Monday, January 16, 2012

MARI KITA LIHAT BILIK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEWANGAN !

Beberapa tahun dahulu, saya berpeluang menyertai lawatan ke UK dalam rangka mengumpul maklumat untuk melaksanakan program tertentu di Malaysia. Antara tempat yang saya lawati ialah Kementerian Kewangan atau Perbendaharaannya.


Gambar 1: Sempat juga bergambar di lobi bangunan ini sebelum
di jemput masuk oleh tuan rumah.


Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah cara mereka menggunakan ruang pejabat yang ada. Mereka mengamalkan konsep pejabat terbuka yang benar-benar terbuka. Yang memeranjatkan saya ialah pejabat Ketua Setiausahanya (KSU) juga terbuka. Rasa macam tak percaya pulak bila saya ditunjukkan bilik KSU tersebut.  Untuk makluman yang tidak tahu, KSU adalah jawatan pegawai kerajaan yang tertinggi dalam sesebuah kementerian.

Lihatlah bilik atau lebih tepat lagi 'cubicle' tempat dia bekerja seperti yang ditunjukkan kepada saya oleh pegawai di sana. 



Gambar 2: Semua orang boleh tengok apa dia buat. Tak ada peluanglah dia nak berblog atau berfb.  Tetiba saya rasa bersalah bila memikirkan bilik pejabat saya di Malaysia pada masa itu.


Gambar 3:  Dari penilaian saya, mungkin bilik pejabat KSU Perbendaharaan, UK ini lebih kecil dari ruang pejabat sesetengah bilik Pengerusi JKKK di Malaysia. Dan kalau dia nak minum, katanya dia kena bancuh sendiri.
Selanjutnya renung-renungkan kata-kata Hanafiah seorang pelajar yang sedang membuat PhD di New Zealand pada masa ini, dalam komennya kepada entri saya baru-baru ini seperti di bawah.




Saya juga banyak kali berpeluang melihat dan memasuki bilik KSU di beberapa kementerian di Malaysia. Bezanya macam langit dengan bumi. Punyalah besar dan mewahnya bilik KSU kita berbanding bilik KSU di Kementerian Kewangan UK. Sedangkan mereka lebih kaya dan berkemampuan dari kita.  Rasanya kita ini lebih British dari British. 


Saya percaya ramai juga KSU kita yang telah melawat bilik KSU di UK ini, tapi hairannya tak hendak pulak dia orang menirunya.

p/s: Agak-agaknya bilik KSU Kementerian Kewangan kita besar mana ya. Dulu saya tak berpeluang masuk.  Ada sesiapa pernah masuk ? Cuba cerita !

.

65 comments:

  1. Salam pakcik,

    rasanya apa yg jadi amalan pegawai2 tinggi kerajaan pada hari ini tak banyak sikit pun adalah kesan dari tarbiyah jajahan jugak kan? Nalang sekali Islam yang dianuti tidak berupaya membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, masing-masing cuma pandai mencipta kata-kata tanpa cuba melaksanakannnya. Pernah diadakan peraduan mencipta slogan kata, tapi slogan hanya tinggal slogan, kata-kata umpama dusta.

    Abang saya pun sering bercerita pengalamannya di luar negara, katanya dia malu dengan cara orang2 sana bekerja terutama pegawai2 tinggi, macam yang pakcik cerita, mmg sungguh mereka tak suka dipanggil dgn gelaran2 tu semua, tapi di sini kalau suaminya Datuk, siisteri boleh melenting kalau tidak dipanggil datin, tak panggil nenek pun dah bagus!

    Menurut kata abang saya, di sana (London) usahkan pegawai atasan, cleaner nya juga mengamalkan cara kerja yang sangat amanah dan mulai. Di sini? sendiri mau fikir ler...kita takder masa memikirkan tu semua sebab asyik bertelagah pasal isu semasa ni jer....

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. maaf pakcik,p embetulan :

    Malang bukannya Nalang
    Amanah dan mulia bukannya amanah dan mulai.

    kibod saya ni yang tak berapa sehat..

    salah kibod jugak!

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Abang Ngah...

    yang pastinya - saya tak ada bilik di pejabat ini! :)

    ReplyDelete
  4. QUEENIE

    SAYA MALAS NAK BERLEBIH-LEBIH SANGAT MENEPUK AIR DI DULANG. TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI DAN MEMBERI PANDANGAN.

    SALAH EJAAN TU, BIASALAH. TAPI SAYA BOLEH MENGAGAK APA YANG AWAK NAK BERITAHU.

    ReplyDelete
  5. KAKCIK SEROJA.

