Friday, April 20, 2012

TAK SENONOH BETUL PERANGAI ANAK RAJA INI.

Gambar berikut saya dapati dari Youtube bertajuk "Saudi Prince Spending Millions" yang mendakwa seorang anak raja dari Arab Saudi menaburkan wang, khabarnya berjuta-juta USD kepada seorang penyanyi wanita,  semasa berhibur di sebuah kelab malam di Dubai. Saya tidak pasti samada dakwaan itu betul atau tidak, tetapi saya cenderong untuk mempercayainya kerana telah menjadi rahsia umum bagaimana kebiasaannya orang-orang kaya Arab berhibur di luar negara.



Kalau anda tidak dapat melihat video di atas, saya sertakan gambar pegun (di lokasi yang berlainan) seperti di bawah di mana kelihatan seorang lelaki (mungkin anak raja yang sama)  "memandikan" dengan wang penyanyi wanita yang menghiburkannya.


Lihat pula gambar di bawah yang saya ambil semasa lawatan ke Saigon baru-baru ini. Kelihatan seorang wanita penjaja makanan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuba bayangkan betapa susahnya dia mencari wang dengan mengandar bahan dagangannya ke hulu ke hilir mencari pelanggan di dalam panas dan hujan dengan pendapatan yang tidak seberapa. Dan kalau ditakdirkan tiada ada orang membeli macamana ? Kalau sakit pening siapa pulak yang akan mengambil alih tugasnya ?

Pada masa yang sama, seorang anak raja begitu boros berfoya-foya menaburkan wang sesuka hati tanpa menyedari bahawa kekayaan yang dinikmatinya hanyalah pinjaman sahaja.


...............................................................................................

Sub-Entry: Dari Facebook - Pencen dah masuk.



pencen dah masuk .. amaun kenaikannya di luar jangkaan. syukur alhamdulillah. berbaloi juga kena belasah sebelum ini. hehe
· · · 9 minutes ago ·

56 comments:

  1. Replies
    1. setuju .. tapi bila dah mewah janganlah pula membazir dan menunjuk2.

      Delete
  2. Err....sy takut tgk video tuh Pakcik. Takut sgt sy.

    ReplyDelete
  3. hurmmmm....kaya tidak tahu bersyukur, tapi lebih baik sederhana dan bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaya yang tawadduk adalah lebih baik dan banyak memberi manfaat ..

      Delete
  4. Tiba-tiba hati kakak teringat mereka saudara kita di Palestine. Alangkah bongkaknya hingga di bakar lagi duit tu... kufur nikmat nie - na'uzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bill Gates pun kaya tapi tak dengar pula dia buat perangai begitu ..

      Delete
  5. Bila kaya ramai yang jadi lupa diri, lupa juga bahawa ada insan- insan yang memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah hikmahnya ada orang miskin agar kita dapat buat pahala bersedekah ..

      Delete
  6. Replies
    1. dan saya juga .. tapi saya tak pandai menyanyi ..

      Delete
  7. tak terkata
    tak terkomen
    cuma berharap mereka mereka tersedar diri semua itu milik Allah jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap mereka sedar sebelum terlambat ..

      Delete
  8. Wang pencen dah terima . Lompat tinggi 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lompat tinggi tak apa .. jangan hidung tinggi. hehe

      Delete
    2. Pencen naik ke...? Tak tau la pulak.. ehehh..

      Alhamdulillah, ada rezeki untuk mak saya..

      Delete
    3. ye memang naik .. kalau gred terakhir berada di Gred 54 ke bawah .. dapat 13%.

      Delete
  9. Salam Pak Ngah... sedih melihatnya, tambah sedih bila buka YouTube dan baca komen ni:

    "Let me get this straight, so Christianity is okay, but Islam is not.....(ada sambungannya lagi)".

    Serupa juga bila jumpa Pak Arab di sini dan diajukan soalan.. "Where can I get beer?" bila ditanya kenapa, dia kata nak cuba sebab kat negaranya tidak dibenarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      satu perkara yg bagusnya Arab Islam ni .. walaupun mereka buat dosa tapi mereka tidak syirik. berbeza dengan sesetengah orang kita .. sembahyang tak tinggal, tapi berbomoh buat juga ..

