DIPETIK DARI LAPORAN CMN, LOS ANGELES, 9 JUN 2013.
"Wakil kami di Kuala Lumpur melaporkan pihak tentera telah mengambil alih sepenuhnya kawalan keselamatan di seluruh Malaysia beberapa minggu selepas tercetusnya pergaduhan di antara penyokong pertubuhan BERESIH dan PATKIOT semasa berdemonstrasi.
Pergaduhan tersebut kemudiannya telah bertukar menjadi huru hara dan merebak ke seluruh Malaysia sehingga sudah sampai ke peringkat tidak dapat dibendung lagi. Difahamkan pergaduhan kali ini lebih buruk dari peristiwa 13 Mei kerana ia tidak lagi terhad kepada pergaduhan antara kaum. Kali ini pergaduhan sudah bertukar menjadi perang saudara akibat berlainan fahaman politik. Bahkan wakil kami memaklumkan bahawa terdapat kejadian bunuh membunuh berlaku dikalangan adik beradik akibat ketaksuban kepada parti masing-masing. Ia diburukkan lagi dengan penglibatan penjenayah seperti pencuri, perompak dan juga banduan yang melarikan diri dari penjara yang mengambil kesempatan membuat onar dari keadaan huru hara ini.
Pergaduhan itu dilaporkan berpunca dari insiden tolak menolak yang kemudiannya diikuti dengan sindir menyindir dan maki hamun yang berakhir dengan kedua-dua belah pihak saling membaling objek seperti batu, kayu dan botol sehingga berlaku kecederaan dan kematian di kedua-dua belah pihak.
Pada masa laporan ini ditulis, banyak kilang telah menghentikan operasinya. Pekerja mereka yang menganggur hanya mengharapkan bekalan makanan yang diberikan oleh pihak tentera secara catuan untuk meneruskan hidup. Ramai juga dari mereka yang telah balik ke kampung mengusahakan tanaman ubi keledek dan sebagainya bagi menambah bekalan makanan kerana catuan makanan yang diedarkan oleh tentera adalah tidak mencukupi.
Pasaraya-pasaraya besar juga telah lama menghentikan operasinya dan barang-barang di dalamnya habis digeledah oleh penduduk untuk mendapatkan bekalan makanan. Kejadian mencuri, merompak, memecah rumah dan membakar gudang sudah menjadi perkara biasa.
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi masih lagi berkuatkuasa di beberapa bandar besar seperti Kuala Lumpur, Seremban, Johor Baharu dan lain-lain.
Pada masa yang sama, beribu-ribu mayat yang kebanyakannya sudah tinggal rangka sahaja masih bergelimpangan di jalan-jalan di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia. Hospital kerajaan dan juga swasta sudah tidak lagi mampu menampung pesakit-pesakit yang dihantar boleh di katakan setiap minit. Mereka yang cedera kebanyakannya terbiar di atas simen dan kawasan lapang di sekitar hospital menuggu mati. Kebanyakan doktor juga dilaporkan enggan bertugas kerana banyak ubat-ubatan yang penting sudah hampir kehabisan. Bekalan darah pula sudah lama kehabisan. Keadaan di burukkan lagi oleh bekalan letrik yang sering terputus-putus.
Sisa bangunan, kilang dan rumah yang terbakar boleh dilihat di mana-mana kerana pihak bomba tidak berupaya untuk memadamkannya akibat kekurangan tenaga, jentera dan juga bekalan air. Sampah sarap sudah menggunung di merata tempat termasuk di dalam parit serta Sungai Gombak dan Kelang. Baunya menusuk hidung dan menjadi punca merebaknya penyakit.
Semua penerbangan masuk ke negara ini telah dilencongkan ke negara jiran kerana lapangan terbang juga sebahagian besarnya habis dibakar dan sudah berhenti beroperasi. Akibatnya beribu-ribu pemandu teksi serta pekerja dan peniaga di lapangan terbang telah hilang mata pencarian.
CMN turut melaporkan bahawa pemimpin tertinggi BERESIH kelihatan berada di rumah mereka di Paris dan juga London menunggu keadaan aman semula sebelum kembali ke tanah air untuk meneruskan perjuangan. Mereka dan juga beribu-ribu lagi dari golongan berada, dilaporkan melarikan diri melalui jalan darat ke negara jiran sebelum terbang ke luar negara"
.
