Petang tadi saya menerima kunjungan ke suku juta. Sempena dengan itu, entri ini saya tujukan kepada pengunjung blog saya, tak kira samada dia perempuan atau bukan perempuan. Tetapi sebelum itu saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dari dasar hati saya, di atas kunjungan anda semua. Tanpa anda semua siapalah saya. Klise.. klise .. klise !
Saya suka mengelompokkan pengunjung2 kepada 9 spesis. Pengelompokkan ini bukanlah ilmiah sangat. Cuma pemerhatian saya secara sepintas lalu sahaja.
1. Spesis Bangau
Dia datang dan dia pergi sesuka hati dan dia pasti datang lagi berkali-kali. Ibarat pepatah "setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua". Lepas dia komen entri kita, dia akan datang kembali tengok jawapan kita. Kadang-kadang dia balas balik komen kita. Begitulah seterusnya. Ada kalanya dalam satu entri tu sampai 5-6 kali dia masuk. Spesis ini macam "regular customer" lah kiranya. Saya senang sekali dengan spesis ini.
2. Spesis Penyu.
Dia berkunjung sekali sekala bila berkelapangan dan meninggalkan komen. Tapi jarang-jarang. Ibarat penyu yang datang ke pantai pada musim tertentu untuk bertelur. Kemudian hilang sehinggalah musim bertelur akan datang, Dia jarang datang semula melawat entri yang sama untuk melihat jawapan kita. Kadang-kadang hati kita berkata-kata "aku balas ni mungkin buat penat je, entah dia baca ke tidak". Tak tahulah mungkin juga dia datang jenguk, tapi dia sengaja tak nak balas balik. Selepas beberapa ketika, dia datang melawat blog kita kembali dan meninggalkan komen dalam entri baru kita pulak. .
2. Spesis Penyu.
Dia berkunjung sekali sekala bila berkelapangan dan meninggalkan komen. Tapi jarang-jarang. Ibarat penyu yang datang ke pantai pada musim tertentu untuk bertelur. Kemudian hilang sehinggalah musim bertelur akan datang, Dia jarang datang semula melawat entri yang sama untuk melihat jawapan kita. Kadang-kadang hati kita berkata-kata "aku balas ni mungkin buat penat je, entah dia baca ke tidak". Tak tahulah mungkin juga dia datang jenguk, tapi dia sengaja tak nak balas balik. Selepas beberapa ketika, dia datang melawat blog kita kembali dan meninggalkan komen dalam entri baru kita pulak. .
3. Spesis Batu.
Spesis yang ini, selepas beberapa ketika, berkunjung pun tidak, blog pun tutup. Ada yang janji nak rehat kejap, tapi dah bertahun tak timbul-timbul ibarat batu yang jatuh ke air.
4. Spesis Musafir.
Berkunjung dan komen sekali dua, kemudian masuk ke alam ghaib, langsung tak nampak batang hidung. Tapi saya tahu blog dia masih ada dan aktif, cuma dia barangkali sudah beralih angin atau berkecil hati dengan tuan tanah.
5. Spesis Semalu.
Spesis ini kerap juga buat lawatan sambil belajar dan beri komen. Tetapi bila kita masuk blog dia .. kosong. Tak ada sebarang entri untuk kita meninggalkan pesan. Kalau ada pun entri, entri terakhirnya 14 tahun yang lalu.
6. Spesis Angin.
Dia datang, dia baca dan dia berlalu tanpa meninggalkan apa-apa pesan. Saya rasa golongan ini majoriti. Mereka ini memilih perjalanan hidup hanya sebagai pembaca sahaja. Bukan sahaja blog dia tak ada, komen pun tak pernah. Tapi kita tahu dia sering mengunjungi blog kita. Ibarat angin, pandang tak nampak, tapi pokok bergoyang.
6. Spesis Angin.
Dia datang, dia baca dan dia berlalu tanpa meninggalkan apa-apa pesan. Saya rasa golongan ini majoriti. Mereka ini memilih perjalanan hidup hanya sebagai pembaca sahaja. Bukan sahaja blog dia tak ada, komen pun tak pernah. Tapi kita tahu dia sering mengunjungi blog kita. Ibarat angin, pandang tak nampak, tapi pokok bergoyang.
Tak berapa lama dulu saya ada buat pertandingan berbalas pantun, ada sorang dari spesis ini mengambil bahagian menggunakan blog kawan dia. Kira macam sewa permitlah. Habis pertandingan dia pun hilang tanpa dapat dikesan sampai sekarang.
7. Spesis Kelawar
7. Spesis Kelawar
Dia jarang atau tak pernah berkunjung atau komen di waktu ada matahari. Ibarat kelawar, dia cuma keluar di waktu malam sahaja. Siang dia tidur mencari sesuap nasi untuk diri dan tanggungannya. Saya kerap mendapat komen dari spesis ini sekitar jam 2 atau 3 pagi waktu Senawang.
