS TU SEBAB MACAM TAK HORMAT .. TAPI BUDAYA KITA DINAMIK DAN NAMPAKNYA DAH BOLEH DITERIMA UMUM.
GADISBUNGA
ReplyDeleteSESUATU YANG PELIK KALAU JARANG DIGUNAKAN TAPI BILA SEMUA ORANG DAH GUNAKAN, IA DAH JADI BIASA. CONTOHNYA .. TUDUNG YANG DIPAKAI YUNA ITU, UNCLE ANGGAP PELIK PADA MULANYA, TAPI SEKARANG DAH NAMPAK CANTIK. BEGITU JUGA, ORANG PEREMPUAN BERTUDUNG BERMAIN GITAR, JUGA PADA MULANYA NAMPAK PELIK, TAPI SEKARANG DAH JADI TREND.
FUAD ANSAR
ReplyDeleteSAYA PUN TENGAH BERKIRA-KIRA NAK MENUKAR PANGGILAN DI BLOG DARI AL-LAVENDARI KEPADA PAK NGAH. OK TAK ?
WAN NURUL HEZRINA
ReplyDeleteSAYA SEDANG MENGALAMINYA SEKARANG. ABANG IPAR SAYA 4 TAHUN LEBIH MUDA DARI SAYA. APA NAK BUAT, KENALAH JUGA PANGGIL ABANG SEBAB IA BUDAYA KITA.
MENTIBANG LAUT.
ReplyDeleteKALAU DAH KAKI TIDOR TU, KAT MANA PUN BOLEH !
ZULKBO
ReplyDeleteBAGUSLAH BEGITU .. TAPI MASALAHNYA PENGGUNAANNYA TAK MENYELURUH.
HANAFIAH
ReplyDeleteMEMANG DALAM HAL INI BUDAYA KITA BERBEZA. SAYA SECARA PERIBADI TIDAK SETUJU KALAU ORANG YANG LEBIH TUA ATAU KETUA KITA DIPANGGIL DENGAN NAMA SAHAJA. MUNGKIN SESUAI BAGI MEREKA TAPI TAK SESUAI DENGAN BUDAYA KITA.
SITI MURNI
ReplyDeleteADA LAGI YANG LEBIH UNTUNG. ORANG YANG NAMANYA ZAITUN. SEMUA ORANG PANGGIL TUN. HEHE
sy harap tn hj dpt title dato' semasa hari keputeraan yamtuan pada sabtu ini..tn hj mmg layak..byk sumbangan tn hj pd agama, bangsa dan negara
ReplyDeleteROM
ReplyDeleteTERLALU BERAT GELARAN ITU .. RASANYA TAK TERPIKUL DEK BAHU SAYA.
LAGIPUN SAYA HANYALAH SEORANG BEKAS PEKERJA MAKAN GAJI SAHAJA.