      Delete
  10. assalamualaikum tn hj...

    itulah lumrah manusia bile diselimuti kekayaan kans

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      saya tidur pun kadang2 tak berselimut .. hehe

      Delete
  11. inilah yang dikatakan ujian kekayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai yg tewas dengan ujian kekayaan ..

      Delete
  12. kerana sesungguhnya itu hanya kertas semata tiada nilai. jika emas dan perak tentu tidak dibakar dan dibuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi orang kaya semacam itu .. serupa sahaja kepada mereka.

      Delete
  13. eemmmmmm ... jangan ingat pakai jubah ngan serban tu semua baik yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. tak semuanya yang tidak pakai jubah itu jahat ..

      Delete
  14. saya dah bertahun dok kat negara yg paling kaya didunia...Qatar...dah masak dengan perangai arab bila dah kaya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah semua orang kaya perangainya begitu ?

      Delete
  15. kalau saya kaya.. insyaallah tak nak jadi macam tu..

    ReplyDelete
  16. betullah yang digambarkan dalam cerita p ramlee eh? saudagar arab suka tabur2 duit eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak cerita p ramlee yang mendahului zaman ..

      Delete
  17. Kat negara kita pun apa kurangnya....rakyat yg susah bekerja seharian utk menyara keluarga, yg depa senang-senang dpt elaun tu elaun ni,berbelanja mcm xada esok tanpa bekerja.....perabih boreh betui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah juga dengar sesetengah dari orang FELDA masa harga sawit tengah mahal dulu perangainya pun ala-ala arab itu juga ..

      Delete
  18. Kita diuji dengan berbagai ujian. Kaya, miskin, senang, susah.
    Makchaq lebih takut ujian kemewahan dan kesenangan sebab ujian ini lebih melalaikan hingga kita jadi angkuh dan bongkak dan tak ingatkan Allah.
    Orang yang susah biasanya lebih mengingati, berdoa dan berserah padaNya
    Tapi lebih rugi orang yang bila diuji dengan kesusahan dia makin menjauhkan diri dari Allah. Ruginya di dunia dan di akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. orang kaya yang tahan ujian adalah lebih baik dan dihormati lagi.

      Delete
  19. nielah hamba syaitan sebenarnya
    dia x nampak , org lain x nampak
    tapi saya nampak ! ...
    huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhi orang yang menjadi hamba kepada syaitan itu .. tapi uncle tak tahu macamana rupa syaitan itu.

      Delete
  20. penah tgk video tu..siap ada tukang tolak duit dengan penyodok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle pun pernah tengok setahun dulu .. tapi teringat balik bila tengok orang berjaja tu .. terus cari kat youtube.

      Delete
  21. Rezeki org tak sama.

    Bersyukurlah dgn apa yg kita ada.

    Di Akhirat nanti kita semua akan ditanya dari mana kita dapat dan ke mana kita belanjakan rezeki kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada hikmahnya dijadikan ada kaya dan miskin .. awak pun tentu tahu.

      Delete
  22. syukur la dgn apa yg ada....

    tengok bila dah membazir....kesian pada insan yg memerlukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir pulak .. tahap yg tak terfikir dek otak saya begitu dahsyatnya. bukan setakat seratus dua ..

      Delete
  23. Yang kaya bertmbah kaya, yang miskin sentiasa mencari peluang untuk mencari rezeki..

    tapi, ayu berminat dgn pencen uncle, agak2 tamo ke johor melawat CR ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini belum ada plan nak ke selatan. kalau ada nanti saya mesej kat fb.

      Delete
  24. Replies
    1. serupa macam sekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit .. dalam kes ini mungkin banyak kerbau kot !

      Delete
  25. sy mendoakan semoga mereka2 yg beroleh kekayaan didunia terbuka pintu hati utk sedekah wlau sedikitpun dr rezeki mereka dgn org2 yg memerlukan..harap2 yg tabur duit ni sempurnakan zakatnya....besar ujian utk dia dr kita sbnrnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa sayang sangat tengok duit itu dibazirkan begitu sahaja .. mungkin bagi mereka itu tidak membazir kot.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.