    ANAK2 SAYA BERTUAH KERANA DAPAT BILIK TIDUR SORANG SATU. SAYA JUGA YANG MALANG TERPAKSA BERKONGSI BILIK DENGAN MAKNGAHNYA.

    ReplyDelete
  6. Tersenyum saya .... baca komen di atas . Pak ngah tentu kena kongsi bilik ngan mak ngah keh keh keh ..


    Kita ni mewah dengan segala2nya . Tapi sebenarnya .... jiwa kita kosong . Bilik besar .... penuh dgn kemudahan tapi ... kualiti perkhidmatan di mata.

    Menyentuh tentang SBPA ....yang uncle timbul beberapa hari lepas. Mlm tadi saya bertemu dgn My SIL .... JUSA ... yang pemindahan gaji nya ... ialah hampir rm5000 . Aduhai ..... betulkah seperti yang saya dengar ....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan al-Lavendari,
    Terpaksa akur dengan ketelusan dan kesederhanaan pentadbiran di negara luar, tampak lebih 'islamik' dalam banyak segi...berbanding di tanah air.

    ReplyDelete
  8. saya pernah masuk bilik timbalan pengarah satu jabatan di putrajaya. budak lagi blm 30 pun. wow! besar living room rumah saya. (tak tau nak kagum ke nak kecewa)

    ReplyDelete
  9. malu nak cakap~~tapi meja saya lagi besar dari meja ksu tu~~he~~

    *ofis saya cc pun ada bilik~~keh keh~

    ReplyDelete
  10. Semakin ramai penduduk kita yg melebihi British Tuan. Apa lagi yg baru mendapat peluang bagai kaduk naik junjung... kalau boleh kuasa yg sedikit mahu digunakan lebih dari kuasa yang sepatutnya...

    Seperti komen Hanafiah kakak setuju 100% apa yg diperkatakan...

    ReplyDelete
  11. Pakcik,

    Di pejabat sy (Cina sama Melayu sama Cina), kami tak pgl bos dgn MR/Encik sebaliknya cuma nama.

    Klu institusi kerajaan (majoriti Melayu), saya kira diorang mungkin TEBAL dgn ajaran KETUANAN.

    Lain sebab, mgkn terpengaruh dgn kasta Hindu. Siapa Brahmin dan siapa Paria ye? Hiks!

    =p

    ReplyDelete
  12. SAYA BEKERJA DI MUZIUM.. DI BANGUNAN STADHUYS.. PEJABAT SAYA, PEJABAT LAMA PEGAWAI BELANDA.. RUANGNYA BESAR, TETAP DUDUK 3 ORANG SAJA.. ;)

    ReplyDelete
  13. tak semua jabatan/agensi kerajaan ikut ketuanan...kekadang kita sendiri yg terasa bila panggil nama je , nampak cm kurang hajar la plak bila beri betis nak peha....itulah, kalau 'bagi muka' sangat.. melampau !!

    p/s : bilik boss memang besar kat sini tapi dia selalu tiada dalamnya.

    ReplyDelete
  14. Tuan, cer tunjuk bilik KSU Malaya...

    ReplyDelete
  15. Mungkin masa mereka masuk bilik KSU di sana mereka berkata dalam hati "Perghh.. keciknya bilik dia.. bilik aku lagi beso.. kedekut yang amat Mat Salleh nie.."

    hahahha.. itu pandangan 5 sen saya sahaja.

    ReplyDelete
  16. Salam Pak Ngah..

    Sangat2 setuju kata-kata Pak Ngah ni:

    " Rasanya kita ini lebih British dari British. "

    p/s: cik hubby tak baca lagi entri Pak Ngah ni, kalau dia tahu mesti terharu... :)

    ReplyDelete
  17. pengalaman duduk negara org ni pun byk membuka mata. parlimen dibentang secara terbuka, lebih2 lagi tentang keluar masuk duit yg dibelanjakan oleh kerajaan, setiap sen duit rakyat tahu kemana perginya. pembangkang pun diberi ruang untuk bersuara di tv. apa2 tak puas hati kat kerajaan pun boleh dibicara secara terbuka tanpa kene saman/tangkap. jd semua org pun boleh menilai mana berita betul atau palsu. sebb tu jepun boleh jd negara maju, politik yg tak melebih2. yg penting dan mmg didahulukan rakyatnya. diorang gaduh2 pun at least utk kepentingan rakyatnya bukan periuk nasi sndiri. salah sikit terus letak jawatan sebb malu. kat msia ada ke? hehe.. lagi satu bilik2 boss jgn harap nk tengok mcm rupa mcm bilik bos kat msia. hanya petisyen, bilik menteri pun sama besar dengan bilik PA kat pejabat kerajaan msia! lg satu time meeting xde mkn2 cuma bg air mineral je, jimat masa. pegi keje pun ada yg naik keteapi, prof2 sini pegi keje naik basikal pun ramai. takde pangkat2 dato, tan sri bagai. semua org pun sama, tapi senior tetap senior. hehe..
    *pandangan sya je yg nmpk perbezaan antara jepun dan msia.

