Kita tidak sunyi dari mendapat banyak tugasan dalam satu-satu masa. Kadang-kadang kita tidak cukup tangan hendak membuatnya. Tidak tahu mana satu yang harus dibuat dahulu. Jadi kalau hendak selamat dan tidak mahu hidup kita lintang pukang, ikutlah petua atau strategi menyusun keutamaan seperti di bawah.
Bila kita menerima tugasan yang banyak secara serentak, kita susun tugasan itu mengikut keutamaan seperti 1 hingga 4 di bawah.
Keutamaan Satu: SEGERA DAN PENTING.
Keutamaan Dua: SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING.
Keutamaan Tiga. TIDAK SEGERA TAPI PENTING.
Keutamaan Empat. TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.
Maksud susunan itu tentulah menuntut kita menyiapkan kerja yang SEGERA DAN PENTING terlebih dahulu sebelum beralih membuat kerja yang SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING. Selepas itu siapkan tugasan yang TIDAK SEGERA TAPI PENTING barulah kita beralih membuat tugsan yang TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.
Maksud susunan itu tentulah menuntut kita menyiapkan kerja yang SEGERA DAN PENTING terlebih dahulu sebelum beralih membuat kerja yang SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING. Selepas itu siapkan tugasan yang TIDAK SEGERA TAPI PENTING barulah kita beralih membuat tugsan yang TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.
Itulah ajaran dari seorang yang pernah jadi boss saya suatu masa dulu. Dia mengamalkan apa yang dia ajar itu sepenuhnya. Hidup dia cukup tenang dan teratur. Bahkan bilik dan meja dia pun teratur.
Sebelum bersara dia memegang jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan awam dengan menjadi ketua sebuah Agensi Kerajaan Pusat untuk beberapa tahun.
Saya pernah juga cuba, tapi tak pernah menjadi. Kalau menjadi pun sekejap sahaja, lepas itu balik asal. Ini kerana setiap kerja yang boss beri semuanya dikata kan segera dan penting. Mungkin itulah juga agaknya yang menyebabkan saya bersara dengan gred awatan bertaraf Gurkha sahaja.
p/s: Saya teringat cerita Nida dan suaminya menyusun strategi dan membuat perancangan yang sistematik untuk menjawab kontes ke empat anjuran saya baru-baru ini. Hasilnya mereka dapat menjawabnya dalam masa tidak sampai 10 minit. Entrinya yang sangat menarik bagaimana mereka dapat menjawab dengan tepat dalam masa yang amat singkat ada di sini.
setuju..lebih lanjut dan lebih detail tentang keutamaan ni bagus kalau baca buku "first thing first" yang ditulis oleh Stephen R Covey..best sangatt!
ReplyDeletehebat juga boss saya, sebab mendahului pemikiran Covey itu ..
Delete*ajaran boss saya itu diberi lebih 20 tahun dahulu.
saya jenis kene nampak semua yg saya nak buat depan mata. kalau ada org pandai2 tlg simpankan dan selit2 sana sini, saya akan lupa terus!
ReplyDeletespesis tak terurus jugak lah sebenrnya saya ni. hihi~
sama jugalah dengan uncle .. walaupun bilik pejabat uncle dulu bersepah, tapi uncle boleh cari. bila ada orang kemaskan, satu pun tak jumpa.
DeleteKakak nak bagi boss kakak N3 ini bila dia masuk M'sia. Sebab selalunya melalui email dia kata "saya tunggu setengah jam dari sekarang" cuba tuan bayangkan kalau keempatnya minta serentak. Boleh 'fening pala'...
ReplyDeleteboss kakzakie kat mana ?
Deletekalau dia nak cepat, berilah setakat mana yang mampu. dia pun tak boleh nak harap lebih2.
bagus entri uncle ni. Saya akan ingat, dan save benda ni...
ReplyDeletememang bagus nasihat ini kalau dapat diikuti ..
DeleteSaya buat kerja tak ada sistem! :(
ReplyDelete(Tapi semalam, seorang jurutera daerah dah kena marah dengan saya bila dia jawab pertanyaan saya dengan sambil lewa. Tahu-tahu, tak berapa minit lepas itu boleh pun saya dapat apa yang saya minta. Ingat gurkha tak boleh marah bos ke kalau kena gayanya? hehehe...)
Gurkha zaman sekarang tak macam Gurkha zaman dulu ..
Deletemesti boss kakcik tu lelaki kan ?
