Sunday, April 15, 2012

PEMENANG KONTES KE- 4 ANJURAN KOMENSEN: TEKA KAMI DI MANA ?.

Ada 4 jawapan yang betul yang saya terima iaitu dari Nida, Syuhada,  Faiz dan Ummi Iman.  Memandangkan Nida adalah orang yang terawal memberi jawapan yang tepat, maka sukacita saya umumkan pemenanganya adalah Nida dari New Zealand.   Memang betul tempat itu ialah di Golan Heights, Syria. Gambar asalnya adalah seperti berikut:


Sebenarnya memang saya tidak menyangka akan ada orang yang boleh menjawab dengan tepat kerana peserta perlu pergi dari satu entri ke satu entri untuk memadankan gambar tersebut.  Saya sendiri tidak sanggup memasuki kontes seumpama itu. Tambahan pula masa yang saya berikan pulak sangatlah pendek dan hadiah yang disediakan juga adalah seciput.

Hinggakan Makngahnya cakap .. "  macam tak nak kasi orang menang jer !"


Tahniah Nida. Harap Nida dapat memberi nombor akaun bank kepada e-mel saya:  hamzah761@yahoo.com untuk saya sampaikan hadiah dalam sedikit masa lagi. Kalau boleh berilah akaun bank Maybank atau CIMB. Mudah dan cepat sikit urusannya. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah juga kepada Syuhada, Faiz dan Ummi Iman yang sudi mengambil bahagianan dan memberi jawapan yang tepat. 

Terima kasih juga kepada anda semua yang telah turut memberi sokongan walaupun tidak mengambil bahagian.

 ..............................................................................................



Di Katmandu pun katanya ramai orang boleh Berbahasa Melayu .. cerita lanjut oleh
 si Jimmy  di sini.


11 comments:

  1. Tahniah Nida. Dulu pun Nida (atau suami Nida?) pernah memenangi kontes anjuran PakNgah ni kan? :)

    ReplyDelete
  2. benar .. dulu Nida berjaya dalam pertandingan berbalas pantun.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Alhamdulillah


    "Bukit tinggi sanggup ku daki"
    Kata Majnun pada kekasihnya
    Inilah namanya yg dikatakan rezeki
    Sebab dah lambat untuk saya menekanya.


    Terima kasih tak terhingga buat Pak Ngah dan Mak Ngah, jasamu akan kami kenang sampai bila2... jemput2 ler ke Auckland ni, hadiah harijadi buat Mak Ngah..hehe.

    p/s: Nanti saya bg details + n3 penghargaan ye Pak Ngah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pergi NZ tu tak larat duduk lama-lama dalam k/terbang. lainlah kalau dapat duduk Kelas Pertama, boleh tidur macam di rumah.

      Pakngah juga menghargai kecekapan awak mencari dan memadankan gambar tersebut .. Pakngah sendiri tak sanggup masuk kontes yang macam itu.

      Delete
  4. saya tak perasan kontes ni sebab lama belum offline. tapi kalau perasan pun tak mungkin saya menang. huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kontes macam ni, uncle boleh cari tempat tu, tapi mungkin dua minggu baru jumpa.

      Delete
  5. Hehe tahniah untuk nida..saya pun agak pasti yg saya sudah terlambat tengok contest tu, tp tak apa, saya mahu juga mencuba. Rasa seronok pula join contest ni

    ReplyDelete
  6. tahniah juga kerana dapat menjawab dengan tepat walaupun kali pertama masuk kontes .. lain kali cuba lagi dan cepat sikit.

    ReplyDelete
  7. tahniah Nida.. tiada rezeki ummi iman.. tersenarai dlm entri ni pun dah kira macam saguhati dari pak ngah ;)

    ReplyDelete
  8. tahniah kerana berjaya menjawab dengan tepat .. tapi pihak penganjur tak berupaya menyediakan hadiah lebih dari satu. lain kali cuba lagi. terima kasih kerana sudi join.

    ReplyDelete
  9. terima kasih juga kepada awak .. cuma awak terlewat sikit je dari Nida. apa2 pun tahniah kerana menjawap dgn tepat. macamana awak mendapatkan jawapannya ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.