Friday, January 20, 2012

JANGAN KOMPLEN KALAU IKAN MAHAL.

Dalam entri saya dan juga fb saya semalam ada disebutkan sepintas lalu tentang aktiviti memancing saya pada hari Rabu malam Khamis yang lepas. 

Berikut adalah catatan ringkas bergambar berhubung dengan aktiviti memancing saya bersama empat orang sahabat lagi.


Gambar 1: Kami  bertolak dari rumah kira-kira pukul 5.45 petang menujuk jeti nelayan  Port Dickson. Air masih lagi surut dan bot belum boleh keluar. Air pasang semula selepas jam 9 malam. Sementara itu kita sembahyang Maghrib,  makan malam dan kemudiannya sembahyang Isyak. 
Nampaknya jeti ini menjadi kubu kuat BN.


Gambar 2: Sempat juga bergambar meniru gaya Gedek.


Gambar 3: Sementara menunggu air pasang, saya melihat orang kita bermain judi tanpa menghiraukan waktu Sembahyang Maghrib dan Isyak. Saya ambil gambar pun dia orang tak perasan. Yang sedihnya tempat dia orang berjudi ini adalah bersebelahan dengan surau tempat kita sembahyang tadi.

Gambar 4: Di ruangan yang sempit inilah kita gunakan untuk duduk memancing, tidur bersempit-sempit secara bergillir-gilir, bersembahyang dan sebagainya.


Gambar 5:  Kira-kira jam 11 malam tekong bot dengan anak bujangnya menurunkan pukat. Panjang pukatnya lebih dari 1km dan mereka mengambil masa lebih dari satu jam untuk menurunkannya. Kalaulah saya yang menurunkannya, sampai sekarang pun agaknya saya masih dalam bot.


Gambar 6:  Kira-kira jam 3 pagi mereka menaikan pukat dengan hasil tangkapan. Nampak tak ikan yang bergelimpangan di sebelah kanan bot. Menurut tekong, berat pukat ini setelah basah terkena air adalah lebih kurang 3 ton. Kesemua ikan yang majoritinya ikan Tenggiri yang berjaya dinaikkan adalah sebanyak 50 ekor. Kerja menaikan pukat ini mengambil masa kira-kira  2 jam.


Gambar 7: Berehat dalam perjalan balik ke jeti. Sampai di jeti dia punya taukeh sudah tunggu maa !


Gambar 8: Setiap orang mendapat 5 ekor. Saya dapat empat ekor ikan Tenggiri dan seekor ikan Parang yang kesemuanya ada bertelur. Kalau beli kat pasar rasanya mungkin dekat RM200 kot disamping tidak lagi begitu segar.
Sebelum itu nak beritahu, kita bayar taukeh bot itu RM500 (iaitu RM100 seorang) dan perjanjiannya, kalau kita dapat ikan hasil pancingan,  kita  yang punya manakala ikan yang berjaya dipukat pula kita bahagi 50-50.


Gambar 9:  Saya dengan 2 dari 5 ekor ikan segar bahagian saya. Salahkan anak saya kerana mengambil gambar tak cukup sifat.


Pemerhatian saya:

1. Yang kaya tetap taukeh dan orang tengah. Yang kekal dan terus miskin adalah nelayan yang barangkali tidak ada pilihan atau selesa dengan cara hidup begini.

2. Sesungguh rezeki di tangan Allah kerana ada bot yang cuma dapat 2 ekor sahaja walaupun kita memukat di kawasan yang sama.

3. Masih ada lagi, orang kita yang suka berjudi menghabiskan masa dan duit. Larangan Allah dalam surah al-Maidah ayat 90 seperti tertera dalam 'header' di atas  itu mungkin sudah tidak ada dalam benak fikiran mereka.

4.  Perangai sebenar sahabat kita boleh dilihat dan dinilai sepanjang aktiviti ini, samada mereka jenis enau dalam belukar atau aur di tepi tebing dan sebagainya.


37 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Alhamdullilah rezeki Allah, saya rindu nak makan ikan laut macam selar atau kembung. Di sini ikan-ikannya sebesar 'betis' (kata abah saya), tapi kalau salmon grill, makan bertambah nasi!

    ReplyDelete
  2. Salam pagi Jumaat Pak Ngah,

    wahhh...ikan parang! ikan kegemaran saya tu..masak asam pedas AJohor memang terangkat lah ....
    tapi kat rumah ni anak2 semua tak suka ikan parang, banyak tulang kata mereka ... jadi saya beli selalunya sehiris dua sahaja utk saya dan suami makan ...