Biasalah bos akan sering kata kerja yg dia berikan kpd org bawahannya itu Segera dan Penting. Kalau boleh nak kita siapkan hari sebelum dia memberi tugasan itu kepada kita. Itu yg buat ramai kuli gurkha stess.
ReplyDeleteabg pernah juga jadi boss suatu masa dulu .. tak pulak gitu .. hehe
Deleteharap sy dapat jd boss yg punya etika sebegini suatu hari nanti...
ReplyDeletetidak ada yang mustahil kalau ada azam ..
DeleteSEKARANG MEMANG SEDANG TAK MENANG TANGAN DI PEJABAT.. APA-APAPUN, TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PEDOMAN..
ReplyDeletesempurnakan yang segera dan penting dahulu ..
Deleteooo pakcik da besara rupanya... gred jawatan bertaraf Gurkha tu gred apa eh???
ReplyDeleteTaraf Gurkha itu melambangkan gred yang tidak berapa tinggi ..
Deleteya betul tu encik lavendari , kalau tak buat gitu ada yang nangis kat toilet nnti (ladies la !!!)
ReplyDeletenangin tak apa lagi .. takut terus pitam !
DeleteNampaknya kita serupa, teori je, praktikalnya tak berapa berjaya.
ReplyDeleteKalau tuan al lavendari pun rasa diri gurkha, makchaq ni sampai pencen pun tak dan capai la taraf gurkha tu...
jangan cakap begitu .. nasib kita tidak siapa yang tahu kecuali Dia.
DeletePakngah dengan kak nida sama-sama sistematik...saya baca entry kak nida tu. :)
ReplyDeletesecara jujurnya, saya pening dengan pengkelasan yang pakngah berikan..sebabnya --- sepanjang hari ni semua kerja yang melambak kat meja saya...SEGERA dan PENTING..hehe...
itulah yang pernah pakngah alami sebelum ini .. TKSU minta lain, KSU minta lain, SUP minta lain, Timbalan Menteri yang lain pula .. semuanya SEGERA DAN PENTING.
Deletejawapnya yang sentiasa bekerja dengan kerajaan atau dalam satu office kerap sakit kepala bila tidak mengikut keutamaan...
ReplyDeletey senang sudah tentu bos2 kannn
boss pun tidak senang kerana tanggungjawab terpikul dibahunya .. apa yang dia nak jawab dengan Menteri atau PM kalau kerja tak siap. takkan nak cakap .. anak buah semuanya tak guna kan !
Deletekalau tak kerja ddk rumah pun mcm tu juga.. buat yg penting dulu.. :)
ReplyDeletebetul .. tapi kadang2 ada orang sanggup tahan lapar sebab nak tengok Maharaja Lawak Mega. hehe
DeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeletePatutlah hari ni asyik tersedak je minum air, rupa2nya namaku ada di dalam entri Pak Ngah ni..:).
Sebenarnya saya ni agak kurang sistematik, tapi cik Hanafiah yg sistematik (kalau dua2 sistematik payah juga..hehe), masa nak jawab soalan Pak Ngah tu saya give up juga.. tapi bila Hanafiah cakap "Cuba cari Pak Ngah selalu tag apa utk entri jalan-jalan ni".. barulah saya nampak jalan.
Teringin sangat nak jadi org yg sistematik ni.. tapi macam Pak Ngah cakap ler.. mula2 je, pastu balik kembali seperti asal...hehe.
Insya Allah, tips Pak Ngah ni akan saya print dan letak di atas meja saya nanti.. moga-moga tips ini akan membantu saya jadi insan yg berdisiplin... (ameeeennnn). Thanks Pak Ngah kerana berkongsi tips.. ianya amat berguna buat kami.
salam kembali.
DeleteSebenarnya pada mulanya Pakngah ada terfikri nak buah label di entri tu sekejap .. tapi lepas fikir semula, zalim sangat pulak.
tips itu memang bagus. Islam pun mengajar kita buat yang wajib dulu baru yang sunat dan seterusnya. kadang2 kita jer yang tak mahu ikut .. bukan tak tahu.
p/s: atas permintaan saya dan Siti Murni agar soalan last dalam entri saya tu dapat dijawab..hehe.
ReplyDeletehttp://ucualong.com/2012/04/16/rezeki-anak-rantau/
pakngah sedar akan permintaan itu .. insya-Allah akan buat satu entri yang sesuai nanti dan awak dan Siti akan diberitahu.
Delete