Sebenarnya bukan tuan seorang yang bermimpi begitu. Mimpi 'mereka' adalah lebih menggerunkan lagi... ;-)
ReplyDeletesemoga mimpi ngeri itu kekal sebagai mimpi kerana kalau ia benar2 terjadi, alangkah ngerinya.
DeleteSebenarnya beruntunglah kita hidup di malaysia... tak faham apa lagi yang nak dirusuhkan.
ReplyDeleteNak jadi macam apa yg ada dalam entri ni kot... issshhhh, nau'zubillah.
mungkin mereka tidak pernah merasa kesusahan ditempat orang lain ..
Deletebukan hanya tidak pernah merasai tetapi tidak pandai bersyukur dan belajar dari sejarah orang lain
DeleteSalam dan Selamat Pagi Pak Ngah...
ReplyDeleteTak mustahil ianya akan berlaku , kalau dilihat pada keadaan sekarang ni...minta-minta dijauhkan Allah s.w.t dari benar-benar berlaku ye Pak Ngah...
salam kembali.
Deletememang kemungkinan utk berlaku memang ada kerana kita banyak "bahan bakar" yang tersedia.
Apa yang kakak takut apa yang tuan mimpikan itu memang akan benar-beanr menjadi kenyataan...
ReplyDeletejanganlah 'take for granted' keamanan yang sedang kita nikmati ini ..
Deletedisana sini terdengar tangisan dan jeritan si kecil, isteri kehilangan suami, suami kehilangan isteri
ReplyDeletekeamanan bertukar menjadi peperangan
peperangan di antara saudara yang dari abad dulu kala hingga abad sekarang
"semoga kita semua mati dalam iman bon...Amin.."
opsss.. termasuk pulak iklan dalam IKIM fm
pada masa itu keluar air mata darah pun sudah tidak berguna lagi ..
DeleteMaka, berakhirlah sebuah riwayat Um.... dan gelaplah masa depannya. Para pemimpinnya pun bertemperian lari keluar negara mengikuti apa yang dilakukan Marcos, Shah Iran, Husni.
ReplyDeleteBanyaklah harta kekayaan yg terpaksa ditinggalkan,
syarikat-syarikat tol,kilang pelbagai jenis, padang golf,kawasan balak, kolej swasta,TV3, RTM yang semua itu pasti bertukar tangan.... itulah juga mimpi saya ... he,heee
Semoga Allah memberi kemenangan kepada golongan yang muttaqin, ikhlas dan berkemampuan untuk mentadbir dan membangunkan negara bertuah ini ... amin !
DeleteSaya turut mengaminkan doa tuan,AMEEN
DeleteWah... Begitu dahsyat mimpi tuan ye... terkejut jugak saya membaca...
ReplyDeleteitulah kerisauan seorang tua memikirkan masa depan anak cucunya.
Deletekalau tak dikawal...
ReplyDeletemungkin...
mimpi uncle akan jadi kenyataan.
*
saya pernah terbayangkan perkara yang sama 3 tahun lepas. yang peliknya masa tu saya tgh minum kat kfc. berjaga. dan berangan. hish~
maknanya awak matang 3 tahun terlebih dahulu dari uncle .. hehe
DeleteFuh! Suke baca! Sy pun memberontak juga pd perkara2 yg sy rs tak suka dan tak adil. Tapi berontak sy takdelah smpi nak menyusahkan diri. Apalagi org len.
ReplyDeleteKlu tak sbb cita2 mrk tu Pakcik, sy rs Malaysia mgkn boleh naik tangga dari 19 ke top 10 utk the most peaceful country 2012. Heheheh...
kerana cita-cita politik, segalanya sanggup diketepikan.
DeleteSaya baca tak tgk tarikh laporan uncle ni..terkejut saya. Tp keadaan tidak dikawal dgn baik,mungkin akan terjadi hal ni. Tak mustahil..
ReplyDeletekemungkinan untuk berlaku sangat real dan besar .. lihat sahaja contohnya di negara2 lain pada masa ini ..
DeleteADA JAWATANKUASA MEREKA TIDAK MAHU PULAK BERSUARA BERIYA2.. PADAHAL, BANYAK YANG KERAJAAN SUDAH BENARKAN SEPERTI GUNA DAKWAT HITAM, KEDUDUKAN DI DALAM KAWASAN UNDI DAN MACAM2 LAGI.. NAMUN SEMASA BERSIDANG DI PARLIMEN, MEREKA KELUAR BERAMAI2 MEMBANTAH.. LEPAS TU MAHU TUNJUK PERASAAN DI JALANAN.. NAMPAK SANGAT TAK IKHLAS UNTUK MEMPERJUANGKAN SESUATU PERKARA..