    ReplyDelete
  18. Bilik KSU Keewangan saya tak tau tapi cawan minum kopi menteri keewangan kita berharga berbelas ribu. Kalau Aina sekali anak sumbingkan cawan tu mau mak guling2 nangis tiga hari tiga malam!

    ReplyDelete
  19. rasanya ruang keja sy pun lebih selesa kot...

    ReplyDelete
  20. munkin itulah lebihnya pada negara kitakan...ketua mesti tunjukkan sifat ke'ketua'an mereka....

    ReplyDelete
  21. pakcik, kat opis sy ni pun tak amalkan panggil bos/sir/tuan/encik semua panggil nama je. bos paling besar pun panggil nama, tp bukan bermakna tak hormat kan.sy kerja swasta je, company cina..dan sy satu2nya melayu kat sini.

    dulu masa belajar praktikal kat 1 jabatan kerajaan...penuh dengan sakit hati & PHD...dan duit tepi...ehhh =.=*

    ReplyDelete
  22. di sekolah saya pun ada bermacam jenis bilik :) bilik pengetua lah yang paling luas dan sejuk dengan hawa dinginnya :)

    ReplyDelete
  23. kakak saya pegawai di wisma putra. dulu bilik dia, OMG la.... memang puas nak berguling, bergolek bagai.... sekarang di posting ke UK. tatau la plak rupa opis barunya macam mana.... =)

    ReplyDelete
  24. kat syarikat IM, meja general manager pun open. kekadang boleh nampak depa main internet...

    ReplyDelete
  25. bila baca komen sahabat..
    alangkah betuahnya kalian bekerja dengan orang luar....

    dan.. ayu oun teringin nak tengok bilik KSU malaysia..

    ReplyDelete
  26. Di Malaysia lebih SELESA.

    Ketua Jabatan minum kopi, makan kuih petang hari..bekas pinggan dan cawan letak je kat meja P.A depa..kerja P.A tambah lagi satu..basuh pinggan dan cawan bos. hurm. Bandingkan dengan senario yang pakngah ceritakan tu...haih..sadis dibuatnya.

    ReplyDelete
  27. Salam Pak Ngah,

    Terima kasih kerana menepek komen saya tu... :)

    Sebahagian dapatan kajian saya memang menunjukan KETUANAN itu masih penting, sebab ianya mengambarkan SISTEM NILAI BUDI (sopan santun, hormat, adab) yang wujud dalam masyarakat Melayu.

    Namun nilai KETUANAN ini akan menjurus kepada kebaikkan sekiranya TUAN itu mempunyai akhlak yang baik, berkemahiran serta berilmu dalam membuat keputusan, mengurus dan membimbing anak buahnya.

    Masalah yang wujud ialah kita tidak mempunyai cukup kekuatan untuk melawan KETUANAN bila mendapat ketua yang sebaliknya. Berdebat secara kritis dengan ketua yang sukar menerima perbezaan pendapat ni yang susah. Kita mula kuatir dengan implikasi pada penilaian prestasi kita dll. Akhirnya kita menjadi YES MAN dan akan menikus serta cuba menjadikan realiti apa hasrat ketua kita bila diarahkan.

    Tentang bilik tu, memang itulah sebahagian dari nilai KETUANAN yang wujud. Ketua perlu digambarkan dengan statusnya. Statusnya itu adalah dengan sebutan hormat pada dia (Tuan, Dato', dll). Status juga digambarkan dengan materialistic (bilik, kereta, dll).

    Itulah nilai "Sistem Budi Kita", ianya mungkin masih OK jika ketua itu bagus seperti saya nyatakan tadi. Namun jika tidak, maka akan jadilah seperti entri Pak Ngah "JAWAPAN KEPADA KOMEN DARI 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2..."

    ReplyDelete
  28. Sebijik cubicle KSU Kewangan UK tu dgn cubicle saya. Maknanya setaraflah saya dgn dia. W/pun staff panggil bos, nk minum bancuh kopi sendiri & basuh cawan pun sendiri. Kawan2 pulak tengok pelik...