8. Spesis Anak Dara Sunti.
8. Spesis Anak Dara Sunti.
Dia datang, dia komen tetapi kita tak dapat lihat wajah dia. Kita pun tak tahu siapa dia. Tak mengapalah Cik Anon. Asal komen yang baik-baik sudahlah.
9. Spesis Hidung Tinggi.
Spesis yang cukup liat untuk masuk dan komen blog orang. Kepada sepesis ini, saya ingin kata begini .. "Baik kau tutup je lah blog KomenSen engkau tu !
Saya sengaja tak letak 10 spesis sebab nak suruh anda sambung bagi cukup 10 !
Nota Kaki: Entri ini adalah merupakan pengembangan kepada entri ini.
Fuhh..
ReplyDeletespesis zombie terselamat.
ahahaha..
spesis zombie tu sama dengan spesis kelawar ..
DeleteAgak-agaknya saya ni kategori yang mana? :D
ReplyDeletesaya rasa awak tergolong dalam spesis bangau ..
Deleteheheheh .... saya ni species manalah agaknya ...
ReplyDeletehampir2 macam spesis penyu kot !
Deletenombor 6 kot... :)
ReplyDeleteyelah kot .. atau penyu !
Delete2 atau 6 kot. Tiap kali entry baru (sbb selalu update kat bloglist) mmg dtg dan baca tp jrg komen. X komen pun xpe kan. ;)
ReplyDeletetak komen pun tak apa .. saya pun begitu. saya dapati secara purata tak sampai 5% pengunjung yang meninggalkan komen.
DeleteAGAK2NYA SAYA NI SPESIS APA?
ReplyDeleteawak kompom spesis bangau ..
Deletehe,hee, ha, haaa ...
ReplyDeletesaya pun macam fairus juga teringin sangat nak tahu di bawah spesis mana ?
tapi maaflah .. saya tak dapat nak golongkan awak sama spesis dengan Fairus.
Deletesaya rasa yang sesuai untuk awak adalah spesis penyu .. hehe
ha,haa,haaa mentang-mentang la saya dari terengganu awak penyukan saya ya
Deletepenyu bagus apa .. bertelur seribu tapi tak bising. tak macam ayam betina .. hehe
DeleteHi there. It's a really interesting site that you have there and I really love the posts on your lifestyle blogging.
ReplyDeleteOk, just a quick introduction about myself. I am actually from everydayonsales.com and I have found your website thru google. We are a site that offers information on daily promotion / warehouse sales in Malaysia. I can see that you actually have a linkback to some other site and we are hoping that we can be part of your website, where we would actually want you include our link on your page. Of course you can visit our website www.everydayonsales.com and check us out. We can actually do a link exchange where I will list your site as a friend to everydayonsales and you website link will be put on our site. You will be part of the everydayonsales friends community :) in this link exchange and there will be many campaigns awaits for you.
Let us know whether this is possible and we Let us know whether this is possible and will communicate further on this. Do revert to me and if you do have any queries, let me know. Do hope to hear from you soon.
Regards
Chan @ www.everydayonsales.com (hy.chan@everydayonsales.com)
terima kasih atas minat yang tuan tunjukkan.
DeleteSaya agaknya spesis no 2 kot Tuan Haji...hahhaaa...
ReplyDeletesaya pun rasa begitu .. tapi tak apa. jangan jadi spesis batu.
Deleteseronok baca spesis2 ni...hahhahaha...saya ni yang no 2 kot...
ReplyDeletedekat-dekatlah tu .. hehe
DeleteSalam Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya tak tahulah spesis mana. Tapi yang pasti "aku datang dan pergi sesuka hati, tapi aku rindu!!!, dan datang lagi....
salam kembali
Deletekalau begitu ia serupa spesis bangaulah !
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaye spesis Musafir yg xkecik ati...hee2...
jangan marah ye.. (^___^)~
alaikumsalam
Deletesikit pun tak marah .. malah berbesar hati kerana menjadikan blog ini tempat persinggahan.
tu tak kira yang masuk untuk buat komen spam pulak kan..yg spesis tu mcm nak bagi lempang laju2 je..
ReplyDeleteerr..saya spesis mana ye..mmg jarang komen.. huuu..
spam tu serupalah dengan spesis anak dara sunti.
Deleteentah .. saya pun tak pasti nak letak awak kat spesis mana. boleh buat satu spesis baru ni ..
hahaha saya pun confuse nak masukkan diri sendiri dalam kategori yg mana. tapi kalau saya komen, beriya iya saya akan masuk balik nak tengok tuan tanah jawab apa hehhe tapi ada gak entry lama yg baru saya baca dan komen tapi lupa jalan nak pergi kembali ke entry tu..huhu
ReplyDeletehahaha .. saya pun pernah terlupa jalan nak pergi kemabli ke entri yang pernah di komen. nampaknya kita perlu guna GPS lepas ni ..