    Pak Ngah ..saya dah jawab dalam entri baru hari ni ...

    jangan lupa jenguk ya...

    Wslm,
    nurazzah8

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Ngah..

    Bila membaca dan melihat gambar2 ini semua.. hati saya menjadi sayu atas dua sebab:

    1. saya terlalu rindu pada kampung halaman saya yang rata-rata pekerjaan penduduk adalah nelayan.. kemiskinan memang membelenggu mereka.

    2. saya teringat pada arwah abah.. beliau amat suka ke laut bersama rakan nelayan pergi menjala... terbayang di atas bot itu adalah beliau walaupun muka Pak Ngah di situ... maaf ye Pak Ngah, tapi itulah yang saya rasa sekarang.. air mata pun dah tak tertahan lagi ni... :'(

    Al-Fatihah buat yang tiada

    ReplyDelete
  4. As-salam. Seronoknya aktiviti tu! Boleh juga aturkan utk bloggers?

    Parang berduri diasam pedas
    Tenggiri segar dimasak lemak
    Melihat penjudi geram dan rimas
    Kesihan nelayan selamanya sesak.

    Habis dah barangkali 'share'ikan al-lavendari tu, ya?

    ReplyDelete
  5. kagum dengan kegigihan dan kesabaran orang yang memancing.....

    ReplyDelete
  6. moga moga mereka akan berubah akhirnya

    ikan tenggiri campur pucuk gelugur sodap tu pakngah

    ReplyDelete
  7. Best la Uncle dpt makan ikan segar..
    Baru2 ni yun beli ikan kerisi kat pasar,4 ekor RM8...yg saiz kecik jer pun... :(

    Kesian nelayan,keje byk untung sikit jer...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... tetap juga ada rezeki. :)

    ReplyDelete
  9. wahhh besarnyaa ikan! jeles sungguh!

    p/s :pak ngah, macam mana pak ngah kenal myra hussin, saya nampak pak ngah like kat entri dalam blog dia

    ReplyDelete
  10. Salam bang.

    Mahal juga 5 ekor RM200. Tapi ikan segar agaknya harganya lebih tinggi... ngeeee

    ReplyDelete
  11. Kawan2 abg yg 4 org tu jenis enau atau aur?

    ReplyDelete
  12. Kalau diminta naik sampan kecil mcm tu tak sangguplah saya. Saya ni kadang2 mabuk laut w/p dulu saya kerja di laut masa dgn sykt minyak .... huhuhu

    ReplyDelete
  13. TETAPI DEKAT BELAH KAMPUNG SAYA, SAYA LIHAT PARA NELAYAN SUDAH PANDAI.. MEREKA TANGKAP, MEREKA SENDIRI YANG MENJUALNYA.. MAJORITI...

    ReplyDelete
  14. saya suka tgk org mancing dan hasilnya. Kalau saya yang mancing ...ikan puyu pun tak mau makan ...

    ReplyDelete
  15. ikan laga dalam balang kaca adik saya pun saya tak tertangkap, ini kan pulak ikan tenggiri berekor-ekor macam tu.

    *

    kenapa agaknya orang kite suka buat maksiat eh?

    *

    kat ruang sempit atas bot tu berapa orang muat tidur?

    ReplyDelete
  16. betul uncle pengorbanan nelayan tu besar...berpanasan mencari ikan sebagai untuk sesuap rezeki, bukan senang nak dapat tu, syukurlah tanpa org2 begini tak dapat kita makan ikan...untungla uncle dapat makan ikan segar segar..

    ReplyDelete
  17. ada pulak kena bahagi hasil tangkapan 50-50 dengan tauke bot.. bayar sewa bot, sudahlah.. (",)

    ReplyDelete
  18. asslam AL..bukan setakat dapat ikan..tapi dapat jugak mengetahui keadaan 'orang kita'
    agaknya dah terbiasa..apa kata..sesekali bila memancing.bawak kaset2 ceramah agama dulu..lama2 nanti bawak ustaz pulak..rasa2nya ada tak yang kena campak dalam laut..

    ReplyDelete
  19. MIEZA

    ALAIKUMSALAM

    BEGITULAH KITA .. ORANG KAT SINI PULA YANG TERINGIN NAK MAKAN SALMON GRILL.

    ReplyDelete
  20. NURAZZAH8

    SAYA JUGA MEMANG SUKA MAKAN IKAN PARANG SEDARI KECIL SAMPAI SEKARANG.
    TAPI HARGANYA MENGALAHKAN DAGING RUSA.

    ReplyDelete
  21. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    1. RAMAI JUGA YANG SUDAH BERJAYA KELUAR DARI KEMISKINAN, BILA ADA ANAK MEREKA YANG BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK.

