Wednesday, April 18, 2012

KISAH SEBUAH KATIL LAMA.



Hati ini berdebar-debar dan resah gelisah menunggu cucu ke dua yang merupakan anak pertama dari anak ke dua saya  (faham tak ? ) ..  gambarnya di sini.

Ok, masuk cerita katil seperti gambar di atas. Katil tersebut saya beli di USA untuk Kakngah anak ke dua saya hampir 30 tahun lalu. Harganya sangat murah dan buatannya simple sahaja. Tetapi setelah begitu lama usianya dan digunakan oleh adik-adiknya, cucu saya, anak kepada sepupu Kakngah, ia masih lagi berkeadaan baik dan boleh digunakan. 

Insya-Allah dengan izinNya, pada pertengahan bulan Mei nanti, anak kepada Kakngah atau cucu ke dua saya akan berpeluang menggunakannya pula. Semoga selamat dan dipermudahkanNya urusan kelahirannya nanti.
 
Kenapa barang-barang buatan Malaysia tidak tahan lama seperti katil itu ?

Nota Kaki: Memang letih membuat entri bergambar. Banyak dan cerewet  prosesnya dan memakan masa. Itulah yang menyebabkan saya jarang berkesempatan 'blogwalking' akhir-akhir ini selagi entri lawatan ke Saigon tak sudah. Ada lagi cerita dan gambar yang menarik yang ingin saya tunjukkan.

Sekurang-kurang ada 10 tahap, seperti berikut :-

1.  Mula-mula pilih konsep atau tema.
2.  Kemudian pilih objek untuk digambar/pilih gambar.
3.  Kemudian 'crop' gambar.
4.  Kemudian 'tuning' gambar.
5.  Kemudian 'resize' gambar.
6.  Kemudian muatnaik gambar.
7.  Kemudian buat 'caption'/cerita.
8.  Kemudian 'publish'.
9.  Kemudian letih.
10. Kemudian tidur.


29 comments:

  1. barang2 lama memang tahan..barang baru ni semakin kurang kualiti..agaknya pengilang sengaja buat tak tahan lama supaya bila rosak orang beli lagi..tahan lama, lambat la orang beli..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengilang kat Malaysia jer buat perangai macam tu .. tapi hairannya, bila nak ekspot, dia orang jaga pulak kualiti produknya.

      Delete
  2. barangan dulu2 kualiti memang bagus, cuba sekarang ni, sekejab je tahan di guna

    ReplyDelete
  3. Kiranya dah antiklah katil ni kan. Berketurunan dah.

    Tahniah, bakal menerima cucu lagi sorang. Semoga ibu dan anak sihat walafiat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang antik .. tapi saya tak berniat untuk menjualnya. hehe

      Delete
  4. kalau dah tersenarai 10 tu..saya pun tak sanggup

    ReplyDelete
  5. Tahan betul katil itu ya?

    Tak cuba masuk tidur ke dalamnya sekali? (Betullah masuk kan? sebab katil tu berkepung) - boleh tambah sebagai perkara ke 11! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. katil tu tahan sebab mak ayahnya tak pernah tidur di dalamnya. kalau tidak .. mungkin cuma bertahan 30 saat jer.

      Delete
  6. samalah.. perabot kat rumah ayah saya yg lama2 pun masih tahan lagi.. yang baru2 pulak yg dah rosak..

    mungkin..
    orang dulu2 buat perabot dengan sepenuh hati.. ketika kebanyakan orang sekarang buat perabot nak untung je kot.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah .. mungkin maju dan moden cara pembuatannya, perabotnya pulak makin cepat punah ranah.

      Delete
  7. hehehe...adehh..tergelak saya baca para terakhir dengan point-point yang dikemukakan pakngah...sampai tertidur sudah nya..

    dari anak turun ke cucu lah kiranya katil tu.

    bila lagi ni nak sambung entri saigon..saya ingat saya yang dah terlepas banyak entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ini saya cuba pos satu entri lagi .. belah tengahari sikit..

      Delete
  8. Sbb tuhlah sy mls nak upload pics Pakcik. Sbb hal nie le. Mls nak upload gambo. Klu pc laju mcm imac ke....tak pe gak kot. Nie terlembab-lembab. Pening pale.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak upload tu satu dari fasa nya .. banyak lagi fasa yang memakan masa.

      Delete
  9. Berbaloilah bawa balik dari AS. Tapi skrg kena berhati2 kalau nak bawa balik perabot seperti katil bayi ni dari sana sebab mungkin katil itu buatan Muar .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buatan Muar pun puas hati sebab barang2 yang kita ekspot memang terjamin kualitinya.

      Delete
  10. BARANG LAMA TU JANGAN BUANG.. WALAUPUN MUNGKIN SATU HARI NANTI IANYA ROSAK.. BAIKI DAN BOLEH GUNA SEMULA.. BANYAK JASA DAN NOLSTALGIANYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ada niat nak buag .. tambahan ia tak makan ruang sebab boleh di lipat2.

      Delete
  11. Berbaloi2 bawak balik dari USA sampaikan anak kepada ank tuan haji pun sempat merasa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lebih dari berbaloi .. saya pun tak sangka ia boleh tahan begitu lama. ingatkan akan di makan dek bubuk.

      Delete
  12. saya setuju sangat uncle. sebab saya sendiri pun, 30 tahun lepas ayah belikan baju baby (utk saya) masa dia gi US, sampai sekarang masih elok dan kainnya tak pudar pun. nak dipakaikan ke shifa' pulak bila muat nanti.

    ada gambarnya di entri ni. http://www.gadisbunga.com/2011/01/birthday-wish-list.html

    :D

    ReplyDelete
  13. ada juga barang dia orang yang tak berapa tahan .. contohnya pinggan mangkuknya. selalu pecah kalau terjatuh atas simin oleh anak-anak. hehe

    uncle dah lawat entri tu dan tinggalkan komen dan soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih uncle sebab sudi lawat dan komen entry lama saya tu. saya dah jawab dah...hihihi~

      Delete
  14. kagum, anak dapat tidur atas katil yang ditiduri ibunya dulu, juga pakcik makcik dan sepupu. mungkin kah bertahan selama 30tahun lagi? nama menantu pakngah, nama hero ayat-ayat cinta yang tampan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin katil tu boleh bertahan selama 30tahun lagu .. tapi diri saya tak tahulah .. bolehkah bertahan selama itu lagi.

      Delete
  15. Kalau dibuat dari pokok 4 musim, mungkin kualitinya lebih baik. Kerana proses matang pokok tu ambil masa yang lama banding tempat kita. Agaknya sbb tu kayunya lebih kuat. Tu apa yang kami dimaklumkan masa lawat kawasan pokok Kauri di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun percaya begitu kerana ada satu set meja makan yang saya bawa balik dari USA dibuat dari kayu Oaks (kalau saya tak silap).. sangat tahan hingga ke hari ini. Sekarang anak bujang saya yang guna. Cuma ada masalah pada penyambungnya sahaja.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.