    ReplyDelete
  29. bagi saya, kelebihan bilik sorang2 ni, lebih mudah nak beribadat di kala ada ruang masa kosong macam solat dhuha dan baca quran..

    tapi tu lah, saya pun tak berhajat nak 'menepuk air di dulang'.. (pertama kali dengar).. (",)

    ReplyDelete
  30. CHIK ATT

    MEMANG BETUL APA SIL AWAK CAKAP TU. TU SEBAB SAYA BAUT ENTRI ITU KERANA KENAIKANNNYA AGAK KETERLALUAN. KALAU SEMUA GRED NAIK BERSAMA TAK APA JUGA. BILA HARGA BARANG NAIK, YANG JUSA KE TAK JUSA TETAP MEMBAYAR HARGA YANG SAMA.

    ReplyDelete
  31. MIEZA

    ALAIKUMSALAM

    ITULAH YANG MENYEDIHKAN SAYA KERANA KITA INI KONONYA SEBUAH NEGARA ISLAM.

    ReplyDelete
  32. TIJAH

    ITU BARU BILIK TIMBALAN PENGARAH. KALAU AWAK TENGOK BILIK KETUA PENGARAHNYA, MUNGKIN AWAK MALAS NAK BAYAR CUKAI LEPAS INI.

    ReplyDelete
  33. BUJAL X

    SUNGGUH BERTUAH TANAH AIR KU !

    ReplyDelete
  34. KAKZAKIE

    SAYA SUKA PERUMPAMAAN KAKZAKIE .. BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG TU. TEPAT SEKALI.

    ReplyDelete
  35. POK AMAI-AMAI

    PANGGILAN NAMA SAHAJA MUNGKIN BELUM SESUAI DENGAN BUDAYA KITA. CUMA ORANG DI BERI PENGHORMATAN DENGAN PANGGILAN TUAN, DATO' ATAU TAN SRI MISALNYA SEPATUTNYA BERTAMBAH TUNDUK.

    ReplyDelete
  36. FAIRUS

    NASIB BAIK AWAK DUDUK 3 ORANG. KALAU TIDAK MUNGKIN TAKUT JUGA.

    ReplyDelete
  37. PCL

    SAYA JUGA TIDAK BERSETUJU ORANG YANG LEBIH TUA DAN LEBIH TINGGI PANGGKATNYA DIPANGGIL NAMA SAHAJA. SETERUSNYA LIHAT KOMEN SAYA KEPADA POK AMAI AMAI DI ATAS.

    ReplyDelete
  38. RIZ ARDY

    KALAU SAYA TUNJUK, MUNGKIN AWAK MALAS NAK BAYAR CUKAI PENDAPATAN LEPAS NI SEBAGAIMANA JAWAPAN SAYA KEPADA TIJAH DI ATAS.

    ReplyDelete
  39. AUJINZ

    BARU PAKCIK TERFIKIR. YA TAK YA JUGA YA. MUNGKIN MEREKA BERFIKIR MACAM TU.

    ReplyDelete
  40. NIDA

    SALAM KEMBALI

    PAKNGAH DAH BACA CATATAN HANAFIAH. MEMANG TERBAEK !

    ReplyDelete
  41. ASMARA

    MINTA IZIN MENGGUNAKAN KOMEN AWAK INI UNTUK DIBUAT SATU ENTRI KHAS NANTI KERANA IA SANGAT MEMBUKA MATA.

    ReplyDelete
  42. JUNAINA

    DUIT SIAPA DIA GUNA UNTUK BELI TU. KALAU DUIT DIA SENDIRI, TAK MENGAPALAH KALAU DIA NAK BELI HARGA SEJUTA PUN.

    ReplyDelete
  43. NYANYISUNYI

    BAGUSLAH KALAU BEGITU. JANGAN BILIK BOS JE YANG SELESA.

    ReplyDelete
  44. SURI SOLEHAH

    BETUL .. MUNGKIN BOLEH DIJADIKAN TARIKAN PELANCONGAN.

    ReplyDelete
  45. MUNNAFENDY

    BANYAK DAH KOMEN TENTANG PANGGILAN NAMA SAHAJA. BUDAYA PEJABAT KERAJAAN KITA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK ITU.

    ReplyDelete
  46. CIKGU NORMAH

    SURUH PENGETUA CIKGU BACA ENTRI SAYA INI. KALAU TAK KEBERATAN, SILA BERITAHU SAYA APA KOMENNYA.

    ReplyDelete
  47. CIKPIA

    KALAU OFIS ORANG KITA, KAT MANA PUN TETAP BESAR SEBAB STANDARDNYA TELAH DITETAPKAN OLEH MAMPU.

    ReplyDelete
  48. INSAN_MARHAEN.