ReplyDeletesaya pun tidak faham sepak terajang orang politik ini .. dalam pada itu tentunya mereka semua sayangkan negara ini dan tak mahu jadi huru hara.
DeleteJanganlah mimpi tuan jadi kenyataan..
ReplyDeletesama-samalah kita minta perlindungan dariNya ..
DeleteSetiap kali mendengar azan besahut-sahutan dari corong2 masjid & surau saya mengucapkan alhamdullillah kerana terasa begitu besar nikmatnya. Selalu terbayang adakah di masa hadapan azan yg bersahut2an itu akan dpt didengari spt apa yg berlaku di neagra jiran? Sama2lah kita bersyukur di atas keamanan neagra kita. Sanggupkah kita memperjudikannya utk apa yg kononnya dikatakan keadilan tetapi sebenarnya hanya perasan hasad dengki yg tidak berkesudahan?
ReplyDeletep/s Ada kwsn peumahan di sebuah negeri yg diperintah pembangkang tidak lg membenarkan azan dikumandangkan menggunakan pembesar suara....fikir2kanlah
saya juga memikirkan perkara yang sama .. telah banyak negara yang saya lawat, tidak ada satu pun yg menarik hati saya untuk berhijrah kalau diberi peluang kerana Malaysia bagi saya adalah yang terbaik.
Deleteayat-ayat dari perenggan terakhir itu yang paling menyayat hati...
ReplyDeletehanya mereka yang faham sahaja yang faham dan terasa ..
DeleteMoga Allah terus memelihara bumi Malaysia dalam keadaan aman sejahtera dari segala bala bencana, syak wasangka dan perang saudara.......uncle, moga mimpi cuma mimpi, tidak jadi realiti.....
ReplyDeletemoga Allah terus memelihara bumi Malaysia dengan rahmat dan kasihNya dari segala bala bencana, syak wasangka dan perang saudara.....uncle, moga mimpi cuma mimpi bukan realiti....
ReplyDeletemarilah kita sama-sama menghalang supaya ia tidak menjadi realiti .. sungguh sayang kalau ia terjadi.
DeleteLamanya yun tido mlm td..
ReplyDeleteSedar2 dah thn 2013... uwaaaa... :'(
byknye azam thn lepas blom tercapai... sobs.. :'(
azam tahun lepas, tunaikan tahun ini dan azam tahun ini tunaikan tahun depan .. ramai orang buat cenggitu, tapi yun jangan buat.
Deletetuan, sayu hati saya dengan sifat2 pemimpin tersebut...Moga2 anak2 saya hargai hati yang bersih & niat yang bersih tapi bukan bersihkan jalanan
ReplyDeletememang mudah untuk memainkan sentimen orang Malaysia lebih-lebih lagi orang kita.
Deletekenapa pak ngah menyepi, sya menanti kupasan pak ngah tentang kejadian baru baru ni, yang menunjukan kemajuan rakyat malaysia "memartabatkan" kedaulatan undang undang cara yang mereka laungkan sangat bersih.
ReplyDeletepakngah pergi memancing di kenyir. hari ini atas permintaan awak, pakngah buat entri pendek menyentuh insiden tersebut.
DeleteTak cerdik nak menganalisis situasi. Tapi sangatlah sedih dengan kejadian tempoh hari itu. Kata ustaz yang berceramah di surau pagi Ahad kelmarin, kita yang seagama Islam, terutamanya, sudah tak memperolehi "nikmat Islam", yang di dalamnya sarat nilai kasihsayang, rasa hormat menghormati dan akhlak yang hebat!
ReplyDeleteMimpi al-lavendari, dengan darjah yang lebih parah, bukan mustahil berlaku nanti!
memang amat menyedihkan .. orang kata tak ada penyakit cari penyakit. kita mendapatkan kemerdekaan dari British pun tidak ada yang cedera apa lagi mati. maknanya cara diplomasi lebih baik dan telah terbukti berjaya.
DeleteAssalamualaikum Pak Ngah! Entri yang baik dan inilah perkara yg sy sendiri risaukan akan berlaku pada negara kita kalau tak dibendung awal2. :(
ReplyDeletebarangkali negara kita terlebih demokrasi .. bagus juga mcm negeri China. tak lama lagi mereka akan jadi kuasa ekonomi nombor 1 dunia.
Delete