Deletehi hi hi
ReplyDeleteagak agak saya ni masuk dalm golongan mana lar
mungkin spesis penyu sesuai kot !
DeleteSy yg mane ye? Hanya PAkcik yg dpt menilai. Heheheheh...
ReplyDeletepakcik rasa spesis bangau sesuai untuk awak .. lagi pun awak tinggi kan ?
Deletesaya mungkin spesis satu.
ReplyDeletehahaha! masuk bakul angkat sendiri.
tapi tak komen sume entri sebab saya akan komen bila apa yang nak komen tu terlintas kat fikiran dalam masa tu jugak. kalau nak fikir2 dulu saya terus tak komen.
kalau spesis 1 kata awak, spesis 1 lah kata pakcik. hehe
Deleteheheh me spesis penyu :)
ReplyDeletetahu tak pe .. hehe
DeleteBos, sy rasa sy spesis angin kot hehe..malas nk tinggal komen sbb malas nak log in :p
ReplyDeleteawak mungkin spesis puteri bunian kot ! hehe
Deleteaduhai pak ngah sya ni spesis apo lah agaknya ye?
ReplyDeletesbb kadang kadang 1,2,7, dan errrrmmm... 4 hehehehehe...(,")
kalau begitu, pakngah pun tak tahu nak letak awak dalam spesis mana ..
Deletekalau dari penerangan pakngah, yus dah masuk kategori spesis penyu pun ya, spesis musafir pun ya...eh, ada lagi kot...huhu.
ReplyDeleteskrg mmg jrg2 dpt bw, update blog sendiri pun tak serajin dulu, tp updatelah juga...:)
penyu atau musafir tak apa lagi .. jangan jadi spesis batu.
Deletesaya spesis malu-malu kucing... saya malu nak tinggal jejak bila saya tak update blog sendiri
ReplyDeletespesis malu-malu kucing adalah spesis yang ke 10 .. spesis baru ditemui.
DeleteRasa2 yg no2kut >Ahaks.
ReplyDeletehampir-hampirlah tu ..
Deletehehehehe.tergelak dok baca jenis2 spesis ni tuan. saya ni tak tau spesis yang mana. suka masuk blog ni. suka baca entri, suka baca komen tapi komennya jarang-jarang
ReplyDeletemungkin spesis ke 10 kot .. spesis malu-malu kucing .. sama dengan spesis ibuintan. hehe
DeleteTn haji.. saya selalu singgah tapi jarang komen sebab takut silap cakap.. spesis yg mana 1 ya?
ReplyDeletesiapa suruh cakap ? orang suruh tulis jer ! hehe
DeleteTengah malam dah ni pakngah...otak saya dah turn-off..tak boleh nak fikir yang no. 10. tapi saya rasa lah..saya ni spesis no. 2 kot. Penyu..jauh mana pun dia di tengah laut..pantai jugak tempat dia kembali..kekeke.
ReplyDeletejangan silap pantai sudahlah .. hehe
Delete<---yg nie spesis pe lak??hihihi
ReplyDeletespesis kelawar yang baru dijumpai kot !
Deletesaya tak boleh cuba dapatkan hadiah cuba teka kerana saya spesis sunti.
ReplyDeletetepat sekali spesis itu .. apa-apa pun terima kasih kerana kerap mengunjung dan memberi komen.
Deleteerr...
ReplyDeletesaya rasa saya penyu
:)
salam Tuan Haji...
Laaamanya tak negur kat sini!
salam kembali.
Deletea'ah memang lama.
penyu lebih baik dari yg nombor 9 tu !
saya spesis anak dara sunti walaupun saya lelaki hehehe...saja gurau boss...:)
ReplyDeletememang ada orang lelaki yg lebih pemalu dari orang perempuan .. auw ! hehe
Deletesy spesis kelawar.. hehehe
ReplyDeletekt opis xleh bukak blog!
memanglah sepatutnya kat ofis tak boleh berblog atau berfb ..
DeleteSy secara sukarelanya mengisytihar diri sendiri adalah spesis penyu. Spesis 10 adalah orang gila d mana spesis ini meninggalkan komen2 negatif ajer n selalu kutuk maki tuan tanah.. Err, adakah spesis itu, wahai pak ngah? (sbb sy adalah penyu jd sila reply d blog sy yea? Hihihi)
ReplyDeletemudah sikit kerja saya kerana awak telah pun mengisytiharkan diri awak sebagai spesis penyu .. hehe.
DeleteBlogwalking...
ReplyDeleteNice blog =)
wahhh ada spesis saudara Labi-Labi lah cik penyuuu.. hahahahaa
ReplyDeleteSerius WTF : FEMEN Protests Bloodthirsty Islamist
Tutorial : Unlock Blocked Website
Gambar : Air Pancut 800 Juta Di Dubai
Gambar : Puak Dani di Papua New Guinea[Mesti Tengok]