    SEKURANG-KURANGNYA DIA TAK BERSEMBUNYI.

    ReplyDelete
  49. CITARASA RINDUAN

    CUBA AWAK GOGGLE .. MANA TAHU KOK ADA GAMBARNYA.

    ReplyDelete
  50. SITI MURNI

    BEGITULAH KEADAANNYA. APALAGI HENDAK DI KATA. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

    ReplyDelete
  51. HANAFIAH

    SALAM KEMBALI.

    SATU KOMEN YANG SANGAT BERNAS DAN BERISI. TERIMA KASIH.

    IZINKAN PAKNGAH NANTI MENGGUNAKANNYA UNTUK DIBUAT ENTRI BILA TIBA MASA YANG SESUAI.

    ReplyDelete
  52. UMMI

    BAGAUSLAH KENA BUAT SENDIRI MASA BEKERJA SEBAB BILA DAH PENCEN NANTI TIDAKLAH KEKOK.

    ReplyDelete
  53. FUAD ANSARI

    TERPERANJAT JUGA SAYA BILA AWAK KATA PERTAMA KALI DENGAN PERUMPAMAAN ITU.

    TAU TAK MAKNAANYA ? KALAU TAK TAHU TANYA PAKCIK GUGEL.

    ReplyDelete
  54. *maaf kesilapan ejaan, saya bermaksud partition bukan petisyen. hehe.. laju sgt nak menaip. mohon maaf. :D

    ReplyDelete
  55. pertama kali nak komen.pertama kali sampai.dr blog bujal.
    tahun lepas saya completekan kerja2 interior design di satu kementerian di putrajaya.
    nak tahu KSU punya perbandingan?
    di kementerian tu, bilik KSU dia masyaAllah punya besar.
    complete dgn restroom, shower,meeting room dia sendri.pantry pon dia punya area sendiri.
    mgkin cost bilik dia,sama dengan cost renovate satu rumah double storey.mgkin lebih.huhu.
    kita doakan diorg ada motivasi buat kerja sungguh2 dgn suasana begitu.
    *tangan ke bahu mata ke atas*

    ReplyDelete
  56. CIK PAYUNG

    ITU BARU BILIK SATU ORANG KSU. KITA ADA BERAPA RAMAI KSU. BELUM MASUK BILIK KETUA JABATAN/AGENSI LAGI.

    NASIB BAIK NEGARA KITA KAYA.

    ReplyDelete
  57. Saya pernah masuk Bilik KSU kementereian saya je. Kalau naik floor Menteri, rasa seram je. Lain benor interior nya

    ReplyDelete
  58. ASMARA

    SAYA FAHAM APA YANG ANDA MAKSUDKAN. BUNYI SEBUTANNYA PUN DEKAT2 NAK SAMA.

    ReplyDelete
  59. ASMARA

    SAYA FAHAM APA YANG ANDA MAKSUDKAN. BUNYI SEBUTANNYA PUN DEKAT2 NAK SAMA.

    ReplyDelete
  60. SUFIA MAHZAN

    MASA UNCLE KERJA DULU, MASUK BILIK KSU MUNGKIN 3-4 KALI SEHARI. JADI DAH TAK RASA APA-APA LAGI DAH.

    ReplyDelete
  61. sepatutnya negara kita tirulah sikit mcm negara luar..n dapat meminimakan lagi perbelanjaan..nie tak golongan bawahan mmg terus jadi bawah n atasan makin selesa..

    mmg nampak jurang disitu.nakkan kedudukan,gelaran nama.mmg gah sangat berpangkat besar sampai semuanya nak besar..

    ReplyDelete
  62. WAN NURUL HEZRINA

    KEADAAN MUNGKIN SUSAH UNTUK DIUBAH KERANA SUDAH MEMBUDAYA. TAPI KALAU SEMUA GOLONGAN ORANG MUDA INGINKAN PERUBAHAN, TAK ADA YANG MUSTAHIL. MUBARAK PUN BOLEH DITUMBANGKAN.

    ReplyDelete
  63. Simplenye bilik KSU derang..
    Air pun buat sdiri...mane nak dpt kat
    Malaysia ni...

    ReplyDelete
  64. CIK SHINJU

    DULU ADA SORANG MACAM TU, TAPI SEKARANG DIA DAH PENCEN.

    ReplyDelete
  65. pakngah,

    saya juga tidak berbilik..
    even bilik tido pon masih seorang tak berkongsi..

    lalalalalalalalala~

    *nak suh back to basic Islam.. tapi Malaysia banyak dah jadi Islam dalam IC..bukan pada peribadi*

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.