    2. PAKNGAH JUGA HIBA BILA MELIHAT GAMBAR ORANG YANG TELAH TIADA SAMADA KAWAN, SAUDARA APA LAGI IBUBAPA. SEMOGA ROH MEREKA TENANG DI SANA.

    ReplyDelete
  22. TUAN TEMUK

    ALAIKUMSALAM.

    SAYA BOLEH ATURKAN KALAU NAK MANCING KAT KOLAM BERBAYAR. KAT LAUT PAYAH SIKIT.

    MEMANG SAYA PUN GERAM DAN RIMAS MELIHAT MEREKA YANG BERJUDI ITU LEBIH2 LAGI MEREKA SEBAYA DENGAN SAYA.

    IKAN ITU MASIH BANYAK LAGI. BARU GORENG SEKERAT IKAN TENGGIRI.

    ReplyDelete
  23. ZONAKU

    UNTUK PENGETAHUAN AWAK, TIDAK SEMUA PEMANCING SABAR. RAMAI JUGA YANG PANAS BARAN. BANYAK JUGA PANCING YANG DAH JADI MANGSA. HEHE

    ReplyDelete
  24. KASIHIBU

    KATA ORANG .. IKAN TENGGIRI GORENG DENGAN TAUCU LAGI SEDAP .. NANTI NAK SURUH MAKNGAHNYA CUBA.

    ReplyDelete
  25. CIK SHINJU

    KALI NI ADA REZEKI LEBIH SIKIT. ADAKALANYA PULANG DENGAN TANGAN KOSONG.

    TAPI IKAN SEGAR MEMANG LAZAT YANG AMAT SANGAT.

    ReplyDelete
  26. KAKCIK SEROJA.

    BERKAT DOA ANAK CUCU SERTA MAKNGAHNYA KAT RUMAH.

    ReplyDelete
  27. LAYLIE MDNOOR

    TAK KENAL PUN. RASANYA PAKNGAH ADD SEBAB TERTARIK DENGAN UPDATE DAN PERSONALITI DIA.

    ReplyDelete
  28. YUNUS BADAWI

    MAAF KALAU ABANG KOMEN SEKALI JE YA.

    FASAL JENIS KAWAN2 ABANG TU, NO KOMEN. TAPI DIA TAHULAH NANTI BILA NAMANYA DIGUGURKAN PADA TRIP YANG AKAN DATANG.

    ReplyDelete
  29. FAIRUS

    MUNGKIN JUGA DI SINI ADA BEGITU. INI HANYA PEMERHATIAN AWAL SAYA SAHAJA TANPA MENYELIDIK LEBIH DALAM.

    ReplyDelete
  30. CHIK ATT

    PUCUK CEMPERAI DALAM PERAHU, BELUM TRY BELUM TAHU.

    ReplyDelete
  31. GADIS BUNGA

    1. ADA PETUANYA NAK MUDAH TANGKAP IKAN DALAM BALANG KACA TU.

    2. BUKAN ORANG KITA PUN LAGI SUKA BUAT MAKSIAT.

    3. TENGOK SAIZ BADAN. KALAU MACAM UNCLE CUMA 2 ORANG. TU SEBAB KITA BERGILIR2 TIDUR.

    ReplyDelete
  32. LADYSIRNA

    MEMANG NELAYAN TU BERSBUNG NYAWA UNTUK MENCARI REZEKI. KALAU TIADA MEREKA, TAK DAPATLAH KITA MAKAN IKAN KECUALI PERGI TANGKAP SENDIRI.

    ReplyDelete
  33. FUAD ANSARI

    BARANGKALI ITU YANG DITETAPKAN OLEH TAUKEH BOT ITU. TAK APA, NANTI PAKNGAH BELI SATU.

    ReplyDelete
  34. ACIK ERNA

    ALAIKUMSALAM

    TAK BERANI SAYA NAK MELAKSANAKAN CADANGAN ITU WALAUPUN BAIK. BIARLAH ORANG DARI JABATAN AGAMA YANG MENTARBIYAHKAN MEREKA. SAYA CUMA BERDOA DARI JAUH AGAR MEREKA DIBERI HIDAYAT DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH.

    ReplyDelete
  35. salam pakcik.. kat sini plak ada yang pakai baju melayu pakai songkok tapi g beli nombor kat kedai 4D.. adesss

    ReplyDelete
  36. AJEE

    ITU LAGI BERANI .. SEMUA ORANG BOLEH TENGOK.

    ReplyDelete
  37. bestnya mancing.. tapi saya mabuk laut la :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.